73 Masalah Akhirnya Datang

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Langsir kegelapan menurun.

Di dalam asrama, Song Shuhang awal-awal sudah bersedia untuk tidur.

Tubo, Li Yangde, dan Gao Moumou sedang bermain dengan permainan pertarungan puak-puak yang kuno.

Mereka bertiga tidak mempunyai batasan terendah semasa bermain permainan1; tiga orang bermain dalam sekumpulan, mereka juga telah menggunakan komputer Song Shuhang untuk mencipta akaun dan menyertai puak musuh. Seterusnya, mereka mula membuli pemain asing dengan gembira.

Song Shuhang menggeleng-gelengkan kepala dengan kebencian, dan menyegar semula Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah pada telefonnya. Grup ini jarang begitu senyap, malah Pertapa Bebas Sungai Utara pun tidak bersuara.

Pertapa juga orang yang sibuk... kecuali Pertapa Bebas Sungai Utara.

"Oh ya, Shuhang, saya dah jumpa maklumat tentang herba ubatan yang awak minta saya cari. Daripada kedai ubat Cina di kawasan Jiangnan yang berdaftar di sistem, hanya satu kedai yang menjual herba ubatan yang awak cari, itu pun hanya satu daripada empat bahan itu dijual. Saya juga ada hantar dalam forum, sepatutnya esok akan ada berita. Pada masa tu, saya akan hantar alamat kedai ubat itu," Li Yangde berkata dan dengan tidak malunya mengecilkan permainan itu dan membuka program tambahan yang diciptanya.

Menggunakan program tambahan apabila dia sudah bermain dalam sekumpulan, tidak malukah dia?

Song Shuhang ketawa, "Terima kasih atas semua usaha awak, rakan seperjuangan Yangde!"

"Rakan kepala otak awak." Li Yangde berkata dengan marah.

Tidak lama kemudian, satu pusingan telah berakhir, dan tiga orang yang bermain dalam sekumpulan dan menggunakan program tambahan itu... kalah dengan tidak disangkakan!

"Celaka betul, pihak lawan juga bermain dalam sekumpulan!" Tubo menjerit.

Permainan pertarungan ini sangat kuno. Dia ingat permainan ini sudah wujud semasa dia berada dalam sekolah rendah. Pemain yang masih bermain dengannya merupakan pemain veteran yang hebat. Semuanya berkemahiran tinggi, mempunyai pergerakan yang lincah, dan juga tidak mempunyai batasan terendah.

"Kita tak boleh berterusan di sini, cepat tukar kawasan. Kenapa ada begitu banyak orang tak malu bermain dalam sekumpulan kebelakangan ini?" Gao Moumou berkata dengan geram.

'Awak juga tahu bermain dalam sekumpulan itu tidak malu ya?'

Shuhang meniarap dan melihat rakan sebiliknya bertukar kawasan dan sambung bermain secara tipu. Dia bertanya, "Oh, Tubo, awak masih ada baton renjatan yang awak ubahsuai semester lepas?"

"Masih ada. Saya dah mengubahsuainya beberapa kali lagi dan kuasanya memang hebat." Tubo menjadi teruja apabila dia bercakap tentang pengubahsuaian.

Dia secara biasa suka memberai-beraikan benda dan mengubahsuainya , dari benda besar seperti skuter ke benda kecil seperti penunjuk laser, dia pernah memberai-beraikan kedua-dua benda itu.

Song Shuhang bertanya, "Pinjamkan saya untuk beberapa hari nanti, dan boleh awak meninggikan voltannya? Semakin tinggi semakin baik."

"Voltannya hanya boleh ditinggikan sampai aras tertentu, sebab hanya untuk penggunaan orang awam. Kenapa? Ada orang menyinggung awak ke? Sebab tu awak nak bagi dia 'thunderbolt2'?" Tubo bertanya.

"Ya, dia menyinggung saya dengan teruk, sampai saya bersedia untuk membuang mayatnya ke dalam Laut Timur. " Song Shuhang ketawa dan berkata, "Dalam masa beberapa hari, saya mungkin akan pergi mengembara jauh ke kawasan pergunungan bersama kakak saya. Saya terdengar ia hampir sama dengan hutan hujan tropika, rasanya lebih selamat jika ada sesuatu untuk pertahanan diri."

Kecuali di depan Zhao Yaya, muka Song Shuhang biasanya tidak akan menjadi merah jika berbohong.

Mendengar katanya, mata Lin Tubo bersinar kerana dia tahu pergi mengembara jauh ke kawasan gunung merupakan sesuatu yang Kakak Zhao Yaya langsung tidak berminat.

Oleh itu kakak yang disebut oleh Song Shuhang mungkin Kakak berkaki panjang yang dia nampak hari itu?

Tubo berfikir tentang Bulu Lembut dengan segera, gadis itu memang berminat dengan pengembaraan. Dialah yang membawa Song Shuhang jauh ke dalam Bandar J untuk mencari Tokong Lampu Berhantu.

Tiba-tiba, dia berhenti bermain, memusing ke belakang dan bertanya, "Adakah Kakak tu yang bersama dengan awak di Bandar J?"

"Ya, dia." Song Shuhang menjawab—apabila seseorang itu berbohong, seseorang itu perlu menyempurnakan bohong yang pertama dengan menggunakan lebih banyak bohong.

"Shuhang, bawa saya bersama awak untuk pengembaraan hutan ni! Dan kalau awak tak kisah, awak boleh panggil saya 'abang ipar' bermula dari hari ini. Saya tak kisah langsung!" Lin Tubo berkata dengan muka yang biasa.

Ketika dia bercakap, serangan hujan peluru membunuh watak permainannya.

Gao Moumou menjerit, "Mati, Tubo! Awak dah mati, cara awak mati sangat buruk!"

Li Yangde menolak cermin matanya ke atas, dan menambah garam kepada luka, "Tubo, saya mula rakam dari tadi. Daripada nada awak, kakak yang awak sebutkan tadi bukan Kakak Yaya, tetapi... menghantar rakaman tadi masih boleh mengakibatkan kesan yang membawa maut."

Oleh itu...

"Awak kena belanja, Tubo." Li Yangde dan Gao Moumou menolak cermin mata mereka ke atas dengan serentak.

Mengkhianati kawan merupakan keistimewaan Li Yangde, tidak kira dalam permainan atau dalam dunia sebenar.

"Awak masih boleh mengaku manusia!" Tubo mengeluh, "Kenapalah saya berkenalan dengan dua budak celaka ni."

Pada masa itu, telefon Song Shuhang berbunyi.

Dia mengeluarkan telefonnya, dan kebetulan, ia merupakan Zhao Yaya.

"Panggilan Zhao Yaya." Song Shuhang tersenyum sinis, "Tubo, saya panggilkan awak abang ipar sekarang ya, awak berani jawab tak?"

Tubo berasa bahagian sensitifnya menjadi sakit, dan matanya berair, "Tolong maafkan saya."

Song Shuhang ketawa dan menjawab telefon, "Kak, kenapa panggil lewat sangat ni?"

"Tak boleh telefon awak tanpa sebab ke?" Suara Zhao Yaya kedengaran seperti sesak nafas, "Mari tolong saya, saya di luar Bandar Kolej Jiangnan di Jalan Enam Kuda Lama. Tepi pintu belakang Studio Gambar Perkahwinan Muslin; awak tahu lokasi ni, betul?"

Song Shuhang mengerut dahinya, tetapi menjadi tenang semula, "Tahu, perlu saya bawa apa-apa?"

"Tak perlu, cuma perlu pertolongan untuk mengangkat seseorang. Datang cepat ya." Zhao Yaya menjawab.

"Nanti saya sampai." Song Shuhang meletakkan gagang, dan pergi memakai baju hitam yang berlengan panjang.

Selepas itu, dia mencari-cari sesuatu di bawah katilnya. Selepas berdiri, dia berkata, "Saya nak keluar, kau orang perlu apa-apa tak?"

Tubo menjerit, "Bawa balik beberapa snek lewat malam."

"Dan Coke saiz besar."

"Ok." Song Shuhang melambaikan tangan dan mengangkat dompetnya, dan beredar dengan gegas.

Selepas meninggalkan asrama, ekspresi Song Shuhang menjadi muram dengan segera.

Panggilan tadi memang dari nombor Zhao Yaya, dan suaranya hampir-hampir sama dengan Zhao Yaya... tetapi, suara itu tetap bukan kepunyaan Zhao Yaya.

Song Shuhang terlalu biasa dengan suaranya, termasuk tabiat percakapannya, kelajuan, dan juga tabiat lain yang Zhao Yaya sendiri tidak perasan.

Suara dalam panggilan tadi lebih tebal daripada Zhao Yaya, dan perubahan nada pada setiap akhir ayat juga sedikit berbeza. Kalau dengar dengan betul-betul, suaranya keserakan dan kekeringan.

Dia bukan Zhao Yaya, tetapi orang ini menggunakan telefon Zhao Yaya dan suaranya untuk memanggilnya keluar... kalau orang ini berkata dia tidak mempunyai niat jahat, adakah orang akan mempercayainya?

'Adakah dia rakan subahat 'pembunuh' itu? Selepas gagal membunuh saya, sekarang dia ingin mengenakan orang yang di sekeliling saya?

'Celaka punya orang... akhirnya mereka datang juga!'

Song Shuhang bergegas ke Jalan Enam Kuda Lama.

Dia tidak terus pergi ke Studio Gambar Perkahwinan Muslin, sebaliknya dia pergi ke Bangunan Guo Xin yang berjarak dua ratus meter dari sana, dan naik ke lorong tepi tingkap di tingkat tujuh.

Dari kawasan tinggi, dia boleh nampak kawasan Studio Gambar Perkahwinan Muslin. Pada masa yang sama, dia mengaktifkan tenaga mentalnya dan menggunakan teknik mental 'kewaspadaan' untuk meningkatkan rasa derianya dan menyembunyikan kehadirannya.

Selepas penguatan teknik penumbuk Penubuhan Asasi, matanya boleh dibandingkan dengan binokular. Walaupun pada waktu malam, benda yang berada dalam jarak dua ratus meter masih jelas seperti wayang definisi tinggi.

Jalan Enam Kuda Lama pernah merupakan lalu lintas pejalan kaki yang sibuk, tapi selepas membina Jalan Enam Kuda Baru, kesibukan jalan yang lama semakin berkurangan, tidak lagi sesibuk tahun-tahun sebelumnya. Apabila tiba waktu malam, hanya beberapa buah kedai yang masih terbuka, dan lagi kurang pejalan kaki yang hadir di sana.

Studio Gambar Perkahwinan Muslin berada di utara Jalan Enam Kuda Lama. Selain daripada lampu jalan, hanya lampu studio gambar perkahwinan sahaja yang bernyala, dan ia kelihatan seperti sunyi sepi.

Song Shuhang dengan cepat menjumpai bayangan Zhao Yaya—dia berada di tengah studio gambar perkahwinan dan pokok-pokok penghutanan semula.

Di bawah perlindungan pokok-pokok penghutanan semula, dia duduk bersandar di bangku batu dengan mata bertutup, kelihatan seperti dalam keadaan tidak sedar diri.

Di tepi Zhao Yaya berdirinya seorang lelaki yang kurus tinggi.

Tinggi lelaki itu sekitar satu meter lapan puluh tiga, dan kurus. Dia mempunyai tangan yang lebih panjang daripada manusia biasa. Lelaki itu memakai cermin mata berkaca hitam yang besar, dan mempunyai bibir yang kelihatan seperti sosej bengkak.

Dia sedang bermain-main dengan telefon seorang wanita.

avataravatar
Next chapter