webnovel

Teras-teras raksasa, di Tanah Besar Dou Qi, dikenali sebagai Kristal Bermagik. Teras Raksasa ini adalah satu nukleus tenaga di dalam seekor raksasa bermagik. Teras raksasa ini dipenuhi dengan tenaga dunia yang ganas dan mengerikan. Berdepan dengan tenaga sebegini, seorang Dou Wang juga tidak berani menyerap teras raksasa tersebut.

Sungguhpun teras-teras raksasa ini tidak boleh diserap secara langsung, ia merupakan salah satu bahan utama untuk alkimia. Teras raksasa ini boleh ditapis oleh seseorang ahli Alkimia dan direndam dengan beberapa herba untuk menjadikan pil yang diidam tetapi mahal serta berupaya meningkatkan kekuatan seseorang.

Tambahan lagi, teras raksasa boleh diletakkan di dalam senjata. Senjata yang diperkuatkan dengan teras raksasa bukan sahaja mempunyai kuasa yang membinasakan, malah ia mempunyai kesan Dou Qi yang istimewa, dan boleh menjadi barang yang dicari-cari oleh seseorang di Tanah Besar Dou Qi.

Selain daripada senjata, teras raksasa juga boleh diletak ke dalam perisai dan peralatan pertahanan. Peralatan yang mempunyai Teras Raksasa akan mempunyai pertahanan yang tinggi dan memberikan penggunanya jaring keselamatan tambahan apabila berdepan dengan bahaya.

Dengan begitu banyak kegunaannya, teras raksasa secara semulajadinya menjadi barangan yang diingini di Tanah Besar Dou Qi. Bukan sahaja Dou Zhe, tetapi ahli Alkimia yang terhormat juga akan mencari teras raksasa bertahap tinggi supaya boleh mencipta pil yang berkualiti tinggi.

Tanah besar sentiasa mempunyai masalah bekalan kerana tidak dapat memenuhi permintaan yang begitu tinggi oleh pembeli, oleh itu apabila teras bertahap tinggi dilelongkan, ia akan dibeli dengan pantas pada harga yang mahal.

Disebabkan nilai tinggi teras raksasa, banyak kumpulan tentera upahan mahir dalam membunuh raksasa bermagik sebagai mata pencarian tetapi untuk mendapatkan teras raksasa ini bukanlah tugas yang mudah.

Pertama sekali, raksasa bermagik bukan sahaja kuat tetapi juga bijak. Oleh kerana kaedah berlawan dan sifat alamnya yang buas, raksasa bermagik boleh menjadi lebih kuat daripada manusia yang sama pangkat dengannya. Maka, tanpa kekuatan sendiri yang cemerlang, misi membunuh seekor raksasa magik berseorangan adalah mustahil dan kemungkinan kehilangan nyawa tanpa mendapatkan satu teras raksasa langsung.

Jika anda berjaya membunuh seekor raksasa bermagik sekali pun, bukan semua raksasa magik memiliki teras raksasa, kemungkinan untuk seekor raksasa magik mempunyai teras adalah secara rawak jadi kumpulan pemburu yang cuba membunuh seekor raksasa magik mungkin akan kehilangan separuh daripada pasukannya dan masih tidak menjumpai satu teras. Buruan ini berlaku setiap hari di Tanah Besar Dou Qi.

Justeru, harga teras raksasa di Tanah Besar Dou Qi adalah sangat mahal.

…..

Membawa Xun Er melalui lorong-lorong yang berliku, Xiao Yan akhirnya sampai ke pasar yang berada di selatan bandar. Di Bandar Wu Tan terdapat beberapa pasar bersaiz sederhana yang diketuai oleh salah satu di antara tiga puak di sana. Pasar yyang dituju ialah di bawah kawalan Puak Xiao.

Sungguhpun di bawah kawalan Puak Xiao, Puak Xiao sebenarnya hanya memastikan keselamatan dan peraturan di dalam pasar tersebut. Sebagai upah, peniaga-peniaga yang ingin membuka kedai perlu membayar cukai kepada puak tersebut. Ini adalah peraturan Tanah Besar Dou Qi untuk sekian lama dan jarang terdapat orang yang menentang peraturan ini.

Di depan pintu masuk pasar, terdapat dua pengawal keselamatan Puak Xiao. Mereka kenal Xiao Yan dan Xun Er, jadi apabila pengawal itu nampak ketibaan mereka, mereka berhenti seketika dan tunduk dengan segera.

Menganggukkan kepalanya dengan perlahan, Xiao Yan berjalan masuk dan melihat ke arah orang ramai yang berpusu-pusu, dia tidak dapat menahan diri daripada membasahi bibirnya. Patutlah Puak Xiao sentiasa mengawal ketat pasar itu, dengan sebegini ramai pengunjung, keuntungan untuk puak pasti tinggi…

"Tuan Muda Ketiga, Cik Xun Er, awak hendak membeli sesuatu di dalam pasar?" Suara yang mesra kedengaran di belakang mereka apabila mereka mula pening dengan orang yang terlalu ramai di dalam pasar tersebut.

Mendengar suara itu, Xiao Yan memusingkan kepalanya. Di belakang terdapat 7 hingga 8 lelaki yang sedang memakai pakaian seragam Puak Xiao. Lelaki yang bersuara itu kelihatan berusia 30 tahun dan matang, memakai lencana 6 bintang emas, ia adalah ketara bahawa dia adalah seorang 6 bintang Dou Zhe.

Melihat keraguan di mata Xiao Yan, lelaki itu bersenyum ikhlas dan berkata, "Tuan Muda Ketiga, nama saya Pei En. Ketua puak telah melantik saya sebagai ketua pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan pasar ini. Ah! Saya hadir di majlis hari jadi tuan muda tahun lepas…

"Oh, Pak Cik Pei En!"

Xiao Yan mengelip dan sungguhpun dia tidak kenal Pei En, pengenalannya membuatkan Xiao Yan tersenyum. Kalau lelaki ini dilantik oleh ayahnya sendiri, ini bermakna dia adalah orang bawahan dia, jadi kesetiaan bukan satu masalah.

Sungguhpun Puak Xiao bukan satu kuasa yang besar atau berpengaruh, puak itu dibahagikan kepada beberapa kaum. Kalau lelaki ini berdiri di depannya adalah di bawah kawalan tokoh-tokoh lain, dia tidak akan begitu baik hati dan hanya akan bertegur sapa biasa-biasa sahaja.

"Saya berasa bosan di puak jadi saya telah memutuskan untuk keluar ke sini dan lihat sekeliling. Pak Cik Pei En, teruskan bertugas, kalau saya ada soalan, saya pasti akan bertanya." Xiao Yan tidak berniat berlagak sombong tetapi nada suaranya lembut tanda hormat, sesiapa yang mendengar pasti merasa bangga dan gembira.

Dengan panggilan Pak Cik, senyuman di muka Pei En menjadi luas dan bangga. Mengangguk kepalanya, dia berkata, "Nikmatilah pemandangan sekeliling tuan muda. Orang kami berada di seluruh pasar, jadi kalau Tuan Muda ada pertanyaan, Tuan cuma perlu memanggil kami."

Mengangguk kepalanya dengan hormat, Xiao Yan menarik Xun Er dan berlari masuk di celah-celah orang ramai, hilang daripada pandangan Pei En.

"Pa Li, bawa dua orang dan ikut Tuan Muda Ketiga. Lagi satu, beri amaran kepada semua pencuri di pasar ini kalau ada sesiapa yang berniat jahat terhadap Tuan Kecil dan Cik Xun Er, maka mereka tidak perlu berada di dalam pasar ini lagi." Melihat budak lelaki kecil dan perempuan itu menghilang diri, Pei En berpusing dan wajah jujurnya bertukar menjadi serius, dengan wajah berkaliber dan pintar.

"Ya, kapten!" Jawab seorang pengawal dan dengan lambaian tangan Pei En, dia dan dua orang lagi lelaki memasuki ke dalam pasar tersebut.

"Haha, Tuan Muda Ketiga masih begitu beradab, membenarkan orang untuk berasa selesa dengannya…" Melihat tiga lelaki itu bercampur dengan orang ramai, senyuman Pei En bertukar kepada kerutan dahi sambil mengeluh, "Tuan Muda Ketiga orangnya baik, tetapi sungguh sedih haa…"

Menggeleng kepalanya dengan sedih, Pei En membawa pasukan dia yang lain untuk teruskan rondaan.

Mengikut Xiao Yan dengan malas, Xun Er merenung ke belakang dan tersenyum. "Abang Xiao Yan. Pei En agak baik orangnya."

Xiao Yan menjawab ya dan melihat ke arah satu kedai berdekatan dengannya. Pengertian rohnya adalah jauh lebih hebat berbanding orang biasa jadi dia dapat mengesan pengawal yang sedang mengikutinya. Xiao Yan memperlahankan langkahnya dan berjalan di sisi Xun Er. Menyengetkan kepalanya ke sebelah, dia bergurau, "9 Duan Qi sudah boleh mengesan 3 pengawal yang sedang mengendap. Xun Er, agak hebat…"

Xun Er meniru perbuatan Xiao Yan dan menggoyangkan bahu dengan comel. Dia menggunakan senjata utamanya. Senyum tanpa perlu berkata apa-apa!

Melihat Xun Er yang membisu, satu senyuman mula muncul di bibirnya. Menepuk kepala Xun Er dengan lembut, dia berbisik "Sungguhpun saya tidak tahu siapa awak atau asal usul awak, saya tahu awak adalah adik saya dan tidak kira apa yang berlaku pada masa depan, saya akan sentiasa melindungi awak." Dengan senyuman ringan, Xiao Yan mempercepatkan langkahnya dan berpisah dengan Xun Er.

Memperlahankan langkahnya, Xun Er merenung belakang pemuda itu dengan matanya yang ayu. Selepas seketika, satu senyuman mula muncul di mukanya.

Di khalayak ramai, bentuk badannya sedang dihayun depan dan belakang, ibarat bunga teratai, anggun dan cantik.

"Adik? Tapi Xun Er sebenarnya tamak…" Menyengetkan kepalanya, Xun Er merungut dan dengan segera mengekori pemuda yang berada di depannya.

...

Mengikut Xiao Yan sambil menjenguk ke dalam kedai-kedai di tepi, Xun Er dan Xiao Yan bergerak perlahan di lorong yang menjual barangan mahal. Biasanya pengunjung atau penjual di sini mempunyai duit yang banyak atau tenaga fizikal yang tinggi.

Semasa Xiao Yan sedang asyik mencari Teras Raksasa, Xiao Xun yang bosan itu, berjalan ke arah sebuah kedai yang bersih dan dengan tangannya yang putih itu mengangkat satu gelang tangan berwarna hijau muda. Gelang itu belum ditukang dengan benda yang istimewa tetapi ia ada sedikit kiasan Ais Perak yang menjadikan gelang itu sejuk dipegang, sesuai untuk cuaca panas sebegini. Tambahan lagi, sungguhpun bahan yang digunakan adalah biasa, pertukangannya boleh tahan bagus…

Apabila Xun Er memutuskan untuk membeli gelang tersebut, dia teringat bahawa dia telah meminjamkan duitnya kepada Xiao Yan. Memusingkan sedikit kepalanya dan melihat pemuda yang sibuk itu, dia cuma boleh menggelengkan kepalanya dan tersenyum ke arah pemilik tua kedai itu. Meletakkan semula gelang tersebut, dia berjalan ke hadapan dengan malas… Sikapnya yang tenang tidak akan meminta sesiapa untuk membelinya apa-apa, walaupun orang itu ialah Xiao Yan…

Selepas berjalan untuk seketika, Xun Er yang bosan itu ingin berpatah balik ke Xiao Yan, tiba-tiba satu deraian ketawa kedengaran di hadapan.

"Huh, ini bukankah Cik Xun Er? Hehe, saya tidak jangka saya akan bertemu dengan awak di sini, ini mesti takdir."

Mengerut keningnya dengan lembut, Xun Er cuba mencari sumber suara itu tetapi dia hanya ternampak satu kumpulan yang mengekori seorang pemuda berpakaian mewah.

Pemuda itu berusia dalam lingkungan 20 tahun dan agak kacak. Mukanya sedikit cerah tetapi matanya penuh dengan keghairahan memandang gadis muda yang sedang berdiri di depannya. Di renungan itu mempunyai kiasan hawa nafsu.

Xiao Xun Er bukanlah adik kepada Xiao Yan. Mereka cuma mempunyai nama Xiao yang sama dan berasal daripada Puak yang sama. Jadi, sesiapa yang inginkan Xiao Yan dan Xun Er berpasangan, anda masih ada harapan. Haha.

Insigniacreators' thoughts
Next chapter