10 Meminjam Duit

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Berjalan perlahan di atas batu besar, Xiao Xun ibarat seekor rama-rama berwarna ungu yang cantik sedang terbang di atas gunung tersebut. Mendongak ke atas, pandangannya tertumpu kepada remaja yang sedang berdiri di puncak tebing tersebut.

Xiao Xun terkejut melihat remaja itu. Sungguhpun baru beberapa jam, dia perasan bahawa Xiao Yan telah memperolehi sesuatu.

Apabila bertentang mata, dia menyedari apa yang Xiao Yan dapat. Dia mendapat kembali keyakinannya.

Selepas tiga tahun, kecerdikan Xiao Yan terserlah semula.

Di wajah Xiao Xun yang cantik itu, kelihatan lesung pipi. "Nampaknya Xiao Yan tidak perlukan Xun Er untuk datang dan menenangkan awak…"

"Manusia menjadi lebih matang selepas menghadapi kesusahan, bukan ke begitu?" Xiao Yan mengangkat bahunya sebagai tanda tidak peduli.

"Perempuan itu pasti akan menyesal."

Kata-kata Xun Er ibarat seorang hakim yang sedang memberi keputusan di mahkamah.

Xiao Yan tersenyum lembut, mengibas pakaiannya dan berjalan ke arah gadis itu.

Apabila mendekati Xun Er, dia merenung muka gadis muda yang cantik itu. Tiba-tiba Xiao Yan berasa pening, mengingat kembali gadis yang air liurnya sentiasa meleleh dan mengikut Xiao Yan ke merata-rata tempat. Gadis ini sungguh cantik sekarang…

Tersenyum sedikit, Xiao Yan mencubit muka Xiao Xun dengan kasar. "Xun Er sudah dewasa! Tetapi awak membesar dengan baik, tak lupa bagaimana abang Xiao Yan dulu lebam merata-rata tempat cuba memetik buah-buahan untuk awak."

Terkejut dengan perbuatan Xiao Yan yang mesra, Xun Er menjadi tegang seketika sebelum matanya yang hitam dan suci itu bercahaya.

Semasa dia masih kecil, Xiao Yan suka mencubit pipinya tetapi selepas kejadian tiga tahun yang lalu, dia membina satu tembok besar di dalam hatinya dan menolak semua orang yang mendekatinya.. Tidak kira bagaimana sekali pun dia mencuba, dia tetap kecewa dengan sikapnya yang dingin itu…

Dia sudah kembali… Tetapi, dia masih melayan saya macam budak kecil, kayu betul si Xiao Yan ini… Xun Er mengadu di dalam hatinya tetapi dengan pantasnya, Xun Er mengkritik diri sendiri sebab tamak.

"Xun Er, tiga tahun berlalu, jangan salahkan Abang Xiao Yan berbuat sebegini. Abang hidup merana tetapi awak sentiasa berada di sisi Abang." Xiao Yan mengangguk dan memohon maaf.

Xun Er bersenyum manis. Duka yang dihadapi dalam tiga tahun ini hilang serta merta dengan satu permohonan maaf yang kekok ini.

"Hah, oh ya. Xun Er… Berapa banyak duit yang awak ada?" Melepaskan muka Xun Er, Xiao Yan ketawa janggal sambil bertanya.

Di puaknya, selain daripada ayahnya, Xun Er adalah orang paling rapat dengannya. Dia telah memalukan ayahnya pagi tadi dan dia tidak sanggup berdepan dengan ayahnya untuk meminta duit, jadi dia pun bertanya dengan Xun Er.

"Duit?" Mengelip matanya, Xun Er terkejut dengan permintaan Xiao Yan. "Abang Xiao Yan perlu duit?"

"Ya… Saya nak beli barang, tetapi tak cukup duit." Xiao Yan rasa malu, ini adalah kali pertama dia meminjam duit daripada seorang perempuan.

Melihat Xiao Yan yang biasanya dingin tetapi dalam kesusahan sekarang, Xiao Xun Er seperti berdepan dengan orang lain. Dengan senyuman comelnya, dia berkata, "Saya ada lebih daripada seribu syiling emas, cukup ke? Kalau tidak…"

Sambil bercakap, jari di belakang Xun Er dengan pantasnya dijentik dan satu kad yang berwarna ungu keemasan tiba-tiba muncul di antara jarinya. Di kad tersebut mempunyai 5 gelombang warna.

Kad Ungu Keemasan 5 Gelombang, di tanah besar Dou Qi, awak mesti menjadi sekurang-kurangnya seorang Dou Ling1 untuk menggunakan kad emas yang melambangkan pangkat mereka. Sudah tentu, sesetengah kuasa istimewa juga mempunyai hak istimewa untuk mendapatkan kad tersebut.

"Cukup. Cukup…" Mengangguk kepalanya dengan gembira, Xiao Yan menahan diri daripada mencubit muka comel Xun Er itu.

"Jangan bimbang, saya akan bayar balik." Janji Xiao Yan sambil menepuk dadanya.

"Awak tidak perlu bayar balik…" Xun Er memuncungkan mulutnya dan segera menyimpan kad ungu keemasan dia.

"Jom! Sudah malam, esok saya bawa awak bersiar-siar di Bandar Wu Tan." Xiao Yan melambai ke arah gadis itu dan menuruni gunung itu dengan gembira.

Berdiri tegak, Xun Er sangat gembira melihat remaja yang telah mendapat balik keyakinannya yang hilang tiga tahun lalu, tersenyum lembut dia berbisik, "Nalan Yanran, patutkah saya mengeji awak atau bersyukur?

Awal-awal pagi, matahari yang cerah itu sedang menyinari seseorang remaja sedang bermeditasi sambil bersila.

"Whew…"

Selepas bermeditasi sepanjang malam, Xiao Yan menarik nafas yang dalam, satu aliran udara putih lut sinar memasuki ke dalam mulut dan hidung serta tubuhnya, memberi tenaga kepada badan dan tulangnya.

Cahaya putih bersinar daripada mata dia dan dia tiba-tiba membuka matanya. Xiao Yan meregangkan diri sendiri dan berkata dengan penuh semangat, "Inilah perasaan tiga tahun yang lalu. Perasaan Qi sudah kembali!"

Dia turun dari katilnya dengan perlahan, bersenam sedikit sebelum menyalin pakaian. Dari luar biliknya, suara lembut Xun Er kedengaran, "Abang Xiao Yan, masih tidur ke?"

Dia sampai terlalu awal. Menggeleng kepalanya, Xiao Yan berpusing ke belakang dan mencari lacinya. Akhirnya, dengan berat hati, dia menarik keluar sebuah kotak kecil dan membukanya dengan perlahan. Dia melihat kilauan perak di dalam kotak itu.

"Ini adalah seluruh simpanan saya…" Memegang kotak duitnya, Xiao Yan tersenyum kelat sambil menggeleng kepalanya.

Xiao Yan tersenyum sedikit sambil berjalan keluar dari biliknya dan dia ternampak seorang gadis yang mempesonakan di depan pintu biliknya.

Xun Er memakai sepasang pakaian berwarna hijau yang menjadikannya kelihatan lebih cantik. Dia juga sedang memakai seluar ketat panjang yang menutupi paha dan kakinya, sekali gus menampakkan rupa bentuk tubuh yang amat ayu.

Dengan kaki panjang, Xun Er boleh dibandingkan dengan gadis muda di bumi, penuh dengan godaan dan daya hidup remaja, sudah tentu, dia mempunyai keanggunan istimewa yang tiada pada perempuan lain, pada pandangan Xiao Yan …

"Nah, ini benda yang awak nak." Melihat Xiao Yan keluar dari biliknya, Xun Er tersenyum dan memberinya satu kad hitam. Ini adalah kad yang biasa, paling maksima pun 5000 syiling emas.

Sambil encapai kad hitam itu, Xiao Yan mengejek, "Budak kecil, kenapa awak pakai pakaian yang sangat menarik perhatian? Adakah awak berpacaran dengan orang lain?"

"Ya, ini adalah kali pertama dalam tiga tahun abang Xiao Yan mengajak saya keluar, Xun Er sangat gembira jadi tentulah saya pakai yang lebih elok sikit." Ejekan intim Xiao Yan membuat Xun Er tersenyum penuh godaan.

Menggeleng kepalanya, Xiao Yan tersenyum gembira. Mereka berborak sambil berjalan bersama ke arah bandar, di separuh jalan, mereka disambut oleh beberapa ahli puak yang melihat perbualan intim mereka dengan muka yang pelik.

Xun Er, tidak kira kecantikan atau bakatnya, adalah mutiara paling terang di kalangan generasi muda di dalam puaknya. Dia biasanya peramah tetapi di sebalik senyumannya yang lembut, gadis ini sebenarnya sukar untuk memulakan perbualan yang panjang.

Tidak menghiraukan ahli puaknya yang lain, Xiao Yan dengan segera memimpin Xun Er keluar daripada puaknya sebelum memperlahankan langkah mereka dan mengintai kedai-kedai di tepi jalan…

Bandar Wu Tan adalah sebuah bandar besar di dalam Empayar Jia Ma yang mempunyai ramai penghuni. Sungguhpun matahari semakin cerah, di jalan itu terdapat beribu-ribu kalau tidak pun berpuluh ribu orang, di sana juga ada beberapa perlumbaan yang aneh.

Mungkin disebabkan oleh Xiao Yan di sebelahnya, Xun Er menjadi lebih aktif selepas meninggalkan puaknya. Dia menarik Xiao Yan ke dalam beberapa buah kedai. Ketawa mesranya menjadikan jalan bandar yang panas itu lebih dingin.

Apabila Xun Er akhirnya keletihan, Xiao Yan membawanya ke kedai ubat berdekatan. Selepas membelanjakan hampir 900 syiling emas, dia membeli 3 tangkai Bluegrass Berdaun Ungu berusia 20 tahun dan 2 tangkai Bunga Pencuci Tulang berusia 5 tahun. Benda ini adalah bahan yang bergred rendah dan boleh dibeli di kedai ubat yang biasa. Untuk bahan gred yang lebih tinggi, Xiao Yan perlu mencarinya sendiri atau membelinya di kedai lelong atau kalau bernasib baik, dia boleh mencarinya di kedai ubat yang lebih berprestij.

Melihat dana yang semakin kurang, Xiao Yan tersenyum kelat. Dia sedar bahawa wang adalah sangat penting di Tanah Besar Dou Qi.

Walau bagaimanpun, dia sudah mendapat semua herba yang diperlukan. Sekarang, dia hanya perlu mencari Teras Raksasa Atribut Kayu Tahap 1!

avataravatar
Next chapter