31 Satu Bintang Dou Zhe

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat gadis berpakaian hijau itu berjalan ke hadapan dengan yakin, padang latihan itu menjadi sunyi dan semua renungan beralih dan tertumpu padanya. Dari platform yang tinggi itu, semua ahli puak kelas tinggi menghentikan perbualan mereka dan menumpu perhatin mereka kepada gadis mutiara Puak Xiao.

Xiao Zhan dan ketiga-tiga tokoh kanan tertinggi juga mempamerkan wajah yang serius, dengan kiasan perasaan ingin tahu. Mereka ingin tahu di mana tahap Xun Er, seorang dari generasi muda puak Xiao kini selepas satu tahun berlatih.

….

Semua mata memandang gadis yang sedang berjalan di bawah platform itu dan menuju ke arah monumen batu dengan langkah sederhana. Dia mengangkat tangannya yang kecil itu, dan mendedahkan kulitnya yang putih apabila lengan bajunya ditarik ke belakang.

Tangannya yang kecil menyentuh monumen batu itu dengan lembut, Xun Er menutup matanya dan Dou Qi dalamannya menjadi kuat.

Menerima Dou Qi itu, monumen yang tidak bergerak itu mengeluarkan satu cahaya yang terang.

Satu Bintang Dou Zhe!

Melihat 4 perkataan yang tertera di monumen di tengah padang tersebut, semua orang menjadi sunyi, selepas seketika, semua bersorak kegembiraan.

"Cik Xun Er, Satu Bintang Dou Zhe!"

Juruhebah itu terkejut dengan perkataan yang tertera di monumen tersebut. Dia tidak dapat menahan diri lalu menggeleng kepalanya.

"Haha… Dou Zhe berumur 15 tahun… Dia memang seorang…"

Mendengar pengumuman juruhebah itu, Xiao Zhan menarik nafas dengan ringan tetapi ayat akhirnya tidak kedengaran.

Ketiga-tiga tokoh kanan mengangguk dan menampakkan wajah terkejut. Walaupun terdapat perbezaan pencapaian Xiao Yan semasa dia menjadi seorang Dou Zhe pada usia 12 tahun, kadar latihan ini sudah dikira hebat.

Di tengah-tengah padang latihan, Xiao Mei yang baru saja dipuji oleh orang ramai, juga terkejut dengan 4 perkataan yang bersinar di monumen batu itu. Merenung batu tersebut, dia berasa tidak berupaya. Hanya 15 tahun tetapi sudah mencapai Satu Bintang Dou Zhe, pencapaian ini tidak dijangkakan.

Di hujung padang tersebut, Xiao Yan mengerut bibirnya dengan gelisah. Dia tidak sangka Xun Er akan memasuki zon Dou Zhe dan mencapai satu bintang, satu peringkat di atas seseorang yang baru memampatkan Puting Beliung Qi-nya. Kadar latihan Xun Er boleh dibandingkan dengan Xiao Yan yang sedang mengguna Penawar Asas untuk mempercepatkan kadar latihannya.

Xun Er tidak menghiraukan orang lain dan mengerut keningnya seperti tidak menyukai perhatian yang diberi oleh orang ramai. Selepas itu, dia berjalan ke hujung padang dan ternampak Xiao Yan yang terkejut itu, Xun Er tersenyum nakal.

"Jangan bangga sangat! Dengan bakat awak, pencapaian ini dalam jangkaan saya. Kalau awak tidak mencapai tahap Dou Zhe, saya akan lagi terkejut." Xiao Yan menggerak bahunya dan bergurau.

Mendengar itu, muka kecil Xun Er menjadi sedih untuk seketika dan memandang tajam Xiao Yan.

Menarik Xun Er untuk duduk di atas tikar, Xiao Yan berasa bosan sambil memerhati ahli puak yang lain meneruskan ujian mereka.

Secara jujur, untuk melatih Dou Qi ke 7 Duan Qi sebelum usia 15 memerlukan bakat yang tinggi untuk berjaya. Walau bagaimanapun, seseorang yang mempunyai bakat tinggi tidak begitu ramai dan di dalam seluruh Puak Xiao, hanya segelintir yang berjaya.

Waktu berlalu dengan pantas, ramai orang gagal dalam ujian tersebut. Hal ini telah membosankan seluruh padang latihan tersebut. Sesiapa yang tidak lulus ujian tersebut menunjukkan satu muka panjang tetapi apabila mereka tahu ada orang lain yang tidak berjaya, satu senyuman sinis terpancar di wajah mereka.

Sambil duduk di atas lantai, Xiao Yan terus memerhatikan ujian tersebut; lebih daripada 100 peserta tetapi hanya dua orang yang mempunyai 8 Duan Qi seperti Xiao Mei dan tiada yang mencapai 9 Duan Qi atau menjadi seorang Dou Zhe, sudah tentu Xun Er tidak dikira.

Di padang tersebut, nombor peserta semakin menurun dan akhirnya hanya Xiao Yan dan beberapa orang yang tinggal.

Seorang peserta yang muda berdiri dan berjalan ke arah monumen itu walaupun dia tahu dia tidak mempunyai peluang untuk lulus.

Untuk beberapa orang seterusnya, semua tahu mereka berada di pangkat bawah puak mereka dan jika bukan kerana ujian yang adil ini, peserta-peserta ini sudah dikira gagal tanpa mengambil ujian.

"Xiao Yan!"

Berdiri di sebelah tiang batu, juruhebah itu mengumumkan nama itu dengan kesukaran.

"Abang Xiao Yan, giliran awak…" Kata Xun Er dengan lembut, tangannya yang kecil itu memegang tangan Xiao Yan.

Mengangkat kepalanya, Xiao Yan membuka mata dan meneliti padang latihan tersebut. Dia tidak dapat menahan diri daripada ketawa apabila dia ternampak renungan yang ingin melihat kegagalannya!

Berdiri dengan perlahan, Xiao Yan memusingkan kepalanya menghala ke platform tinggi tersebut dan tersenyum lebar pada Xiao Zhan.

Melihat anaknya yang berjalan ke hadapan sambil tersenyum lebar terhadapnya, Xiao Zhan mengangguk kepalanya dengan riang sambil mengangkat tangannya untuk membawa cawan teh ke depan lalu bersandar pada kerusinya.

Menarik nafas dengan perlahan, Xiao Yan berjalan ke tiang batu itu dengan penuh keyakinan; matanya bersinar dengan terang menyebabkan ahli puaknya yang sedang ketawa itu tiba-tiba terbeliak mata mereka.

Di bawah renungan orang ramai, Xiao Yan akhirnya sampai ke monumen tersebut.

Melihat remaja berpakaian hitam di depannya, juruhebah itu mengeluh di dalam hatinya. Pada tahun Xiao Yan mencipta keajaiban, dia merupakan orang yang pertama untuk menyaksikan keajaiban itu dan dia juga merupakan orang yang menyaksikan kejatuhan genius tiga tahun yang lalu. Jika hari ini keajaiban tidak berlaku, ini kali terakhir remaja ini akan diuji.

Di padang latihan itu, renungan membara tertumpu pada Xiao Yan di mana dadanya sedang mengembang apabila dia membawa tangannya ke hadapan dan menyentuh tiang yang keras dan sejuk itu.

Pada saat itu, semua orang sedang tertumpu pada monumen tersebut. Mereka tahu ini kali terakhir mereka akan melihat seorang genius yang pernah mengejutkan seluruh Bandar Wu Tan pada Ujian Dou Qi yang lalu.

Monumen Ujian Magik yang tidak berbunyi itu mengeluarkan cahaya yang terang!

Perkataan kuning yang terang tertera pada monumen tersebut membuatkan semua jantung di padang tersebut berhenti untuk seketika.

"Dou Zhi Qi, 7 Duan!"

avataravatar
Next chapter