webnovel

Saya Akan Bayar Untuknya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas menyelinap ke dalam biliknya, Xiao Yan menutup pintu dan bergerak ke sudut biliknya, sebelum mengeluarkan beberapa bungkus herba perubatan dan kristal bermagik. Dia meletakkan kesemua ini di dalam kabinet dengan perlahan dan menghidu bau herba itu sambil tersenyum lega.

Untuk berlatih tanpa gangguan, Xiao Yan perlu membeli herba yang diperlukan untuk 8 bulan. Ini membolehkan dia berlatih tanpa henti sepanjang tahun.

Sambil menutup perlahan pintu kabinet itu, bibirnya terbuka dan dia bergerak ke tepi katil dengan tidak bermaya lalu meletakkan kepala di atas bantal. Aktiviti hari ini meletihkan.

"Yan Er, awak di dalam?" suara seorang lelaki dan ketukan pintu kedengaran.

Membuka matanya yang letih, Xiao Yan melompat dari katilnya lalu membuka pintu, dan melihat Xiao Zhan yang berada di luar pintu. "Ayah, awak perlukan sesuatu?"

"Tidak bolehkah saya berjumpa dengan anak saya tanpa memerlukan sesuatu? Budak ni, awak telah menyembunyikan diri daripada saya selama 2 bulan." Tegur Xiao Zhan sambil mengusap kepala Xiao Yan dengan lembut.

Melihat senyuman mesra Xiao Zhan, Xiao Yan terharu dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Xiao Zhan.

"Awak masih rasa bertanggungjawab di atas peristiwa hari itu? Haha, kalau dia tidak suka anak saya, dia yang rugi. Awak tidak perlu bersedih. Kenapa seorang lelaki hebat perlu berkelakuan macam budak kecil? Saya tahu anak Xiao Zhan, bukan seorang si lumpuh." Kata Xiao Zhan dengan bangga.

"Haha ayah, selepas 3 tahun, Yan Er pasti akan pergi ke Kaum Awan Berkabus." Kata Xiao Yan dengan suara yang rendah sambil tersenyum.

Senyuman Xiao Zhan menjadi lebih serius sambil memandang Xiao Yan. Selepas seketika waktu, dia berkata dengan teragak-agak, "Ayah tiada masalah, tapi… awak betul nak pergi? Ayah bukan cakap awak tidak dapat menandingi Nalan Yanran, tetapi kekuatan Kaum Awan Berkabus…"

Xiao Yan mengangguk dan tersenyum, bibirnya yang halus itu mengeluarkan ayat yang kedengaran degil, "Ayah, ada sesetengah benda, sebagai seorang lelaki, saya kena bertanggungjawab."

"Haha, jiwa ini sangat serupa dengan saya, kalau kedua-dua abang awak tahu awak berkata sebegini, mereka pasti gembira." Xiao Zhan tersenyum lega melihat dedikasi Xiao Yan sebelum mengeluh dan mengangguk. "Bagus, ayah akan tunggu awak mengembalikan air muka saya, saya mahu si anak gampang tua Nalan Shu merayu saya untuk tidak membatalkan perjanjian kahwin ini."

Xiao Yan mengangguk dan tidak menahan dirinya untuk ketawa.

"Hei, saya nak beri awak ini, ambil ini sebagai tanda sokongan ayah." Dia memberikan Xiao Yan satu botol putih yang nampak macam kenal.

Melihat penawar yang kembali ke tangannya, Xiao Yan tidak tahu bagaimana untuk membalas. Tetapi di mukanya, Xiao Yan menunjukkan air muka yang membingungkan. "Ayah, ini ialah...?"

"Penawar Asas, ia boleh meningkatkan pertapaan Dou Qi awak. Saya baru beli hari ini." Xiao Zhan tersenyum.

"Awak mesti telah menggunakan banyak duit untuk ini kan?" Mengambil botol jed putih itu, Xiao Yan terharu dengan perbuatan ayahnya.

"40,000 syiling emas, tetapi kalau ia berhasil, tentu berbaloi." Senyum Xiao Zhan seperti dia tidak peduli.

"Awak menggunakan 40,000 syiling emas untuk beli Penawar Asas ini? Tokoh-tokoh lain tak akan guna alasan ini untuk mencari masalah dengan ayah?" Xiao Yan tersenyum kelat.

"Tssk, saya adalah Ketua Puak, paling teruk pun mereka hanya boleh mengata." Kata Xiao Zhan dengan dingin.

"Ayah, terima kasih, pada Upacara Kedewasaan tahun depan, saya akan pastikan saya menutup mulut mereka untuk selamanya." Xiao Yan ketawa dengan tenang.

"Bagus. Saya akan menunggu anak saya untuk bertransformasi sekali lagi!" Walaupun dia tidak tahu di mana Xiao Yan mendapat keyakinan itu, Xiao Zhan sangat gembira melihat anaknya yang penuh yakin itu.

"Baiklah, saya tidak akan mengacau awak beristirahat. Kalau awak ada masalah awak boleh datang berjumpa dengan ayah, sebagai seorang ahli keluarga, saya tidak akan memalukan awak." Melambaikan tangannya, Xiao Zhan berpusing ke belakang lalu meninggalkan laman depan dengan langkah yang besar.

"Celaka, sekarang aku kena berdepan dengan orang-orang tua ini. Aku telah menggunakan 40,000 syiling emas, tetapi mereka akan bertindak seperti aku telah menggunakan duit keranda mereka." Xiao Yan terdengar sungutan Xiao Zhan pada malam yang sunyi itu.

Melihat ayahnya yang hilang di dalam kegelapan malam, Xiao Yan menyentuh hidungnya dan tersenyum sambil berkata dengan suara yang rendah, "Relaks, ayah, aku akan sedaya upaya membuatkan orang ini semua berdiam. 3 tahun yang lalu, aku boleh membuat mereka hormat dengan aku, 3 tahun kemudian, aku masih boleh!"

Selepas berdiri di depan pintu untuk seketika, Xiao Yan meletakkan botol jed putih di dalam almari. Ketika itu, dia melihat ke arah sudut bilik dan mengusik, "Perempuan! Seronok ke awak memasang telinga perbualan orang?"

"Abang Xiao Yan, tajamnya mata abang….." Dari sudut tersebut, seorang gadis muda yang memakai skirt ungu keluar dengan anggun. Menyengetkan kepalanya dengan comel, satu senyuman besar kenampakan di mukanya yang cantik itu.

Melihat muka gadis itu yang nakal, Xiao Yan menggeleng kepalanya.

"Abang Xiao Yan pergi mana petang tadi?" Xun Er melangkah ke hadapan dan bertanya dengan senyuman manis.

"Saya pergi bersiar-siar."

"Oh, ya ke?" Matanya melihat seluruh tubuh Xiao Yan. Tiba-tiba, Xun Er melangkah ke depan dan membongkokkan badannya dengan sedikit. Hidungnya mengedut lalu berkata, "Saya terbau wangi seorang perempuan."

"*Kof kof*, apalah, kenapa saya ada pewangi perempuan." Muka tidak matang Xiao Yan tiba-tiba menjadi merah tetapi di dalam kegelapan, mukanya dan muka gadis tersebut tidak nampak beberapa jelas.

"Hee hee." Xun Er ketawa seperti suka sangat melihat keadaan Xiao Yan dan selepas beberapa saat, Xun Er berhenti ketawa sebelum berkata, "Tadi, saya dengar Pak Cik Xiao kata…. Saya percaya yang Abang Xiao Yan, ya…. Masa depan, awak betul-betul nak pergi ke Kaum Awan Berkabus, Xun Er… akan bersama awak, untuk tolong awak…"

Mendengar kata-kata itu, Xiao Yan mengelip matanya dan merenung ketat muka ayu gadis muda itu.

Dengan pandangan Xiao Yan yang begitu mendalam, muka Xun Er bertukar menjadi merah sambil dia berbisik, "Abang Xiao Yan, apa yang awak sedang tengok…."

"Hehe, Xun Er juga boleh tersipu-sipu, pemandangan yang amat jarang berlaku." Kata Xiao Yan dengan senyuman mesra.

Xun Er memandang dingin Xiao Yan dan bersungut, "Dan awak juga boleh merenung orang dengan cara sebegini."

"Bagus, bagus, yakin dengan abang, walaupun Kaum Awan Berkabus itu sangat kuat, saya masih muda. Si Yun Yun yang telah merosakkan perempuan itu, Nalan Yanran, dia bukanlah seorang guru yang baik sangat. "Xiao Yan tersenyum sambil mengusap rambut hitam gadis itu. "Sudah lambat, baliklah dan berehat."

Melihat lambaian Xiao Yan, Xun Er menggeleng kepalanya dengan tidak rela. Dan dia berjalan ke arah kegelapan hilang daripada pandangan Xiao Yan.

Selepas berpusing ke sudut yang lain, kedengaran bunyi pergaduhan di antara Xiao Zhan dan beberapa tokoh. Topik pertengkaran malam ini ialah bagaimana 40,000 syiling emas tersebut telah digunakan.

Berhenti, bulu kening Xun Er mengerut dan dengan hembusan satu nafas kecil, Xun Er mengambil keluar satu kad ungu.

Dia memetik kad ungu keemasan itu dengan hujung jarinya. Kad tersebut terbang ke arah bilik di mana tokoh-tokoh itu sedang bertengkar dengan Xiao Zhan.

Bilik tersebut tiba-tiba menjadi sunyi lalu Xun Er berkata, "Ini duit untuk Penawar Asas tersebut. Di dalam kad ini ada 100,000 syiling emas. Sekarang saya sudah beri awak ini, saya harap awak tidak mengganggu Pak Cik Xiao lagi."

Bilik itu berada di keadaan sunyi sebelum satu "ya" sebagai tanda setuju dikeluarkan oleh ketiga-tiga tokoh kanan tertinggi tersebut.

Next chapter