1 Renjer Baru (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Hari ketiga selepas menyeberangi dunia lain.

Marvin duduk termenung di tepi tingkap sambil melihat orang lalu lalang di jalanan. Terdapat seorang wanita berbadan seksi yang mengenyit mata kepadanya dari celah celah bangunan.

Bilik ini merupakan bilik yang terbaik oleh Rumah Penginapan Fierce Horse; dari rumah penginapan ini anda boleh melihat bangunan ikonik Silver Hourglass yang merupakan ibu pejabat Silver Church di Bandar River Shore.

Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang budak menyeluk poket dan mencuri dompet orang kaya dengan gerakan yang sangat pantas. Budak itu semestinya mempunyai level tiga dalam Kelas Pencurinya.

Dunia ini sama seperti dunia yang sebenar dan hanya Marvin sahaja yang berbeza di dunia ini.

Terdapat informasi yang muncul di depannya selepas dia memikirkan "Tingkap Status".

Nama: Marvin

Bangsa: Manusia/?

Atribut:-

Kekuatan – 11

Ketangkasan – 16

Tubuh Badan – 9

Kecerdasan – 14

Kebijaksanaan – 14

Karisma – 13(+1)

Jawatan – Bangsawan Pangkat ke 3 (150/200)

Jawatan Pengembara – Tiada

Nilai Nyawa: 10/26 (Demam)

[Penalti Kelemahan: Penurunan Atribut – 70%]

Exp (Nilai Pengalaman): 40 (Bangsawan) [Tidak Digunakan]

SP (Nilai Kemahiran): Tiada

AP (Nilai Abiliti): Tiada

Kemahiran Kelas:

- Bangsawan (Baron):

Martabat – 25

Pengurusan – 31

Persepsi – 16

Diplomasi – 19

Perakaunan – 28

Kemahiran Menunggang Kuda – 30

Selain daripada informasi ini yang menyerupai seperti permainan video dalam kehidupannya yang lalu, dunia yang Marvin diseberangi ini tidak jauh berbeza dengan dunia yang sebenar.

Pada permulaannya dia merasa amat terkejut datang ke dunia ini, tetapi selepas tiga hari bertanya soalan kepada orang ramai dan menyesuaikan diri, dia dapat mengesahkan tiga perkara yang penting:

Pertama, dia telah menyeberangi dunia lain yang merupakan dunia permainan video yang dia kemaruk bermain semasa berada di Bumi iaitu "Benua Feinan".

Kedua, dia tidak tahu mengapa dia boleh melihat paparan muka yang sama seperti permainan video walaupun ini adalah dunia sebenar. Kesemua orang adalah orang yang hidup dan sebahagiannya dia mengenali

Ketiga, dia dalam masalah, masalah yang amat besar.

Jika informasi dari memorinya tidak silap, dia telah sampai ketika zaman "Bencana Besar". Tidak lama lagi, keamanan yang dikecapi di depan matanya akan mengalami perubahan yang amat ketara. Sejarah pemerintahan Ahli Sihir Feinan di Era Keempat akan berakhir. Kesemua Dewa akan bekerjasama untuk memusnahkan Kolam Magik Alam Semesta dan mengambil kesempatan ke atas dunia yang dipenuhi dengan tanah yang subur ini.

Untuk benda itu….

"Tablet Takdir Ke Empat. Oh Tuhan…" Marvin mengurut dahinya sambil mencuba untuk mengatur kesemua informasi yang difikirkannya.

Sebenarnya, bukanlah menjadi isu besar pada ketika ini kerana Bencana Besar hanya akan berlaku setengah tahun kemudian dan disusuli oleh Era Huru hara. Dia masih mempunyai masa lagi.

Sebagai pemain Legenda yang tahu mengenai keadaan dunia ini, walaupun setengah tahun adalah masa yang agak suntuk, ianya masih cukup masa untuk meningkatkan kekuatan dirinya untuk mempertahankan diri.

Isu yang paling penting sekarang adalah keadaannya sekarang.

Dia mengalami demam panas dan juga tubuh badannya yang tidak sihat boleh menyebabkan kematian pada bila bila masa walaupun hanya dijangkiti selseme biasa sahaja.

Ini menyebabkan Marvin tergamam. Selepas menghabiskan masa selama tiga hari untuk menyerapkan dan mengasimilasi kesemua memori tubuh badan budak empat belas tahun ini, Marvin berasa kecewa selepas mendapati masalah fizikalnya bukanlah satu masalahnya sahaja; dia juga mempunyai masalah lain yang boleh disifatkan seperti putus tangan. Sebulan yang lalu, sekumpulan gnolls telah menyerang kawasan jajahannya and telah menakluki istana dan juga lombongnya menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan dari Lord Bandar River Shore; dia berharap Lord Bandar dapat membantunya dengan menghantar askar untuk menghalau kumpulan gnolls tersebut.

Ketika melarikan diri dari kawasan jajahannya ke Bandar River Shore, dia telah dijangkiti selsema dan akhirnya meninggal dunia, menyebabkan ketika itu memberikan kesempatan kepada Marvin untuk di transmigrasi. Tidak tahu sama ada ini adalah kebetulan atau tidak, nama budak yang memorinya diserap untuk bergabung juga bernama Marvin.

Kelahiran jiwa yang baru adalah sangat menyakitkan. Marvin telah sedaya upaya berusaha untuk memujuk serpihan roh jiwa yang lama untuk melepaskan tubuh badannya. Ianya datang dengan harga iaitu Marvin perlu berjanji untuk melindungi tanah jajahannya, adiknya dan juga seorang wanita.

Kesemua itu merupakan benda yang sangat dihargai olehnya dan dia sanggup bergadai nyawa untuk tujuan tersebut. Kedua dua memori dan juga perasaan berasimilasi dan bercantum bersama. Ketika ini jika Marvin ingin melanggar janji pun tidak boleh.

Walaupun Bencana Besar adalah amat menakutkan, tetapi keutamaan utamanya adalah untuk menawan semula kawasan jajahannya dalam tempoh sebulan.

Jika tidak jiwa budak muda yang lama akan menyumpahnya dan menyebabkan atributnya yang teruk itu akan menjadi lebih teruk. Ini adalah perkara yang Marvin cuba elakkan berlaku.

Semasa dalam permainan video dahulu, dia telah naik taraf ke peringkat yang lebih tinggi dari Jawatan Pencuri kepada [Pemerintah Malam], dan atributnya jika digabungkan kesemuanya bernilai melebihi 100!

Ketangkasannya juga melebihi nilai 20.

Ini bermaksud, ketika dia menjadi Pencuri di level 1, dia mempunyai ketangkasan pasif extra, [Anti-Gravity Steps].

[Anti-Gravity Steps]: Kemahiran istimewa yang diberikan kerana nilai Ketangkasan melebihi batas tubuh badan. Anda boleh menaiki dinding secara menegak sambil melawan graviti untuk waktu seketika dengan ketinggian tidak melebihi 6 meter.

Dengan kemahiran luar batasan ketangkasan pasif ini membuatkan dia dikenali sebagai [Pemerintah Malam]. Pada saat sebelum Marvin menyeberangi dunia ini, tidak lebih dari 11 orang pemain sahaja di dalam dunia permainan video ini yang telah menjadi tuhan termasuk Marvin.

Tetapi kini, tubuh badan ini…

Marvin tidak mampu untuk melihatnya. Jangan kata gnolls, malahan goblin sahaja mungkin mampu membunuhnya secara satu lawan satu kan?

Kenapakah dia tidak mempunyai satu pun Kemahiran Jawatan Pelawan. Dia merasakan dirinya seperti orang kaya yang terlalu dimanjakan. Dengan hanya mendepakan tangan, baju akan dipakaikan kepadanya dan dengan hanya membuka mulut, dia akan disuap makanan. Semua kemahirannya dirasakan tidak berguna untuk Perjalanan Pengembaraan, selain daripada Diplomasi dan juga Kemahiran Menunggang Kuda!

Tetapi Marvin berasa lega kerana budak mentah itu tidak memilih kemahiran secara rambang. Jika beliau mendapati dia telah menyeberangi dan memasuki tubuh badan Ahli Sihir yang agak sampah, dia pasti akan berasa lebih pasrah dan hampa.

Disebabkan Kolam Magik Alam semesta yang akan dimusnahkan setengah tahun kemudian, kesemua Ahli Sihir akan turun satu pangkat (5 level) kecuali Ahli Sihir Lagenda sahaja. Pemerintahan Ahli Sihir di Feinan akan berakhir. Ini menyebabkan Jawatan yang lain akan meningkat naik dan kesemua Dewa akan menyebarkan agama mereka sedikit demi sedikit sehingga Agama mereka tersebar luas. Api peperangan akan berlaku di segenap tempat dan kesemua makhluk akan merana.

Ahli Sihir akan menjadi kumpulang yang paling malang. Mereka akan kehilangan kelayakan menyertai sebelum peperangan bermula.

"Knock, knock, knock!"

"Masuk." Marvin berjalan ke katilnya.

Seorang gadis muda berambut perang pun masuk. Dirasakan umurnya dalam linkungan 20an. Dia terlihat seperti seorang yang sangat kepenatan dan jaket kulitnya yang bersih itu terdapat kesan tetakan pedang yang baru. Telinganya juga ternampak sedikit tajam tetapi tidaklah sehingga sama seperti elf yang sebenar.

Hanya dia seorang sahaja orang gaji dan pengawal peribadi Marvin yang sentiasa bersamanya sehingga ke saat ini. Marvin masih lagi teringat saat ketika malam kebakaran di bangsal. Perempuan inilah yang sanggup mengenepikan keselamatan diri sendiri dan membantu menyelamatkan beliau keluar dari kebakaran dan membunuh kesemua gnolls yang menghalang laluan keluar. Perempuan itu terpaksa berjalan memikul Marvin dari Lembah White River sehingga ke Bandar River Shore yang jaraknya dalam 5 kilometer.

Nama perempuan tersebut adalah Anna dan dia berkuturunan separuh-elf. Disebabkan nilai atribut Marvin yang rendah, beliau tidak dapat melihat status atribut Anna. Tetapi dalam masa tiga hari ini melalui pemerhatian beliau, beliau mendapati Anna berkemungkinan Pengembara Pangkat 1 dengan kemahiran peringkat 4 atau 5. Anna berkemungkinan berjawatan Pelawan atau Ranjer. Kemungkinan besar adalah pelawan kerana dalam ingatan beliau, Anna jarang sekali menggunakan Busur dan Anak Panah, perangkap dan sebagainya.

Pedang merupakan senjata utama Anna, tetapi keadaan pedang itu agak tumpul seperti jaket kulitnya yang agak rosak kerana tidak diselenggara dengan agak lama.

"Tuan, saya telah pergi ke Dewan Bandaraya dan meminta bantuan pegawai disana tetapi jawapan yang diberikan masih sama…"

Anna meletakkan pedangnya di tepi, dan keadaan mukanya yang cantik masih dilihat kepenatan. "Tetapi saya bernasib baik kerana hari ini saya berjaya beroleh 20 keping perak. Takdelah kita perlu risau tentang sewa tempat minggu ini dan tuan boleh makan sup malam nanti."

"Berapa duit kita yang ada Kakak Anna?" Tanya Marvin.

Anna terkejut mendengar soalan itu. Sepanjang tempoh dari Marvin bangu dari demam panas, ini adalah kali pertama Marvin bercakap dengannya.

Tanpa berfikir panjang Anna menjawab, "29 keping Perak"

"29 keping Perak tidak cukup", Marvin berbisik dalam hati sambil dahinya berkerut."Adakah Emak aku ada meninggalkan barang kemas?!"

Anna terkejut sebelum berasa marah dengan soalan itu. "Tuan Marvin?! Adakah Tuan ingin menjual peninggalan harta emak tuan?!"

Marvin mengangguk sambil raut wajahnya kelihatan tenang "Aku masih ingat lagi rantai itu masih di dalam; rasa aku ianya pasti berharga"

Anna melihat Marvin dengan perasaan tidak percaya, matanya menunjukkan perasaan kecewa. "Jangan cakap Tuan ingin pergi ke Pusat Perjudian?"

Marvin kaku mendengar seketika, dia tidak sangka Anna tidak mempercayainya. Marvin cuba mengingati memori lama dan menjumpai memori tuan asal empunya badan ketika sampai di Bandar River Shore. Pada ketika itu dia memiliki sedikit wang, tetapi "kawan" yang berniat jahat itu telah memperdayakan dia untuk pergi ke pusat perjudian.

Hasilnya, Marvin kehilangan wang kerana perjudian. Pada saat itu, hartanya yang sedikit semakit berkurang kerana sakitnya semakin kritikal.

Ternyata kawan Marvin itu hanyalah penyamar pekerja upahan dari pusat perjudian yang mengfokus kepada menipu orang orang seperti Marvin yang memiliki sedikit harta tetapi tiada perlindungan orang besar.

"Saya tidak boleh memberikan duit ini kepada Tuan Marvin. Jika Tuan inginkan duit, biarlah saya bekerja mencari," Tegas Anna. "Tetapi saya tidak boleh biarkan Tuan boros. Tuan patut tahu yang Tuan Muda Wayne yuran pembelajarannya di Persekutuan Ahli Sihir sudah tertunggak selama 2 bulan. Jika kita tidak membayar yuran tersebut, Tuan Muda Wayne akan terpaksa berhenti belajar dan dihalau dari Magore.

"Kita tidak mempunyai wang yang mencukupi dan tidak boleh membazir lagi!"

Marvin tergelak dan berbisik, "Kakak Anna, Aku bertanya mengenai rantai itu bukan untuk tujuan berjudi, tetapi ingin mengunakan ia untuk mencari penawar memulihkan kecederaan badan aku."

"Penawar" Anna termenung seketika.

"Tubuh badan aku tidak mengalami sebarang perubahan langsung. Aku tak boleh biarkan ianya berterusan. Ada seorang paderi dari Dewa Silver yang aku kenali boleh mengubatinya. Asalkan kita membayarnya, dia akan membaca Jampi level rendah [Remove Disease] dan [Cure Light Wounds] ke atas aku. Selepas itu badan aku akan kembali pulih sihat seperti sediakala," Marvin cuba menerangkan "Aku tidak ingin lagi menjadi Bangsawan lemah."

"Aku perlu berlatih dan berlawan supaya boleh merampas kembali tanah jajahan aku. Aku juga hendak melindungi orang yang aku sayangi."

Marvin pun bangkit dari katil dan menukar baju dengan kelihatan agak ceria.

"Kakak Anna, percayalah aku." Marvin melihat kepada orang gaji separuh-elf itu.

Anna pun mengetap giginya sambil mengeluarkan peti barang kemas yang terletak di bawah bagasi. Seperti yang dijangka, didalamnya terdapat rantai permata.

"Aku akan ikut Tuan Marvin supaya Tuan tidak ditipu lagi…"

"Tak Perlulah." Dengan muka yang serius Marvin pun mengambil peti barang kemas tersebut.

"Kau berehat sahajalah di sini sebab dah sibuk sepanjang hari. Lagipun aku mungkin tidak balik malam ni. Cuma berhati-hatilah, sebab aku dengar terdapat 2 gangster di celah bangunan hari ini yang berkata-kata mengenai kau."

"Aku rasa mereka mempunyai niat yang tidak baik. Walaupun kau Pengembara Pangkat 1, terdapat kumpulan yang agak hebat di sini. Kita mestilah berhati-hati."

Anna masih lagi termenung walaupun selepas Marvin keluar dari bilik tersebut.

Peliknya, hari ini seolah-olah Marvin yang dulunya baik dan lemah itu sudah berlainan dari sediakala. Dia kelihatan agak…berkeyakinan, seperti ayahnya. Keyakinan yang unik dimiliki oleh golongan bangsawan.

Luar dari pintu itu, Marvin hanya menggelengkan kepala selepas melihat Tingkap Sistem.

"Aku rasa bersalah selepas menggunakan kemahiran ke atas Anna… Biarjerlah, lagipun ini mungkin kali terakhir rasanya."

[Log]:

[menjampi Martabat(25)…]

[semak Kebijaksanaan…]

[Kemahiran berjaya diaktifkan]

avataravatar
Next chapter