webnovel

Terbebas Daripada Belenggu

Adly Haziq. Itu adalah namaku, aku berumur 17 tahun. Aku tidak suka bergaul dengan orang lain alias aku seorang introvert. Hobiku adalah bermain game dengan berbagai genre dan juga menikmati media fiksyen seperti komik atau novel. Aku kehilangan orang tua ketika berumur 6 tahun kerana kemalangan jalan raya, aku seorang anak tunggal. Aku dikata mempunyai berbakat dalam banyak bidang… tapi buat apa? Aku tidak pernah berfikir untuk menggunakannya. Dunia sungguh tidak pernah terlihat menyenangkan dimataku lagi setelah kejadian traumatis itu… aku hanya melarikan diri dari kenyataan melalui hobiku.

Adly terlihat sedang berjalan menuju gerbang sekolah untuk pulang setelah waktu bersekolah yang panjang.

'Tidak buruk, cerita ini tepat dengan seleraku' Fikir Adly berjalan sambil membaca buku.

*Tap* *Tap* *Tap*

Seorang pencuri sedang melarikan diri sambil mengacukan pisau kehadapannya, dalam masa yang sama Adly muncul dari gerbang sekolah.

Seorang murid lelaki menyadari pencuri itu, "Adly! Hati-hati ada pisau!" Teriak murid lelaki tersebut.

'Huh?' Berpaling ke samping Adly terkejut melihat pencuri tersebut dan secara refleks memukul kepalanya setelah melihat pisau, 'B*bi! Bikin terkejut saja!' Fikir Adly menatap pencuri yang terkapar di tanah pingsan.

Semua orang terkejut dengan apa yang dilakukan Adly, "Panggil polis dan ambulans! Jangan diam saja!" Teriak salah satu murid yang cepat membaca situasi.

Beberapa waktu kemudian, situasi tersebut telah ditangani oleh polis dan barang curian telah dikembalikan, Adly telah pulang sebelum ketibaan polis.

- -*- -

Setelah tiba dirumah Adly segera melakukan perkara yang biasa seperti makan tengah hari dan mandi.

"Hah~ kenyang." Kata Adly sedang duduk dan membuka telefon bimbitnya.

[Apa Anda Ingin Mengetahui Masa Depan?]

[YA] [TIDAK]

'Hm? Iklan?' Fikir Adly yang melihat iklan tersebut tapi kerana rasa ingin tahu dia menekannya, 'Ini hanya iklan, tidak mungkin akan terlalu berbahaya bukan? Kalau ada viruspun aku tidak mempunyai fail penting dimanapun…' Fikir Adly yang menekan butang [YA] pada iklan.

[Takdir: Kebernaran]

[Takdirmu (+)]

"Apa yang aku perlu lakukan?" Kata Adly, "Beginikah caranya? Oh!" Kata Adly ketika menekan '+' pada skrin telefon bimbit.

[Takdir: Kebenaran]

[Takdir #1]

= Dimasa hadapan kau akan menjadi seseorang yang sangat tidak disenangi, tanganmu tidak bersih dari perkara keji yang akan kau lakukan.

[Takdir #2]

= Kau akan menutup matamu, bernafas dan berfikir untuk terakhir kalinya, penyebabnya bukan alam.

Beberapa tanda tanya muncul dalam kepala Adly tentang maksud dari takdirnya itu.

"Dimasa depan aku akan menjadi orang yang melakukan perkara keji? Aku jadi penjahatkah? Lalu aku akan menutup mata untuk terakhir kali… mati?" Adly merasa sesuatu yang buruk akan terjadi tapi mengiraukannya kerana manganggap iklan tersebut hanyalah website lawak.

Adly meneruskan kehidupannya dengan membaca komik sampai tengah malam kerana keesokan harinya cuti.

*Tap* *Tap* *Tap*

'Hm?' Adly mendengar sebuah tapak kaki yang mendekat ke arah biliknya yang membuat dia waspada.

Adly bersembunyi sambil memegang senjata kecemasan iaitu sebuah pistol yang telah diubahsuai.

*Kroak*

"Ini biliknya bukan? Dimana si jahannam itu..?" Kata seorang lelaki berbaju kot putih dan tangan mekanikal sambil membawa senjata futuristik.

*Tek*

Adly tidak sengaja membuat bunyi dan lelaki berkot tersebut mengacukan senjatanya kearah suara Adly dan menembak.

Dengan kecepatan penuh Adly keluar dari persembunyian dan menembak lelaki tersebut tetapi tidak berefek apapun.

'Fuck!' Fikir Adly mengumpat dalam hati kepada lelaki yang muncul, "Ternyata kau disitu yah? Matilah" Kata lelaki tersebut terus menembak peluru tersebut.

Adly tidak dapat menghindari peluru secara penuh dan terluka di beberapa bahagian tapi tidak ada yang fatal.

"Tunggu, kenapa kau menyerangku?" Kata Adly mengangkat kedua tangan tanda mengalah.

Lelaki tersebut hanya melihat Adly dengan tatapan benci dan dendam, "Aku tidak ingin kau hidup dan menghancurkan hidup orang lain, aku akan mengubah masa depan sampah itu!" Kata lelaki tersebut dengan penuh amarah.

"Maksudmu? Masa depan? Apa kau orang masa depan?" Tanya Adly yang bingung.

Lelaki tersebut terdiam, "Ya benar aku dari masa depan, aku datang ke waktu ini kerana kau masih lemah… sayangnya aku tidak dapat membunuhmu ketika masih kecil kerana jalur waktu itu sudah terdistorsi oleh dirimu yang masa hadapan…" Kata lelaki tersebut sambil tersenyum psikopat.

Adly terdiam mempertanyakan apa yang sedang terjadi, "Tunggu, sebenarnya seberapa buruk kejahatanku? Sampai-sampai kau ingin membunuhku agar tidak pernah wujud…" Tanya Adly ingin tahu.

"Kerana kau akan mati juga, kau dimasa hadapan adalah seorang penjahat kelas tersendiri, seseorang yang paling keji sepanjang masa. Kau melakukan pembunuhan, penyiksaan, perdagangan manusia dan sebagainya… kau bahkan adalah penyebab manusia berperang besar dua kali yang menyebabkan manusia terpaksa membina kembali peradaban ke bentuk semula. Kau juga membunuh keluargaku, kau menyiksa mereka dihadapanku, kau merogol adik, ibu, istri dan anakku, kau membunuh mereka dan membuang mereka untuk dimakan anjing! Kau adalah sampah diantara para sampah!" Kata lelaki tersebut dengan amarah yang meluap sehingga menembak bahu Adly hancur.

'Akh! Fuck!' Fikir Adky menggeram kesakitan.

Meletakkan senjata di kepala Adly, "Kata-kata terakhir?" Kata Lelaki tersebut menatap Adly seperti binatang hina.

Adly hanya diam setelah mendengar apa yang dia telah perbuat… apa yang AKAN dia perbuat, "Hah… bunuh saja aku… aku memang sampah…" Kata Adly sambil tersengih sedih.

*Duar*

Kepala Adly meletup dan otaknya berserakan dalam bilik, "Aku perlu melakukan ini untuk menghindari kemunculan iblis itu… aku juga akan menghilang, selamat tinggal "Adly Haziq" semoga kau mendapat hidup yang bagus lain kali…" Kata Lelaki tersebut sebelum menghilang menjadi serpihan cahaya.

Telefon Adly mendapat sebuah pemberitahuan dalam telefon.

[Dunia Sedang Mengalami Perubahan Drastis, Masa Depan Diperbaharui]

[Takdir Dunia: Akhir Netral]

–––––––

"Aku dimana?" Kata Adly bangun disebuah ruang putih, dia tidak dapat melihat apapun.

Adly berpaling dan melihat sebuah makhluk humanoid yang berdiri tegak, tidak mempunyai muka, berbadan tinggi dan beranggota tubuh panjang, tubuh berwarna putih dan beberapa garisan emas dan sebuah bulatan emas terapung dibelakangnya.

"Siapa kau?" Kata Adly waspada akan makhluk dihadapannya.

Makhluk itu berpaling kearah Adly, "Manusia, Adly Haziq, 17 tahun… bukan?" Tanya makhluk itu kepada Adly.

"Betul" Kata Adly bingung, "Bagus kalau begitu, Namaku adalah 'Genesis'. Aku adalah entitas dimensi [Hyventhon] iaitu dimensi yang telah hancur, aku datang ke sini untuk memberikanmu peluang untuk kembali hidup. Apa kau terima?" Kata Genesis sambil mengeluarkan tekanan mental.

Adly tidak memberikan reaksi sedikitpun ketika berada pada tekanan Genesis, "Aku terima" Kata Adly dengan wajah tidak semangat.

"Tapi… kenapa kau memberikanku peluang ini?" Tanya Adly ingin tahu, "Aku tidak ingin kekuatan terakhirku digunakan sia-sia dan ketika aku melihat 'kewujudan' entitas sepertimu… aku merasa seperti dapat memahamimu jadi aku berencana menggunakan seluruh kekuatan terakhirku ini untukmu. Adly Haziq, penjahat yang ditakdirkan… aku akan menghapus takdirmu jadi hiduplah dengan sepenuhnya…" Kata Genesis sambil memeluk Adly dan dipeluk kembali

Seketika tubuh Genesis berubah menjadi serpihan cahaya, "Walaupun kita hanya dapat bertemu hanya sekejap, aku harap kau akan menjadi bebas dan teruslah maju kehadapan…" Kata terakhir Genesis sebelum sepenuhnya berubah menjadi serpihan cahaya kemudian memasuki tubuh Adly.

Adly merasa sedikit sedih, "Aku akan mengingat keberadaanmu, Genesis… walaupun kita hanya bertemu sementara kau telah memberi kesan yang sangat baik padaku…" Kata Adly yang memberikan hormat terakhir sebelum menghilang ke dunia baharu.

–––––––

Sebuah remaja berumur 17 tahun sedang tidur di dalam hutan yang lebat.