1 Part 1 : BUDAK GENIUS

  Pagi yang sangat indah. Hari yang cerah terasa kesejukan kelembapan udara pada waktu pagi. Terasa segar di kepala dan minda. Hormon gembira mengalir dalam darah. Bangun pagi berasa semangat sekali. Mandi, pakai baju yang kemas-kemas. Bersedia untuk kembali bekerja. Segala barang telah dikemaskan. Senarai barang yang diperlukan untuk kegunaan semasa kerja telah diperiksa dan disimpan di dalam beg. Melihat cermin, menyikat rambut dan menggunakan minyak kelapa supaya rambut kelihatan segar. Beg diambil, keluar dari rumah dengan cepat. Helmet berwarna merah diambil ditepi pintu Pintu dan pagar pintu dikunci dengan ibu kunci.

Turun tangga dengan pantas. Kawasan tempat tinggal rumah apartment tiga tingkat sangatlah selesa untuk hidup bersama masyarakat dan jiran tetangga yang prihatin dan beramah mesra. Tanggungjawab sebagai penghuni apartment digalas dengan baik. Seluruh kawasan rumah apartment tersebut sangatlah bersih dan ceria. Pelbagai pokok bunga yang segar dan berwarna warni disusun pada setiap rumah dan laluan di apartment. Fared dengan pantas memakai helmet warna merah lalu menghidupkan enjin motorsikal setelah memusingkan kunci motor. Fared dengan segera menunggang motor dengan selamat. Fared berhenti di kedai mamak berhampiran. Motor diletakkan di parkir motor.

"Boss, roti planta satu dan tosei telur dua! Saya hendak kuah lebih sedikit. Bungkus boss!" Kata Fared kepada pekerja mamak di kaunter.

"Okay, tunggu sekejap ya. Roti planta satu dan tosei telur dua! Encik, minum?" Tanya penjaga kaunter bayaran kepada Fared.

"Air susu kambing panas. Sementara nak tunggu siap ni bolehlah minum-minum" Kata Fared kepada Penjaga kaunter bayaran.

Fared duduk di kerusi meja makan. Dia membuka telefon pintarnya lalu membuka Google Drive. Dokumen-dokumen penting dimuat turun. Dokumen berformat pdf dibuka. Pelbagai kiraan dan huruf-huruf yang kompleks. Ada yang berbentuk suatu formula bersambung dengan formula yang lain. Dibaca dokumen-dokumen itu dengan teliti. Fared menutup aplikasi pdf lalu membuka whatsapp. Fared menelefon rakan sekerjanya, Ah Cheong.

"Ini susu kambing." Beritahu pekerja restoran mamak kepada Fared.

"Alhamudlillah terima kasih" Ucap Fared kepada pekerja restoran mamak.

"Baru dua dokumen, hantar lagi dokumen. Aku nak buat facial recoginition software dengan chatbot. Aku belum lagi tumpu operasi sistem dengan aplikasi bluetooth."

"Aku baru telefon pembekal cip-cip tempah alatan baiki motherboard. Boleh ke kau baiki motherboard banyak-banyak yang kau ambil dari kedai kitar semula? Untuk apa?" Tanya Ah Cheong kepad Fared.

"Untuk perbualan audio, pengecaman suara, dan storage data. Banyak lagilah." Jelas Fared.

"Kenapa pula guna duit syarikat? Duit memang bajet untuk projek lengan robotik." Soal Ah Cheong.

"Nanti aku ganti semula duit bajet projek. Gaji aku baru masuk. Apa-apa nak buat tempahan senang untuk aku. Alang-alang dapat duit projek, alatan ada, barang-barang lama terpakai aku guna semua untuk projek tersendiri. Bukan selalu dapat peluang nak capai impian macam ni."

"Aku balik dari cuti nanti kau jelas semua pada aku. Pasal duit tu jangan tak ganti pula." Pesan Ah Cheong kepada Fared.

"In Sya Allah, aku ganti"

"Aku tutup dulu. Nanti kalau ada apa apa, telefon aku."

"Okay."

Panggilan telefon dimatikan. Fared minum air susu kambing. Tertulis kenikmatan pada wajahnya ketika minum air susu kambing.

Fared menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Buku nota dikeluarkan. Dia ambil sebatang pen dari poket bajunya. Dia menulis perkara yang hendak dilakukannya akan datang. Impian masih jauh dan kerana itulah perlu bermula awal untuk tiba mencapai impian. Segelas susu kambing dihabiskan. Makanan yang dibungkus diambil setelah membuat pembayaran di kaunter lalu diletakkan di bakul motorsikal miliknya. Fared meneruskan perjalanannya dengan menunggang motorsikal.

Setelah tiba di tempat kerja, Fared meletakkan motorsikal di parkir syarikat Terminal Vector. Fared bergegas dan memasuki pintu masuk dengan tenang dan berjalan dengan berkarisma.

"Selamat pagi Encik Fared." Sapa Cik Shirah di kaunter berdekatan pintu masuk.

"Selamat malam" Balas Fared dengan senyuman kepada petugas kaunter.

Cik Shirah melihat Fared dengan kehairanan. Fared meletakkan kad petugas di mesin pegimbas bar kod identifikasi kad petugas dan meletakkan ibu jari di mesin pengimbas jari. Kehadiran Fared didaftarkan secara automatik. Fared berjalan sehingga dibengkel bahagian belakang bangunan Syarikat Terminal Vector. Bilik pejabat yang sejuk dimasuki Fared. Fared duduk di meja kerjanya. Komputer canggih dihidupkan. Kerja programming diteruskan.

Jam di dinding berdetak. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Fared mengambil komputer riba dari beg galasnya dan juga baju sejuk. Bilik kerja Fared yang luas agak sejuk. Fared mengambil alat kawalan suhu pendingin hawa lalu menaikkan suhu. Komputer riba dihidupkan. Segala data dan konsep projek dari komputer disalin dan dimasukkan kepada komputer riba milik Fared. Fared ingin menyambung kerjanya di rumah. Bungkusan makanan telah menjadi sejuk. Fared membuka bungkusan makanan dan juga kuah roti planta. Fared membaca doa sebelum makan lalu memakan roti planta itu bersama kuahnya. Pintu bilik diketuk.

"Masuk." Kata Fared.

Seorang lelaki botak berkulit gelap memasuki bilik itu. Tanda nama pada bajunya tertulis 'Azam'

"Oh Fared sedang makan. Minta maaf mengganggu. Ni ada surat dari pejabat pengurusan."

"Letak sini dulu, nanti aku buka kemudian." Kata Fared.

"Alright." Kata Azam.

Nama aku Fared. Berumur 24 tahun. Aku adalah pelajar lepasan Universiti MiT. Aku seorang yang genius dalam pereka grafik, kejuruteraan mesin, pengkalan data, kejuruteraan komputer, perisian software, dan juga mengambil sains robotik. Aku minat programming sejak berumur 10 tahun. Aku berjinak-jinak dengan komputer berumur 11 tahun. Pada umur 12 tahun, aku berjaya mencipta permainan komputer.Permainan komputer 2D platform. Semasa di sekolah rendah, kawan-kawan aku kagum melihat permainan komputer sendiri yang aku hasilkan.

Cikgu sekolah rendah aku fikir aku yang memindahkan permainan komputer ke dalam komputer melalui mencucuk pemacu kilat ke komputer sekolah sedangkan permainan komputer itu sendiri aku hasilkan. Aku  menghasilkannya dengan bantuan mak abah aku. 78.3% adalah hasil aku sendiri. Terima kasih kepada mak abah yang mengajarkan aku programming. Aku menggunakan Unity menghasilkan permainan komputer 2D platform. Cerita tentang aku hangat di sekolah rendah kerana terlalu bijak dalam matematik dan juga bahasa. Ramai cikgu dan rakan bercerita tentang aku. Aku dikagumi ramai namun aku tidak mencari populariti. Aku banyak menghabiskan masa ketika sekolah rendah dengan mengajar kawan-kawan dalam subjek matematik.

Abah aku seorang pereka grafik dan juga programmer manakala mak aku seorang jurutera komputer. Mak Abah aku merupakan pasangan yang sempurna. Mak aku lahirkan. Mungkin penangan kebijaksanaan mak aku semasa mengandungkan aku, aku mempunyai kelebihan dalam matematik.

Aku mudah belajar dan mudah cepat faham. Akulah orang yang paling cepat bosan dalam kelas matematik ketika darjah 2. Aku sudah pun tamat belajar matematik sekolah rendah dengan mempelajarinya sendiri. Mak aku bantu aku mempelajari matematik di rumah. Aku sentiasa mendapat tempat pertama dalam kuiz matematik sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelajaran aku di sekolah menengah tidaklah lama.

Apabila aku belajar di tingkatan 3, aku berhenti sekolah dan belajar di universiti swasta francais universiti luar negara. Aku berjaya tamat Diploma sebelum kawan-kawan sebaya aku mengambil peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia.

Selain itu, banyak lagi jurusan yang aku berjaya tamatkan melalui Pelajaran Jarak Jauh (PJJ). Aku mula bekerja pada umur 22 tahun. Aku disibukkan dengan belajar. Ramai menaja pelajaran aku. Bersyukur sangat-sangat ramai menaja aku sehinggalah aku mendapat kerja. Sempat juga buat tuisyen sambilan mengajar matematik sekolah menengah sebelum mendapat kerja dan juga semasa kerja. Apabila sudah berumur 24, berhenti mengajar dan meneruskan kerja seperti biasa.

Syarikat Terminal Vector pun agak dekat dengan rumah sewa milik abah aku, banyak kemudahan boleh didapati berdekatan dengan rumah sewa. Perjalanan tempat kerja yang agak dekat, tidaklah membuatkan aku masuk kerja lambat. Di syarikat inilah aku bekerja selama dua tahun. Tahun ini tahun kedua aku kerja. Kalau tidak ada apa apa, aku kemungkinan pindah tempat kerja. Mungkin kerja di Putrajaya. Entahlah. Di mana-mana sahajalah, asalkan kerja halal.

"Fared!" Terjah rakan Fared yang memasuki bilik kerja Fared yang sedang asyik makan roti planta.

"Apa?" Soal Fared.

"Minta tolong kau check dan test software, ada juga aku buat web untuk syarikat, link web syarikat ada dalam pemacu kilat ni. Kalau tiada apa apa, boleh serah pemacu kilat semula kepada aku." Terang Aiman.

"Okay."

"Fared, kau lapang atau tidak malam nanti?" Soal Aiman kepada Fared.

"Aku sibuk. Nak sambung kerja di rumah nanti."

"Alahai, kerja itu bila-bila masa boleh buat. Kau muda lagi okay, apa kata ikut aku pergi kelab malam ini? Ramai kawan kita pergi kelab. Kalau kau sertai malam ini, bolehlah bersosial dan berkenal-kenalan lebih mendalam." Jelas Aiman.

"Terima kasihlah. Aku nak tumpu kerja aku yang nak sambung di rumah nanti. Aku tidak minat pergi kelab malam. Bising sangat. Aku suka lagi masjid daripada kelab malam."

"Ah yelah yelah. Kalau nak ikut, kau tengok je group Whatsapp. Ada location. Ada kelab yang best daripada kelab dekat-dekat sini. Aku pergi dulu. Ada kerja luar dengan Mr. Shah." Jelas Aiman.

Aku memang tidak suka Aiman. Dia sememangnya kaki mabuk. Adalah sebab kenapa dia selalu pergi kelab berlainan. Servis layanan wanita kelab malam yang mewah lebih baik agaknya.

Akulah satu-satunya pekerja yang tidak bersosial dengan orang sekeliling tempat kerja aku. Pekerja syarikat ini semuanya cemerlang dalam buat kerja dan projek tapi yang bermasalah dari segi sosial. Semua menggatal. Baik lelaki atau perempuan, semua gatal. Malas nak fikir. Buat sakit kepala. Aku lebih seronok menyelam dalam dunia programming dan I.T. Bila agaknya aku hendak siap Artificial Intelligence buatan sendiri.

Setelah siap makan tengah hari, roti planta dan dua tosei telur dihabiskan dengan licin oleh Fared, Fared bertemu Rahman yang berada di bilik sebelah.

"Rahman, tolong aku uji lengan robotik." Pinta Fared.

"Baik, lagipun aku tiada kerja sangat. Aku jangkakan minggu depan jari-jari robotik akan siap kerana aku nak uji jari robotik walaupun dah siap dibina." Jelas Rahman.

"Cantik sangat itu. Malam ni kau lapang atau tidak?" Tanya Fared.

"Apa? Kau nak pergi kelab malam?" Balas Rahman dengan soalan.

"Eish, aku bukan macam orang lain, berjemaaah kat kelab malam." Terkejut Fared.

"Aku gurau je Fared." Tertawa Rahman.

"Tidur rumah aku weyh, aku nak buat kerja dan aku perlukan bantuan hang."

"Uish, dasar gay. Aku tidak mahu bantu kau dalam melakukan maksiat." Usik Rahman.

"Buat kerjalah gila. Aku nak kau bawa dua laptop milik kau itu, segala hard disk kau." Jelas Fared.

"Okay, okay. Kita nak buat apa malam ini?" Soal Rahman.

"Aku nak godam Company Aplikasi Artificial Intelligence Android. Aku nak godam server mereka dan copy segala data mereka ada. Banyak Aplikasi Artificial Intelligence Android. Aku yakin data mereka memberikan maklumat dan membantu aku dalam membina Artificial Intelligence." Jelas Fared lebih mendalam.

"Kau duduk dulu sini. Aku nak ulas sikit impian yang kau nak sebenarnya." Rahman menjemput Fared duduk di kerusi berdekatan mejanya.

"Masalahnya Fared. Aplikasi android semua itu hanyalah chatbot semata-mata. Chatbot memang sudah diprogramkan untuk melayan pelanggan dan memuaskan hati pelanggan supaya pelanggan merasakn diri mereka sedang 'chatting' dengan manusia. Aku rasa tiada guna untuk kau copy data." Terang Rahman dengan mendalam kepada Fared.

"Kau fikir aku nak sangat ke muat turun data-data chatbot? Apa yang aku nak? Kau rasa apa?" Soal Fared.

Rahman berfikir sejenak. Dia mendapat idea lalu merenung wajah Fared dengan riak wajah terkejut.

"Kau nampak apa yang aku nampak?" Soal Fared.

"Malam ini juga aku datang!" Kata Rahman dengan bersemangat.

avataravatar