2 Berkongsi Identiti

Keesokan harinya di Universiti

Min soo dan Min young tak menghiraukan kejadian semalam kerana mereka berfikir itu hanya kejadian biasa serta sering berlaku, disebabkan hal semalam mereka harus menyembunyikan kejadian berlaku kepada seorang artis yang mereka pernah jumpa iaitu Jimin dari BTS.

Mereka merasa janggal antara satu sama lain kerana pertama kalinya berserang secara sesamaan dan mereka mempunyai kemampuan pertahanan diri sejak ibu bapa mereka bercerai untuk pertahankan diri tanpa seorang ayah yang melindungi anak-anaknya dan mereka lebih memilih menjalani kehidupan yang sukar untuk melindungi ibunya daripada orang lain yang cuba menyakitkan keluarganya.

"Min young?..apa kamu rasa terdesak ke?"tanya Min soo berbisik disamping telinga Min young. Min young pun membalas balik bisikan, "Betul...tapi sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk kita membicarakan hal ini" jawabnya Min soo mengangguk-angguk sambil melihat sekelilingnya. dan selain itu ada seseorang sedang memerhatikan mereka berdua disebalik pintu kelas mereka

Di kantin.

hujan pun turun membasahi bumi korea, Min soo terkenang masa silam bersama keluarganya, semasa kecil Min soo selalu bermain dengan abang dan kakaknya di waktu hujan sekali dengan ibu bapanya, keluarga ketika itu memang bahagia, akibat ibu bapanya bercerai

ahli-ahli keluarga berpecah belah kerana ayahnya berkahwin lain dan anak-anak ayahnya membesar dengan baik dan hidup senang bukan seperti ibu dan dirinya selama 7 tahun hidup bersusah-payah.

Min soo berasa iri hati dengan kehidupan mereka, dia mencari peluang untuk membalas dendam kepada anak-anak ayahnya, disitu lah Min soo mula memberanikan diri untuk melakukan apapun untuk ibu tersayangnya bahagia.

"Min soo-ah!" jerit Min young yang dari tadi Min soo mengelamun dengan wajah tidak berpuas hati. "Maafkan aku, aku terkenang kisah lama" kata Min soo lalu menjamah makanannya. Min young merasa kesian melihat kawannya dan rasa kisahnya sama seperti kisah Min soo tetapi Min young tidak mahu membuat keadaan menjadi lebih teruk

Dalam perjalanan pulang selepas tamat sesi pelajaran, dalam perjalanan itu Min soo langsung tidak mengendahkan bualan kepada Min young. "Rasanya mood dia tak baik hari ni" bisik hati Min young.

"Min soo?" Min soo menoleh ke belakang dan memandang Min young dengan hairan, Min young macam sedang melihat sebuah poster yang digantung pada sebatang pokok jalanan dan Min soo pun mendekatinya sambil membacanya.

"MENCARI MANAGER UNTUK BTS"

mereka berdua terbeliak dan.... "Min soo!!!" jerit Min young. "MIN YOUNG!! apa ini bukan mimpi kan" Min soo rasa mahu jadi gila agaknya. "Yalah..ini bukan sebuah mimpi tapi kita harus mengambil peluang itu sebelum terlepas!" kata Min young lalu merampas poster pergi dari sini.

siapa sangka mereka mengambil peluang itu bukan untuk kejadian semalam tetapi mereka memilih untuk mencari duit, mereka tidak sedar dan terlupa seseorang bernama Jimin ada dalam grup tu.

"Agak-agak gajinya besar sikit untuk kita" fikir Min young sambil mengunyah biskut kegemarannya. mereka duduk dimeja makan dalam kedai sarbaneka. "Entahlah.. kita belum mencuba lagi, kalau tidak kita tentu tidak punya pengalaman kerja seperti itu .

Tiba-tiba Min young mengoncangkan tangan Min soo untuk memanggil dan menunjukkan seseorang yang sedang menghujung ke arah kedai mereka duduk dari luar pintu masuk."Bukankah itu artis semalam?". "Mungkin.. dia datang bersama bodyguardnya" kata Min young memandang ke arah van Jimin. mereka tahu mereka memakai topeng mulut semalam, sudah tentu Jimin tu tidak memgenali mereka.

"Agaknya dia selalu datang sini kot" ujar Min soo sambil berfikir pasal kejadian semalam juga ada berkaitan dengan kebiasaan artis selalu pergi mana-mana kedai, sebab tu anti fans sentiasa mahu mengekori artis sebagai sasaran.

Di rumah Min soo

"Omma...saya dah balik" kata Min soo lalu meletakkan begnya atas sofa di ruang tamu. "Sayang?.. kenapa kamu balik lewat?" tanya Puan Oh yang sedang memasak makan malam. "Saya bersiar-siar dengan kawan lepas balik universiti" jawab Min soo memeluk Puan Oh dari belakang.

"perempuan ya?" usik Puan Oh lalu mengosok rambut Min soo dengan manjanya. tiba-tiba Min soo mengingat sesuatu untuk beritahu Puan Oh, "Omma"

Selepas beberapa minit Min soo beritahu kejadian semalaman dan kejadian hari ini kepada Puan Oh, Puan Oh terkejut, atas apa yang dilalui oleh satu-satunya anak dia sayang selama ini terutamanya tentang kawan anaknya yang mempunyai keperibadian yang sama. Puah Oh memegang pipinya dan berkata

"Berhati-hatilah dengan apa yang bakal berlaku jika itu kemahuan kamu untuk membalas dendam ayahmu atau impianmu tapi fikirkan keselamatan ibumu juga" Min soo merasa lega selepas mendengar nasihat ibunya. Puan Oh tahu keperibadian anaknya, apa-apa pun hanya dia yang tahu hal-hal berkaitan dengan apa yang anaknya mahu lakukan dan selalu berpihak dengannya serta menyokongnya.

Keesokan harinya, Di sebuah taman.

ramai orang berjongging di pagi hari, senorok mengambil udara segar, angin yang kencang mengoyangkan pokok-pokok jalanan dan bunga-bunga mengugur di atas tanah.

"Min soo! tunggu aku!" jerit Min young, nafasnya tercungap-cungap kerana kepenatan berlari dan duduk di kerusi yang berada tepi lintas jalanan.

Min soo pun duduk sekali, "Macamana dengan tawaran kerja semalam?" tanya Min soo sambil mendonggak kepala di langit.

"Aku setuju kerana aku mahu...mencari duit dengan hasil sendiri" nada suaranya seperti mahu menangis. "Ya..Ayuh lakukan!" kata Min soo mengengam tangannya angkat ke udara. "Tapi aku mahu tanyakan sesuatu, apa kamu mempunyai kisah silam membuat kamu menjadi hilang kawalan diri sehingga memutuskan belajar untuk pertahankan diri?" tanya Min young.

Min soo hampir menitiskan air mata namun dia bertahankannya, "Benar... aku sangat benci jika sering terkenang tentang ayahku." marah Min soo pada dirinya sendiri yang selalu akan merindu ayahnya. "Aku pun sama.. aku mempunyai kisah silam berkaitan dengan ayahku" Min young pun hampir menitis air matanya.

Setelah mereka berdua berkongsi kisah silam masing-masing dan keperibadian masing-masing.

"Aku tak sangka kita mempunyai keperibadian yang sama" jawab Min soo melepaskan nafas leganya, selama hidup mereka tidak pernah berkongsi kisah silamnya kepada orang lain dan akhirnya dapat kawan yang bertuah untuk meluahkan perasaan yang dilalui mereka.

"Apa kata kita berpakat untuk membalas dendam kepada ayah kita?" kata Min young tersenyum lebar lalu mengelip mata kepada Min soo. Min soo terangguk-angguk tanda setuju, "Janji" mereka menepuk tangan dan memeluk dengan eratnya bagaikan adik-beradik.

Pada Pukul 2 petang, mereka berdua mencuba tawaran kerja di syarikat Big hit tetapi mereka tak yakin sama ada mereka diterima atau tidak, mereka harus mencuba serta berusaha.

"Apa kamu seorang ARMY atau tidak?" tanya salah satu manager lelaki. "ARMY? oh..sebenarnya kami berdua tak tahu apa-apa berkenan artis kpop" jawab Min soo dengan yakin. "kalau macam tu tapi kamu harus tahu peraturan untuk menjadi manager ini" ujar manager Kim lalu menghulur sebuah surat berisi

"PERDAFTARAN UNTUK MENJADI MANAGER"

"Rupa-rupanya sukar juga menjadi manager". "Banyak peraturannya.. tapi kalau kita daftar diri, kita harus berhati-hati jangan langgar peraturan ini jika tidak, boleh jadi masalah lebih besar" risau Min young tetapi mereka berdua lebih merelakan diri untuk melakukan demi ibu mereka.

Selepas beberapa minit kemudian, manager Kim datang ke arah mereka "Kalian diterima. untuk mula berkerja, pada hari isnin ini" kata manager Kim lalu pergi dari situ selepas menyerahkan surat DITERIMA kepada mereka berdua. "YEAH! KITA DITERIMA!" jerit Min soo dan Min young secara serentak...

avataravatar
Next chapter