webnovel

Keinginan Terwujudkan

Setelah 100,000 tahun berlalu,

Sang Dewi pun menjalaninya dengan mengerjakan pekerjaan sebagai Dewi Cinta dengan sangat baik sehingga banyak dewa-dewi yang memuji.

Pada suatu malam, suasana alam dewa begitu hening dan banyak burung abadi yang berputar di Istana Cinta tepat di atas atap Dewi Rose. Pada saat itu, Dewi Rose sedang tertidur pulas dalam mimpinya, Dewi Rose melihat seorang pemuda kacak yang sedang meniup seruling di atas gunung yang tidak diketahui oleh Dewi Rose namun yang ia pasti adalah tempat itu berada di dunia fana(bumi). Setelahnya, Dewi Rose mendengar suara yang mengatakan bahawa Dewi Rose akan diberi ujian Cinta oleh Sang Pencipta Semesta atas gumaman yang Dewi Rose lakukan di Kuil Pencipta Semesta 100,000 tahun lalu.

"Jika aku diberikan ujian Cinta, siapakah yang akan menjalani pekerjaanku?", tanya Dewi Rose.

"Sang Pencipta Semesta akan menyelesaikan masalah tersebut dan engkau tinggal menjalani ujian cinta dengan tenang", jawab suara tersebut.

Kemudian, Dewi Rose pun merasakan pusing di kepalanya dan sekelibat gambaran bayi yang baru dilahirkan terlintas di dalam minda Sang Dewi Cinta, lalu Dewi Rose pun hanya melihat kegelapan setelahnya(pingsan).

Di Dunia Fana(Bumi)

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan dari sepasang suami-isteri, Si Suami bernama Amran Fikri dan Si Isteri bernama Putri Amanina.

Bayi tersebut mereka namakan "Balqis Al-Vera". Bayi tersebut memiliki keunikan kerana mempunyai kulit badan yang putih yang dapat mempesona sesiapa sahaja yang memandang serta menyentuh kulit badan bayi tersebut, mata bayi tersebut berwarna hijau muda, sedikit merah muda dan sedikit biru laut yang membuat sesiapa sahaja yang memandang matanya merasakan cinta, ketenangan dan ghairah. Selain itu, rambut bayi tersebut berwarna putih dan bercampur dengan sedikit warna emas.

18 tahun telah berlalu,

Balqis telah tumbuh menjadi gadis yang sangat cantik sehingga menjadi bualan orang ramai dan hal ini terdengar di telinga seorang Penyihir yang haus akan kecantikan yang bernama Madelline dan juga seorang pemuda bangsawan yang kacak dan mempunyai perangai selayaknya dewa kebijaksanaan.

Pada suatu hari, Balqis meminta izin kepada ibunya pergi melawat neneknya yang sedang sakit tenat, "Ibu, bolehkan saya pergi melawat ke rumah nenek kerana sewaktu saya ke pasar membeli sayur-sayuran, seseorang memberikan saya maklumat bahawa nenek sedang sakit", kata Balqis.

"Balqis, ibu izinkan kau pergi asalkan jaga dirimu baik-baik dan jangan pergi kemanapun selain ke rumah nenekmu dan jangan lakukan hal lain selain melawat nenekmu setelah itu teruslah kembali ke rumah", kata ibunya.

Dengan perasaan gembira kerana dapat melawat neneknya yang sakit, Balqis pun pergi ke rumah neneknya.

Di hutan Evverson, Balqis merasakan aura cinta lenyap dan aura membunuh mengental. Balqis yang merasakan hal pelik tersebut segera berlari menuju ke rumah neneknya, akan tetapi kerana hal pelik tersebutlah, ia jadi tersesat dan kemudiannya menjumpai gunung yang sangat mirip dengan yang ada di mimpi Dewi Rose.