5 5

"Laila, bangunlah. Dah puas aku kejutkan kau dari tadi. Sudahlah hari ni hari pertama kita mulakan sekolah di sekolah baru," tegur Yasmin.

Kelihatan Laila perlahan-lahan bangun dari katilnya. Yasmin turun ke dapur untuk membantu Damia. Tidak lama kemudian, Ungku Nadrah, Laila dan Dinah turun sambil berborak. Ungku Nadrah sempat mengajak Damia dan Amsyar untuk bersarapan bersama mereka.

"Hari ini hari pertama kalian masuk sekolah baru. Teruja atau tidak?" soal Damia.

"Mestilah teruja kak. Sekolah baru kot," balas Laila dengan sedikit teruja.

Dinah dan Yasmin mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Laila itu. Ungku Nadrah mengukirkan sebuah senyuman tipis manakala Amsyar sekadar mendengar tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Barang-barang sekolah sudah siap?" soal Ungku Nadrah.

"Sudah Nenda," balas Dinah, Yasmin dan Laila secara serentak.

Ungku Nadrah mengangguk sebelum meminta diri untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Dinah, Yasmin dan Laila mengambil beg masing-masing sebelum dihantar oleh Amsyar ke sekolah baru mereka, SMK Shah Alam. Setiba sahaja di SMK Shah Alam, ramai pelajar memandang mereka. Ada di antara mereka membisik dan ada di antara mereka seakan-akan tidak menyukai kehadiran mereka bertiga di sana. Sementara Dinah dan Yasmin memerhati sekeliling sekolah tersebut, Laila tidak sengaja terlanggar seseorang.

"Maafkan saya," kata Laila sambil menunduk.

"Tidak mengapa," balas seseorang.

Mata Laila membulat. Dia kenal akan suara tersebut. Seperti suara jejaka yang dia jumpa di pusat membeli-belah tempoh hari. Sebaik sahaja dia mengangkat wajahnya, badannya terus menjadi kaku kerana tidak sangka orang yang dia sangkakan itu benar-benar berada di hadapannya.

"Eh, hai Izz! Jumpa lagi kita di sini. Awak sekolah di sini ke?" tegur Yasmin.

Sempat dia menanya soalan bodoh.

"Hai Yasmin! Hai Laila! Ya, saya sekolah di sini. Eh! Awak berdua pelajar-pelajar baru di sekolah ini ke?" balas Izz.

Ya, jejaka yang dilanggar Laila adalah Izz Umair. Izz memerhati Laila dalam senyap. Walaupun dalam senyap, Yasmin tetap dapat melihat gelagatnya itu dan sekadar mengukirkan sebuah senyuman tipis di bibirnya.

"Ya, sebenarnya kami bertiga, bukan berdua. Mari saya kenalkan Dinah Maisara. Dia paling tua antara kami bertiga," tutur Yasmin sambil mengenalkan Dinah.

Dinah dan Izz sekadar membalas senyuman. Tanpa disedari, lima lagi jejaka sedang memerhati gelagat Izz itu.

"Wei Izz! Tak nak kenalkan mereka dekat kami ke?" gurau salah seorang di antara jejaka-jejaka tersebut.

"Sabaqlah. Ini Laila, Yasmin dan Dinah. Mereka ini pelajar-pelajar baru dekat sekolah kita. Rasa-rasanya mereka anak angkat Ungku Nadrah. Laila, Yasmin dan Dinah, ini sahabat-sahabat saya. Syed Naufal Iskandar, Tengku Arshad Zechary, Tengku Danish Sufyan, Muhammad Hadif Saifullah dan Faeeq Iman. Danish dan Arshad ni kembar tak seiras.," tutur Izz dengan panjang.

Laila, Yasmin dan Dinah sekadar mengukirkan sebuah senyuman untuk jejaka-jejaka tersebut. Hanya Faeeq, Danish dan Hadif membalas senyuman mereka. Yang lain, kecuali Izz, masih dingin sedikit. Tidak lama kemudian, tiga gadis itu meminta diri terlebih dahulu agar dapat bertemu dengan pengetua sekolah sebelum masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja mereka bertiga tiba di bilik pejabat pengetua, seseorang dari dalam membenarkan Laila, Yasmin dan Dinah masuk.

"Assalamualaikum pengetua. Kami bertiga pelajar-pelajar baru," tegur Dinah sebagai 'anak sulung' Ungku Nadrah.

"Waalaikumsalam. Oh ya, kamu bertiga pasti anak-anak angkat Ungku Nadrah bukan? Mari duduk sini. Saya ingin selesaikan urusan ini terlebih dahulu," tutur pengetua tersebut.

Yasmin dan Dinah sekadar melabuhkan punggung mereka di dua kerusi berhadapan pengetua. Laila sekadar berdiri. Tidak lama kemudian, pengetua tersebut selesai dengan urusannya dan memberi perhatiannya kepada tiga gadis itu.

"Selamat datang ke SMK Shah Alam. Saya, Pengetua Roslan, pengetua sekolah ini. Kamu bertiga boleh panggil saya ayahanda. Jangan risau, pelajar-pelajar lain dan guru-guru di sini pun panggil saya ayahanda. Kelas kamu bertiga adalah kelas 5 Merdeka memandangkan kalian bertiga ini pelajar-pelajar pintar bagi pelajar berusia lapan belas tahun," tutur Pengetua Roslan.

Dinah, Laila dan Yasmin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Roslan. Mereka bertiga diiringi oleh guru tingkatan mereka, Cikgu Lily. Tiba sahaja di kelas mereka bertiga, mereka melangkah masuk ke dalam kelas bersama Cikgu Lily.

"Selamat pagi semua! Hari ini kita akan ada tiga pelajar baru. Sila memperkenalkan diri masing-masing," kata Cikgu Lily dengan ceria.

"Hai! Saya Laila Sofea dan ini adalah sahabat saya, sekali gus kakak-kakak angkat, Dinah Maisara dan Adlina Yasmin," tutur Laila dengan nada ceria.

Mungkin berjangkit kot dengan Cikgu Lily.

"Salam kenalan!" kata Dinah dan Yasmin secara serentak.

"Ada apa-apa soalan untuk mereka bertiga?"

Ada seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya dan bertanya, "Awak bertiga cucu-cucu angkat Ungku Nadrah bukan?"

Laila, Dinah dan Yasmin sekadar mengangguk, tanda betul bagi soalan yang ditanyakan itu. sebaik sahaja tiada soalan lagi dari rakan sekelas mereka, Cikgu Lily mengarah Laila, Dinah dan Yasmin untuk duduk di sebelah tiga gadis berada di bahagian belakang kelas. Tiga gadis itu duduk berdekatan dengan tingkap.

"Hai! Aku Nur Hasya Ilyana. Di sebelah aku ini adalah Syarifah Naura Afeeya dan Syarifah Nayla Ayesha. Mereka berdua ini kembar tak seiras," tegur salah seorang di antara gadis itu.

Yang lagi dua sekadar mengukirkan sebuah senyuman tipis dan melambai ke arah Dinah. Laila dan Yasmin.

"Eh, kembar tak seiras? Sama macam Arshad dan Danish lah ni?" soal Laila dengan sedikit teruja.

"Arshad dan Danish?" soal Nayla pula.

"Alah, Tengku Arshad Zechary dan Tengku Danish Sufyan," balas Yasmin pula.

"Ya. Kejap, kalian berkawan dengan Senior Arshad dan Senior Danish ke?" tutur Hasya, Nayla dan Naura terkejut dan secara serentak.

Laila, Dinah dan Yasmin sekadar mengangguk. Mereka bertiga memandang Hasya, Nayla dan Naura dengan keliru kerana mereka tidak tahu apa-apa.

"Kalau kalian ingin tahu, Senior Arshad dan sahabat-sahabat dia itu tua setahun dari kita. Abang aku salah satu di antara sahabat mereka. Kumpulan mereka adalah antara kumpulan yang digilai ramai pelajar perempuan di sekolah ini. Seingat aku, nama kumpulan mereka adalah The Night Stalker," bisik Hasya sambil melakukan kerjanya, memandangkan kelas sudah bermula.

"Abang kau siapa?" soal Dinah.

"Muhammad Hadif Saifullah."

Dinah, Yasmin dan Laila sekadar mengangguk.

"Bagaimana kalian boleh kenal dengan The Night Stalker?" soal Naura.

"Aku pernah terlanggar dengan Izz Umair sekali di One Utama semasa nak beli barang-barang untuk sekolah. Aku tak tahu pula yang dia rupanya senior kita di sekolah ini," balas Laila.

Matanya tidak lepas memandang Cikgu Lily yang sedang berbual di hadapan kelas. Siapa sangka bahawa ada enam jejaka kacak di sekolah itu dan salah seorang dari jejaka kacak itu adalah abang kepada salah seorang kawan baru mereka bertiga. Sememangnya bagi Dinah, Laila dan Yasmin, ini semua adalah takdir kehidupan mereka.

TBC

avataravatar
Next chapter