3 Hari Pertama Kerja

Beberapa hari kemudian, Di rumah Min soo

Min soo dan Min young tidur berselerak penuh makanan ringan di ruang tamu lepas mereka menonton filem semalaman, "Ya tuhan! anak-anakku ini" kata Puan Oh tertawa melihat gelagat Min soo dan Min young tidur. sambil menepuk-nepuk mereka berdua untuk bangun, "Sayang...bukan ka hari ni hari yang penting?" tanya Puan Oh cuba mengingatkan mereka.

"Apa? hari yang penting? haaa!? Min Young!" jeritan Min soo membuatkan Min young terbangun dalam keadaan mamai. "Kunci kereta tadi letak kat mana".

"Min young! sedarkan diri, kamu dalam keadaan mamai" kata Min soo mengoncangkan badan Min young. "Kamu berdua mandi dulu, makan sarapan, selepas tu pergi berkerja dan omma ucapkan selamat berkerja" ujar Puan Oh dengan senyum manisnya sambil bersiap untuk pergi kerja.

"Ibumu sangat baik, rasa macam ibu sendiri" gurau Min young lalu berlari ke bilik air, Min soo terkejut dan cuba mengejar Min young, malangnya Min young yang terlebih dahulu masuk bilik air sambil menjelir lidah kepada Min soo. Min soo tertawa kecil melihat gelagat kawannya itu.

Di Bighit Entertaimant, suasana disitu sangat sibuk menyediakan keperluan artis-artisnya.

Min soo dan Min young baru sahaja tiba di lobi utama dan menunggu manager Kim memberi tugas kepada mereka. "Harini kalian bertugas untuk mengurus keperluan member-member BTS kat sana" kata Manager Kim sambil menunjukkan bilik solekan. Min soo dan Min young tersenyum sesama sendiri menuju ke bilik solekan yang ditunjuki oleh Manager Kim.

"Harap-harap hari ni berjalan dengan lancar kerja pertama kita" ujar Min soo teruja, memegang tangan dengan Min young. sebaik pintu bilik dibuka, mereka melihat member-member BTS sedang bersiap-siap untuk persembahan di pentas.

Tiba-tiba Manager Kim datang mengumumkan kedatangan Min soo dan Min young, "Perhatian! saya mahu mengumumkan 2 manager baru untuk menguruskan member BTS" ucap Manager Kim kepada semua dalam bilik solekan sekali dengan member-member BTS yang sedang di gayakan.

"Hello!" ucap semua staff dalam bilik itu lalu membongkok dan mereka berdua pun sama-sama membongkok. "Saya Manager Min soo dan kawan saya, Manager Min young" jawab Min soo perkenalkan diri dengan menepuk bahu Min young.

Selama kesibukan itu membuatkan Min soo dan Min young hampir rasa kelelahan. Tiba-tiba seseorang itu memanggil, "Nuna!" suaranya seperti pernah didengari sebelumnya tapi Min soo dan Min young tidak peduli akan hal itu dan teruskan buat kerja seperti biasa.

"Jungkook... ini baju yang kamu kena pakai" kata Min soo memberikan baju kepada Jungkook "Terima kasih nuna..." ucap Jungkook yang tiba-tiba jadi pemalu didepannya, mungkin kerana pertama kalinya melihat manager baru.

"Nuna? kamu dari mana? wajahmu seperti berumur 20-an..apa kamu masih pelajar?" tanya Seokjin yang berada didepan Min young sedang menguruskan rambutnya. dan Min young pun terkejut, sebelumnya Min soo dan Min young telah berjanji untuk merahsiakan identiti mereka tetapi jika hal bukan berkaitan dengan keperibadian mereka.

"Iya...aku masih pelajar" jawab Min young dengan yakinnya. Member-member yang berada disamping Seokjin turut mendengar. "benarkah? Universiti?" tanya Seokjin sekali lagi. Min young tidak menjawab hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.

Di sisi lain, Jimin memerhatikan mereka seolah-olah mengenali suara-suara mereka sebelumnya dan membuatnya merasa hairan dan rasa tak selesa kerana dia takut kejadian yang bakal terjadi dalam masa terdekat ini.

Saat istirehat, Min soo dan Min young sedang makan seperti mereka tidak makan beberapa hari, "Baru hari pertama kerja dah keletihan macam tu ya" geluh Min young sambil memyumbat makanan ke mulutnya.

Min soo hanya menggeleng kepala lepas melihat gelagat kawannya, Min soo sedang berfikir sesuatu untuk memberitahu Min young apa yang didengarinya. "Min young?.. Kamu perasan tak suara yang kita pernah dengar sebelum ni? tanya Min soo berbisik.

"Oh Jimin ya? ya" jawab Min young masih sibuk menyumbat makanannya, dia tidak sedar apa yang diberitahuinya. Min soo membuat muka marah melihat Min young yang lebih penting makanan dari kawannya sendiri, tak lama itu Min young tetiba berhenti makan. "Apa!? Itu Jimin lah" jerit Min young yang teringat seseorang pada hari itu dan juga membuatkan Min soo tercekik minuman yang diminumnya tadi.

"Benarkah?! apa patut kita buat ni" risau Min soo, mereka tahu kalau kejadian itu sama seperti mereka mengekori artis sebagai pengintip tapi secara tak langsung mereka melepas nafas lega, syukur lah sempat mereka memakai topeng mulut pada haritu kalau tidak, jika Jimin mengetahui hal ini

dia pasti akan memikir mereka sebagai

pengintipnya. "Min soo.. kita harus rahsiakan hal ini sehingga hari itu tiba.." kata Min young berbisik di samping telinga Min soo dan Min soo mengangguk-angguk perlahan.

Di sisi lain, Jungkook berfikir sesuatu membuatkan jantung berdegup-degup laju melihatnya tadi, "Dia cantik.." bisik hatinya. Jimin sedang membaca buku kesukaannya tetapi muka surat buku itu langsung tak berubah dari tadi seolah-olah dia hanya berfikir disebalik bukunya, "Sapa mereka yang menjadi manager kami?" bisik hati Jimin dengan muka menghairankan.

"Macamana dengan manager baru kita tu?" tanya Jhope tiba-tiba kepada member-membernya. "Mereka baik-baik saja" kata leader RM sedang mengosokkan rambutnya. "Mereka baik, cantik.." kata Suga sedang bermain game dan V hanya mengangguk-anggukkan tanda setuju dengan kata-kata Suga hyung.

Jungkook dan Jimin hanya mendiamkan diri, member-membernya hairan dengan kelakuan mereka berdua dan mereka memandang sesama sendiri dan tersenyum paksa "Mereka baik hyung!" jawab Jungkook dan Jimin serentak selepas member-membernya sedar kelakuan mereka.

"Kalian! kami bawa makanan untuk kamu!" tiba-tiba Min soo dan Min young datang di hadapan mereka semua, mereka pun ambil makanan masing-masing, dan secara tak sengaja V tiba-tiba terlanggar lengan kiri Min soo ketika mengambil makanannya, "Aduhh.." Min soo mengadu sakit secara perlahan lalu memegang lengannya, "Maaf!" kata V sambil membongkok.

"Tak apa-apa.. ini biasa saja, ambil makananmu" jawab Min soo masih menahan kesakitan hingga Jimin sedar ada sesuatu yang tak kena dengannya dan cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya dengan kejadian yang sama seperti hari ini.

"Min young? aku rasa luka ini tak sembuh sepenuhnya.." bisik Min soo masih memegang lengannya. "Ini teruk! aku harap Jimin tu tidak sedar akan hal ini" bisik Min young sambil memerhatikan kelakuan Jimin.

"kamu berdua tak makan ke?" tanya Seokjin menghulur makanan kepada mereka. "Eh..tak apa. kami makan dah sebelum beli makanan kalian" jawab Min young menangguk-anggukkan kepalanya.

Tak berapa minit kemudian RM menanyakan sesuatu antara mereka berdua "Kamu masih pelajar, tapi apa sebab kamu berkerja di sini?" tanya leader RM. "Haa itu..." belum sempat Min young menghabiskan ayat, "Kami dalam Misi mencari wang sendiri" Min soo menjawabnya dengan yakin. Mereka terbeliak tapi tanpa ragu-ragu mereka memahaminya keputusan Min soo dan Min young.

"Dari mana kamu bertemu dengan Min soo" tanya Seokjin, hatinya tertarik dengan kecantikan Min soo lebih dari Min young, tapi jangan salah sangka, mereka memang cantik tapi Min young punya kelakuan comel dan Min soo sangat cantik seperti permaisuri raja. Mereka berdua terkejut seperti persahabatan mereka muncul dari mana hingga terkaitnya bagaikan adik-beradik. "Oh itu...sebenarnya kami baru berkawan, rasanya baru bulan ni" jawab Min young.

"Oh tuhan! ini takdir persahabatan tepat dalam kehidupan!" jerit Seokjin teruja dan member-membernya pun turut tumpang gembira kepada mereka berdua.

Terbenamnya matahari, Min soo dan Min young dalam perjalanan pulang, keletihan membuatkan rasa mengantu, tugas mereka masih banyak tetapi manager Kim suruh pulang kerana pengambaran dibatalkan disebabkan masalah tak dapat dielakkan.

Min young sangat letih hingga tak mampu berjalan lagi untuk pulang ke rumahnya dan tumpang tidur di rumah Min soo. "Haa~ letihnya" geluh mereka berdua serentak lepas baring atas katil Min soo dengan keselesaannya. mereka rasa malas nak mandi hingga terlelap mata mereka. agak-agaknya esok kena bebel dengan Puan Oh..haha..

avataravatar
Next chapter