webnovel

Mendapatkan Petunjuk dan Bertolak!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Acara larian 5km lelaki dibahagikan kepada tiga trek yang berbeza, dan seterusnya dibahagikan kepada kumpulan berbeza yang bertanding secara serentak. Terdapat banyak jabatan dalam Bandar Kolej Jiangnan, dan setiap kelas memerlukan sekurang-kurangnya satu peserta. Tiga jenis trek larian yang berbeza perlu dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sepuluh kumpulan sebelum pertandingan boleh selesai.

Kedudukan akan disusun mengikutkan keputusan peserta, tanpa pertandingan separuh akhir. Kalau tidak, jika bertanding semula, orang akan mati.

Berdasarkan pengalaman sebelumnya, satu pertandingan akan mengambil masa lebih kurang dua puluh hingga tiga puluh minit, oleh itu mereka akan mengakhiri acara larian 5km lelaki dalam masa empat hingga lima jam.

Terdapat peserta yang luar biasa setiap tahun, tetapi tahun ini terdapat agak banyak peserta yang begitu.

Yang pertamanya, adalah Song Shuhang dan pelajar berkulit gelap itu yang menggunakan kelajuan memecut untuk menghabiskan larian (walaupun pelajar berkulit gelap itu masih tinggal jarak dua hingga tiga langkah untuk menghabiskan pertandingan itu). Selepas itu, pelajar gemuk yang luar biasa—Yang Shangfa juga diklasifikasikan bersama dengan Song Shuhang sebagai 'orang yang telah disabotaj'.

Pada permulaan perlumbaan, dia berlari perlahan-lahan pada kelajuan yang hampir sama dengan orang yang baru habis makan, dan dia menetapkan kedudukannya di belakang angkatan pelari 5km.

Selepas berlari lebih kurang tiga pusingan, dia tidak mampu mengekalkan kelajuannya dan mukanya menjadi pucat. Dengan perlahan, larian perlahannya menjadi larian terlompat-lompat, dan seterusnya menjadi jalanan perlahan, dan akhirnya, kelajuannya dikurangkan sehingga menjadi jalanan penyu.

Walaupun berjalan untuk jarak bahagian akhir, dia perlu memegang pinggangnya dan tercungap-cungap.

Dengan stamina ini, entah pemikiran apa yang dipunyai oleh rakan sekelasnya untuk menghantarnya ke acara larian 5km?

Dua puluh lima minit kemudian, peserta yang lain pada trek sudah menghabiskan jarak 5km, tetapi pelajar Yang Shangfa masih terus berlari, berjalan, dan berhenti.

Sekarang, jumlah jarak yang sudah dilalui ialah 2.1km, dengan muka pucat dan bibir yang berhijauan. Dia kelihatan seperti dia perlu dihantar ke hospital.

Cikgu yang bertanggungjawab tidak sanggup memandangnya dan berkata, "Pelajar ini, pertandingan ini boleh berakhir sekarang, tak apa jika awak tak menghabiskan jarak yang sepenuhnya. Untuk bertabah sampai sekarang menunjukkan awak mempunyai keazaman yang tinggi!"

Tetapi, Yang Shangfa menjawab cikgu dengan cara ini, "Cikgu, saya lelaki yang menghabiskan apa yang dimulakan. Saya pasti akan menghabiskan pelarian 5km ini. Meskipun saya perlu merangkak, saya akan merangkak hingga ke akhir!"

Budak ini sedegil seekor keldai, dan orang lain tidak dapat menghalangnya.

Mata cikgu yang bertanggungjawab berair dengan segera. 'Celaka, walaupun awak lelaki yang menghabiskan apa yang dimulakan, awak perlu tengok situasinya! Masih ada sembilan pertandingan lagi selepas ini. Awak merangkak dengan begitu perlahan, awak hendak merangkak sampai bila?' 

Dengan itu berapa lama Pelajar Yang Shangfa merangkak? Jawapannya, selama satu jam! Tambah dengan dua puluh satu minit sebelum ini, dia telah merangkak selama satu jam, dua puluh satu minit. Trek lain sudah memulakan pertandingan keempat mereka.

Cikgu yang bertanggungjawab betul-betul menangis.

❄️❄️❄️

Selepas Song Shuhang habis berlari, dia menerima ucapan tahniah yang tidak teratur tetapi bersemangat daripada kawan-kawannya.

"Shuhang, saya memang tak sangka, bagaimana awak tiba-tiba berlari dengan begitu cepat? Kejohanan larian 5km memang kita punya!" seseorang telah menggunakan daya dan memukul belakang Shuhang.

"Saya betul-betul nak tau, sorakan gadis cantik begitu berkesan ke? Awak dan budak berkulit gelap itu sememangnya memberikan sepenuhnya, dan berlari dengan terburu-buru."

"Sorakan gadis cantik pastinya berkesan. Oleh itu, pertandingan peringkat negara sepatutnya mempunyai pasukan sorakan yang dianggotai gadis cantik!"

Song Shuhang tersenyum tawar semasa rakan-rakannya memberikannya pelbagai jenis aksi menghulurkan penumbuk dan bertepuk ria. Setelah masa yang lama, Li Yangde menariknya ke tepi.

"Saya mempunyai berita tentang kedai ubatan yang awak minta saya cari." Yangde berkata dengan gembira, dan memberikan alamat empat kedai ubatan itu. "Empat kedai ini lebih kurang mempunyai kesemua herba ubatan yang kawan awak perlu. Di kalangan kesemuanya, 'Kedai Ubatan Yuanlong' ini merupakan yang paling selamat, sebab mereka mempunyai semua herba ubatan yang awak minta. Secara kebetulannya, kedai ini telah menjual satu set empat herba ini, dan dan ia dikatakan orang yang membeli herba tersebut telah memesan lebih banyak herba daripadanya. Pemilik kedai sedang bersedia untuk mengimport lebih lagi, dan jika kawan awak memerlukannya dengan segera, awak boleh mengambil peluang ini untuk membuat prapesanan dan menerimanya pada masa yang sama dengan kedai yang mengimportnya."

"Terima kasih, Yangde." Song Shuhang mengambil alamat empat kedai ubatan itu dan pandangannya bergerak ke alamat Kadai Ubatan Yuanlong. Mereka telah menjual sedikit semalam, dan baru memesan kuantiti yang besar lagi. Empat herba ubatan yang jarang ini memang jarang digunakan oleh orang. Meskipun mereka menggunakannya, mereka hanya akan memerlukan satu atau dua daripada herba itu.

Bagi memerlukan empat jenis herba ini, dan dalam kuantiti yang besar lagi, sekurang-kurangnya ada kebarangkalian 70% orang itu adalah Mahaguru Altar.

Petunjuknya… dia sudah mendapatkannya!

"Sama-sama. Ingat Kepala Ikan Sepuluh Aroma selepas perayaan acara sukan!" berfikir tentang kedai kepala ikan itu, air liur Li Yangde mula mengalir.

"Saya akan menguruskannya, saya jamin awak akan dapat makan dengan sepuas-puasnya. Yangde, saya perlu menghubungi pemilik kedai ubatan ni dengan segera. Tak, lebih baik saya pergi ke kedainya dengan segera. Kalau saya tak balik pada malam nanti, awak semua tak perlu menunggu saya ya." Song Shuhang berkata sambil tersenyum.

"Begitu mustahak?" Li Yangde ketawa dan melambaikan tangan. "Balik awal ya!"

Song Shuhang melambaikan tangan ke arah Tubo dan yang lain sebelum menyimpan alamat itu, dan meninggalkan tempat acara sukan itu dengan cepat. Dia tidak kisah tentang acara penyampaian hadiah nanti.

Li Yangde menggaru kepala. "Untuk bergegas dengan begitu, orang tu kawan baiknya ke?"

❄️❄️❄️

Tidak lama selepas Song Shuhang beredar, Lu Fei berjalan ke arah Tubo dan yang lain bersama dengan beberapa pelajar perempuan.

Dia memandang kesemua pelajar lelaki di situ tetapi tidak dapat mencari Song Shuhang, oleh itu dia bertanya dengan rasa pelik. "Eh? Pelajar Shuhang dekat mana?"

"Budak tu, Shuhang, ada hal oleh itu dia balik awal. Pelajar Lu Fei, awak perlu dia untuk sesuatu ke?" Tubo mendekatinya dengan muka yang serius.

"Oh, tak apa. Saya hanya mau mengucapkan tahniah kepadanya. Walaupun keputusan terakhir belum terkeluar lagi, tetapi Pelajar Shuhang pasti akan menjadi johan untuk acara larian 5km." Lu Fei tersenyum dengan sifat yang semula jadi.

Semasa dia bercakap, dia melambaikan tangan yang cerah, lembut dan kecilnya—cuaca sangat panas! Datuk Matahari sangat bersemangat hari ini. Ini membuatkannya mengenang kembali perasaan dingin semasa berdiri di tepi Song Shuhang—ia seratus kali lebih selesa daripada alat penyaman udara, ya?!

'Oleh itu, sekurang-kurangnya dalam musim panas yang bahang ini, saya perlu berfikir tentang cara untuk sentiasa berada di tepi Song Shuhang, selepas itu berpisah semasa musim sejuk?'

"Budak tu, Song Shuhang, telah keluar dari kolej untuk menguruskan perkara penting. Saya rasa dia akan gembira menerima ucapan tahniah daripada Pelajar Lu Fei." Gao Moumou menolak cermin matanya ke atas dan berkata. "Dan juga, Shuhang berkata dia akan belanja semua orang di Kepala Ikan Sepuluh Aroma untuk meraikannya selepas acara sukan berakhir. Pelajar Lu Fei ada masa lapang tak?"

Li Yangde menunjukkan tanda isyarat bagus dalam hatinya: 'Gao Moumou, awak buat dengan baik!'

"Eh? Saya boleh menyertai juga?" muka Lu Fei terkejut sebelum dia tersenyum dengan terus. "Boleh, pada masa tu, ingat untuk memanggil saya juga. Saya pasti akan hadir juga."

"Kalau macam tu kita tetapkannya." Gao Moumou menolak cermin mataya ke atas— 'Shuhang, saudara awak hanya boleh menolong sebanyak ini sahaja.'

❄️❄️❄️

Shuhang balik ke asrama dahulu, dan mengambil pedang terbang hitam besi Mahaguru Utama Prinsip Pemikir dengan cermat. Pedang ini tidak berbentuk dan halimunan kepada orang lain, oleh itu ia paling sesuai untuk serangan terkejut. Mungkin is berguna dalam perjalanan ini.

Seterusnya, dia membawa satu lagi botol Cecair Penguat Badan, dan Pil Puasa yang digunakan sekali sahaja.

Cecair Penguat Badan bukan sahaja digunakan untuk pertapaan, ia juga boleh digunakan untuk memulihkan tenaga dalam keadaan yang kritikal, dan Pil Puasa pula boleh digunakan untuk membekalkan nutrien pada bila-bila masa.

Selepas membawa barang ini, dia mengambil objek yang lain yang bersaiz seperti lampu suluh dari tepi katilnya. Ini baton renjatan yang sudah diubahsuai oleh Tubo. Walaupun dia tidak mengetahui keberkesanannya, membawanya bersama membuatkan Shuhang berasa lebih selamat.

Akhirnya, dia membawa azimat yang diberikan oleh Mahaguru Istana Azimat Tujuh Nyawa. Dua puluh azimat ini seperti asetnya yang membantunya mengekalkan ketenangan semasa berdepan dengan 'Mahaguru Altar' yang bermisteri.

Tujuan utamanya perjalanan ini untuk mencari jejak Mahaguru Altar dan menentukan lokasinya.

Kalau keadaan pihak lain sangat teruk, dan ada peluang, Song Shuhang akan mengambil peluang itu untuk menghapuskan dia.

Dengan azimat Mahaguru Istana Azimat Tujuh Nyawa, walaupun dia gagal, sekurang-kurangnya dia boleh menyelamatkan nyawanya.

Kalau dia gagal, dia boleh mengguna roh hantu sebagai pampasan untuk meminta pertolongan senior dalam grup. Secara pendeknya, dia mesti menghapuskan Mahaguru Altar!

Tidak kisah apa-apa, dia berada dalam posisi yang tidak dapat ditewaskan. Oleh sebab dia tidak boleh ditewaskan, dia berusaha untuk mendapatkan kemenangan yang sempurna!

Next chapter