webnovel

Eps 9 : Pulau Selamat

Keadaan di dalam van itu menjadi tegang seketika . Arif sedang dalam kehairanan memikirkan apa yang sudah jadi sebelum dia pengsan tetapi tidak dapat .

Akhirnya Haikal bersuara "Arif.. ". Arif pun menoleh untuk melihat Haikal . "Jangan kata macam tu.. jangan putuskan harapan orang lain, Jangan sebab emosi kau orang lain tercedera jiwanya." Kata² yang dikeluarkan oleh Haikal yang membuatkan Arif rasa serba salah . Arif mula meminta maaf . Lagi sekali , keadaan van itu menjadi tegang . Sedang² mereka terdiam tiba² kelihatan kereta datang dari arah belakang van itu dengan kelajuan tinggi . Kereta itu terus meluru masuk melanggar pintu pagar markas itu dan terus ke pintu masuk utama. Kelihatan juga sekumpulan zombi² yang sangat banyak keluar daripada arah belakang van itu seperti mengejar kereta tadi . "Ada kereta , ini bermakna ada manusia". Kata Dani . "Guys tengok belakang guys!" Jerit Airel. Pakcik Halim menekan minyak dan terus meluru masuk ke markas tersebut . Setelah sampai sahaja di depan pintu utama . mereka semua bergegas keluar untuk masuk ke dalam markas mengikuti 4 orang manusia yang menaiki kereta tadi masuk ke dalam markas itu . Masuk sahaja ke dalam markas mereka melihat beberapa ekor zombi menyerang 4 orang manusia tadi yang sedang menaiki tangga sambil melawan menggunakan parang . Mereka ber 4 seperti di dalam kesulitan kerana bilangan zombi yang menyerang mereka ber 4 lebih banyak daripada jumlah mereka . Airel melepaskan beberapa das tembakkan menggunakan pistol yang dilengkapi silencer nya ke arah beberapa ekor zombi yang menyerang 4 orang manusia itu . Arif mengambil batang besi yang berdekatan dengan nya . Manakala, Haikal mengambil pemadam api yang berada ditepi pintu masuk itu . Arif berlari menuju ke zombi² itu untuk menyelamatkan 4 orang manusia itu . Airel yang melihat Arif pergi berseorangan pun mengeluarkan kerambit daripada poket belakang nya dan mengikuti belakang Arif . Haikal menyembur pemadam api yang berisi debu kering ke arah zombi² yang ingin masuk ke dalam markas tersebut , zombi² tersebut pun terhalang penglihatan mereka terhadap mereka . Pakcik Halim mencari sesuatu untuk melawan zombi² itu dan Dani melihat terdapat beberapa batang paip yang tersusun di suatu rak di bawah tangga lalu Dani pun berlari mengambilnya .