14 bab14

Aku tersenyum hambar melihat cermin, bukan apa, semalam kumpulan sembang guru-guru, kecoh mengenai aku dan Haniff yang merupakan pasangan tunang,

Ye, aku memang macam suka dia, tapi isu macam ni, tak buat aku rasa gembira. Rasa menipu dan berdosa.

Lamunan ku terganggu tatkala terdengar bunyi notifikasi telefon pintarku.

"Haniff?" soal aku hairan pabila membaca nama empunya mesej tersebut.

"good morning cik tunang! Saya ada dekat bawah, kita pergi sekali." - Air batu tingtong.

Baru semalam aku menukar nama kenalan Haniff kepada Air batu tingtong, dek kerana geram melekatlah nama tersebut pada skrin telefonku.

Nak gerak sekali? Dia ni mental ke? Suka sangat cipta gossip, aneh!

Aku menuruni anak tangga bersama beberapa fail dalam dakapanku.

Dari jauh aku ternampak Haniff tersenyum manis sambil melambaikan tangan kanannya kepadaku.

Aku melangkah perlahan sambil sebelah keningku dijongketkan.

"awak ni pelikkan," ujarku sesampai dihadapannya.

"why?" soalnya hairan.

"yelah, semalam murung, hari ni ceria pula,awak ada banyak identiti eh? Baik bagitahu!" ucapnya sambil mengecilkan pamdangan.

"haha,macam-macam lah awak ni, biasalah saya pun manusia normal juga, ada hari mood ok ada hari tidak ingat kaum awak je ke boleh ubah-ubah mood?" ucapnya bersama senyuman nipis.

"ceh!'" ucapku perlahan.

"banyak bawa fail?" soal Haniff sambil memandang ke arah fail-fail yang aku bawa.

"ah, ni maklumat aktiviti dan senarai pelajat untuk rumah sukan kita." jawabku.

Hari ini sudah bermula latihan rumah sukan pada waktu pagi dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Entah macam mana, nama aku dipilih untuk menjadi ketua guru bagi rumah sukan aku.

" I see.. Meh saya tolong bawakan," pelawa Haniff seraya menghulur tangan.

"awak bukan naik kereta ke?" soalku.

"not for today, saya jalan kaki dengan awak, bolehlah warm up kejap lagi kan nak mula aktiviti dah," jawabnya ceria bersama segaris senyuman.

Timbul garis-garis kerutan di wajahku, nak jalan sama? Mamat ni sihat ke tak? Tak pernah-pernah pun dia jalan kaki nak pergi sekolah, tiba-tiba je hari ni ada kesedaran, pelik, jangan-jangan ni petanda yang dia ni dah tak lama nak..aishhh Alisya kau ni otal melayang je.

"tak payah lah, nanti orang cakap apa pula," tolakku.

"herm? Kita kan tunang, dah, jom!" ujarnya lalu mengambil semua fail dari tanganku dan laju berjalan ke depan.

"Cik Alisya, jom lah!" jeritnya kerana aku tidak berganjak dan hanya memandang dia kosong.

Aku menghela nafas berat lalu memulakan langkahku mengejar Haniff yang berada di hadapan.

"awak, dah sarapan?" tanya Haniff sambil memandang ke arah ku.

"belum, kejap lagi nak singgah kantin lah," jawabku bersahaja.

"tak payah beli, saya ada bawak bekal, untuk awak pun ada sekali."balasnya sambil menupuk perlahan beg yang digalasnya.

"awak masak?" soalku curiga.

"yup!" balasnya bersama senyuman.

"ok..." ucapku.

"why? Nampak macam tak pandai masak eh?" soalnya lagi

Eh banyak betul mulut dia hari ni, borak macam aku dengan dia rapat, pelik aku, hermm

"erm mungkin, haha" ujarku diselangi dengan tawa kecil.

***

"nah ni awak punya" ucap Haniff sambil meletakkan bekas makanan yang berisi nasi goreng, lalu dia menghulurkan satu sudu.

"amboi, Cikgu Haniff masakkan breakfast untuk Cikgu Alisya ye, untunglah orang tu, patutlah diam-diam, sweet rupanya." sapa Cikgu Faridah yang kebetulan baru masuk ke ruang makan bersama beberapa guru perempuan.

Aku hanya mengukir segaris senyuman nipis, tidak tahu apa reaksi sebenar yang harus aku bagi,..

"kenapa awak masak untuk saya eh?" soalku kepada Haniff.

"ah, saya masak untuk saya, lepastu ada lebih, saya bagi lah awak," terang Haniff lalu menyuap satu sudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"kenapa bagi saya? Kenapa bukan orang lain? Soal aku lagi.

"sebab awak je yang bujang dan duduk dekat quaters,Hamzah kan pergi kursus."balasnya lagi.

Baru aku perasan aku tak nampak Hamzah semalam, pergi kursus rupanya, hermm agak-agak apa lah reaksi dia semalam masa baca mesej-mesej dari guru-guru lain.

"ooo, awak, Hamzah cakap apa pasal kita semalam?" soalku lagi

"erm..,nothing much, dia tanya je,tak ada apa pun." ujarnya ringkas.

"okeyh," ucapku sambil mengangguk perlahan ,

"makan." ucap Haniff lalu menyuakan aku sesudu nasi goreng.

"herm? Saya boleh makan sendiri lah " ucapku kasar.

"ok, then makan lah, " ucapnya.

***

"ok semua!! Kita start dengan warm up dulu,yang lelaki, awak semua ikut saya buat ye, yang perempuan ikut Cikgu Alisya,.

"haa, yang perempuan ye tengok Cikgu Alisya, bukan lelaki ye, jaga mata!" ucap Haniff bersama senyuman.

"amboi Cikgu Haniff, sayang sangat tu," sakat Hafiz yang merupakan salah seorang pelajar 5 Aura.

" Cikgu Alisya tak nak cakap apa-apa ke?" tanya Fatin sambil ketawa.

" oh ada-ada, siapa yang cakap mengarut, saya suruh dia pusing padang balik semula," ucapku sambil.bercekak pinggang sambil merenung Haniff.

"hahah, baik tuan puteri, hamba menurut perintah," ujar Haniff lalu mengenyit mata kanannya.

"wuuuu!" sahut para pelajar.

Aku menggelengkan kepala bersama jelingan maut.

"okey! Jom-jom kita mula." ucap Haniff bersama sengihan.

***

Usai menguruskan para pelajar, aku mengambil tempat di salah sebuah kerusi dan meneguk air mineral.

"Alisya, siap dah?" soal Cikgu Reena yang mengambil tempat disebelah ku.

" aah kak, Haniff pula uruskan budak-budak tu," ujarku sambil menunjuk ke arah Haniff yang sedang mengawasi para pelajar berlatih lompat jauh.

"ooo, Alisya dengan Haniff memang dah lama kenal eh?" soal Cikgu Reena.

" Hurm?" soal aku.

" yelah, macam cepat sangat kau orang tunang kalau baru kenal masa Cikgu Haniff pindah sini." kata Cikgu Reena.

" erm, tak ada lah lama sangat Kak, cuma proses kita orang kenal tu kot cepat," ucapku bersama sengihan.

Haih, tak tahu lah aku nak jawab apa, ni semua idea si air batu, tapi aku pula yang nak kena jawab, haduhh.

"haa tu Haniff sampai dah," ucap Cikgu Reena.

" siap dah?" soal aku kepada Haniff.

"Haa siap dah, dah masuk masa rehat dah,ni air awak ke?" soal Haniff.

"ooo, aah" jawabku.

Laju saja tangan Haniff mencapai botol air disampingku lalu diteguknya air itu.

Selamba dia je pakcik ni, pikir ni harta benda awam ke? Haishh.

Haa aku dapat idea!

" awak.. Tadikan ,Kak Reean tanya saya, dah lama ke kita kenal? Cuba awak cerita ," ujarku lembut.

"herm?" bulat mat Haniff memandang ku,.

Haa pikirlah kau!

"erm masa tu.." ujar Haniff perlahan.

BERSAMBUNG..

P/s: hai semua!!! Ops lambat sikit lah, heheh sorry btw, enjoy reading! Jgn lpe vote komen and share!! Jumpa malam esok untuk next chap!! Syg korgg!!

avataravatar
Next chapter