webnovel

Seorang Biarawan Barat dan Tempat Kejadian Kemalangan Kereta Api yang Aneh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah sampai ke Stesen Plaza Jingli, si ayah berkemeja putih mengangguk kepada Shuhang, dan dengan isterinya, bergerak ke tempat berhampiran pintu keluar, bersedia untuk turun di hentian yang seterusnya.

Dia terfikir untuk memberi Shuhang kad perniagaannya, tetapi kali ini dia membawa keluarganya bersiar-siar, dan tidak membawa kad perniagaannya bersama dan melupakan hasratnya itu. Lagipun, mereka hanya berjumpa secara kebetulan, dan tidak akan bertemu lagi… mungkin.

Tidak ramai orang yang naik di Stesen Plaza Jingli. Selepas pintu terbuka, orang dalam kereta api turun dan orang di platform bersedia untuk naik.

Orang terakhir untuk naik ialah orang putih yang tinggi dan botak, sangat menarik perhatian.

Orang putih yang botak bukan perkara yang jarang, tetapi kepala botak dengan enam tanda titik memang sesuatu yang jarang ditemui.

Inilah biarawan Barat yang sebenar yang lebih dua meter tinggi, dengan kepala botak yang bersinar. Dalam cuaca yang begitu panas, dia masih memakai pakaian biarawan yang tebal menutupinya keseluruhan tubuhnya Dia juga memicit seutas tasbih bermanik sambil mengucapkan sutra, kelihatan seperti sangat profesional.

Kebelakangan ini, adakah menjadi biarawan merupakan profesion yang menguntungkan? Malah orang luar negara juga ingin mendapatkan kerja yang sebegini sekarang? 

Ia dikatakan biarawan luar negara lebih senang, sebab datang dari jarak jauh dari luar negara; populariti mereka sepatutnya semakin meningkat, betul?

Apabila penumpang di dalam kereta api melihat biarawan Barat itu, mereka menjarakkan diri daripadanya; ia merupakan hari yang begitu panas sehingga mereka pun menjadi panas dengan hanya memandangnya. Jika mereka berdekatan dengannya, mereka boleh merasakan kehangatan daripada sami Barat itu meniup ke arah muka mereka!

Song Shuhang merenung biarawan Barat itu secara separa sedar; biarawan itu bukan sahaja berbadan besar tetapi juga mempunyai lebih banyak qi dan darah berbanding dengan orang biasa. Tenaga mentalnya juga sangat kuat. Dalam keadaan 'kewaspadaan', Song Shuhang boleh merasakan perbezaan di antara tenaga mentalnya dengan biarawan itu. Jika tenaga mental Song Shuhang merupakan mentol lampu, tenaga mental biarawan Barat itu merupakan lampu cari yang besar.

Namun, biarawan besar ini kelihatan seperti tidak boleh mengawal tenaga mental yang kuatnya, sebab dia membiarkannya tersebar di sekeliling.

'Lelaki ini bukan orang biasa, tetapi seorang pertapa?' Song Shuhang meneka.

Dia menutup matanya lagi dan memasuki keadaan kewaspadaan, untuk menutup kehadiran dirinya. Sebelum mendapatkan kekuatan yang mencukupi, dia tidak mahu status 'pertapaan' sendiri didedahkan; dia tahu tentang masalah yang akan ditimbulkan jika statusnya didedahkan sekarang.

Selepas menaiki kereta api, biarawan Barat itu memandang sekeliling, seperti mencari sesuatu di dalam kereta api, dan seterusnya mengerut dahinya.

Selepas itu, dia tidak bergerak dan hanya berdiri sambil mengucapkan sutra dalam bahasa Cina dengan sebutan yang tepat; bahasa Cina orang asing ini mungkin sekurang-kurangnya pada peringkat lapan.

Kereta api bergerak dengan perlahan, dan para penumpang bergerak sedikit apabila kereta api mula memecut.

Dari Stesen Plaza Jingli ke stesen yang seterusnya merupakan kawasan subbandar, dan jaraknya hampir 4,400 meter, iaitu stesen yang lebih jauh dari biasa. Lagipun, semua trek berada di bawah tanah. Disebabkan banyak jalan kecil dan belokan, kereta api tidak dapat bergerak cepat di landasan ini dan ia mengambil tiga belas minit untuk sampai ke stesen seterusnya.

Si ayah berkemeja putih itu memegang anak perempuannya dengan cermat, tetapi budak perempuan yang tertidur lena itu asyik bergerak-gerak, selepas menghilangkan Song Shuhang yang merupakan penyaman udara bentuk manusia.

Ibu muda itu melambaikan tangan kecilnya berdekatan anak perempuannya untuk menyebarkan kepanasan di sekeliling. Sama seperti dalam kereta api, disebabkan terlalu ramai orang, ruang kereta api juga berasa panas dan kering.

Kereta api berjalan selama enam minit.

Song Shuhang mengerut dahinya, dan melaksanakan posisi kuda dengan tegas.

Tidak lama kemudian, kereta api bergetar dengan kuat, dan pemegang tergantung bergoyang ke atas dan ke bawah, berlanggaran sesama diri.

Para penumpang mencuba sedaya upaya untuk berpegang kuat pada susur tangan, batang pemegang dan pemegang tergantung yang terdekat, tetapi mereka masih bergoyang ke kiri dan ke kanan. Ada yang tidak berdiri dengan betul-betul dan terjatuh ke lantai, "Waaah, apa yang sedang berlaku!?"

"Celaka! Belokan pada trek tidak begitu mengejut sebelum ini!"

"Ahhh!" ibu muda itu terjelepuk di atas punggungnya berhampiran Song Shuhang, dan air matanya mengalir sebab punggungnya sangat sakit.

Si ayah berkemeja putih mengambil dua langkah ke belakang, sebab dia juga tidak boleh menstabilkan badannya, dan terjatuh ke belakang.

Song Shuhang bergerak dua langkah ke depan dan menolak balik lelaki berkemeja putih itu dengan lembut. Dia menggunakan kekuatan lembut, yang merupakan satu aplikasi Teknik Penumbuk Buddha Asas.

Si ayah berkemeja putih menstabilkan diri dan menunjukkan kesyukurannya apabila berpusing dan memandang Song Shuhang, "Terima kasih."

"Sama-sama… Goyangan belum habis, pegang kuat." Song Shuhang berkata.

Dalam keadaan 'kewaspadaan', lima derianya menjadi lebih tajam; kereta api membrek dengan tiba-tiba, mengakibatkan setiap seksyen kereta api bergoyang dengan kuat. Goyangan kuat ini bukan hanya satu kali, tetapi berterusan sehingga kereta api berhenti.

'Adakah kemalangan telah berlaku di hadapan?'

Semasa berfikir, "bang bang bang~" kereta api bergoyang dengan lebih ganas, malah seluruh gerabak kereta api sedang bergoyang-goyang.

Pada masa yang sama, penggera kecemasan dalam kereta api berbunyi.

Hampir semua lampu dalam kereta api terpadam, dan penumpang terjatuh seperti domino; banyak yang mengerang kesakitan apabila terhentak di dinding kereta api.

Di dalam keadaan ini, Song Shuhang juga hampir hilang kestabilan badannya.

Ibu muda itu atas lantai menjerit apabila dia ditarik oleh inersia. Si ayah berkemeja putih memegang pemegang tangan dengan satu tangan disebabkan nasihat Shuhang, tetapi inersia masih terlalu kuat dan dia tidak mampu bertahan dan terjatuh ke tepi.

Budak perempuan itu terlepas dari tangan ayahnya. Matanya terbeliak, dipenuhi ketakutan.

Melihat ini, Song Shuhang menghulurkan tangan dengan cepat dan tangannya membentuk cakar naga dan dengan kekuatan lembut menangkap baju budak perempuan tersebut. Pada masa yang sama, pergelangan tangannya bergetar sedikit, dan dia menggunakan kekuatannya untuk menghentikan kesan inersia pada badan loli itu, membawa budak yang sedang panik itu di dalam pelukannya.

Keadaan dalam kereta api itu menjadi muram; jarak penglihatan Song Shuhang dihadkan oleh kegelapan. Loli itu mengerekot dalam pelukannya, tidak berani untuk bergerak. Walaupun dia takut, dia masih berkelakuan baik dan tidak menangis.

"Apa yang telah berlaku?"

"Terkeluar landasan ke? Atau terbalik? Adoi, sakit sangat ni." Seseorang menjerit dalam ketakutan.

"Tolong saya, badan saya tersepit… Adoi, saya tak boleh gerak."

"Tak… uhuk uhuk. Saya mesti sedan bermimpi." Orang yang tercedera mengerang kesakitan.

"Jangan menekan saya… pergi dari sini! Tulang rusuk saya sudah patah~"

Di sekeliling, kata-kata dan tangisan ketakutan dan kesakitan menyebabkan gerabak kereta api lebih kucar-kacir.

Dengan menggeletar seorang penumoang mengeluarkan telefon bimbit dan menggunakan fungsi lampu suluh untuk menyinari kereta api. Setelah cahaya menerangi tempat itu, lebih ramai orang menjerit dengan terkejut.

Keadaan berlumuran darah ini membuatkan seseorang berfikir—adakah mereka sedang membuat filem seram?

Terdapat darah di semua tempat; disebabkan perlanggaran tadi, kesan darah mewarnai dinding gerabak kereta api; ia kelihatan seperti neraka. Beberapa tingkap pecah, serpihan kaca terkena penumpang yang di tepi tingkap, dan mereka bersandar dengan lemah pada dinding sebab tidak larat bergerak. Terdapat juga orang yang ditembusi oleh sekeping kaca yang besar dan terlantar di lantai, tidak diketahui sama ada dia hidup atau mati.

Ramai yang berdarah dan lebam dengan teruk, menekankan luka mereka dengan tangan. Disebabkan kekurangan ilmu dalam cara penyelamat diri di dalam situasi kecemasan, para penumpang tidak tahu apa yang patut dibuat.

"Ouhhh…" penumpang yang membuka telefon bimbitnya menutupnya dengan segera dan mengeluarkan bunyi seperti muntah.

Lelaki berkemeja putih yang terjatuh ke lantai, selain daripada terseliuh tangan, tidak ada apa-apa; ibu muda terhentak pinggangnya pada tempat duduk menangis kesakitan, tetapi nasib baik dia tidak mempunyai kecederaan lain. Mereka berdua memandang ke arah anak perempuan mereka yang berada dalam pelukan Song Shuhang, menghembuskan nafas lega.

Song Shuhang menyaksikan imej yang seperti neraka ini, tetapi hanya mengerut dahi.

'Peliknya.' Hatinya bercelaru. Getaran kereta api tidak begitu kuat, betul?

Sampai tingkap pun terpecah? Tambahan lagi, ada orang yang ditembusi kaca? Lagi tidak masuk akal ialah separuh dinding gerabak telah dipenuhi darah! Berapa banyak darah yang diperlukan untuk menjadi begitu?

Terkeluar landasan dan diterbalikkan tidak patut ada kuasa kemusnahan yang begitu teruk.

Jika gerabak yang bergetar untuk beberapa kali boleh mengakibatkan kemusnahan yang begitu teruk, macam mana ia boleh dipanggil kereta api? Ia sepatutnya dipanggil kereta api ekspres ke neraka!

"Celaka!" seperti beruang hitam yang tinggi, biarawan Barat itu bangun dari lantai dan menepuk sisa serpihan daripada badannya.

Dia memandang keadaan berlumuran darah di sekelilingnya, dan tersenyum sinis.

Selepas itu, dia menarik manik tasbihnya, dan melaksanakan bentuk tangan orang Buddha, dan mengucapkan sutra dengan suara yang bergema.

Suaranya yang kuat dan bergema kedengaran di seluruh gerabak kereta api, malah menutupi segala jeritan orang yang tercedera.

"Orang putih ini sedang mengucapkan apa ni?"

"Ia kedengaran seperti sutra untuk menghalau hantu?"

"Bodoh! Dalam tempat seperti ni, dia masih nak menghalau hantu?"

Biarawan Barat yang tinggi itu tidak menghiraukan sumpahan itu, dan menyelak-nyelak sutra Buddha, terus mengucapkan sutra dengan kuat.

Next chapter