8 Mencari Erti Kebahagiaan

Di Bighit, masih sibuk seperti biasanya, Pengarah Syarikat itu sudah pun mengetahui Min soo dan Min young mahu berhenti kerja di syarikatnya, baru sebulan berkerja disini, tak sangka mereka ini lain daripada orang lain berkerja disini bertahun-tahun."Kenapa awal sangat kamu berdua mahu berhenti?" tanya Pengarah dengan serius. "Sebenarnya...kami ada hal mustahak tak dapat dielakkan" jawab Min soo dengan kepala tertunduk.

"Kamu berdua sangat bagus berkerja disini tapi kenapa...."belum sempat Pengarah menghabiskan ayat, Jimin pula muncul dihadapan mereka. mereka berdua terlihat ketakutan, kemungkinan Jimin akan beritahu kejadian itu kepada Pengarahnya.

"Bos..Sebenarnya...mereka ini yang selamatkan aku dari anti fans sejak 2 bulan lalu seperti aku pernah cakap sebelum ni" kata Jimin menundukkan kepalanya. Pengarah terperanjat,

"Hmm...aku tak salahkan mereka pun tapi cuma tak mahu terjadi sesuatu tidak diingin pada kita, terutamanya media sosial yang akan terkait dengan pertemuan kamu bertiga" Pengarah menjelaskan kehidupan seorang penyanyi.

"Kalau macam tu baguslah, kami ingat akan tertangkap...tapi kami mahu berhenti kerja buat sementara ni" jelas Min soo. "Tak apa, kamu berdua boleh teruskan kerja disini kalau tiada berita tersebar sedang berlaku masa ni" kata Pengarah.

Min soo mara ke depan lalu melutut, Min young pun mengikut tindakan kawannya, Pengarah dengan Jimin kebinggungan. "Bos...Izinkan kami berhenti kerja buat sementara ni" Min soo merayu lalu mereka berdua menundukkan kepala.

"sruppp....sedapnya..dah berapa hari dah rindu nak makan bulgogi ni" Min young sedang menikmati makanannya di cafe tempat kerjanya. "Kamu kena terima lah kita akan berhenti kerja buat sementara waktu ni" gurau Min soo sambil meyilangkan tangan ke dada.

"Kamu ni!" tindakan Min young terhenti setelah melihat Jihye kat luar tingkap tempat mereka makan. "Min soo...lihatlah kawan kita..dia masih boleh terima kita" hati Min young masih lagi merasa sedih selepas teringat masa lalunya dengan Jihye.

"Ya.. dia sangat baik.. tapi apa kata kita ajak dia bercuti selepas kita berhenti kerja?" ajak Min soo. "Jom! ajak omma kita sekali" teruja Min young. "Eh.. sejak aku kenal kamu, aku masih belum pernah jumpa ibu kamu lagi" kata Min soo mengambil kopinya meninggalkan Min young disitu, keluar berjumpa Jihye.

"Hei! dia ni tak habis-habis mengusik aku!" geram Min young terus beredar dari situ. "Hai Jihye!" Sapa Min soo memeluknya dari belakang. "Hai..kamu dah habis kerja ke?" tanya Jihye. "Kami dah berhenti buat masa ni.. tapi..." Min soo menoleh ke belakang, melihat Min young sedang menuju ke arah mereka.

"Jom kita lari dulu" Min soo menarik tangan Jihye, Jihye melihat Min young sedang mengejar ke arah mereka. "Hey! jangan tinggalkan aku!" jerit Min young dengan kemarahannya.

"Aduhh...penat...hahaha" tawa Min soo selepas melihat gelagat kawan - kawannya masa belari-lari tadi. "Hahaha..." mereka tertawa bersama-sama.

Min young terlihat restoran yang pernah mereka makan bersama Member BTS hari tu, berada didepan matanya tapi Min young sengaja tidak beritahu Min soo untuk makan malam disitu kerana kemungkinan Min soo akan mengingat detik-detik bertemu ayahnya.

Tanpa berfikir panjang Min young membuka mulut untuk beritahu bercutiannya kepada kawan-kawannya.

"Pulau jeju?!" terkejut mereka serentak. "Wahh...aku suka! aku mahu pergi!" teruja Min soo melompat-lompat. "Aku setuju.."jawab Jihye.

"Ok..esok lusa kita pergi? boleh?" Min young menetapkan jadualnya di telefon. Min soo dan Jihye menangguk-angguk tersenyum lalu memeluk bersama-sama.

Jimin beritahu member-membernya tentang perhentian kerja 2 Managernya. "Apa? kenapa mereka berhenti?" tanya Jhope hairan. "Baru sebulan kerja dah berhenti." RM meragu-ragui. "Dengar kata mereka ada hal mustahak katanya..." jawab Jimin binggung. tiba-tiba Jungkook cuba berani bersuara,

"Apa hubungan hyung dengan mereka? selalu berhubung secara senyap-senyap.." jelas Jungkook melihatnya selama ni, semua membernya terperanjat lalu memandang ke arah Jimin, Jimin hanya mendiamkan diri atas arahan Pengarah walaupun kejadian antara mereka bertiga itu hanyalah perkara biasa bagi Member BTS.

Jungkook menatap Jimin dengan Kemarahannya. "Jungkook...jangan lah pandang hyung macam tu" Jimin cuba menyakinkan Jungkook. "Kenapa kamu rahsiakan masalah tu daripada kami?" tanya Seokjin kecewa. "Hyung...Maafkan aku sebab....aku hanya menepati janji mereka" jelas Jimin.

"Tak sangka kamu macam tu...jom kita pergi" kecewa Suga, Member-member pun meninggalkan Jimin sendirian.

"Hyung..." panggil Jimin dengan kekecewaannya.

Di Rumah Min soo, Puan Oh sedang memasak di dapur, melihat ibunya memasak makanan sedap yang dihidu Min soo lalu memeluk dari belakang ibunya. "Omma..sedapnya bau" gurau Min soo. "Sayang...kerja kamu baik-baik?" tanya Puan oh sedang memotong sayur-sayuran.

"Saya dah berhenti buat masa ni" jawab Min soo duduk dikerusi meja makannya. "Kenapa kamu berhenti? tak suka kerja tu?" risau Puan Oh. "Saya suka tapi...Min soo dengan kawan-kawan nak pergi bercuti.. mama nak ikut tak?" ajak Min soo mencicipi makanan di atas meja.

"Sekarang ni mama ada banyak kerja penting.. mama dapat banyak tempahan kek untuk bulan ni"senyum Puan Oh sedang mengacau masakannya. "Wahh ini hebat!.. Kek mama memang sedapp!" Min soo sangat bangga dengan bakat ibu tercintanya.

"Jadi..kamu pergi lah dengan kawan kamu tapi janji dengan ibu, jaga diri kamu baik-baik tau." Puan oh mengingatkan nasihatnya kepada anaknya. "Baiklah mama! saya janji" Min soo terus memeluk erat ibunya. "Errhh.. kamu belum mandi lagi ke?" usik Puan Oh.

Min soo menghidu bajunya tapi Min soo sengaja tak nak mengakunya terus memeluk ibunya dengan badan yang busuk. "Pergi mandi! kalau tak, jangan makan" gurau Puan Oh menolak Min soo perlahan. Min soo membuat muka comel.

Pukul 10 malam, Min soo berbual-bual dengan kawannya di telefon pintarnya, bercerita percutian mereka di pulau jeju nanti. "Macamana dengan ibu kamu Jihye?" mesej Min young. "Oh...ibu aku kerja, jadi...tak dapat pergi" balas Jihye. "Ibu aku juga tak dapat ikut..sebab dia dapat banyak tempahan untuk bulan ni" jelas Min soo.

"Wahh...ini hebat!..ibu aku pun sama..jadi nampaknya kita bercuti tanpa ibu" sahut Mi young menghantar emoji sedih. "Tak apalah..tapi kita kena pergi juga" ujar Jihye menyakinkan mereka. "Betul tu... kita patut pergi!" balas Min soo dengan teruja. mereka berbual-bual sampai tak sedar pukul 2 pagi dah mereka masih bersembang.

2 hari kemudian percutian yang mereka telah tetapkan pun tiba, Mereka bertiga membawa bagasi besar seolah-olah mahu pindah ke sana, mereka menunggu giliran di jeti untuk ke Pulau jeju.

Selama perjalanan membuatkan mereka terasa letih...akhirnya sampai sudah pulau jeju, membuatkan senyuman mereka sampai telinga kerana teruja menjejak kaki ke sana.

"Wahh...tak sangka kita dapat jejak di sini" teruja Min soo, "Jom kita cari hotel..lepas tu kita pergi jalan-jalan melawat tempat ini." Min young terus menuju ke arah hotel kerana teruja ingin bersiar-siar seluruh pulau jeju.

Jihye terpegun sambil melihat sekeliling disitu kerana rasa terlalu seronok dapat bercuti disini dengan kawannya. "Jihye! mari sini!' teriak Min soo dari jauh. Jihye pun berlalu pergi ke arah hotel yang ditempahkan oleh Min young.

Di tepi pantai, angin di situ sangat menyegarkan, mereka bertiga menarik nafas dalam-dalam untuk menyegarkan nafas mereka. "Haa~...segarnya.." lega Min soo lepas melepakan nafasnya. "Jom kita sewa basikal!" ajak Min young.

Mereka mengayuh basikal mengelilingi Pulau Jeju, Min soo megangkat tangan kanannya ke langit, merasakan angin pulau itu, memejam matanya untuk menikmati ketenangan tempat itu. mereka melawati semua tempat di pulau itu, seperti di O'sulloc Green Tea Farm, Muzium Tea, Gimnyeong Maze Park, Jeju Tangerine Farm, Halla Mountain dan tempat-tempat unik ingin dituju semua di pulau itu. Hari sudah lewat mereka keletihan selepas bersiar-siar, sampai di hadapan hotel mereka, secara tidak disangka-sangka hujan pun turun membasahi seluruh pulau,

Min soo menarik tangan Min young dan Jihye untuk bermain air hujan bersama-sama, melompat-lompat atas lopak air hujan tanpa berfikir kasut mereka sudah basah.... Betapa indahnya percutian mereka ketika ini..

avataravatar
Next chapter