93 Pemusnahan Ubat Pertengahan Jalan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tujuh atau lapan kuda pedati sedang meligas dengan perlahan di bawah kepanasan matahari pada waktu tengah hari. Dalam kepanasan yang melampau ini, semua pengawal sekeliling kereta kuda itu sedang berpeluh dengan kuat dan suara gelisah kedengaran.

Salah seorang daripada kumpulan pengiring itu adalah Jia Lie Nu, seorang 3 bintang Da Dou Shi dan salah seorang dua tokoh Puak Jia Lie, boleh dikira sebagai salah seorang yang kuat di dalam Bandar Wu Tan. Dengan kekuatannya, Jia Lie Nun sendiri mengiringi bahan-bahan ubatan itu menggambarkan betapa penting bahan-bahan ubatan itu kepada puak. Walau bagaimanapun, nampaknya Jia Lie Nu tidak menerima khabar kehilangan Liu Xi, kalau tidak tokoh tersebut akan mengembalikan bahan-bahan mahal itu dengan segera.

Jia Lie Nu duduk bersilang pada salah satu kuda pedati itu. Tidak kira bagaimana pedati itu bergoyang dan bergegar, badannya tidak bergerak. Sudah hidup dengan mewah dan selesa untuk selama ini, dia mula hilang sabar selepas pengembaraan dua hari sahaja.

"Semua ini disebabkan oleh Puak Xiao. Pada satu hari nanti, aku pasti akan memusnahkan awak semua." Jia Lie Nu mengetap giginya dan merungut dengan marah. Dia kemudian memaling kepalanya sedikit dan memerhatikan bahan-bahan ubatan yang disusun melalui tingkap di belakangnya. Rupa tidak bermaya muncul pada mukanya yang tidak beremosi itu.

Walaupun cincin simpanan akan membuat pengangkutan lebih senang, satu cincin gred rendah hanya mempunyai 2 atau 3 meter persegi untuk menyimpan semua bahan-bahan ubatan ini memerlukan sekurang-kurangnya 5 cincin simpanan gred rendah. Cincin-cincin ini jarang ditemui dan mahal nilainya, dan seluruh Puak Jia Lie hanya ada dua cincin. Oleh itu, mereka perlu menggunakan kaedah menyusahkan untuk mengangkut bahan-bahan ini.

Mengelip mata dengan letih, Jia Lie Nu mula terlelap, menyedari pedati di depannya sudah berhenti dengan tiba-tiba. Satu jeritan kemarahan kedengaran di udara.

Mengerut keningnya, Jia Lie Nu hampir memanggil seseorang untuk memeriksa apa yang terjadi, tetapi sebelum dia mampu berbuat apa-apa, seorang pengawal Puak Jia Lie datang ke arahnya dengan cepat. Dia melaporkan dengan tergesa-gesa. "Tokoh, ada seorang lelaki berjubah hitam sedang menghalang jalan kita."

Mendengar ini, muka Jia Lie Nu menjadi hitam. Mereka sudah memasuki ke dalam kawasan Bandar Wu Tan, siapa yang berani menghalang mereka?

Dengan satu kilauan dingin muncul di dalam matanya, Jia Lie Nu mengangguk kepalanya dengan sedikit dan turun dari kudanya. Dia berjalan ke depan dan akhirnya terlihat seorang lelaki berjubah hitam sedang duduk di atas batu besar di tengah jalan. Walaupun dia tidak nampak muka lelaki itu, dia terasa satu niat tidak baik daripada renungan lelaki berjubah hitam itu.

"Siapa kau? Kenapa kau menghalang jalan kami?" Renungan Jia Lie Nu menatap lelaki berjubah hitam itu sebelum bertanya dalam suara yang dalam.

"Kau mesti ahli Puak Jia Lie, kan? Satu suara orang tua melepasi daripada jubah hitam tersebut.

Muka Jia Lie Nu menggertak. Dengan satu rupa gelap dan suram, dia melambai tangannya. Satu dozen pengawal di belakangnya mengeluarkan senjata mereka daripada pinggan mereka dan melihat dengan tajam lelaki berjubah hitam yang misteri itu.

"Oh, nampaknya aku betul." Melihat reaksi Jia Lie Nu, lelaki itu hanya tersenyum dan melompat daripada batu besar itu sebelum berjalan ke arah konvoi.

Melihat dengan dingin lelaki berjubah hitam itu, Jia Lie Nu mengambil satu busur besar dan panah daripada pengawal di sebelahnya. Dia menarik busurnya dan busur itu melengkung seperti tali pintal. Semasa dilepaskan, panah itu bertukar menjadi angin kuat dan menembak ke arah kerongkong lelaki berjubah hitam itu.

Bertemankan panah itu ialah bisikan angin yang kuat. Apabila ia satu meter berhampiran lelaki berjubah hitam itu, satu kumpulan api putih muncul dengan tiba-tiba dan menukar panah tersebut menjadi abu apabila ia bersentuhan dengan api.

Melihat kejadian itu, muka Jia Lie Nu berubah. Satu perasaan tidak senang hati mula meningkat di dalamnya. Nampaknya lelaki berjubah hitam di depannya tidak lemah daripada seorang Da Dou Shi.

Menghembus nafas dengan perlahan, Jia Lie Nu mengambil satu lembing panjang berwarna biru tua daripada seorang pengawal di belakangnya. Dou Qi biru pudar dikeluarkan daripada badannya. Dengan segera, udara di sekelilingnya menjadi lembap. Jelasnya, Kaedah Qi dia merupakan satu elemen air gelap dan sejuk.

Mengambil lembing itu, Jia Lie Nu merenung lelaki berjubah hitam itu. Dia menyesuaikan badannya sebelum melompat dari tanah dengan tiba-tiba. Badannya bertukar menjadi cahaya biru, meluru ke depan dan menghampiri lelaki itu.

Di pertengahan udara, Jia Lie Nu memelihara air mukanya yang penuh hormat itu dan lembing itu bergoncang kuat. Dou Qi pada lembing itu bersinar dengan terang. Dengan satu getaran lembing tersebut, gema diikuti.

"Gelombang Bertindih!"

"Gelombang Bertindih" ialah satu Teknik Dou Tahap Xuan Rendah, merupakan satu teknik Jia Lie Nu boleh mengawal dengan sepenuhnya. Latihan dia yang panjang itu memberi dia kawalan sempurna terhadap Teknik Dou tersebut. Kebolehannya untuk mengeluarkan daya kekuatan sepenuhnya, kekuatan seorang 6 bintang Da Dou Shi juga tidak berani memperkecilkan kebolehannya.

Mengikuti jeritan Jia Lie Nu, satu gelombang besar berwarna biru dikeluarkan dari lembing tersebut. Gelombang tenaga besar itu meningkat tinggi ke udara sebelum meluru ke arah lelaki berjubah hitam itu.

Di sekeliling konvoi, sorakan bangga meletup selepas melihat tokoh mereka mendedahkan kekuatan ibarat dewa. Sepanjang perjalanan mereka, kumpulan mereka terserempak dengan beberapa perompak, tetapi setiap daripada mereka akan dibunuh di bawah lembing Jia Lie Nu. Dalam mata mereka, seorang mangsa lagi akan ditambah dalam senarai Jia Lie Nu.

Gelombang besar berwarna biru itu bergulung merentasi ufuk. Dalamnya, satu cahaya kecil mula mengembang. Seperti kilat, lembing itu menembak ke arah kepala lelaki berjubah hitam tersebut.

"Mati!" Melihat sasaran hampir mengena, satu air muka kejam bersinar melalui wajah Jia Lie Nu sambil dia tersenyum dingin. Tenaga itu dilepaskan dengan tidak terkawal daripada lembing di tangannya.

Apabila lembing itu hampir mengena tengkorak lelaki itu, lelaki itu menaikkan kepalanya dengan perlahan. Imej muka yang ayu dan mempersonakan didedahkan di bawah pancaran cahaya matahari ialah wajah yang dikenali pada mata Jia Lie Nu.

"Ini…. budak itu dari Puak Xiao?"

Mengenali muka yang macam kenal itu, mata Jia Lie Nu mengecil dan niat membunuhnya menjadi lagi besar.

Lembing panjang itu semakin dekat. Apabila ia hampir bersentuhan, walau bagaimanapun, satu api putih tiba-tiba mengalir daripada badan lelaki tersebut. Akhirnya, ia menjadi sumber api dan meluru ke arah Jia Lie Nu di pertengahan udara.

Api putih itu memancar melalui ufuk dan semua orang terasa satu sensasi dingin pada kulit mereka. Dengan segera, gelombang, lembing, dan orang itu…. menghilang.

Di jalanan, sorakan mereka terhenti. Pengawal-pengawal Puak Jia Lie, seperti itik yang lehernya dipatahkan, membuka mulut mereka dan sedang bernafas laju. Kebanggaan pada muka mereka mula bertukar menjadi ketakutan. Apabila renungan mereka sekali lagi mendarat atas lelaki berjubah hitam itu, ketakutan dalam hati mereka seperti bagaimana seorang melihat seekor raksasa.

Meneliti pengawal-pengawal tersebut, lelaki berjubah hitam itu menghulurkan tangan dia dengan perlahan. Beberapa api putih muncul. Menggerakkan jarinya dengan sedikit, satu api menembak ke hadapan dan jatuh atas pedati dengan bersaksikan semua orang.

"Boom!"

Dengan satu letupan, kuda pedati dan bahan-bahan ubatan itu terkena api dan bertukar menjadi abu dengan bersaksikan semua orang.

avataravatar
Next chapter