2 Ketua Dengan Kuasa Meramal

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Terdapat pepatah yang berbunyi, sekiranya seseorang itu tidak menikmati fasa imaginasi melampau yang dia lalui, kehidupan masa mudanya sia-sia.

Mungkin pada satu ketika, setiap orang pernah melalui fasa itu. Ada yang selesa menceritakannya secara terbuka, tetapi ada juga yang lebih suka menyimpan semua itu di dalam hati masing-masing. Perbezaan ini juga mungkin menjadi penanda aras sifat introvert dan ekstrovert.

Song Shuhang kurang menikmati masa mudanya dan kerana itu tempoh tersebut terasa seperti berlalu dengan pantas buatnya.

Semasa di sekolah menengah rendah, remaja lelaki yang sebaya dengan Song Shuhang masih berfantasi dengan wuxia (hero seni mempertahankan diri), adiwira dan dewa cakerawala pilihan mereka. Dengan fantasi itu juga, mereka bermain dengan kuasa sakti seperti tapak tangan naga dan transformasi adiwira. Tetapi, Song Shuhang sudah lama hilang minat dengan kegilaan sebegitu.

Hukum fizik sememangnya tepat. Mustahil bagi seorang manusia untuk melompat dari tingkat tiga sebuah bangunan tanpa kecederaan, mengeluarkan naga emas dari tapak tangan mereka atau terbang di udara dengan kostum aneh seperti memakai seluar dalam di luar!

Tetapi dia tetap meminati novel Xianxia atau menonton filem adiwira. Atau mungkin juga jauh di sudut hatinya, dia masih teringin untuk melihat seorang adiwira, makhluk asing atau dewa muncul di hadapannya?

Walaupun semua angan-angan itu mustahil, dia masih berharap yang dia akan bertemu dengan semua makhluk hebat itu. Mungkinkah ada manusia sehebat makhluk sebegini? Adakah perasaan ini dianggap sebagai kelebihan setiap manusia?

Song Shuhang tertawa sambil menutup tetingkap bualan. Tapi dia tetap tidak akan keluar dari sembangg rup itu.

Dia merasakan semua ahli dalam sembang grup Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah manusia aneh tetapi mungkin seronok untuk dijadikan kawan. Mereka pasti berasa malu jika rekod dalam log mesej itu tersebar. Dari pandangan seorang pembaca, dia tertarik dengan sembang grup tersebut. Song Shuhang membuat keputusan untuk membaca beberapa log mesej dalam grup itu sebelum ketuanya mengeluarkan dia dari situ.

Pada skrin komputer, filem masih dimainkan. Dia menonton sebuah filem seram dengan pelbagai senario muncul pada skrin komputer. Filem itu dikategorikan sebagai sebuah filem terhebat yang diarahkan oleh pengarah terkenal dalam genre filem ngeri. Ramai penonton mengaku kesan selepas menonton filem itu sangat hebat sehinggakan mereka takut untuk pergi ke tandas sendirian. Malahan, lelaki dewasa juga dikatakan takut sehingga ada yang mengalirkan air mata!

Tetapi Song Shuhang tidak berasa takut dan malah dia mundurkan semula filem itu dari awal sebelum dia mula menguap sekali lagi. Posisi duduknya mula berubah dan dia bersandar di kerusi saat kelopak matanya menjadi semakin berat.

Sekiranya pengarah hebat itu tahu kesan filem arahannya kepada Song Shuhang, adakah dia akan menangis?

Dalam keadaan separuh sedar, Song Shuhang bermimpi.

Mimpi yang dialaminya sangat indah. Dengan makhluk cakerawala, adiwira dan pelbagai dunia mistik yang misteri.

Usia dia dalam mimpi itu sangat panjang dan dia bebas dengan keupayaan untuk mengubah keadaan semula jadi. Dia juga ada pedang yang dibawa semasa menjelajah dunia. Sejak zaman purba, berapa ramai orang yang mengalami mimpi sebegitu? Mungkin atas faktor pertambahan usia, realiti hidup telah memusnahkan angan-angan dan kini mimpi hanyalah mimpi. .

Keesokan harinya, 21 Mei, Selasa, 1 pagi.

Dalam sembang grup, ketua Raja Agung Gunung Kuning kembali dalam talian.

Saat dia kembali, Pertapa Malas Sungai Utara muncul dan bertanya, "Raja Agung, siapakah Tertekan Kerana Gunungan Buku yang awak telah tambah semalam? Dari mana dia muncul?"

"Pendatang baru semalam? Bukankah awak telah bersembang dengan dia? Dialah anak perempuan kepada sahabat lama saya yang lahir pada era ini. Dia seorang yang cerdik dan memandangkan dia mendapat Alam Perolehan Tahap Tiga pada usia ini, itu menunjukkan dia seorang yang bijak. Tak lama lagi dia akan masuk ke Alam Sejadi Tahap Empat. Di usia yang muda ini, dia memang seorang yang luar biasa!" Raja Agung Gunung Kuning membalas sambil tertawa besar.

Dilahirkan pada era ini...bukankah umur dia sepatutnya bawah 40 tahun? Jika dia berada dalam Alam Perolehan Tahap Tiga pada usia ini, memang dia seorang yang mempunyai tahap kecerdikan luar biasa. Pertapa Malas Sungai Utara mengangguk. Tetapi nama kenalan dao dia itu kedengaran sangat pelik. Nama Tertekan Kerana Gunungan Buku bukanlah seperti nama ahli dao yang biasa ditemui.

Saat Pertapa Malas Sungai Utara sedang sibuk berfikir, Raja Agung Gunung Kuning tiba-tiba berkata, "Eh? Anak perempuan kepada sahabat lama dao dia itu bukannya Tertekan Kerana Gunungan Buku! Tunggu kejap, siapa pula Tertekan Kerana Gunungan Buku?"

"..." Raja Agung Gunung Kuning mula kelihatan malu.

Ini mungkin bukan sesiapa, tetapi mungkin Raja Agung Gunung Kuning yang jemput dia untuk masuk ke dalam grup tersebut.

Dia cuba bertanya, "Raja Agung, mungkinkah awak telah menambah orang yang salah?"

"Biar saya tengok."

Beberapa minit kemudian.

Raja Agung Gunung Kuning menghantar rerantai kedalam grup itu. "Aku telah menambah orang yang salah. Perbezaannya terletak pada nombor akaun mereka. Aku telah letak nombor 9 dan nombor yang sepatutnya ialah nombor 8. Ini kesilapan besar."

Pertapa Malas Sungai Utara ketawa kecil. "Sebab itulah saya berasa pelik kerana saya yakin tak ada siapa yang akan gunakan nama Tertekan Kerana Gunungan Buku sebagai nama dao mereka."

Raja Agung Gunung Kuning menghantar simbol '.' berkali-kali dan kemudian menambah anak perempuan rakan baiknya ke dalam grup.

Pemberitahuan Grup: 'Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu' telah ditambah ke dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah

Nama tersebut mengikut imej Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah dengan aura Xianxia yang mengancam. Nama dao Tertekan Kerana Gunungan Buku sememangnya kedengaran aneh jika dibandingkan dengan nama ahli baru itu.

Sebaik sahaja ahli baru ditambah, Pendekar Berang Melulu Tiga tiba-tiba muncul. "Oh rakan baru kita ini ialah seorang pari-pari? Tunjukkan gambar dan beritahu saiz badan awak! Jika awak seorang yang cantik, bolehkah kita bersama?

Pendekar Berang Melulu Tiga telah lama memerhatikan perbualan mereka dan walaupun dia mempunyai ingatan yang teruk seperti seekor ikan emas, paling lama dia pernah ingat akan sesuatu perkara ialah lebih dari 3 saat. Semalam dia telah diingatkan supaya tidak mengganggu senior dalam grup itu.

Setelah melihat Raja Agung Gunung Kuning menyebut tentang kedatangan ahli baru yang merupakan anak perempuan kepada sahabatnya, ditambah lagi dengan kelayakan Alam Perolehan Tahap Tiganya, Pendekar Berang Melulu Tiga menjadi lebih tenang. Ahli baru itu bukan lebih tua darinya dan kerana itulah dia mahu mengusik Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu itu.

Mereka jarang mendapat ahli baru dalam kumpulan itu dan sepanjang tempoh itu jugalah dia telah menahan dirinya.

Saat Pendekar Berang Melulu Tiga mula membuka mulut, wajah Raja Agung mula menahan geram.

"..." Bulu Lembut Roh Pulau Kupu-kupu menulis rerantai noktah dalam grup itu. Kemudian, diikuti satu mesej, "Waktu sudah lewat, anak perempuan lelaki tua ini sedang bermeditasi mengikut jadualnya. Akaun ini sedang digunakan oleh lelaki tua itu yang sedang menunggu kenalan dao lain iaitu Raja Agung untuk menambahnya ke dalam sembang grup...batuk…. Sudah lama saya mendengar tentang Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah yang pernah menghilang dan juga pencapaiannya, dengan bantuan anugerah bicara dari Pendekar Berang. Tidak ada yang dapat melawan semua khabar angin dari orang luar berbanding bertemu dengan dia sendiri. Wahai Pendekar Berang Melulu Tiga, lelaki tua ini kagum dengan anda dan berharap untuk mengajak anda keluar minum bersama bila-bila masa."

Pendekar Berang Melulu Tiga tiba-tiba berasa malu. Perasaan malunya tidak dapat digambarkan apabila dia perlu berjumpa ayah kepada perempuan yang dia pernah usik. Dia kini terasa seperti ingin lari atau menanam kepalanya dalam tanah.

Tetapi dia masih bernasib baik kerana lelaki tua tersebut masih mampu bergurau dengannya.

Kemudian, lelaki itu menyapa ahli lain dalam sembang grup yang berada dalam talian sambil meminta mereka menjaga anak perempuan dia. Selepas itu, dia keluar talian.

Setelah melihat lelaki itu yang keluar talian, Pendekar Berang Melulu Tiga menghembus nafas kelegaan sambil menaip, "Nasib baik dia masih boleh bergurau. Mungkin kalau ada masa yang sesuai, aku dapat berbual dengan Bulu Lembut secara peribadi."

Raja Agung Gunung Kuning: "..."

Pertapa Malas Sungai Utara: "..."

Ketua Ubat yang jarang dalam talian dan kata-katanya bagaikan mutiara tiba-tiba muncul. Kali ini, dia menulis empat perkataan sahaja, "Saya doakan keselamatan awak."

"?" Pendekar Berang Melulu Tiga kebingungan.

Jelas sekali yang Ketua Ubat tidak akan menerangkan apa-apa mengenai ayatnya.

"Pergilah tengok nama singkatan ahli dao baru itu," Pertapa Malas Sungai Utara membalas. Orang lain pasti tidak akan terpedaya tetapi kenapa Pendekar Berang Melulu Tiga masih tidak faham?

"Nama singkatan? Bulu Lembut itu?" Pendekar Berang Melulu Tiga bertanya dan nampaknya dia masih belum faham.

"Ya! Dialah! Dia seorang lelaki tua, awak belum faham lagikah?" Pertapa Malas Sungai Utara beritahu sekali lagi.

Setelah beberapa ketika, barulah Pendekar Berang Melulu Tiga mula faham dan kemudian dia menghantar rerantai mesej ke dalam sembang grup itu. "Diakah Roh Kupu-kupu Dihormati yang terlalu berkira dalam semua perkara kecil tu?"

Roh Kupu-kupu Dihormati ialah seorang lelaki tua yang sangat dihormati. Dia seorang lelaki yang hebat dalam semua perkara, dengan sifat jujur dan amanah. Masalahnya dia suka menyebut tentang perkara remeh dan boleh dianggap sebagai seorang dao yang hebat dalam kecerewetan! Orang lain cerewet juga, tetapi dia seorang yang cerewet ekstrem!

Pertapa Malas Sungai Utara terlalu marah sehingga bibirnya diketap rapat. "Bukan itu yang aku maksudkan!"

Raja Agung mengeluh. "Pendekar Berang Melulu Tiga, kawan saya itu masih dapat melihat perbualan kita di dalam ni."

Mungkin juga, log mesej itu boleh dilihat.

Tidak, memang telah dilihat!

Raja Agung tidak sanggup melihat keadaan Pendekar Berang Melulu Tiga yang masih lalai itu, lagipun dia ahli baru dalam grup itu.

"Oh tidak, habislah aku," Pendekar Berang Melulu Tiga nampaknya hampir yakin dengan nasibnya yang malang apabila Roh Kupu-kupu Dihormati melawatnya nanti. Dia pasti terpaksa menahan telinganya apabila berdepan dengan Roh Kupu-kupu itu. Dia menahan air mata yang hampir jatuh kerana nampaknya dia telah menyakitkan hati ahli yang lebih tua darinya kali ini.

Dia kemudian berteriak, "Raja Agung, bantulah saya untuk merayu bagi meringankan hukuman!"

Raja Agung membalas dengan acuh tak acuh.

Tiada siapa dalam kumpulan itu melayan raungan membingitkan Pendekar Berang Melulu Tiga, malah mereka sedang berbual tentang topik lain dan tidak mengendahkan rayuan dia.

Pertapa Malas Sungai Utara bertanya dalam kumpulan itu, "Raja Agung, bagaimana dengan Tertekan Kerana Gunungan Buku?"

Waris Su Ketujuh bertanya, "Patutkah kita keluarkan dia? Lagipun, dia cuma seorang manusia biasa dan tidak layak untuk sertai kumpulan kita."

"Haih, itu memang salah aku, kita berdua berkongsi pendapat yang sama. Biar aku cuba buat satu ramalan untuk ketahui bagaimana aku patut selesaikan masalah ini," Raja Agung membalas. Memang betul, kekeliruan ini berlaku kerana kesilapannya. Dia jugalah yang bersalah kerana telah menambah seorang asing dalam kumpulan sembang grup dia. Tetapi, bukankah dia sendiri yang akan berasa malu sekiranya dia mengeluarkan orang itu dari kumpulannya?

Pertama, dia akan kelihatan seperti orang yang baik hati di hadapan semua orang.

Ramalan yang dia cuba lakukan itu bertindak sebagai alasan agar dia mempunyai sebab yang kukuh untuk mengeluarkan ahli baharu yang asing itu.

Kedua, dia sudah lama berminat untuk mencuba belajar meramal. Dia juga teringin untuk mencuba kemahiran yang dia baru pelajarinya itu. Walau apapun yang berlaku, dia akan membuat ramalan itu.

Kemudian, dia menggunakan buku Puisi Tang sebagai rujukan dan menggunakan tangannya untuk mengalih muka surat buku tersebut sambil menjalankan kemahiran rahsia kaedah meramal. Sebuah tenaga yang tidak dapat difahami dikeluarkan dari rangkap itu sambil membentuk trigram.

Kuasa ramalan itu kelihatan seperti berjalan lancar. Sejak Raja Agung belajar sendiri kemahiran meramal itu, ini merupakan kali pertama dia merasakan sebegitu.!

Dia melihat ke arah hasil meramal dengan wajah yang gembira.

Tidak lama selepas itu…

Wajah Raja Agung menjadi tenang.

Kemudian, pandangan wajahnya bertukar buruk.

Sekarang, mari kita lihat keputusannya: Di sebuah syurga, dua ekor burung sedang terbang bersama. Di bumi, dua batang pokok dengan ranting berseliratan selamanya.

Jika dia masih dapat ingat dengan betul, rangkap ini ditulis oleh Bai Juyi, seorang penyajak dari dinasti Tang. Rangkap ini biasa dipakai dalam karya klasik dan biasanya ditunjukkan untuk menerangkan tentang cinta?

Tiba-tiba, Raja Agung berasa tidak sedap hati.

Dua ekor burung yang terbang bersama, dua batang pokok dengan ranting yang berselirat.

Celaka! Kenapa ada manusia yang mahu menjadi seperti dua batang pokok yang berselirat itu? Tak masuk akal!

Atau, mungkinkah dia dengan Gunungan Buku itu perlu melakonkan watak seperti pasangan merpati dua sejoli? Perkara itu membuatkan dia teringat kepada golongan homoseksual pada zaman Perang di China. Pada saat itu juga dia merasakan seperti dia telah menelan seekor lipas dan tekaknya kini terasa satu perasaan geli yang tidak dapat dibayangkan.

"Mungkin ramalan ini berlaku kerana kurang pengalaman dan kemahiran. Lagipun, aku baru sahaja belajar selama sebulan. Jadi, aku kena cuba lagi. Ya, aku kena cuba lagi!" Raja Agung kemudian mencuba kaedah rahsia meramal yang kuasa tidak dapat digambarkan itu pun terdedah lagi di dalam buku puisi Tang itu.

Satu lagi rangkap tertulis di halaman itu.

Pelaksanaan ramalan itu berjalan dengan sangat lancar dan semangat Raja Agung tiba-tiba muncul kembali. Pasti percubaan kali ini akan berhasil!

Tidak lama selepas itu…

Wajah Raja Agung bertukar pucat.

Keputusan ramalan: Jika cinta antara dua pihak dapat bertahan selamanya, mengapa mereka hanya perlu bersama sehari semalam?

Apa benda merepek yang ditulis ini? Dia tidak percayakannya. Raja Agung kemudian cuba membuat satu ramalan lagi.

Kali ini, dia berasa lebih berpuas hati berbanding sebelum ini. Dia merasakan yang kuasa meramalnya, menjadi lebih baik!

Pasti ramalan ini terkena tepat pada sasaran!

Dia menundukkan kepalanya untuk melihat ke arah keputusan ramalan. Tetapi semua itu sia-sia sahaja kerana jawapan bagi persoalannya tetap sama dan tidak berubah.

"…"

"Tarik nafas dalam-dalam." Raja Agung menutup buku Puisi Tang itu dengan tenang dan kemudian membalingnya pada sudut 45 darjah, jauh darinya. Perasaan yang dia alami itu tidak dapat dibayangkan. Menakjubkan!

Tidak lama kemudian, dia mengoyak halaman buku Puisi Tang itu dengan tenang sambal menganggukkan kepalanya. Dia pun berkata, "Ketua ini tidak ada bakat untuk membuat ramalan dan tidak layak untuk menjadi seorang pengajar. Sebab itulah ramalan yang diberikan pada aku pasti salah."

Dia membaling cebisan kertas yang dikoyak itu dan berjanji yang dia tidak akan cuba membuat ramalan lagi.

Dia kemudian menulis ke dalam sembang grup itu, "Kita patut biarkan Gunungan Buku itu berada dalam kumpulan ini buat masa sekarang. Ketua ramalan tunjukkan takdir di antara aku dan ahli baharu ini mungkin akan bertembung lagi. Semua ini tidak dapat dielakkan. Apa-apapun yang berlaku nanti mungkin akan berlaku kerana nasib."

Raja Agung cuba umenggunakan kamus bidang ramalan yang sukar difahami untuk disampaikan kepada ahli sembang grup itu. Walaupun ditanya beberapa kali, dia tidak akan beritahu apa-apa tentang keputusan ramalan itu yang sebenar!

Celaka! Walaupun aku dan dia mungkin akan bertembung lagi, mesti hubungan kami berdua tidak akan bertahan!

"Jadi kita biarkan sahaja dia di sini. Aku rasa mungkin dia akan pergi juga selepas dia berasa bosan. Oh ya, apa keputusan ramalan yang Raja Agung tengok sebentar tadi?" Pertapa Malas Sungai Utara kemudian bertanya kepada Raja Agung kerana dia teringat yang Raja Agung pernah ceritakan pada mereka dia sedang belajar membuat ramalan.

"…"

Raja Agung menjawab, "Aku tengah sibuk, aku pergi dulu, teruskan perbualan"

Kemudian dia terus putuskan talian dan meninggalkan Pertapa Malas Sungai Utara tanpa jawapan.

avataravatar
Next chapter