webnovel

Lelongan Berakhir

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja dua perkataan itu ditutur, seluruh dewan menjadi sunyi. Seketika kemudian, satu demi satu, renungan mereka tertumpu pada muka pucat Si Jia Lie Bi, seronok melihat malapetaka yang telah berlaku padanya.

"Haha, 100,000 syiling emas untuk dua botol Penawar Asas… orang ini agak keterlaluan." Melihat muka Jia Lie Bi semaking tegang, Xiao Yan menunduk kepalanya dengan usaha untuk menyembunyikan mukanya yang tersenyum-senyum itu dan berkata perlahan.

Melihat Xiao Yan yang sedang bermegah, Xun Er tersenyum, ketawa dengan lembut, dia berkata, "Biasanya, satu pil peringkat kedua di pasaran, nilainya hanya paling tinggi 30,000 syiling emas. Penawar Asas merupakan sejenis ubat yang amat bagus yang boleh meningkatkan latihan Dou Qi seseorang dan jarang ditemui, justeru itu harganya mungkin lebih tinggi daripada 100,000 syiling emas untuk membelinya, Walau bagaimanapun… menggunakan 100,000 syiling emas untuk membelinya, Jia Lie Bi ini amat boros."

Xiao Yan ketawa dan mengangguk sebagai tanda persetujuan. Dia menjilat bibirnya dengan penuh harapan sebelum tersenyum dan berkata, "Jika satu botol Penawar Asas peringkat kedua boleh dijual untuk bepuluh-puluh ribu emas, bukankah si ahli alkimia dapat berenang di dalam kolam emas?"

"Alkimia merupakan pekerjaan paling kaya di benua, jadi secara faktanya, setiap ahli alkimia mempunyai harta yang banyak." Xun Er tersenyum lebar sambil mengangguk kepalanya. Mengalihkan renungan ke arah Penawar Asas di pentas, dia meneruskan, "Apabila pangkat Ahli Alkimia semakin meningkat, mereka akan melelongkan produk mereka lebih kerap. Sebaliknya mereka akan melibatkan diri dalam sistem barter sebab wang tidak mempunyai nilai untuk mereka…"

"Sistem barter?" Bulu kening Xiao Yan ternaik dan menyedari mengapa Yao Lao mempunyai barang-barang berharga rahsia yang tidak kehabisan.

"Yeah, mereka guna barang seperti Teknik Dou, Kaedah Qi, bahan alkimia yang jarang ditemui atau Teras Raksasa yang bertahap tinggi untuk berdagang dengan pil mereka." Sudut bibirnya yang merah seperti ros melengkung ke atas, membentuk satu senyuman dan Xun Er meneruskan syarahannya. "Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan Alkimia merupakan satu pekerjaan yang dicemburui ramai di benua ini. Semua orang berhasrat untuk menjadi seorang ahli alkimia tetapi impian ini biasanya dihancurkan oleh pra-syarat yang kejam dan tidak boleh dicapai.

Melihat mata Xun Er yang agak kesal, Xiao Yan menggosok hidungnya, bersyukur dengan jiwanya yang boleh bermutasi.

Malas nak meneruskan perbualan, Xiao Yan memaling pandangannya ke arah muka pucat Jia Lie Bi.

Jia Lie Bi terkejut sehingga bingung dengan kata-kata Xiao Zhan, dia merenung dengan bodoh pada Xiao Zhan yang keluar daripada peperangan bidaan itu dan sudut matanya mengerut seperti tidak percaya. Ia terasa seperti setengah hari telah berlalu sebelum ia disedari olehnya. Jia Lie Bi berkata dengan suara serak, "Jahanam, kau perdayakan aku sekali lagi! Ini hanya satu lakonan!"

"Hehe, bukankah kau juga sama, kecuali baru-baru ini minda kau nampak terganggu dan lakonan kau itu...agak palsu." Xiao Zhan ketawa bangga, nadanya penuh dengan sindiran.

"Bagus, bagus, sangat bagus, sangat sangat bagus, paling bagus, Xiao Zhan, aku, Jia Lie Bi akan ingat kata-kata kau!" Jie Lie Bit mendengus, renungannya penuh kedinginan dan berbisa.

Xiao Zhan tidak menghiraukan ancaman, dan dengan ejekan terakhir dia berpaling ke arah Ya Fei dan berkata, "Cik Ya Fei, mari kita mulakan lelongan terakhir."

Mengangguk, Ya Fei tersenyum sambil mengekalkan wajah yang tidak mempunyai emosi. Namun di dalam, dia ketawa melihat situasi itu. Lelongan ini telah melebihi jangkaannya dan dengan keuntungan yang lebih tinggi, ahli alkimia bermisteri itu akan menyukai rumah lelong ini lebih lagi.

Ya Fei tersenyum dengan lembut untuk memujuk Jia Lie Bi yang sedang marah itu. Ya Fei sekali lagi membongkok untuk mengambil dua botol terakhir Penawar Asas. Bibirnya yang merah itu tersenyum, dia mengumumkan, "Para hadirin, ini golongan terakhir penawar, begitu juga, bidaan ini akan bermula dengan harga 30,000."

Pada pandangan golongan terakhir penawar itu, beberapa tokoh Xiao Zhan mula menggeletar dan merenung segera pada Xiao Zhan dengan niat yang jelas.

Sambil duduk di kerusinya, Xiao Zhan tidak menghiraukan tanda-tanda isyarat tokoh-tokohnya. Sebaliknya, renungan dia tertumpu ke seluruh dewan, berpusing balik dalam bulatan sebelum dia mengumumkan dalam nada dingin, "50,000."

Mendengar panggilan Xiao Zhan, muka Jia Lie Bi menjadi tegang dan mulutnya mula terbuka secara naluri, namun memikirkan situasi kewangannya sekarang, dia terdiam dengan kekesalan.

Di sudut yang lain, Ao Ba Pa sering memandang Xiao Zhan yang tabah itu. Mengerut keningnya dan memetik jarinya di belakang telapak tangan, mata Ao Ba Pa menyilaukan satu wahyu. Dalam seketika, dia tersenyum lemah dan berkata, "55,000"

Ketiga-tiga puak agung di Bandar Wu Tan mempunyai hubungan yang pelik, setiap puak ingin menelan perniagaan kedua-dua puak itu, namun setiap orang takut untuk berlawan, sebab puak yang berkecuali akan mendapat faedah daripada perbuatan mereka. Namun, jika dua puak bergabung, mereka masih tidak dapat lari daripada mengesyaki "rakan kongsi" mereka. Oleh itu, kecuali jika mereka sangat pasti dapat menyapukan seluruh parti tersebut, ketiga-tiga puak itu hanya boleh meneruskan hubungan rumit dan rapuh ini yang telah diwujudkan di antara mereka.

Setiap tiga puak agung ini mempunyai perasaan dendam tersendiri, mereka seperti anjing dan kucing. Sungguhpun dahulu, Ao Ba Pa pernah mengejek dan menyindir Jia Li Bie, dia sanggup berlawan membida dengan Xiao Zhan sedang membida, supaya Puak Xiao akan kehilangan sedikit duit.

Bidaan Ao Ba Pa tidak sedikit pun meresahkan Xiao Zhan. Dengan renungan bersahaja, Xiao Zhan memanggil, "65,000."

65,000 dikira terlalu banyak untuk harga pasaran biasa bagi sebotol Penawar Asas tetapi Xiao Zhan tahu di dalam hatinya pergelutan di antara tiga puak ini, menyebabkannya sukar untuk membeli satu Penawar Asas dengan harga berpatutan atau lebih rendah.

"Hehe, Ketua Puak Xiao sangat boros tetapi aku takut diperdayakan oleh kau. Aku ada satu botol Penawar Asas, jadi aku akan berikan kepada kau." Selepas panggilan harga Xiao Zhan, Ao Ba Pa mula teragak-agak. Nampaknya selepas kerugian Jia Lie Bi, Ao Ba Pa menjadi lebih berhati-hati.

Xiao Zhan merenung Ao Ba Pa dan duduk di atas kerusinya dengan bersahaja sambil ketawa. Senyuman itu, atau apa yang Ao Ba Pa letakkan pada muka Xiao Zhan secara jelas bukan apa yang Xiao Zhan rasa di dalam hatinya. Xiao Zhan bersungut, "Celaka, aku kena bayar 10,000 lebih daripada asal. Si gampang ini bukan main-main."

Mendengar kata-kata itu, Xiao Yan berasa situasi ini agak lucu. Dalam 'pertarungan' jenis ini, lelaki manakah yang baik? Jika seseorang itu tidak takut apa yang telah terjadi kepada Jia Lie Bi akan berulang, dia pasti akan meningkatkan bidaan tersebut sebelum akhirnya membiarkan perkara itu berlalu..

Mengetuk jarinya, Xiao Yan mengalihkan renungannya kepada Ya Fei di atas pentas, yang telah membawa turun tukulnya, sabagai tanda isyarat lelongan sudah berakhir. Secara dalaman, dia mengeluh sebagai tanda lega. Duit sebanyak itu akan mencukupi untuk seketika waktu. Sekarang, apa yang tinggal ialah bahan alkimia dan untuk Yao Lao menapis Serbuk Pengumpul Qi....

"Tidak lama lagi, saya akan menjadi seorang Dou Zhe…"

Xiao Yan menjilat bibir dan menghembus nafas lega. Halangan pertama untuk latihannya kali ini sudah diatasi!

Next chapter