52 Satu Kemajuan Besar

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas pemilihan Kaedah Qi, seluruh puak nampak lengang daripada biasa. Ahli puak muda yang tidak mencapai 7 Duan Qi telah ditugaskan di beberapa bisnes Puak Xiao yang berada di luar kawasan puak, di mana mereka akan belajar cara-cara berniaga. Ahli-ahli puak yang berbakat yang telah berjaya mendapatkan satu Kaedah Qi, mula berlatih bersungguh-sungguh. Mereka berharap dapat mempelajari kemahiran Kaedah Qi itu secepat mungkin.

Semasa matahari sedang membakar tinggi di langit, pancaran kehangatan sedang memanggang bumi seperti ketuhar. Gelombang haba naik ke udara menyebabkan udara menjadi kabur.

Di dalam rimba yang tebal di atas gunung bersempadan dengan Puak Xiao…

Cahaya matahari menembusi daun-daun tebal itu, memercik ke tanah yang penuh dengan daun itu dengan titisan kecil cahaya - seperti langit penuh dengan bintang-bintang.

Di dalam hutan kecil terdapat dua bayang-bayang sedang melintas dan mencelah, letupan kedengaran apabila tapak tangan mereka berlaga. Angin hebat dipancutkan daripada pertukaran penumbuk mereka, meluru melalui daun yang terjatuh itu dan melambungkan daun ke udara.

Bermula sekali lagi dengan letupan angin yang kuat, Xiao Yan menggunakan kedua-dua tapak tangannya untuk menepis tangan Xun Er dan satu bunyi "boom" kedengaran. Walaupun serangan mereka nampak ringan, sebenarnya apabila penumbuk mereka bertemu ia akan menjadi kuat dan ganas.

Sudut bibir Xiao Yan mengetap apabila dia dipukul dengan daya kuasa yang kuat, cukup kuat sehingga menyebabkan dia tersadung dua langkah ke belakang. Tapak tangan Xun Er, sebaliknya, mula lebam kerana dipukul dengan kuat beberapa kali…

Melihat Xiao Yan yang tersandung ke belakang, satu senyuman terbentuk di bibir Xun Er dan tangannya mula menari di udara, jarinya dibalut dengan kilauan sutera emas.

"Tsk tsk, kuatnya…" Xiao Yan yang terkejut itu menggeleng kepalanya dan memandang tajam pada Xun Er yang tersenyum. Dia kemudian menjilat bibirnya sambil mengeluarkan satu nafsu pertempuran yang kuat.

Xiao Yan menolak diri sendiri daripada tanah dengan tapak kakinya dan meluru ke hadapan, lumpur bertaburan apabila dia berdiri.

Dengan satu renungan pada Xiao Yan yang sedang menuju ke arahnya, sudut mulut Xun Er tersenyum dan silauan emas pada tangannya menjadi lebih terang.

Satu kawah kecil ditinggalkan oleh Xiao Yan yang sudah mula meluru ke depan. Tiba-tiba dia berhenti satu meter daripada Xun Er. Hentian sangat sempurna sehingga Xiao Yan nampak seperti tidak bergerak langsung.

Melihat kawalan Xiao Yan terhadap pergerakannya, mata berair Xun Er tidak dapat bertahan daripada menunjukkan satu kiasan kekaguman.

"Letupan Oktana!"

Semasa bayang-bayang yang berlari itu tiba-tiba berhenti, kaki kanan dia ditolak daripada tanah menyebabkan badannya berputar dan meningkatkan daya kuasa dalam serangannya. Kaki kiri yang penuh berkuasa sedang melengkung melalui udara, membawa bersama satu bunyi angin yang kuat. Dengan kuat, dia menyudutkan serangannya terhadap Xun Er.

Melihat serangan Xiao Yan yang sedang meluru ke arahnya, Xun Er mengangguk dagunya sebagai balasan. Tangannya yang halus itu membentuk menjadi satu perisai cahaya bulatan separa yang menangkis kaki kiri Xiao Yan tanpa ragu-ragu.

"Bang!"

Satu bunyi boom kedengaran daripada lagaan mereka menyebabkan daun di tanah berterbangan ke udara, sebelum terselerak ke tanah.

Kaki bertembung penumbuk pada pelanggaran mengejut dan beberapa saat kemudian, kedua-dua lawan tertolak ke belakang.

Kekuatan daripada pertembungan itu mencukupi untuk menolak badan Xiao Yan ke belakang sebanyak 4-5 ke udara. Apabila badannya mula terjatuh, dia menghalakan tangan kanannya untuk menghadap ke pokok berdekatan dan mengeluarkan satu daya tarikan agar jatuhnya tidak terlalu kuat. Melompat daripada dahan pokok yang terjatuh, dia mendarat dengan sempurna ke tanah.

Mengangkat kepalanya dan melihat Xun Er yang juga ditolak ke belakang beberapa langkah, Xiao Yan mengetap bibirnya dan ketawa lalu bertanya, "Apakah Teknik Dou yang awak gunakan?"

"Teknik Dou Tahap Xuan Tinggi : Kepulangan Burung Layang-Layang…. Kalau dimahiri, ia boleh mengembalikan daya kuasa serangan lawan saya. Saya hanya berada di tahap permulaan, oleh itu saya hanya boleh mengembalikan 10% kuasa itu." Xun Er membalas sambil tersenyum.

Satu fikiran muncul di dalam minda Xiao Yan. "Meminjam daya kuasa seseorang untuk menghalang…."

"Teknik Dou Abang Xiao juga taklah buruk sangat. Jika Xun Er bukan seorang 1 Bintang Dou Zhe dengan kuasa yang melebihi awak, saya tidak mungkin boleh menghalang daya kuasa daripada serangan tersebut." Xun Er tersenyum dan matanya membentuk dua bulan sabit.

Xiao Yan menggerakkan bahunya dan tidak membalas dan memintal lehernya dengan malas. Satu pertempuran tahap tinggi telah menyebabkan otot dan mentalnya menjadi letih.

Mengelap peluh yang bercurahan daripada mukanya, Xiao Yan menyumpah cuaca panas dan lembap itu dengan diam sebelum menanggalkan pakaiannya.

Di bawah bajunya, tubuh badannya yang muda dan segak itu didedahkan. Sungguhpun ia bukan berotot sangat, badannya yang kecil menyembunyikan satu kuasa letupan yang kuat.

Menikmati tubuh separa bogel Xiao Yan, muka ayu Xun Er mula menjadi merah.

Xiao Yan mengambil bajunya dan bersandar pada batu besar kapur. Menghadap Xun Er, dia ketawa kelat. "Haih, sudah bulan yang berlalu, namun saya masih tersekat di 8 Duan Qi…."

Melihat Xiao Yan yang tidak bermaya itu, Xun Er mengerut bibirnya dan ketawa berdekit-dekit. Duduk di sebelah Xiao Yan, Xun Er juga bersandar pada batu kapur besar. Dia mengambil pakaian basah Xiao Yan sebelum mengelap peluh daripada tubuh Xiao Yan. Memujuk Xiao Yan, Xun Er berkata, "Tahap 8 Duan Qi ke 9 Duan Qi merupakan satu permulaan untuk sekatan Dou Qi. Abang Xiao Yan tidak patut tergesa-gesa. Apabila sampai masa, semua yang akan terjadi, akan….." Pada masa ini, Xun Er tiba-tiba terasa sensasi panas dan melihat ke atas, dia ternampak Xiao Yan sedang merenungnya. Bertukar muka merah, dia bertanya dengan memuncungkan mulutnya, "Abang Xiao Yan...."

Nada gadis muda yang lembut dan bergurau senda seolah-olah bayu segar di dalam hutan yang lembap itu.

Disebabkan cuaca panas, Xun Er memakai kain yang pendek berwarna hijau muda yang menunjukkan kulitnya yang cerah di bawah lehernya yang panjang dan menawan. Tambahan pula, dadanya yang membesar didedahkan oleh kontur pakaiannya yang ketat. Ini menonjolkan kecantikan tubuh yang teramat. Berdepan dengan pemandangan yang begitu mempesonakan, patutlah Xiao Yan terasa kosong semacam.

Dikejutkan oleh Xun Er, muka Xiao Yan bertukar merah malu. Dia ketawa malu sambil berbaring di batu kapur yang dingin itu, menutup mata dan memberi ruang untuk Xun Er mengelap tubuh Xiao Yan dengan tangannya yang kecil itu.

Sudut bibir merah jambu tua Xun Er menjadi satu senyuman kecil sambil dia membantu Xiao Yan mengelap peluh daripada badannya, tetapi perasan yang Xiao Yan sudah tertidur.

Menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya, Xun Er faham perlawanan hari ini merupakan satu perlawanan tahap tinggi. Xiao Yan pasti letih. Mengerut hidungnya, dia meletakkan pakaian Xiao Yan dan satu kilauan emas mula berkumpul pada hujung jarinya….

Xun Er merenung Xiao Yan yang tidak bergerak itu, dia meletakkan jarinya pada kulit Xiao Yan. Cahaya emas mula mengalir daripada jarinya dan diserap ke dalam badan Xiao Yan…..

Apabila cahaya emas itu sedang berpindah, peluh mula mengalir daripada dahi Xun Er dan dia hanya boleh mengetap giginya. Semasa Xun Er ingin bersedia untuk meneruskan pemindahan Dou Qi, satu riak wajah terkejut terpapar pada mukanya.

Apabila Xiao Yan sedang lena di sebelah batu kapur, satu daya hisapan yang kuat dikeluarkan oleh badan Xiao Yan. Dou Qi di sekeliling mula berkumpul dan memasuki ke dalam badannya dengan pantas…..

"Oh… adakah ini satu kemajuan besar?"

Satu helaan nafas terperanjat dan kagum kedengaran dan mulut kecil Xun Er terbuka besar sambil melihat Xiao Yan menyerap Dou Qi dengan senyap.

avataravatar
Next chapter