30 Orang Yang Menghina, Akhirnya Dihina.

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat Xiao Yang yang sedang berjalan dengan Xun Er, sekumpulan lelaki muda di padang latihan tersebut memandang dengan penuh cemburu dan hinaan. Di seluruh Puak Xiao, hanya si cacat itu yang rapat dengan Xun Er!

Di sudut padang tersebut dan dikelilingi oleh orang ramai yang sebaya dengannya, Xiao Ning memandang Xiao Yan dengan kemarahan.

"Anak gampang, selepas hari ini, tengok kalau kau masih ada muka untuk bersama Xun Er." Xiao Ning bersumpah dan tersenyum memikirkan nasib malang yang akan melanda Xiao Yan.

Tidak menghiraukan pandangan cemburu dan kemarahan, Xiao Yan membawa Xun Er ke belakang garisan dan mula berbual.

Melihat Xiao Yan yang tenang itu, mereka yang berada di atas platform tersebut terkejut dengan perbuatan Xiao Yan menyangkakan, pemuda itu tidak tahu bagaimana ujian ini akan mengubah hidupnya…

"Hehe, dia tahu dia akan gagal." Ejek tokoh kedua.

Tokoh kedua itu berharap Xiao Zhan akan murka tetapi selepas menunggu untuk seketika, Xiao Zhan tidak berkata apa-apa. Terkejut, tokoh kedua itu menyenget kepalanya ke sebelah untuk melihat Xiao Zhan.

"Tokoh Kedua, selain daripada meramal, kau patut melihat keputusan ujian tersebut. Kalau tidak, pada masa akan datang, kau yang akan malu…" Xiao Zhan memandang Xiao Yan yang sedang relaks di bawah matahari.

Mengetap bibirnya, tokoh kanan kedua membalas, "Harap-harap. Aku pun berharap dia akan membawa aku satu kejutan besar."

"Baiklah, masa sudah sampai. Mari kita bermula!" Tokoh Kanan Pertama memotong mereka berdua dan memulakan ujian tersebut.

Xiao Zhan mengangguk dan berdiri. Melihat ke arah padang latihan yang sunyi, dia bertempik, "Awak semua darah baru Puak Xiao dan awak semua patut tahu kepentingan ujian hari ini. Daripada ujian ini, kalau awak berada di Tahap 7 Duan Qi ke atas, maknanya awak sudah lulus. Walau bagaimanapun, kalau awak tidak berjaya, mengikut peraturan, awak boleh mencabar seseorang yang mempunyai 7 Duan Qi. Kalau awak menang, awak juga akan lulus!"

"Baiklah, sekarang semua orang sudah tahu peraturannya, mari kita mulakan!"

Dengan ngauman Xiao Zhan, semua peserta menjadi tegang.

Di sebelah monumen hitam itu, juruhebah yang tidak mempunyai perasaan itu melangkah ke hadapan dan mengambil keluar satu risalah berat yang mengandungi nama mereka. Nada suaranya yang dingin membuatkan dia kedengaran seperti syaitan kepada nama yang dipanggil.

Xiao Yan yang sedang duduk bersilang di atas tanah yang bersih dan selesa, melihat dengan tenang peserta yang mengambil ujian Dou Qi tersebut gagal. Kebanyakan mereka akan menangis. Mengerut bibirnya, dia tidak kasihan langsung; dia tahu mereka hanya suka menghina orang yang mempunyai Dou Qi lebih rendah daripada mereka, terutamanya, seorang "si cacat" yang dahulunya digelar "genius".

Apabila mereka sedang menghina ahli puak sendiri yang mempunyai Dou Qi lebih rendah daripada mereka, kumpulan ini tidak sangka hari ini akan tiba jua.

Orang yang menghina, akhirnya dihina.

Xun Er yang sedang duduk di sebelah Xiao Yan juga tidak memberi perhatian kepada ujian tersebut ibarat bunga teratai yang tidak diganggu oleh lumpur di sekelilinginya. Dia akan memusing kepalanya sekali-sekala dan melihat Xiao Yan dengan senyap-senyap.

"Xiao Mei!"

Suara juruhebah yang bernada dingin itu membuat kening Xiao Yan terangkat dan kelopak matanya yang tertutup dibuka dengan perlahan.

Xun Er yang sedang melihat Xiao Yan dari tepi juga mengerut hidungnya melihat perbuatan Xiao Yan.

'Hmm, dia dulu agak rapat dengan Abang Xiao Yan…' Sambil mengecilkan matanya, Xun Er merenung ke arah gadis berpakaian merah yang sedang menuju ke monumen magik itu.

Xun Er mengelip dan menyenget kepalanya untuk melihat senyuman Xiao Yan, lalu berkata, "Saya ingin tahu sikap apa yang akan ditunjukkan kepada Abang Xiao Yan selepas hari ini."

Xiao Yan mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli lalu berbisik, "Sesetengah benda, selepas dimusnahkan, akan sentiasa musnah. Tidak kira bagaimana benda itu dibaiki, keretakan akan sentiasa timbul.. Di puak ini, tiada ramai orang yang saya sanjungi…"

"Xun Er dikira?" Mulut merah Xun Er menunjukkan satu senyuman nakal apabila dia bertanya Xiao Yan.

Memegang seikat rambut Xun Er dan menyelit jarinya di celah-celah rambut Xun Er dengan lembut, Xiao Yan menjawab, "Sudah tentu!"

Matanya yang besar melengkung menjadi bulan sabit yang cantik dan pandangannya menjadi dalam. Xun Er memang memikat.

Ketika kecil, Abang Xiao Yan akan menyelinap ke dalam bilik saya dan cuba untuk membaikkan badan saya. Sungguhpun ia salah satu kaedah yang bodoh tetapi melihat kembali, saya tidak percaya dia akan memikirkan kaedah sebegitu. Dia meneruskan perbuatan itu untuk 2 tahun…

Satu senyuman muncul di wajah ayu Xun Er dan dua lesung pipit comel kelihatan. Memusing kepalanya, Xun Er berfikir, 'Di seluruh puak ini, tidak ramai orang yang Xun Er sanjungi kecuali awak…'

Di sudut padang tersebut, Xiao Ning mengetap bibirnya apabila dia ternampak perbualan mesra di antara Xiao Yan dan Xun Er. Cemburu di dalam hatinya bertukar menjadi kemarahan tetapi dia menahan dirinya untuk berjalan ke sana dan merosakkan pemandangan "sempurna" itu.

"Dou Zhi Qi: Tahap Kelapan!

Di monumen hitam itu, satu cahaya terang dipancarkan pada masa yang sama perkataan tersebut dipamerkan.

"Xiao Mei: Dou Zhi Qi, Tahap Kelapan! Pangkat: Tinggi!" Kata juruhebah itu sambil mengangguk kepalanya.

Mendengar suara juruhebah itu, Xiao Mei menghembus nafas lega dan mukanya penuh dengan kebanggaan. Untuk mencapai 8 Duan Qi daripada 7 Duan Qi dalam masa satu tahun satu kejayaan yang akan meletaknya di lima teratas seluruh generasinya. Dengan keputusan yang hebat itu, memang patutlah Xiao Mei begitu bangga.

Pengumuman juruhebah itu telah menjadi topik perbualan peserta di padang tersebut dan satu pandangan cemburu dituju ke arah Xiao Mei.

"Untuk menaikkan 1 Duan Qi dalam masa satu tahun, biasa saja…" Menyentuh hidungnya, Xiao Yan menilai dengan tenang.

"Ya." Xun Er bermain dengan rambutnya dan merenung ke arah Xiao Mei yang sedang dikelilingi oleh rakan-rakannya seperti seorang puteri.

Tetapi selepas giliran Xiao Mei, hanya segelintir orang sahaja yang mencapai 7 Duan Qi. Yang lain gagal.

"Xiao Xun Er!"

Juruhebah itu menunjukkan satu emosi ketika memanggil nama ini.

"Abang Xiao Yan, awak jangan terkejut nanti…" Berdiri, Xun Er membongkok untuk memberi satu senyuman nakal kepada Xiao Yan.

Mengerut keningnya, Xiao Yan melihat tubuh belakang Xun Er yang cantik itu lalu berbisik, "Dia sudah menjadi seorang Dou Zhe?"

avataravatar
Next chapter