1 SEKOLAH (Bab 1)

"Akulah Raja Dunia Bawah," Aku menjerit di bawah hujan yang sangat lebat, darah mengalir dari atas hingga ke bawah. Suasana yang sangat suram sekali di atas bukit. Aku telah mengalahkan 10 orang martial master yang dihantar oleh Dragon Family yang berada di Negara China.

Semasa aku sedang turun dari bukit, telefon aku berbunyi. Aku mengambil telefon yang berada di dalam poket seluar aku dan terus aku angkat telefon itu.

"Hello,"

"Aku dah daftarkan nama kau, start dari minggu depan kau perlu pergi ke sekolah. Kau tidak berhak untuk membantah,". Talian telefon putus

Aku terdiam dan blur seketika, pada waktu yang sama guruh berdentum.

"Whattt!," aku terkejut dan terus menjerit. Aku hairan dan tertanya-tanya, kenapa tetiba ayah masukkan aku ke sekolah.

Setahu aku, aku tak pernah lagi ke sekolah. Sebab selama ini ayah aku menyewa cikgu tuisyen dan aku belajar di rumah.

"hehehe, setakat level sekolah menengah tiada masalah bagi aku. Prestasi pembelajaran aku juga sangat cemerlang bahkan lebih dari cemerlang hahaha," bisik ketawa dalam hatiku.

"Mana assistant aku ni? Tak sampai-sampai lagi ni, dahlah aku lapar!," ujarku seorang diri sambil menggaru kepala di pondok bas yang sunyi.

avataravatar
Next chapter