Seorang pemuda sedang bertafakur di atas katil. Tangannya digenggam dengan cara yang aneh tetapi dalam posisi relaks. Dadanya turun naik mengikut irama nafasnya. Semua nampak sangat…. natural! Setiap nafas yang ditarik, satu aliran pudar berwarna putih yang nampak seperti angin ditarik ke dalam hidung dan mulut pemuda itu. Angin itu mula membentuk di dalam tubuhnya.

Semasa pemuda itu sedang bertafakur, satu sinaran aneh muncul untuk seketika di cincin hitam yang sedang dipakainya…

"Huuuu…" Pemuda itu menghembuskan nafas perlahan-lahan dan membuka matanya. Satu cahaya putih memancar melintangi matanya. Ia adalah Dou Qi yang belum habis diserap dan ditapis.

"Ia memerlukan banyak usaha untuk mendapatkan Dou Qi itu, tapi….bangsat, ia nak hilang lagi! Tidak, jangan…tolong…jangan…" Pemuda itu dengan nekad mencuba untuk memastikan Dou Qi itu tidak terlepas tetapi tidak berhasil. Apabila hirisan Dou Qi yang terakhir meninggalkan tubuhnya, wajah pemuda itu bertukar daripada tenang kepada marah serta putus harapan. Suara dia meningkat.

Dia memintal kedua-dua tangannya, menggenggam dan melepaskan buku lima dia tanpa henti. Akhirnya, wajah pemuda itu bertukar daripada kemarahan kepada sengih terpaksa. Lagipun, tiada apa-apa yang boleh dilakukannya. Kepenatan, dia memaksa dirinya untuk bangun daripada katil dan meregangkan kakinya yang kebas. Dengan Tahap Ketiga Dou Qi sahaja, perkara kecil ini selalu ada.

Selepas melakukan beberapa senaman mudah di biliknya, suara seorang lelaki tua kedengaran di luar pintu: "Tuan kecil, ketua puak mohon kehadiran tuan di dewan."

Xiao Yan adalah anak ketiga kepada ketua puak. Dia mempunyai dua orang abang yang telah meninggalkan puaknya untuk mencari pengalaman mereka sendiri. Mereka hanya balik pada akhir tahun untuk bertemu dengan keluarga. Bagaimanapun, kedua-dua abang Xiao Yan melayannya dengan baik walaupun Xiao Yan telah digelar sebagai sampah.

"Sebentar!" Xiao Yan menukar baju dan keluar. Di luar biliknya kelihatan seorang lelaki tua memakai jubah hijau: "Jom!"

Melihat kesegaran muka tuan kecil, lelaki tua mengangguk kepalanya. Tetapi apabila dia berpusing ke belakang, matanya menunjukkan kesesalan. Jika tuan kecil mempunyai bakat yang dahulu, dia mungkin akan menjadi seorang Dou Zhe yang hebat.

Orang tua dan pemuda itu berjalan melalui laman belakang rumah dan akhirnya sampai ke pintu dewan puaknya. Selepas mengetuk pintu dengan perlahan, mereka masuk ke dalam.

Dewan tersebut adalah sangat besar, tetapi sudah ramai orang yang berada di dalam dewan tersebut. Di hujung dewan tersebut adalah Xiao Zhan dan tiga tokoh kanan yang tidak menunjukkan emosi. Mereka adalah puak tokoh kanan tertinggi dan mempunyai status kepentingan sama-rata dengan seorang ketua puak.

Di sebelah kiri, di bawah keempat-empat tokoh tersebut adalah tokoh kanan dari puak yang lain. Tokoh-tokoh kanan ini tidak mempunyai kuasa sebesar puak tokoh kanan tertinggi, namun begitu, mereka mempunyai kuasa mereka tertentu di puak masing-masing. Mereka adalah lelaki muda yang pernah menunjukkan janji dan bakat.

Di sebelah mereka pula adalah tiga orang yang tidak dikenali. Nampaknya, mereka adalah tetamu yang dikatakan oleh Xiao Zhan semalam.

Mata Xiao Yan meneliti mereka dengan pantas sekali. Antara mereka bertiga, seorang tokoh yang memakai baju berwarna putih umpama bulan penuh. Walaupun tokoh itu tersenyum, mata kecil Xiao Yan penuh dengan tenaga, meneliti setiap benda di dalam dewan itu. Xiao Yan menurunkan matanya sedikit dan berhenti di dada tokoh tersebut. Di dadanya mempunyai satu bulan perak dan di sebelah bulan itu mempunyai tujuh bintang berkilat.

7 Bintang Da Dou Shi! Lelaki ini adalah 7 Bintang Da Dou Shi? Hebat. Xiao Yan tidak dapat menahan diri daripada menghela nafas. Tokoh itu lebih kuat daripada ayahnya dan dia adalah dua bintang lebih hebat.

Sesiapa yang menjadi Da Dou Shi adalah satu kuasa yang tidak boleh dipandang rendah. Dengan kekuatan sebegini, kebanyakan tempat mungkin akan berebut untuk dia. Dapat melihat seseorang yang sebegitu kuat, tidak hairanlah Xiao Yan terkejut.

Di sebelah tokoh tersebut berdiri satu pasangan. Mereka juga memakai jubah berwarna bulan putih. Lelaki kacak itu adalah lebih kurang 20 tahun umurnya ditambah dengan badan yang sasa. Dia sudah tentu menjadi pasangan sempurna untuk ramai wanita. Yang paling penting, di dadanya mempunyai 5 Bintang Emas. Ini menunjukkan kekuatan pemuda itu: 5 Bintang Dou Zhe!

Untuk menjadi 5 Bintang Dou Zhe pada umur 20 tahun menunjukkan bakat istimewa pemuda itu.

Dengan muka kacak dan kekuatan yang istimewa, pemuda ini bukan sahaja menjadi sasaran gadis muda di puak tersebut, Xiao Mei juga menunjuk minat terhadapnya.

Tetapi, rupa dan jelingan yang diberi oleh gadis-gadis tidak memberi kesan kepada pemuda itu. Tumpuannya diberi kepada gadis muda di sebelahnya.

Umur gadis muda itu agak-agak sama dengan umur Xiao Yan dan ini menyebabkan Xiao Yan gentar. Kejelitaan gadis itu boleh menandingi Xiao Mei, tidak, dia adalah lebih cantik daripada Xiao Mei. Di seluruh puaknya, Xiao Xun Er sahaja yang boleh menandingi dia. Patutlah lelaki di Puak Xiao suka memikat perempuan di luar puak mereka.

Gadis muda itu memakai anting-anting jed hijau. Semasa berjalan, anting-anting itu mengeluarkan bunyi melodi yang merdu menambahkan lagi sifat diraja yang ada pada gadis itu.

Tambahan pula, dada gadis muda yang sedang membesar itu mempunyai 3 Bintang Emas.

3 Bintang Dou Zhe, Perempuan ini… kalau dia tidak menggunakan kaedah istimewa, pasti mempunyai bakat genius! Hati Xiao Yan gugur , gadis itu mempunyai bakat yang boleh menandingi bakat dahulunya! Tetapi Xiao Yan memaksa matanya untuk tidak tertumpu pada keayuan gadis tersebut. Tidak kira apa pun, wajah Xiao Yan yang tidak matang mempunyai jiwa yang matang. Walaupun gadis itu sangat cantik, dia tetap menjaga tingkah lakunya.

Tindakan Xiao Yan menyebabkan tegangan di dalam gadis tersebut. Walaupun dia bukan jenis yang mempunyai seluruh dunia berputar di sekelilingnya, dia adalah wanita yang cantik. Renungan Xiao Yan yang rawak adalah kali pertama untuknya.

"Ayah, Tiga Tokoh Kanan Tertinggi!" Berjalan pantas, Xiao Yan memberi salam kepada Xiao Zhan dan tiga tokoh kanan tersebut.

"Haha, Yan Er, awak sampai! Mari, sila duduk." Melihat kedatangan Xiao Yan, Xiao Zhan berhenti bercakap dengan tetamunya dan mengangguk di arah Xiao Yan sambil melambaikan tangannya sebagai isyarat untuk Xiao Yan duduk.

Dengan senyuman senang, Xiao Yan tidak peduli dengan renungan ketiga-tiga puak tokoh kanan tertinggi tersebut lalu mencari kerusinya. Tetapi, dia terkejut apabila dia tidak dapat mencari tempat duduk…

'Hahhh, posisi saya di puak ini semakin rendah. Dulu masih baik, tetapi sekarang, mereka juga berani memalukan saya di depan tetamu, orang tua ini…' Xiao Yan berkata sendirian di dalam fikirannya, dia menggelengkan kepala seolah-olah gelengan tersebut boleh menghalang emosi yang sedang mendidih di dalamnya.

Melihat Xiao Yan sebegitu, ahli-ahli puak muda ketawa sinis menunjukkan kegembiraan Xiao Yan diperbodohkan.

Akhirnya, Xiao Zhan menyedari keadaan tersebut. Muka Xiao Zhan menjadi marah: "Tokok kanan kedua, awak…"

"Ohh, minta maaf. Saya tak percaya saya telah lupa kerusi tua kecil. Hehe, saya akan memanggil seseorang untuk menyediakan kerusi tersebut!" Tokoh kanan yang berpakaian jubah kuning itu berkata sambil tersenyum. Dia menepuk dahinya sebagai tanda kesilapan tetapi riak wajahnya yang memperkecil-kecil Xiao Yan tidak hilang.

"Abang Xiao Yan, mari duduk sini!" Suara seorang gadis terdengar di seberang dewan.

Ketiga-tiga tokok kanan tertinggi itu menjadi tegang, renungan mereka beralih ke Xun Er di sudut dewa tersebut. Mulut mereka merungut, tetapi tidak berkata apa-apa…

Xiao Yan menutup buku tebal di ribanya dan berkelip pada Xiao Yan.

Melihat senyuman manis Xiao Xun Er, Xiao Yan beku untuk seketika. Dengan pantasnya, dia pulih dan selepas menyentuh hidungnya, dia berjalan ke arah Xun Er di bawah renungan cemburu oleh ahli-ahli puak dan selepas beberapa saat yang panjang, dia duduk di sebelah Xun Er.

Xiao Yan bisik: "Terima kasih, awak selamatkan saya sekali lagi."

Xiao Xun Er memberikan senyuman yang ringan, dua lesung pipit kelihatan di mukanya. Jemarinya yang kecil membuka buku yang berada di depan. Walaupun dia masa muda, dia kelihatan amat bijak. Selepas memerhatikan muka surat buku tersebut, Xun Er tiba-tiba mengadu: "Abang Xiao Yan, awak sudah tiga tahun tidak duduk di sebelah saya berseorangan, kan?"

"Uhh… awak kan genius di puak kami, tak susah nak dapat kawan, bukan?" Melihat riak wajah Xun Er yang sedang marah, Xiao Yan ketawa.

"Tetapi, ada seseorang ni yang selalu mencuri masuk ke bilik saya tiap-tiap malam ketika saya berumur4 hingga 6 tahun. Dan kemudian, seseorang ni selalunya menggunakan teknik cemerkap dan lemah Qi Dou Zi untuk menguatkan tulang dan meridian saya. Setiap kali, seseorang ini akan berpeluh kuat sebelum meninggalkan bilik saya. Abang Xiao Yan, kenal tak orang ini?" Xun Er berhenti seketika dan mengangkat kepalanya dan senyum pada Xiao Yan.

"Uhh… mana, manalah aku tahu? Aku muda lagi masa tu, padahal, aku tak boleh jalan lagi, mana aku tahu?" Jantung Xiao Yan berdebar dengan pantas. Memaksa satu senyuman, Xiao Yan memusingkan renungan dia ke bahagian tengah dewan tersebut.

"Hehe…" Melihat reaksi Xiao Yan, Xiao Xun Er pun tersenyum. Mata dia beralih ke arah buku yang berada di ribanya dan berkata: "Walaupun aku tahu orang ini mempunyai niat yang baik, tapi aku kan perempuan? Manalah boleh aku bagi orang ini sentuh aku? Kalaulah aku tahu siapa yang buat tu, hmph…"

Mulut Xiao Yan mula merenggut kuat, memastikan penglihatannya tidak hilang tumpuan, dia tidak berani mengatakan apa-apa…

avataravatar
Next chapter