webnovel

Sang Hati

Author: Abstrakim
Fantasy
Ongoing · 36.8K Views
  • 5 Chs
    Content
  • 5.0
    13 ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Bayangkan kau jatuh cinta dengan orang yang kau tak pernah jumpa atau mungkin tidak pernah wujud. Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Itu lah yang dialami Adzin. Gadis yang tidak pernah dia kenal muncul di dalam hati dan mindanya. Setelah 2 tahun, mereka bertemu. Gadis itu wujud tapi kenapa dia jatuh cinta 2 tahun lebih awal sebelum dia bertemu dan mengenali gadis itu? Apakah rahsia disebalik rasa cinta yang dialaminya?

Tags
5 tags
Chapter 1PROLOG

Jika rindu ini

Berterbangan bersama angin

Dan tumpah ke lautan dalam

Mampukah alam untuk menanggungnya.

     Sinar matahari pagi membasahi alam,  merahmati perjalanan seorang insan yang ingin mencari nafkah. Adzin nama diberi. Seorang lelaki berumur 25 tahun yang masih tidak mempunyai perancangan masa depan.

     Dia bekerja di sebuah kilang elektronik yang terkemuka dalam negara menyandang jawatan sebagai Supervisor.

     Pagi itu, dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal, mindanya menerawang terfikir sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Sesuatu yang dia tidak mampu untuk faham.

     Adzin tidak pernah mempunyai kekasih. Dia juga tidak pernah mempunyai perasaan cinta dalam hatinya. Melihat orang lain jatuh cinta membuatkan dia rasa aneh dan tertanya-tanya kerana dia tidak pernah mengalami perkara itu.

     Tapi beberapa bulan ini, perkara aneh terjadi dalam hidupnya. Benaknya masih keliru dengan apa yang terjadi. Hidupnya sekarang seperti teka-teki yang masih tidak mempunyai jawapan.

     Akhirnya dia sampai di tempat kerja dan menjalankan rutin kerjanya seperti biasa. Sempat dia duduk berbual bersama rakan sekerja iaitu Amir.

     Ini ialah pertama kali, dia meluahkan apa yang terjadi dalam hidupnya beberapa bulan ini. Dia memulakan perbualan dengan soalan. "Mir, kau pernah tak, rindu orang yang tak wujud?"

     "Tak wujud, tak pernah. Orang gila je rindu benda yang tak wujud." Balas Amir sambil mengangkat kening membuat riak wajah hairan.

    "Habis aku dah gila ke ni?"

    Amir terkejut. "Lah kau cakap pasal diri kau ke?"

    "Aah lah, beberapa bulan ni, aku rasa macam ada perkara aneh yang terjadi pada diri aku."

    "Contoh?"

    "Aku rasa rindu pada orang yang aku tak kenal." Luah Adzin mula memandang kosong ke arah mesin.

     "Kau tak kenal? Kau tahu muka dia?"

     "Wajah perempuan ni ada dalam ingatan aku. Nama dia pun aku tahu. Dia ada dalam fikiran aku walaupun aku tak pernah jumpa dia."

    "Jadi kau rindu dia?"

     "Ya, aku rindu dia. Setiap hari aku rasa macam sakit sebab dia tiada di sisi aku sedangkan aku tak kenal dia. Macamni ke orang yang bercinta rasa?" Soal Adzin pada Amir yang sudah pun berumah tangga.

    "Kalau lama tak jumpa, memang lah rindu. Tapi masalah kau ni, jumpa pun tak pernah tiba-tiba rindu."

    "Habis? Macammana sekarang ni? Aku keliru lah."

    "Ke semua ni ada kena mengena dengan sihir."

     Adzin terdiam mendengar jangkaan Amir. "Aku kena sihir ke?"

     Mereka berdua meneruskan kerja. Minda Adzin masih lagi tertanya-tanya. Mindanya tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku.

     Waktu berjalan pantas, 2 tahun sudah berlalu. Dia masih mengalami masalah yang sama. Rasa rindu pada orang yang dia tidak kenal masih lagi menghantuinya.

     Dia sudah berpindah tempat kerja. Pada hari pertama di tempat yang baru, nasibnya malang. Tangannya luka dan mengalami pendarahan.

    Dia dibawa ke klinik berdaftar dengan kilang tempat kerjanya.

   

    Semasa dia duduk di dalam bilik rawatan, seorang jururawat masuk ke dalam hendak mencuci luka pada tangan Adzin.

    Dia tersentak melihat wajah jururawat itu, dia tergamam. Jururawat itu meminta izin untuk mencuci lukanya.

     Tapi Adzin masih tergamam dan bersuara. "Nama awak Lucy kan?"

     Berkerut dahi jururawat itu memandang Adzin dengan rasa hairan yang berlapis-lapis. "Macammana awak tahu nama saya?"

   

    

You May Also Like

Kembalinya Sang Kegelapan

Segala yang terjadi didunia sudah ditentukan oleh para dewa.Suatu hari ada seorang manusia yang lahir yang ditakdirkan mengalahkan raja iblis. Saat manusia itu remaja dia memiliki tubuh fizikal yang berotot dan sedikit kekar,kedua matanya berwarna oren kemerahan dengan aura matanya yang berwarna merah. Saat manusia itu sudah remaja dia masuk ke sekolah pahlawan.waktu itu manusia itu masih naif dan tidak mengetahui apa-apa dan dengan penuh semangat dia berlatih dengan gigih untuk mengalahkan raja iblis.Setelah 10 tahun berlalu waktu yang ditentukan sudah tiba.kedua-dua belah pihak berada di suatu kawasan yang luas yang jauh dari wilayah manusia dan wilayah Raja iblis. kedua-dua belah pihak memandang satu sama lain lalu mereka mula menyerang,pertarungan itu sungguh sengit hingga setengah bulan berlalu tapi perlawanan mereka tidak terlihat penghujungnya.Lalu sang manusia yang ditakdirkan sampai ke tempat raja iblis.Keduanya menatap dengan pandangan haus akan kemenangan lalu mereka berdua mula bertarung.Perlawanan mereka sungguh sengit sehingga kawasan yang luas itu mengalami kehancuran yang dahsyat dan menelan jumlah korban yang cukup banyak bagi kedua belah pihak tapi kerana para dewa sudah menentukan hasilnya dari awal raja iblis itupun akhirnya mati. Sebelum raja iblis itu menghilang dia menggunakan sisa sihirnya dan menyalurkan kedalam alat telerportasi lalu memindahkan kesemua askarnya yang tersisa kembali ke wilayahnya dan menyuruh bawahannya untuk bersembunyi sehingga raja iblis mereka yang baru muncul lalu tubuh raja iblis itu pun menghilang dan cuaca disitu menjadi cerah. Pihak manusia telah berjaya menenangkan pertarungan dan sang tokoh utama merasa lega bahawa tugas dia sudah selesai tapi dia tidak mengetahui bahawa dewa juga telah memulakan permainan yang baharu dimana sang manusia itu bakal menjadi raja iblis yang baru.

VLAREKA · Fantasy
Not enough ratings
4 Chs

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
Liked
Newest

SUPPORT