10 Gangguan Sementara di Jalanan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas berfikir untuk beberapa ketika sebelum ini, dia merasakan macam pernah dengar nama kawasan jalan Luo Xin di suatu tempat, tetapi dia tidak dapat mengingatinya walau dengana telah cuba untuk ingat semula. Rupa-rupanya tempat itu cuma di sini, tempat Syurga Penggemar Makanan yang sangat terkenal ini!

'Tetapi tunggu sebentar, bukankah jalan Luo Xin yang Bulu Lembut pernah sebutkan itu terletak di Bandar J? Ini adalah Daerah Jiangnan!

'Mungkin Bulu Lembut teringatkan lokasi yang salah?

'Atau mungkin juga terdapat jalan Luo Xin di kedua-dua Bandar J dan Daerah Jiangnan?'

Ini adalah perkara biasa. Walaupun terdapat beberapa nama bandar dan daerah yang sama apabila menyebut tentang nama bagi bandar-bandar, jalan-jalan, kampung-kampung dan sebagainya, terdapat banyak contoh nama yang sama digunakan di tempat sebegitu. Tempat yang Bulu Lembut hendak pergi mesti berada di Bandar J dan dia tidak mungkin akan datang ke Daerah Jiangnan.

Ketika dia keluar untuk menghilangkan kebosanan, Song Shuhang tidak memikirkan tentang hal itu lagi.

Dia makan sambil berjalan dan masih lagi makan semasa membeli-belah.

Setelah beberapa jam membeli-belah, dia merasa letih dan kemudian membeli dua rol ayam lagi. Kemudian, dia duduk di bangku yang menjadi tempat untuk berehat dan bersantai di suatu tempat di sepanjang daerah itu.

❄️❄️❄️

Di seberang kawasan berehat ialah dataran awam Jalan Luo Xin dan apa yang boleh dilihat di situ ialah orang yang berjalan di sekitar kawasan itu dengan berlatar belakangkan bunyi bising dan suara-suara ceria orang ramai yang lalu-lalang.

Di situ terdapat kumpulan wanita yang tidak dapat menahan dari sifat semula jadi untuk kelihatan cantik dengan cuaca yang baru sahaja panas.

Dengan baju dalam bertali nipis spageti yang mempesonakan, baju 'crop top', skirt mini, seluar pendek dengan potongan pinggang rendah, kasut tumit tinggi, selipar dengan bucu tajam serta baju tiub tanpa tali yang memperlihatkan garisan bentuk buah dada dan garis pinggang kecil di mana-mana, ia telah menambah kepada seribu lagi jenis gaya dalam kawasan plaza awam Luo Xin. Suasana itu memberikan impak perubahan fesyen yang ceria dan menawan di dalam kawasan kecil itu.

Hanya dengan duduk di kawasan rehat itu, seseorang dapat melihat pelbagai jenis pasangan kaki yang panjang, cahaya yang terang dan bersilau dari kawasan dataran.

Secara kebetulan, kawasan berehat yang Song Shuhang telah pilih secara rawak adalah lokasi yang hebat untuk melihat wanita cantik. Di situ sudah ada tiga orang lelaki yang sedang ikut berehat sambil melihat kaki-kaki panjang milik wanita-wanita yang berada di situ dengan bersungguh-sungguh. Pada masa yang sama, mereka turut memberi markah bagi pasangan kaki yang melintas di hadapan mereka.

"Nampak tak di sana? Perempuan yang memakai skirt merah di bahagian bawah kiri skrin elektronik yang besar itu? Dengan bentuk dan kaki yang sebegitu, dia sekurang-kurangnya mendapat 80 mata. " Seorang lelaki gemuk yang memakai cermin tebal menunjuk ke arah wanita memakai skirt merah sambil bercakap dengan nada berbisik.

"Ah Xu, kau masih perlu melatih penglihatan kau. Walaupun kakinya panjang, seluruh susuk tubuhnya sedikit kurus dengan betisnya agak pendek dan itu menjejaskan penampilan keseluruhannya. Paling banyak, dia mungkin mendapat 73 mata. " Seorang lelaki kacak yang memakai cermin mata hitam di sebelahnya menunjukkan postur duduk seorang pakar penilai penampilan wanita.

"Betulkah begitu?" Lelaki gemuk bercermin mata itu menggaru kepalanya. Apabila dilihat dengan sepenuh perhatian, benarlah apa yang dikatakan oleh lelaki yang memakai cermin mata hitam itu. Walau bagaimanapun, semua ciri-ciri itu tidak dapat dikesan sekiranya seseorang tidak melihat dengan teliti.

"Aku rasa dia boleh mendapat lebih tinggi daripada 77 mata. Lagipun, kaki cantik seperti ini dianggap sangat jarang berlaku dan kita tidak boleh menggunakan kaki-kaki selebriti atau model dalam talian sebagai standard. " Akhir sekali, seorang lelaki rambut pendek bersandar di atas kerusi dengan bercakap dengan nada yang malas.

Song Shuhang secara tidak sedar memandang ke arah lelaki berkaca mata itu tunjukkan ketika dia mendengar perbualan mereka. Ada seorang wanita yang memakai gaun merah sendat berjalan kaki dengan cepat sedang memakai sandal dengan bertatah batu kristal pada kaki panjangnya yang langsing.

Biasanya, wanita yang berani memakai gaun sendat itu sememangnya yakin dengan bentuk badan mereka sendiri.

Song Shuhang tidak mempunyai fetisy kaki tetapi dia harus mengakui wanita yang memakai gaun merah memang cantik dengan pahanya yang panjang dan putih gebu itu. Jelas sekali, pemilik kaki itu memberi perhatian kepada kakinya supaya sentiasa cantik.

Bercakap tentang lelaki yang suka memandang wanita, biasanya lelaki muda akan melihat wajah wanita dan kemudian ke arah dada mereka apabila mereka lebih tua. Hanya lelaki dewasa yang melihat kaki.

Song Shuhang pasti yang dia tidak boleh dianggap sebagai lelaki matang kerana dia mempunyai perasaan tertentu ketika dia melihat kaki yang cantik di hadapannya. Walaupun pandangan keseluruhan di tempat dia duduk untuk berehat itu dipenuhi wanita dengan paha yang putih itu, dia tidak merasakan apa-apa dan dia juga tidak terfikir untuk memberi markah seperti tiga orang lelaki yang duduk di sebelahnya itu.

Rakan-rakan di asramanya juga pernah menyatakan mereka teringin untuk duduk melutut dan menjilat kaki selebriti dari negara-negara jiran. Kekeliruan Song Shuhang dengan kelakuan aneh mereka itu semakin bertambah.

Lagipun, itu cuma kaki. Malahan, semua orang mempunyai kaki, hanya kaki wanita lebih cerah dan dilitupi dengan kulit yang lebih lembut. Tidak ada yang istimewa, betulkan?

Semua yang dia fikirkan itu hanya berlaku dalam fikirannya. Kalau tiga orang lelaki di sebelahnya terdengar pendapat dia itu, mungkin mereka sudah mengejeknya.

"Cepat, tengoklah di situ! 100 mata, itu adalah sepasang kaki yang layak mendapat 100 mata! " Tiba-tiba, lelaki gemuk bercermin mata itu bercakap dengan teruja dan penuh semangat serta dan secara tidak sedar telah meninggikan suaranya.

"Di mana?" Lelaki di sebelahnya bertanya. Walaupun standard lelaki gemuk itu tidak boleh dianggap tinggi, ia masih dianggap pendapat purata bagi lelaki. Skor 100 tidak mudah untuk diberikan.

Lelaki berambut pendek yang malas itu juga telah menegakkan tubuhnya dan ingin tahu di mana lelaki gemuk itu sedang tunjukkan.

Di tempat yang sama, di bawah skrin LED yang besar, satu bayangan langsing dan cantik berjalan keluar dari sudut jalan. Walaupun dia sedang mengheret beg bagasi besar, dia langsung tidak kelihatan seperti sedang tertekan.

Rambut hitam panjang mencapai pinggangnya bagaikan air terjun, mengurai dari belakang badannya dan berkibar di mengikut angin.

Tubuhnya tinggi dan walaupun memakai sepasang kasut sukan yang rata, jelas sekali kakinya lebih panjang daripada orang-orang di sekelilingnya. Setiap langkahnya meliputi jarak yang akan mengambil dua ke tiga langkah bagi orang biasa.

Dia satu susuk tubuh yang biasa kita lihat bagi pelakon utama wanita dalam sesebuah filem. Walaupun dia berdiri tanpa berbuat apa-apa di tengah-tengah orang ramai itu, dia masih memancarkan perasaan yang nyata lebih hebat daripada yang lain, mempunyai kecenderungan semula jadi untuk menarik perhatian orang lain serta menjadi titik tumpuan di tengah kesesakan.

Wanita cantik berambut hitam itu berjalan dengan pantas. Dengan hanya beberapa langkah, dia telah sampai ke wanita dengan gaun merah yang telah disebutkan oleh tiga orang lelaki itu sebentar tadi. Apabila perkara yang sempurna dinilai satu demi satu, mungkin ia tidak lagi nampak mempesonakan. Walau bagaimanapun, apabila terdapat rujukan bagi bahagian untuk dibuat perbandingan, semuanya akan menjadi seratus kali lebih mempesonakan.

Pada masa ini, wanita dengan gaun merah menjadi punca perbandingan buat tiga lelaki itu. Ketika wanita berambut hitam berjalan melewatinya, dengan perbandingan antara dua pasang kaki, semuanya nampak lebih jelas. Dengan kecantikan yang lebih menyerlah, kaki wanita berambut hitam kelihatan lebih mempesonakan.

"Ah Xu, kau tidak perlu berkata apa-apa lagi, ini betul-betul 100 mata." Lelaki bercermin mata hitam itu segera berdiri dan membersihkan pakaiannya sebelum membetulkan gaya rambutnya.

"Apa yang kau tengah buat?" Lelaki berambut pendek bertanya.

"Aku mahu mengajak dia keluar! Wanita yang sempurna. Mustahil aku dapat bertemunya lagi selepas ini. Oleh itu, tanpa mengira sama ada aku akan berjaya atau gagal, aku harus pergi dan bertanya kepadanya, atau aku akan menyesal selama-lamanya," lelaki bercermin mata hitam itu tersenyum, dua baris gigi putihnya berkilauan di bawah sinar matahari. Dia memang mempunyai bakat untuk menarik perhatian gadis-gadis, semuanya kerana rupanya yang kacak!

Dia tidak akan rugi walaupun dia gagal, tetapi jika dia berjaya mengajak wanita itu keluar, itu kemenangan terbesar buatnya! Jadi, apa salahnya jika dia mencuba?

Seorang lelaki sejati tidak perlu takut untuk menjadi malu pada saat itu, tetapi dia perlu berani!

Kemudian, lelaki bercermin mata hitam yang tampan itu berjalan masuk ke kawasan orang ramai dan menuju ke arah wanita cantik berambut hitam itu.

❄️❄️❄️

Bagaimanapun, sebelum dua minit berlalu, dia datang kembali kepada rakan-rakannya.

"Itu sangat cepat, adakah kau sudah gagal?" Lelaki gemuk bercermin mata itu bertanya dengan ragu-ragu. Walaupun dia tahu rakannya akan gagal sekurang-kurangnya pada peratusan 90%, rakannya itu boleh dianggap kacak dan apabila digabungkan dengan mulut manisnya yang bagaikan menanam tebu di tepi bibir, bagaimana dia boleh gagal sepantas itu? Walaupun dia gagal, dengan kebolehannya, dia tidak sepatutnya ada masalah untuk berbual dengan wanita cantik itu.

"Aku tidak berpeluang untuk mengajak dia keluar... kaki wanita itu panjang dan dia berjalan laju, setiap langkahnya sama dengan beberapa langkah aku. Maksudnya, aku tidak dapat mengejarnya walaupun aku sudah cuba berlari. " Lelaki tampan itu menjawab pertanyaannya rakannya dengan air mata yang mengalir di pipi.

"..." Lelaki berambut pendek itu tidak bersuara.

"Chi!" Song Shuhang yang duduk di samping mereka hampir mengalami kecederaan dalaman kerana ketawa. Tiga orang lelaki itu melucukan.

Bila dia fikir semula, kaki wanita cantik berambut hitam itu memang mempesonakan.

Di zaman sekarang dengan penggunaan internet yang meluas, terdapat lebih ramai wanita cantik yang muncul dan orang ramai semakin lama semakin kurang menghargai 'kecantikan'.

Walau bagaimanapun, burung bangau tetap akan menonjol walaupun berada dalam sangkar yang dipenuhi ayam. Kecantikan dengan ciri atau kualiti yang dapat dibezakan selama-lamanya dapat menarik minat orang ramai.

Sebagai contoh, kecantikan wanita berambut hitam itu sebelum ini ialah kecantikan yang diingati hanya dengan pandangan dan tidak akan dilupakan dalam masa yang singkat.

❄️❄️❄️

Berjumpa dengan wanita cantik itu hanyalah gangguan sementara semasa bersiar-siar di jalan.

Selepas berehat seketika, Song Shuhang menyambung aktiviti membeli-belahnya.

Aku perlu membeli beberapa jenis makanan ringan untuk dibawa pulang nanti. Dia berfikir. Rakan-rakan sebiliknya telah menjaganya sebelum ini semasa dia sakit. Oleh sebab itulah memandangkan dia sedang berjalan-jalan di sekitar syurga penggemar makanan ini, dia perlu membawa buah tangan kepada rakan sebiliknya sebagai tanda terima kasih.

Kerana dia tidak tahu apa yang mereka suka, dia memutuskan untuk membawa sebahagian daripada semua makanan lazat yang ada di situ.

avataravatar
Next chapter