35 Perasaan Bersalah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar kata-kata Xun Er, Xiao Mei berhenti seketika dan menimbang fikirannya dengan teliti. Jika ini ialah perempuan lain di dalam puaknya, Xiao Mei yakin dia boleh menang dengan kecantikan dan bakatnya, tetapi dengan Xun Er, Xiao Mei hanya boleh mengaku kalah.

Melihat muka Xiao Yan yang tidak menghiraukannya, Xiao Mei hanya mampu tersenyum dan meninggalkan tempat itu.

Orang ramai di padang latihan tersebut berasa cemburu apabila melihat Xiao Yan yang sedang dipegang rapat oleh Xun Er. Bila pula Xun Er, sebutir mutiara Puak Xiao, pernah begitu rapat dengan seorang lelaki?

Melihat Xiao Mei beredar dengan kekok, Xiao Yan bingung dan berpaling untuk melihat Xun Er yang sedang tersenyum lalu berkata, "Perempuan, apa yang awak sedang buat?"

Xun Er masih memegang erat lengan Xiao Yan lalu memandang ke arah orang ramai dan dengan nada yang tidak berdosa berkata, "Abang Xiao Yan memang nak menolak pelawaan dia, kan?"

Mendengar itu, Xiao Yan menunjukkan mata yang menyampah - alasan yang dia ingin berikan berbeza daripada alasan Xun Er. Mengingat kembali air muka Xiao Mei, Xiao Yan menggeleng kepalanya sambil berfikir, 'Adakah Xun Er berbuat demikian dengan sengaja?'

"Sebenarnya, Xun Er tidak suka betapa mudah dia berubah. Haha, pergi ke Dewan Teknik Dou untuk belajar Teknik Dou bersama-sama… dia tidak pernah mengajak awak selama tiga tahun ini." Xun Er mengheret Xiao Yan keluar daripada padang latihan itu dengan perlahan dan tidak mempedulikan renungan di sekelilingnya. Pada masa yang sama, dia membisikkan beberapa ayat yang hanya boleh didengar oleh Xiao Yan, nampaknya dia betul-betul tidak suka betapa cepat Xiao Mei sudah berubah.

Mengangkat bahunya dengan ringan, Xiao Yan bersetuju dengan Xun Er dengan satu senyuman kelat. Tiga tahun yang lalu, Xiao Mei agak rapat dengan Xiao Yan tetapi apabila Xiao Yan menerima gelaran "si lumpuh", dia dapat melihat betapa "realistik" Xiao Mei bertukar.

Melihat Xiao Yan dan Xun Er meninggalkan padang, muka Xiao Ning berubah dan tangannya yang digenggam kuat mengeluarkan bunyi tulang yang sedang meretak. Cemburunya membuatkan matanya menjadi kemerahan.

"Si cacat, satu bulan dari sekarang, aku akan patahkan semua gigi kau!" Xiao Ning mengeluarkan kata-kata kesat sebelum meninggalkan padang.

Di atas platform tinggi, Xiao Zhan juga ingin beredar sebelum dia ternampak adegan tadi dan merenung Xun Er dan Xiao Yan dengan penuh minat lalu mengeluarkan satu kiasan kerisauan di matanya. 'Yan Er, awak.. awak suka Xun Er? Latar belakang Xun Er… Nalan Yanran juga tidak dapat dibandingkan dengannya. Walaupun dengan bakat tahap genius pun, ia sangat sukar untuk diluluskan oleh kuasa di belakangnya.

Selepas berfikir untuk seketika, Xiao Zhan mengeluh dan meninggalkan tempat itu dengan perlahan.

….

Semasa berjalan, fikiran Xiao Yan menjadi kosong dan mengimbas kembali apa yang telah terjadi tadi.

Berpusing ke satu sudut jalan, Xun Er tiba-tiba melepaskan lengan Xiao Yan dengan muka yang merah. Dia merenung Xiao Yan seperti ingin memakannya.

Menghilangkan momentum yang sedang menarik dia ke depan, Xiao Yan tidak tahu apa yang ingin dilakukan dan mengeluh tanpa sebab. Matanya beralih ke Xun Er lalu berfikir apa yang sedang dibayangkan oleh Xun Er.

Melihat renungan kosong Xiao Yan, muka kecil Xun Er itu bertukar merah dan tangannya dinaikkan dan berkata, "Abang Xiao Yan, awak…"

"Ahem...ahem…" Tersedar dari terperanjat, Xiao Yan terbatuk dengan kuat dan mukanya menjadi kemerahan lalu berfikir, 'Sejak bila saya menjadi begitu rendah, untuk berfikir sebegitu terhadap adik saya sendiri?'

Sungguhpun Xun Er dan Xiao Yan tidak mempunyai hubungan darah, mereka berdua sudah bersama lebih daripada sedekad dan hubungan mereka seperti hubungan abang dan adik. Tidak hairanlah Xiao Yan menganggap Xun Er sebagai adiknya dan rasa bersalah dan jijik terhadap diri sendiri apabila dia menyedari perkara yang bermain di fikirannya.

Dengan kesedaran tiba-tiba ini, atmosfera menjadi kekok.

Xun Er menundukkan kepala dan keanggunannya sudah diganti dengan perasaan malu seorang gadis. Sekali-sekala, dia akan menjeling ke wajah Xiao Yan yang sedang memandang ke hadapan.

Di bawah atmosfera kekok itu, jalan yang tidak jauh itu terasa seperti satu penaklukan yang begitu lama untuk sampai ke pengakhirannya.

Sudah tentu, tidak kira terasa berapa lama penaklukan itu, ia tetap mempunyai pengakhirannya, di mana jalan tersebut dipisah kepada dua arah. Di sini, Xiao Yan mengatakan selamat tinggal dan mula berlari.

"Abang Xiao Yan."

Melihat Xiao Yan yang panik itu, Xun Er terkejut sebelum memanggilnya

"Huh?" Berhenti, Xiao Yan berpusing balik untuk melihat Xun Er yang sedang berdiri di bawah pokok "willow" dan jantungnya mula berdebar dengan pantas sekali lagi.

Xun Er memakai sepasang jubah hijau dan tali pinggang ungu yang sedang berkibar akibat angin. Xun Er dan pokok "willow" di belakangnya telah menjadikan satu gambaran yang tidak bersifat keduniaan.

"Esok… awak nak teman Xun Er?"

Di bawah dahan pokok "willow", gadis yang berwajah kemerahan itu menggigit bibir merah jambu. Sepasang mata yang ayu sedang melihat Xiao Yan dengan satu harapan...

avataravatar
Next chapter