20 bab20

Cikgu Latip mengusap perlahan lenganku, lalu dia merentap kasar hingga bahagian lengan bajuku terkoyak.

"Cikgu Latip!!" jeritku.

"apa?.." jerit je lah, tak ada orang pun, guard pun dah lelap dah sayang.." ucapnya sambil tersenyum sinis.

Dia melutut dan menyentuh helaian rambutku yang terurai.

"jangan!! " halangku bersama tangisan.

"Alisya!! Awak dekat dalam ke?" jerit seseorang dari luar.

Haniff? Yes Haniff!!

"Haniff tolong saya!" teriakku bersama tangisan.

Pantas Cikgu Latip menekup mulutku dengan tangan tua besarnya.

"shhhh, jangan bising, " ucapnya sambil membeliakkan biji matanya.

Aku meronta kasar,kaki dan tanganku aku libas kasar.

Pang!

Pintu zink stor alatan sukan terbuka seluasnya, terlihat Haniff sedang berdiri dengan nafas berombak.

"apa kau buat haa orang tua!!" ucap Haniff lalu menendang Cikgu Latip dari belakang. Cikgu Latip tersungkur, dagunya terhentak di lantai.

Haniff menarik Cikgu Latip supaya berdiri lalu ditumbuknya dan satu tendangan dihenyak di perut Cikgu Latip.

"nak lagi? Apa masalah kau ha, pikir orang nak ke kalai buat benda bodoh macam ni?!!" herdik Haniff saat Cikgu Latip telah pun terkulai layu di atas lantai.

"sekurangnya, aku dapat rasa dia dulu sebelum kau" ucap Cikgu Latip sinis namun perlahan.

"Bodoh kau ni," ucap Haniff  sambil tersenyum sinis sebelum mengangkat kaki hendak memijak Cikgu Latip.

"awak.." panggilku perlahan.

Haniff menoleh pantas lalu berlari mendapatkan aku.

"awak ok tak?" soal Haniff lembut sambil matanya merenung risau mataku, mencari jawapan.

"aurat saya,.." kataku, bahuku terdedah, rambutku terdedah, aku gigil melihay diriku begini.

"erm , kita keluar dulu, " ucap Haniff lembut.

Dia menyelimutkan aku dengan jaket denim yang tergantung di bahagian penumpang,

"awak.." panggilku perlahan.

"hurm?" soal Haniff yang sedang duduk di atas jalan sambil mendongak melihat aku yang duduk dalam kereta.

Dia terlihat muram, dan lemah, kenapa?

"terima kasih.." ucapku ikhlas, tiada perkataan lain yang dapat aku ucap melainkan terima kasih, kerana dia hadir disaat aku lemah dan tiada kudrat.

Haniff memandang aku sayu, lalu setitis air mata terbit dari matanya dan mengalir membasahi pipinya.

"Alisya, maafkan saya, sebab tak jaga awak dengan baik, andai saya tak tinggalkan awak.." ucapnya lalu mengesat air matanya.

Dia menangis? Tak pernah sekali pun aku bayangkan Haniff yang keras dan beku akan mengalirkan air matanya dia hadapan aku, tapi kenapa? Ini bukan salah dia.

"Haniff, awak penyelamat saya hari ni, awak tak salah pun" ucapku sambil mengukir senyuman buat Haniff.

"Encik dan cik boleh ikut kami ke balai ye," sapa seorang anggota polis,

Haniff telah pun menelefon pihak polis sebelum dia menerjah masuk ke dalam stor.

***

Usai segala urusan di balai polis, aku hanya diam, masih terngiang ugutan yang aku terima daripada anak Cikgu Latip,

"kau ingat, kau takkan bahagia sebab perangkap bapa aku macam ni!" ucapnya kepadaku dengan penuh amarah.

"Alisya,.." panggil Haniff lembut.

"huh?" soalku yang baru terbangun dari hayalanku.

"awak fikir apa?" soal Haniff lagi seraya memandang aku sekilas sebelum kembali fokus menghadap jalan raya.

"tak ada apalah, kita terus balik kan?" soal aku kepada Haniff.

"saya hantar awak rumah umi nak?" soal Haniff.

"eh, tak yah lah, saya ok je duduk rumah sendiri," tolakku perlahan.

"Hana dah balik kerja ke?" soal Haniff lagi.

" Hana mana ada, kan weekend ni dia kahwin," ucapku.

"then, the answer is no, awak tak boleh duduk sendiri," ucapnya lembut namun terdengar sedikit tegas.

"atau awak nak duduk rumah ibu?" soal Haniff sambil memalingkan wajah.

"ibu? Acik Nor? Taknak lah, lagi lah segan," jawabku bersama kerutan.

"awak, saya ok je, lagi pun Cikgu Latip tu kan dah kena tahan." tambah aku lagi.

"awak tak dengar ke anak dia cakap apa dekat awak? Lagi pun, saya tak kan tinggalkan awak sendiri lagi,.Never!, fullstop." ucapnya tegas.

Terkedu aku dengan tindakan Haniff , aku ni siapa di mata dia? Sampai macam itu sekali dia ambil kisah pasal aku, aku hairan dan buntu.

***

Haniff membelok memasuki kawasan resort di kawasan berpantai.

Resort yang mempunya landskap yang cantik ini, dikelilingi oleh chalet-chalet yang bercirikan rumah tradisioanal melayu. Manakala terdapat juga bangunan tinggi seperti hotel-hotel moden.

"awak bawa saya pergi resort?" soal aku hairan.

"dekat sini, ramai orang, lagi pun ada laut, bolehlah awak tenangkan fikiran." ujar Haniff lalu keluar dari kereta.

Masuk sahaja ke ruangan lobi, mataku terpaku dek dekorasi yang tidak serabut dan tenang, mempunyai pencahayaan yang baik dan banyak warna ketenangan.

"Assalamualaikum" sapa Haniff kepada penyambut tetamu.

"eh boss! Tak cakap pun nak datang?" ucap kakitangan resort yang memakai tanda nama Hani.

"hehe, saya tak rancang pun, erm tolong sediakan bilik suite,untuk tunang saya ni," pinta Haniff sambil menunjukkan ke arah aku.

"tunang? Erk, okay, kejap eh," ujar Hani lalu berjalan menuju ke meja dan mengeluarkan sekeping kad bilik.

"ini dia Encik Haniff, ada apa-apa lagi? Encik stay sini tak?" soal Hani sopan.

" saya stay, bilik saya kemas je kan?, erm, tolong dapatkan baju untuk Cik Alisya,nanti claim dekat saya,and tu je rasanya." ujar Haniff sambil tersenyum.

"ye Encik Haniff , bilik boss sentiasa kami kemas, okeyh, saya akan dapatkan," jawab Hani sambil memandang aku lalu berlalu pergi .

Ni resort dia ke? Kaya lah dia, kalau ada resort sebesar ni, mana dia dapat modal banyak? Tapi resort nampak bukan baru setahun dua.

" awak punya resort ke ni?" soal aku kepada Haniff yang memandang aku dari tadi.

Dia mengangguk perlahan lalu, jari telunjuknya menunding pada sebuah frame gambar di sebuah dinding.

Gambar seorang remaja lelaki sedang menunggang kuda, dan tanpa perlu berfikir panjang,memang jelas itu Haniff, dia tak banyak berubah,cuma kini dia terlihat lebih matang.

"erm, awak rehatlah dulu,nanti petang, kita jumpa dekat cafe tepi pantai, saya ada benda nak bincang, take care, apa-apa call saya," ucap Haniff lembut sambil matanya menikam lembut mataku.

Aku mengangguk tanda faham bersama senyuman nipis.

***

Pukul 6 petang aku keluar dari bilikku , sekitar pukul 5, Hani memgetuk pintu bilikku memberi segala kelengkapan,aku menghirup udara segar sambil membiarkan angin pantai menampar lembut wajahku, sungguh keadaan di sini memberi aku ketenangan dan rasa nyaman.

Aku berjalan menuju ke cafe sambil mata ralik menikmati kecantikan resort ini. Dari jauh aku sudah dapat melihat sebuah cafe berwarna putih yang menghadap laut,

Baru sahaja aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi, aku ternampak Haniff yang memakai apron dari pinggang ke lutut keluar dari dapur, sambil menatang dulang.

Dia mengukir senyuman, wajahnya sungguh manis saat tersenyum ditambah pula rambutnya bergerak dek kerana terkena angin laut.

"Selamat petang Cik Alisya, macam mana dengan bilik? Ok?" soalnya bagaikan seorang kakitangan hotel.

Aku tersenyum melihat gelagat Haniff yang berubah 360 darjah, sifat dia ni sentiasa berubah rubah.

"ok, saya suka," jawabku sambil tersenyum ceria.

"good, saya bersyukur dapat tengoj senyuman ceria ni balik" ucapnya lalu menghadiakan aku segaris senyuman manis.

"ok, jemputlah makan, saya yang masak," ucapnya, sambil menolak sepinggan spaghetti kepadaku.

Sedang aku menikmati makanan, Haniff merenung aku dengan satu pandangan aneh. Aku dapat rasakan yang dia ingin mengucapkan sesuatu.

"awak nak cakap apa Haniff? Cakap je lah," soalku lalu meletakkan sudu garpu.

Dia menarik nafas dalam, lalu mengukir segaris senyuman.

"Alisya,..boleh tak awak izinkan saya jaga awak?" soal Haniff serius.

"maksud awak?" soal aku meminta kepastian.

"jadi isteri saya please," ucapnya seperti merayu.

Aku menarik nafas dalam sambil memandang wajahnya meminta kepastian.

" Haniff, ni dah kali kedua tau, awak serius? Kenapa saya? Awak tak kenal saya," soal aku serius.

"sebab saya nak jaga awak,apa yang jadi hari ni, buat saya hampir tak boleh bernafas Alisya, apabila terbayangkan apa yang awak lalui dalam stor. Kenal? Erm,saya boleh kenal awak lepas kita nikah," ucap Haniff tanpa sedikit pun matanya berganjak dari wajahku.

"tak semudah tu Haniff untuk awak kenal saya, saya ada kisah hitam , yang tak semua orang boleh terima," jelasku sayu.

"semua orang ada kisah mereka tersendiri Alisya, saya terima awak apa adanya. Andai awak masih tak bersedia, jangan risau, awak tak perlu pun jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri, tak perlu jaga makan pakai saya, tapi tolonglah izinkan saya jaga awak,ada di samping awak, sebab saya tahu bukan mudah untuk hidup seorang diri," tutur Haniff lembut, kata-katanya terdengar sungguh ikhlas, tapi kenapa aku?!

"awak tahu ke rasa hidup sendiri?" soal aku kepada Haniff.

"kalau awak nak tahu, mama dengan papa saya pun dah tak ada, sama macam awak, awak ada umi dan adik-adik, saya ada ibu dan Hamzah, banyak orang yang saya sayang pergi tanpa sempat saya jaga dia orang, dan saya tak nak terlepas peluang tu lagi, please Alisya, terima saya, dah bagi saya peluang," ucap Haniff sayu, dapat aku dengar ada getaran di sebalik kata-katanya, bagaikan sedang menahan rasa dan air mata.

"awak tak takut menyesal?" soal aku sekali lagi.

"saya lebih takut saya kesal sebab tak dapat jaga awak," ucapnya lagi.

Aku menarik nafas dalam lalu ku hembus perlahan.

Bismillah, ya Allah, kau rahmati lah setiap keputusan hambamu ini ya Allah.

"saya terima awak, tapi jangan paksa saya untuk jadi macam isteri lelaki-lelaki lain, bagi saya masa," ucapku perlahan.

"sure, ambil lah masa awak, saya akan sentiasa setia di sisi awak, thanks Alisya, ucap Haniff lalu air mata lelakinya jatuh sekali lagi.

Mudahnya dia menangis, moga dia merupakan keputusan aku yang tepat.

BERSAMBUNG...

P/s: hai semua!!! Ehh Alisya terima lah,agak-agak jadi ke diorang nikah? Minggu ni, kalau sempat, sis akan update sati lagi chap, next week, sis tal update untuk RHCA, Sbb next week korg akn SEL raya, so yeah, macm biasalah vote, komen, share dah apa2 yg positif ok! Love korg! Byeee

avataravatar
Next chapter