4 Terbongkar Rahsia

20 hari kemudian, Min soo dan Min young sebagai Manager BTS dan semakin sibuk dari sebelumnya.

Min soo menguruskan keperluan member-member BTS, Min young tidak sihat selama 2 hari ini dia terpaksa bercuti hingga dia sihat seperti sedia kala.

"Nuna! mana baju saya" tanya V sedang menunggu gilirannya bersiap untuk persembahan di muzik bank, "Maafkan saya.. saya akan ambil" jawab Min soo dengan cemas. Jungkook rasa kasihan kerana Min soo lebih sibuk menguruskan member-membernya tanpa berehat sekali pun, kekecohan dan kesibukan menyebabkan Min soo nak menguruskan sangat sesak, sering terlanggar-langgar satu sama lain antara manager dan staff.

tapi Min soo sentiasa berhati-hati dengan kecederaan di lengan kirinya yang masih belum sembuh sepenuhnya agar tidak menimbulkan kecurigaan dari Jimin, seseorang yang pernah diselamatkan oleh Min soo dan Min young sebulan lalu.

"Jimin! ini pakaian kamu.." kata Min soo berlari menuju ke arah Jimin. "Terima kasih...apa kamu baik-baik saja?" risau Jimin melihat Min soo sedang kepenatan. "Saya baik-baik saja, usah risau" jawab Min soo lalu pergi dari situ. membuatkan kecurigaan Jimin semakin dalam, "Suaramu pernah didengari sebelumnya, aku pasti akan cuba mencari tentang identiti kalian berdua" bisik hati Jimin dengan yakin dia orangnya yang menyelamatkan dirinya dari sesaeng fans.

Selepas selesai persembahan, BTS menuju bilik solekan untuk berehat, Jungkook menuju ke tandas tak jauh dari itu ternampak Min soo duduk di sebuah sofa, sedang dalam keadaan keletihan sambil meminum air.

Jantung Jungkook tiba-tiba berdegup-degup melihat kecantikannya lalu memegang dadanya. "Kenapa dengan jantung aku ni setiap kali melihat dia" bisik hati Jungkook menuju ke tandas tanpa memandang Min soo.

"Jungkook!" tiba-tiba Min soo sedar kehadiran Jungkook yang lalu di hadapannya, ketika Min soo mahu bangun untuk kembali berkerja secara tiba-tiba kakinya terseliuh, jatuh ke pelukan Jungkook dan membuatnya jantung Jungkook berdegup laju.

"Aduh! maafkan aku, aku tak sengaja menyentuhmu" kata Min soo duduk semula di sofa, memegang kakinya. secara tak disangka-sangka Jungkook membongkok kaki ke lantai, menyentuh kasut Min soo lalu membukakan, sentuhan Jungkook membuatkan kaki Min soo terasa melegakan.

"Adakah kaki nuna ok?" tanya Jungkook masih mengurut kaki Min soo, dengan segera Min soo melepaskan kakinya dari sentuhan tangan Jungkook dan Jungkook sedar dengan kelakuannya "Nuna tak apa-apa" jawab Min soo pura-pura melihat sekeliling tanpa memandang wajah Jungkook.

"Maafkan aku jika kamu tidak selesa denganku" kata Jungkook membongkok sebagai tanda maaf lalu pergi dari situ, Jungkook rasa menyesal dengan kelakuannya kepada Nuna Min soo. "Maafkan aku Jungkook, aku tidak dapat membalas cintamu jika kamu mencintaiku" bisik hati Min soo dengan kekesalan dirinya.

Min soo pun mula masuk bilik solekan dengan kaki yang terencot, Jungkook memerhatikan Min soo disebalik cermin solekannya. tiba-tiba telefon Min soo berdering, "Hello Min soo!!" ucap Min young, membuatkan Min soo teruja mendengar suara kawan kesayangannya. "Min young-ah! aku rindu kamu wuaahhh" gurau Min soo sengaja buat suara sedang menangis.

"Macamana dengan tugas harini? pasti sibuk tanpaku kan?" tanya Min young. "Tahu tak apa, tapi yang teruknya sesuatu berlaku di antara aku dan Jung...." tiba-tiba Min soo terdiam sambil memandang Jungkook disebalik cermin tempat dia duduknya.

"Apa yang berlaku Min soo?" tanya Min young kehairanan yang Min soo katakannya. "Haaa...maaf aku sibuk sikit" jawab Min soo lalu menamatkan panggilannya agar Min young tidak sedar apa yang dikatakannya.

Min soo sedang berehat di ruang kosong seperti bilik hanya untuk staff dan manager. Min soo masih terfikir kelakuan Jungkook kerana menjadi manager tidak boleh jatuh cinta atau mengambil kesempatan terhadap artis jika tidak, biasa dikatakan akan dihukum denda ataupun nama sendiri akan menjadi perbincangan fans artis-artisnya.

Min soo memegang lengannya yang masih terluka, kena libas dengan pisau agak dalam hingga tidak dapat sembuh dalam masa singkat dan juga boleh timbul kecurigaan Jimin jika sembuh pasti rancangan Min soo dan Min young dapat dilakukan dengan baik.

Dalam perjalanan pulang, sudah 3 hari Min soo pulang sendirian tetapi Min soo tidak pernah salahkan Min young yang selalu tinggalkan Min soo sendirian seperti kawan-kawannya yang lain suka sindir, mengutuk dan perli tentang dirinya.

"Min soo-ah!" jerit Min young menunggu kepulangan Min soo di depan rumah Min soo. Min soo terkejut dan tersenyum lebar sampai di telinga, "Min young! kawan tersayangku Min young!" jerit Min soo memeluk erat sambil melompat-lompat macam orang hilang akal.

Di rumah Min soo, "Maafkan aku... dah 3 hari aku tak datang berkerja, mesti dipotong gaji untuk 3 hari" ujar Min young berwajah sugul. "Haha.. maybe" kata Min soo tertawa melihat gelagat kawannya itu.

"Min young! tidak mengapakah member-member BTS memanggil kita Nuna? padahal kita lebih muda dari mereka terutamanya Jungkook" tanya Min soo tiba-tiba menanyakan hal tidak pernah difikir oleh Min young.

"Bukan ke kita kena berahsia identiti kita?" ujar Min young mengingatkan Min soo penjanjian mereka dulu. "Semuanya akan musnah jika Jimin tahu hal ini seperti kita pengintip mereka!" kata Min soo tak pasti jika itu boleh terjadi masa ini. Min young mula risau dengannya.

Keesokan paginya, di tempat kerja seperti biasanya, pagi-pagi Min young sibuk menguruskan semua pakaian member BTS yang harus dipakai untuk Fansign petang ini.

"Nuna!.. Manager Kim memanggil kalian berdua di bilik menyuarat tadi" kata RM mengacingkan butang bajunya, bersiap untuk jadual yang lain sebelum Fansign petang nanti. "Baiklah.. saya akan ke sana dengan Min young nanti" jawab Min soo kelam kabut mencari sesuatu, tanpa diduga dia terlanggar oleh 3 staff meminta laluan secepat mungkin dengan membawa sesuatu yang berat,

Min soo belum sempat mengelak, dia terbabas di dinding hingga terkena lengan kirinya.

"Aduhhh...Min young-ah" panggil Min soo perlahan sambil memegang lengannya tapi Min young tiada disekitar dirinya, lukanya lebih teruk dari sebelumnya menyebabkan darah mengalir membasahi seluruh tangan Min soo. "Aku mesti pergi dari sini dulu sebelum ada orang perasan" bisik hati Min soo lalu pergi dari situ.

Kelam kabut Min soo mencari Min young untuk membantu mengubati lukanya namun Min young masih belum ditemui hingga terlanggar Jungkook dan jatuh ke atas lantai, darahnya melekat atas lantai, Jungkook melihat kejadian itu terkejut "Nuna!? kamu ok ka? lukamu teruk!" ujar Jungkook dengan raut kerisauan. Min soo hampir tidak mampu bangun lalu pengsan di pangkuan Jungkook.

Di bilik rawatan, Jungkook menemani Min soo hingga dia sedar, Jungkook sudah memberi tahu kejadian itu kepada member-membernya dengan manager Kim dan Min young.

mata Min soo perlahan-lahan dibukakan, melihat Jungkook berada disampingnya, rela menunggu managernya daripada tugasnya "Jungkook? bagaimana tugasmu tadi?" tanya Min soo dengan serba salah.

"Jangan risau tentang tugasku, risaukan kesihatanmu" jawab Jungkook tersenyum kecil. tiba-tiba member-membernya dan Min young datang menghampiri Min soo, "Min soo-ah! apa kamu baik-baik?" tanya Min young dengan rasa kesal dan risau sambil memeluknya.

"Aku baik saja.." jawab Min soo dengan yakin. Jimin yang berada di situ bertanya "Lengan kamu kena apa?" tanya Jimin mula kehairanan. Min soo dan Min young terkejut dan terdiam dengan pertanyaan Jimin, agak-agaknya Jimin mula curiga dengan luka Min soo. "Itu....." Min soo belum sempat menghabiskan ayatnya, salah seorang dari mereka tiba-tiba menyiku Jimin "Jangan tanya lagi, biarkan Nuna Min berehat dulu..kita kena keluar dari sini.." sahut Suga menolak member-membernya keluar dari bilik itu.

Min soo dan Min young melepas nafas lega "Nasib baik rahsia kita tidak terbongkar dengan mudah" keluh Min young. tiba-tiba Min soo memukul Min young "Dari mana kamu ketika aku ingin bantuan dari kamu!" marah Min soo berpaling badan.

"Maafkan aku!! aku tak tahu itu berlaku" rayu Min young memujuk Min soo tetapi Min soo tidak menghiraukan pujukan dari kawannya itu.

Di sisi lain, Jimin masih memikir kejadian yang berlaku kepada Min soo tadi dan memanggil RM "Bila masa terluang kita?" tanya Jimin. "Maybe esok kot kita cuti" jawab RM dengan hairan, tidak yakin dengan jadual yang ditetapkan. "Manager dengan staff macamana?" tanya Jimin sekali lagi. "Mereka ada tugas dan menyuarat esok macam biasa" ujar RM sungguh hairan dengan kelakuan Jimin.

"Hello! maafkan aku atas kejadian tadi" sahut Min soo kepada member-member BTS dan manager Kim di bilik latihan. "Tak apa-apa..itu sering berlaku" jawab Jhope dengan mesra dan member BTS yang lain menangguk-angguk tanda setuju dengan kenyataan Jhope kecuali Jimin masih dalam kecurigaan.

"Macamana dengan latihan kalian? mahu kami membeli ramen untuk kalian?" tanya Min young kepada mereka. "Kami mahu bulgogi dan jjajangmyeon!" kata member BTS serentak. Min soo dan Min young tersenyum tawa sesama sendiri.

Saat Fansign, para ARMY beratur untuk dapatkan tandatangan member BTS, ada yang berjerit memanggil nama mereka, ada juga setengah ARMY sedar kehadiran 2 manager baru mereka sangat cantik yang berada di belakang member BTS untuk mengutip hadiah-hadiah yang diberikan oleh para ARMY hingga mereka berasa cemburu kepada Min soo dan Min young kerana dapat menjadi pekerja salah satu bahagian di Bighit.

"Taehyung hyung! sapa nama managermu yang cantik tu!" jerit salah satu ARMY lelaki dan member-member BTS sama-sama terkejut memandang satu sama lain dengan pertanyaan ARMY mereka.

"Dia manager kesayangan kami!" jawab Seokjin secara tiba-tiba berkata seperti itu, member-membernya turut terperanjat dengan jawapan hyungnya.

"Dia hanya manager kami saja.. ARMY adalah satu-satunya kesayangan kami" kata Jhope dengan jujur agar tidak mengecewakan semua para ARMY dengan kata-kata hyungnya.

Min soo dan Min young berasa janggal dengan kehadiran mereka untuk pertama kalinya di depan ARMY tapi mujurlah member BTS tidak menjawab pertanyaan ARMY dengan nama mereka berdua jika tidak, boleh menjadi kekecohan di Fansign.

Di Bighit, hari hampir malam selepas menyelesaikan tugas di Fansign hari ini, Min soo dan Min young ada masa terluang, mereka duduk di sofa dengan kepenatan dalam bilik istirehat. "Penatnya hari ni" kata Min young melepaskan keluhan berat, Min soo hanya mendiamkan diri hingga terlenanya mereka berdua kerana keletihan.

Jimin melalui jalan menuju ke bilik latihan ternampak mereka berdua tertidur di sebalik pintu masuk, lagipun bilik itu hanya ada mereka berdua dan Jimin cuba memasuki bilik itu untuk mencari bukti tanpa berfikir panjang, Jimin melepaskan topeng mulutnya lalu meletakkan topengnya di muka mereka berdua dan mata Jimin terbeliak, terkejut setelah melihat wajah mereka.

"Ternyata benar mereka!" kata Jimin dalam hati.

Beberapa minit kemudian, Jimin masih menunggu mereka berdua bangun yang berada dihadapannya. Min soo pun terjaga dari tidurnya sambil mengosok matanya, melihat Jimin berada di hadapannya

"Jimin? apa yang kamu buat di sini? bukan ke kamu masih ada tugas malam ni?" tanya Min soo dengan kehairanan, Min young pun terjaga selepas mendengar suara Min soo.

"Apa kamu buat disini setelah selamatkan aku sebulan lalu?" tanya Jimin mengengam erat topeng mulutnya. Min soo dan Min young terkejut dengan kenyataan Jimin, "Jimin...Tolong jangan salah faham kerana....." belum sempat Min soo memberi penjelasan, Jimin bangun dalam keadaan marah "Kalian cuba mengintip kami kan!" sahut Jimin merujuk mereka berdua.

"Jangan salah faham Jimin! kami tidak ada niat untuk melakukan hal tu" tindakan Jimin terhenti mendengar penjelaskan dari Min soo dan Min young cuba menyenangkan hati Jimin.

"Kami pada mulanya tidak sedar itu kamu ketika menerima tawaran kerja kat sini" jelas Min young menyesal dengan tindakan mereka pada mulanya. "Kalau kamu tidak percaya atau tidak selesa dengan kami, tolong benarkan kami berkerja hingga dapat gaji" rayu Min soo. "lepas tu kami akan berhenti kerja disini" ujar Min young.

Melihat mata mereka membuatkan Jimin hampir percaya dengan kenyataan mereka, dia menangguk-angguk perlahan tanda membenarkan mereka berkerja disini lalu pergi dari situ. rancangan Min soo dan Min young hampir dimusnahkan dengan mudah dan mereka berdua duduk di sofa semula sambil melepas nafas leganya.

avataravatar
Next chapter