WEBNOVEL's writing platform-INKSTONE can realize your creative dream and connect you with readers all over the world with words. You can also visit https://inkstone.webnovel.com Create on the PC.
Maklumat salah telah memenjarakan Chu Qiao daripada divisyen 11 atas tuduhan palsu. Setelah berjaya melarikan diri dari penjara, Chu Qiao mengorbankan nyawanya apabila sebuah bom cuba memusnahkan divisyen tersebut. Sebaik sahaja dia bangun, dia sedar dia telah dilahirkan semula sebagai hamba kanak-kanak berusia lapan tahun dari Dinasti Xia… Nasib dirinya dan putera mahkota Yan Xun telah terikat selama lapan tahun kerana Chu Qiao menolong putera mahkota itu meraih kuasanya supaya dia dapat pulang ke negaranya. Mereka telah jatuh cinta dalam proses itu, namun berpisah tidak lama selepas itu kerana pandangan yang berbeza. Keberanian Chu Qiao tidak pernah tunduk kepada penghambaan, dia telah dinaikkan pangkat daripada seorang hamba kepada seorang dewi peperangan, dan telah bertemu kembali dengan orang yang selalu melindunginya — Zhuge Yue
Gara-gara kecewa akibat putus tunang , Nur Amira melarikan diri dari kampungnya telah datang ke bandar dan bertembung dengan seorang jejaka iaitu Tengku Rykarl Andrian dimana dia juga salah seorang pegusaha syarikat yang terbesar di Malaysia . Percintaan mereka mulai berputik sedikit demi sedikit sehinggalah kekasih Rykarl iaitu Nur Melisa Natasha pulang dari New York . Adakah mereka tetap akan bersama ??
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham dulu. Dia bukan lelaki tapi perempuan! Disebabkan ketaksuban ayahnya yang teringinkan anak lelaki dan beranggapan mempunyai anak perempuan itu membawa malang, Darra Emerson di ajar berpakaian seperti lelaki sejak lahir lagi. Malah semua orang tahu keluarga Emerson ini hanya ada anak lelaki. Nak tak nak terpaksalah Darra hidup dalam penyamaran semata itu. Suatu hari keluarga Darra menerima tawaran untuk sambung belajar di Akademi Latihan Muda yang mana merupakan tempat anak-anak bangsawan di ajar untuk persediaan menjadi pegawai diraja. Mengejutkan, akademi itu khas untuk lelaki sahaja. Dan setiap ahli keluarga berdaftar wajib hantar anak mereka. Jika ada yang ingkar maka raja bakal menyita semua harta bangsawan itu sehingga muflis. Satu lagi masalah, Darra yang berdaftar atas nama lelaki terikut sama kena belajar dalam akademi itu. Rasanyalah kan, apa yang berlaku pada Darra sepanjang masa dia dalam Akademi Latihan Muda tu ya? Dapat ke Darra simpan identiti dia tu sehingga dia selamat tamat belajar selama tiga tahun dekat situ? Nak tahu? Marilah baca, buku gender bender pertama dari TintaHitamTanpaArah! Julai 2023
Wu Ying Hua seorang designer yang berjaya dan digelar sebagai pekerja cemerlang dalam masa setahun. Tetapi keadaan mula berubah selepas dia jatuh sakit dan apabila dia sedar, segalanya berubah. Persekitarannya berubah, namanya juga berubah kepada Xiao Hua. Berdepan pula dengan Wang Shu Yan, lelaki asing yang tiba-tiba sahaja digelar suami? Masalahnya, lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Jadi apa yang telah berlaku sebenarnya sehingga lelaki berstatus suami itu sering mengugut untuk membunuhnya? “Awak hanya boleh mati di tangan saya aje. Kalau awak rasa dengan menyeksa diri sendiri boleh buat awak mati, awak silap besar.” - Wang Shu Yan. "Saya bukan Wu Xiao Hua." - Wu Ying Hua. Xiao Hua mempunyai rahsia dalam kehidupannya. Namun kini yang menanggung derita itu adalah Ying Hua. Dia terpaksa menjadi mangsa tomahan pada kisah yang dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri membenci dengan Xiao Hua kerana terpaksa menggalas derita yang bukan dirinya lakukan. Berapa lama dia harus berada di dunia asing itu? Bagaimana dia ingin kembali kepada kehidupannya sebagai Wu Ying Hua? Dapatkah dia membongkar satu persatu rahsia yang tersimpan oleh Xiao Hua? ** Selamat membaca **
Completed ✔️
Mengisahkan seorang anak bangsawan iaitu Jang Hara atau dipanggil sebagai Hara. Hara terpaksa menyimpan dan melupakan hasratnya untuk mencintai seseorang yang memang tidak dapat dia miliki. Pada awalnya hara tidak percaya akan cinta kerana dia belum pernah mengalaminya sendiri dan baginya hidupnya sudah cukup gembira. Namun dapatkah hara melupakan perasaannya dan menjalani hidup gembira seperti sediakala setelah dia jatuh cinta ?.