webnovel

Diiringi oleh seorang pelayan wanita, Xiao Yan memasuki dewan lelong di mana lelongan sudah pun bermula.

Ketika di dalam, persekitaran yang cerah menjadi gelap dan satu jeritan gemuruh kedengaran. Keadaan ini menyebabkan Xiao Yan mengerut keningnya.

Proses lelongan ini besar dan dewan tersebut sudah tentu boleh memuatkan beratus atau beribu orang. Pada ketika ini, di tengah-tengah dewan, di bawah cahaya yang terang, seorang wanita cantik yang berpakaian merah sedang menerangkan mengenai barangan di tangannya dengan suara merdu.

Dengan suara yang jelas dan merdu itu, harga barang yang tidak bernilai itu semakin meningkat dengan kadar yang cepat.

Mencari satu tempat duduk yang terasing, Xiao Yan duduk diam dan merenung wanita ayu yang berada di tengah dewan tersebut. Dengan pemerhatiannya yang tajam, dia menyedari kebanyakan orang yang berada di sini datang kerana wanita itu dan bukan disebabkan oleh barang yang dilelong.

Jurulelong Rumah Lelong Premier Teratas : Ya Fei. Dia merupakan seorang yang terkenal di dalam Bandar Wu Tan dan daya penarik matangnya menjadikan ramai yang tertarik olehnya.

Tiba-tiba, Xiao Yan yang berdiam itu berpaling dan ternampak seorang lelaki yang tidak jauh darinya sedang bersembunyi di sudut yang lain. Lengan dia sedang berbuai-buai mengikut perkataan dari mulut kecil Ya Fei yang merah dan tangannya hilang di bawah pinggangnya…

"Celaka!" Xiao Yan yang sedang berada di bawah jubahnya menyumpah. Lelaki ini tidak tahu malu!

Xiao Yan menyumpah di dalam mindanya lalu melarikan pandangannya sambil tersenyum kelat. Renungannya sekali lagi beralih ke tengah dewan dan melihat bentuk badan jurulelong itu yang cantik sambil bersungut, "Perempuan Jalang."

Selepas melihat barangan di tangan Ya Fei, Xiao Yan hilang minat. Dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli sampah, walaupun penjual itu ialah seorang perempuan cantik. Xiao Yan mengalihkan pandangan, memerhatikan sekitar dewan tersebut.

"Huh… ayah?" Renungan dia berhenti. Perhatian Xiao Yan sedang bertumpu pada seorang lelaki pertengahan usia yang sedang duduk di barisan hadapan. Tiba-tiba air muka Xiao Yan bertukar. "Adakah ayah mempunyai minat terhadap perempuan itu?"

Fikiran pelik itu tidak bertahan lama kerana Xiao Yan perasan renungan ayahnya tidak ditumpukan pada Ya Fei tetapi dia sedang melihat jauh seperti sedang menunggu sesuatu.

'Kenapa ayah ada di sini?' Memikirkan pertanyaan tersebut, Xiao Yan mengalihkan renungannya sekali lagi. Kali ini, dia menyedari kedua-dua ketua puak besar iaitu Puak Jia Lie dan Puak Ao Ba turut berada di sini!

Sesuatu yang akan dilelongkan telah menarik perhatian mereka! Keningnya terangkat, Xiao Yan menyentuh hidungnya dengan perasaan ingin tahu. 'Apakah yang menarik perhatian ketiga-tiga ketua puak besar di Bandar Wu Tan ke sini?

…..

Secara jujur, perempuan yang bernama Ya Fei itu pakar dalam membina atmosfera yang menyeronokkan. Renungan dan senyumannya menaikkan harga barang dengan mendadak. Tambahan pula, setiap kali harga naik, dia akan memberikan satu senyuman menawan kepada orang yang menawarkan harga tertinggi dan mereka akan melupakan kesakitan apabila membayar nanti.

Atmosfera di dalam rumah lelong itu berada di kemuncak disebabkan senyumannya.

"Hehe, semua orang, rumah lelong telah menerima barang lelong yang baru. Saya percaya, kamu semua akan berminat." Selepas melelongkan barang tadi, Ya Fei berhenti seketika dan mengumumkan kepada para hadirin di dewan tersebut. Dengan lambaian tangannya, seorang pelayan membawa keluar satu pinggan jed yang terdapat sebotol jed putih di tengah-tengah.

"Ini satu pil peringkat kedua." Dengan tangannya yang lembut, Ya Fei mengambil botol jed tersebut. Suara merdu Ya Fei menenangkan pembida di situ. Tetapi seketika, jeritan di dewan menjadi lebih kuat, di tanah besar Dou Qi, pil yang ditapiskan oleh ahli Alkimia merupakan barang yang sangat diingini oleh kebanyakan orang.

"Benda ini dinamakan sebagai Penawar Asas. Ia hanya efektif untuk orang di bawah tahap Dou Zhe. Berlatih bersama Penawar Asas ini akan memberikan orang tersebut peningkatan efisiensi latihan mereka! Hehe, kalau awak ingin mempunyai anak atau anak cucu digelar genius, ini paling sesuai untuk awak!" Mulutnya yang manis menyebabkan orang di dewan tersebut terkaku.

"Penawar Asas? Ia boleh meningkatkan kelajuan latihan Dou Qi seseorang? Cik Ya Fei, orang di peringkat sebegitu tidak dapat menerima tekanan pil tersebut, kan? Sungguhpun Ya Fei sangat menawan, ramai juga yang tenang dan soalan dari seseorang memecahkan kesunyian seketika.

"Hehe, penawar ini telah disemak oleh Tuan Gu Ni dan pil ini di peringkat kedua. Ini tidak menjadi satu masalah. Awak semua tidak perlu risau." Ya Fei ketawa sambil menjawab soalan tersebut.

Sesiapa yang meragui kesahihan pil tersebut sebelum ini menjadi tenang selepas mendengar Tuan Gu Ni sendiri yang menyemak pil tersebut. Semua orang tahu Tuan Gu Ni merupakan seorang ahli Alkimia Peringkat Kedua. Semua penduduk Bandar Wu Tan, termasuk ketua puak ketiga-tiga puak besar menghormati beliau.

Xiao Yan bersandar pada kerusinya dan melihat atmosfera orang ramai menjadi hangat. Menghembus nafas lega, dia berfikir. 'Nampaknya Penawar Asas ini akan menjana pendapatan yang lumayan!' Mengalihkan renungan ke ayahnya, Xiao Yan menyedari air muka ayahnya yang tenang sudah berubah.

"8500!" Sebelum Ya Fei berhenti bercakap, seseorang menjerit harga.

"9000!" Sekali lagi harga dipanggil selepas panggilan yang pertama.

…..

Harga tersebut naik ke 13,000 dalam beberapa saat sahaja!

Sungguhpun ayah Xiao Yan agak terangsang, dia tidak menawarkan harga serta-merta dan sebaliknya dia menutup matanya, sambil menunggu orang lain berhenti.

Harga terus naik sampai satu tahap, suara menjadi sunyi. Pada masa itu, seorang tokoh yang berada di barisan hadapan bersuara, "20,000!"

Selepas menawarkan harga tersebut, bunyi di dewan menjadi sunyi. Beberapa orang yang berharap melihat ke arah tokoh tersebut tetapi hanya boleh duduk dengan kesal. Mereka tidak mempunyai harta yang banyak untuk menentang Puak Jia Lie.

"Hehe, Jie Lie Bi, bukankah anak awak sudah menjadi seorang Dou Zhe? Kenapa awak masih berminat untuk mendapatkan Penawar Asas ini?" Seorang lelaki di pertengahan usia yang sedang duduk di barisan hadapan berpusing dan pura-pura tersenyum pada Jia Lie Bi.

"Ao Ba Pa, saya tidak boleh beli untuk bakal cucu saya ke?" Jia Lie Bi mengejek lelaki itu. Nampak jelas Jia Lie Bi tidak menyukai lelaki itu.

'Tengoklah kalau nasib kau baik untuk mendapatkan seorang cucu, mungkin anak kau tidak dapat ….' Selepas menyumpah Jia Lie Bi dengan diam, Ao Ba Pa menjerit, "23,000!"

"25,000!"

…..

Dalam masa 10 minit dan ketika semua orang masih terkejut, mereka seperti dua ekor anjing berlawan untuk satu tulang dan terus menaikkan harga ke 31,000!

"40,000!" Xiao Zhan yang mempunyai matanya tertutup tiba-tiba berkata.

Semua orang di dalam dewan lelong tersebut menjadi sunyi dan mengubah pandangan mereka ke Xiao Zhan. Ao Ba Pa dan Jia Lie Bi juga terkejut dengan kenaikan harga tersebut.

"Hehe, Ketua Puak Xiao, nampaknya awak betul-betul nakkan Penawar Asas ini." senyum Jia Lie Bi.

Xiao Zhan memandang dia dan berkata, "Kalau awak nak, saya tak akan menaikkan harga lagi. Saya janji saya tak akan bertawar harga."

Jia Lie Bi berhenti seketika dan berfikir sama ada kata-kata Xiao Zhan benar atau tidak. Tidak lama kemudian, dia menggeleng kepalanya dan oleh kerana tujuannya hari ini bukan untuk mendapatkan Penawar Asas ini, untuk membazirkan wang sekarang bukanlah langkah yang bijak.

Di sebelah Ao Ba Pa pula, melihat Jia Lie Pi berhenti menawarkan harga yang lebih tinggi, dia juga berhenti. Sungguhpun Penawar Asas itu sangat menggoda, matlamat dia bukan untuk itu. Oleh itu, dia juga berhenti menawarkan harga.

"Ketua Puak Xiao Zhan menawarkan harga 40,000 Syiling Emas, adakah sesiapa ingin menawarkan harga lebih tinggi?" Melihat dewan yang tenang itu, Ya Fei tersenyum sambil mengingatkan orang ramai.

"Jika tiada sesiapa yang ingin menawarkan harga lebih tinggi, Penawar Asas ini milik ketua puak Xiao Zhan!" Ya Fei yang bijak itu mengetuk tukulnya sebagai tanda Penawar Asas itu sudah mendapat pemilik yang baru.

Di kawasan terasing, Xiao Yan tidak tahu jika dia mahu menangis atau ketawa. Selepas proses yang panjang, dia masih menerima wang daripada ayahnya.

"Hehe, seterusnya, kita akan melelongkan barang lelong yang terakhir!" Meletakkan botol jed kembali ke pinggan tadi, Ya Fei melambaikan tangannya dan lampu di dewan tersebut menjadi malap. Membongkok, dia mengambil keluar satu pinggan perak dan di tengah-tengah pinggan itu mempunyai satu skrol hijau yang telah dihiaskan.

Skrol tersebut menunjukkan satu cahaya hijau dan dengan pantulan cahaya daripada pinggan perak itu, ia menunjukkan satu cahaya yang bermisteri.

"Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi : Seruan Taufan!"

Next chapter