Menghampiri pintu utama, kelihatan lebih daripada 10 pengawal sedang berdiri di hadapan pintu dengan wajah tegas. Di satu sudut terdapat seorang lelaki sedang duduk di sebuah kerusi sebelum pintu utama. Di tangannya sebatang pen dan sebuah buku yang tebal.

Pada waktu ini, ramai ahli puak yang berbaris di hadapan orang tua itu. Setiap orang yang telah membawa Kaedah Qi diarah mendaftar keluar skrol tersebut. Selepas itu, mereka akan berjalan keluar daripada astaka itu dengan berhati-hati di bawah renungan dingin pengawal-pengawal di situ.

Ini ialah prosedur untuk meninggalkan Astaka Kaedah Qi. Sebelum masuk, Xiao Yan dan yang lain telah diberitahu tentang prosedur tersebut, oleh itu ia bukan sesuatu yang tidak diduga.

Astaka Kaedah Qi merupakan tempat di mana semua Kaedah Qi puak disimpan. Kaedah-kaedah ini telah diperolehi oleh puak mereka secara susah payah selama beberapa generasi yang lalu. Kaedah-kaedah Qi ini merupakan hasil titik peluh Puak Xiao, justeru itu puak mereka mengambil prosedur keselamatan yang lebih ketat terhadap kaedah-kaedah ini.

Puak Xiao menggunakan buluh yang istimewa untuk membuat skrol Kaedah Qi. Buluh ini boleh dijelaskan seperti ibu dengan anak. Bahagian ibu merupakan saiz tapak dan bahagian anak ialah untuk tumbuh menjadi sebesar sehingga 12 meter. Oleh kerana skrol teknik ini diperbuat daripada bahan istimewa, asalkan ketua puak bertanggungjawab sebagai bahagian ibu, tiada orang yang akan berani untuk mencuri keluar skrol. Pada waktu seseorang yang keluar dari tempat itu dengan anak skrol, ibu skrol akan memberitahu semua orang.

Kawasan pengaruh Ibu Bapa melitupi seluruh Puak Xiao. Oleh itu, kalau skrol teknik itu meninggalkan Puak Xiao, ia boleh dikesan. Sudah tentu, tiada benda yang sempurna di dunia ini. Seseorang individu yang mempunyai Dou Qi yang kuat boleh memusnahkan hubungan antara skrol ini secara paksaan. Walau bagaimanapun, dengan tahap kuasa ini, sesiapa yang berani mencuri Kaedah Qi Tahap Huang…?

Akhirnya sampai giliran Xiao Yan selepas menunggu di barisan itu untuk masa yang panjang. Berjalan ke hadapan, dia mengeluarkan satu Kaedah Qi daripada poketnya dan memberikan kepada orang tua itu.

Menerima skrol merah gelap daripada Xiao Yan meninggalkan satu perasaan terkejut kepada orang tua itu. Mata dia dengan cepat-cepat meneliti budak itu dan berfikir sendiri. 'Ini, [Bara Penghangus], dijaga oleh perisai yang berkuasa 9 Duan Qi. Budak ini, untuk mampu menembusinya… nampaknya, dia mempunyai kemahiran yang agak tinggi juga.'

Selepas mencatat skrol yang diambil oleh Xiao Yan, orang tua itu mengembalikan kepadanya dan berkata dengan was-was, "Awak tahu peraturan, kan?"

"Skrol ini tidak boleh meninggalkan puak, kalau tidak, akibatnya teruk! Awak mesti mengembalikan skrol ini selepas satu tahun! Jangan rosakkan skrol ini."

Mengangguk secara bersahaja, Xiao Yan bergerak ke tepi. Dia bersandar pada pintu depan dan menunggu Xun Er mendaftar keluar skrolnya.

Memberi Xiao Yan satu senyuman mesra, Xun Er memanjangkan pergelangan tangannya yang putih seperti salji itu dan mengeluarkan skrolnya.

Melihat Xun Er yang sedang berdiri di depannya, wajah tidak beremosi orang tua itu tiba-tiba menunjukkan kiasan senyuman yang hormat. Menggunakan kedua-dua tangan untuk menerima skrol itu, dia mencatatkan nama peminjam skrol itu.

Xiao Yan yang sedang berdiri di tepi itu memandang tajam orang tua itu selepas melihat perangainya yang telah berubah. Jari Xiao Yan menggulung secara naluri. Jika orang tua ini diberi tanggungjawab untuk menjaga Astaka Kaedah Qi, kedudukannya di dalam puak mesti boleh dibandingkan dengan ketiga-tiga tokoh tertinggi itu.

Xiao Yan pernah terdengar nama timangan orang tua itu di puaknya. Si Xiao Han Berhati Dingin. Orang tua ini, walaupun orang itu merupakan ayahnya, dia pun akan bertutur seperti orang asing. Muka tua yang tidak beremosi, seperti otot orang yang baru meninggal, tegang seperti rigor mortis1. [1]

Muka dingin orang tua yang tidak menghormati tokok puak kami, sedang menunjukkan rasa hormat kepada Xun Er. Perbuatan ini membuatkan Xiao Yan berminat terhadap identiti Xun Er.

Meraba hidungnya, dia berfikir tentang beberapa kali Xun Er merahsiakan identitinya. Mendongak, dia ternampak Xun Er berjalan ke arahnya dengan satu senyuman manis. Menggerakkan bahu, dia meninggalkan astaka itu melalui pintu depan.

Keluar daripada pintu masuk yang sesak itu, Xiao Yan akhirnya menghirup udara segar. Atmosfera di dalam Astaka Kaedah Qi menjadikan sukar untuk bernafas dengan biasa.

"Apa hal, Yan Er?" Tawa kecil menyapa Xiao Yan dan bayangan seorang mula ternampak. Melihat melalui pintu Astaka Kaedah Qi, bayangan seorang bertanya dengan satu senyuman mesra.

Menyengetkan kepalanya dan tersenyum pada ayahnya, Xiao Yan mengangguk dan membalas dengan senyuman. Satu skrol merah terkeluar daripada lengan bajunya. "Ini dia."

Melihat skrol merah itu, Xiao Zhan mengambil nafas tajam. "Ini satu perkara baik yang awak mampu mendapatkannya." Dia berkata dengan nada yang rendah.

Melihat riak wajah ayahnya, Xiao Yan tidak dapat menahan diri untuk ketawa dengan bangga di sisinya.

Menghulurkan lengannya untuk menepuk bahu Xiao Yan, Xiao Zhan tersenyum. "Sekarang awak sudah mendapatkan Kaedah Qi, selepas awak menjadi seorang Dou Zhe, awak akan dapat berlatih Dou Qi dengan benar."

Xiao Yan mengangguk dengan patuh dan mengembalikan skrol itu ke dalam lengan bajunya. Dia tidak dapat menahan diri untuk berfikir. "Hmm, saya tidak tahu apa yang istimewa tentang Kaedah Qi itu. Satu Kaedah Qi yang boleh berevolusi…adakah ia mungkin?" 

"Ini lebih ganjil daripada Kaedah Qi Tahap Tian…" Dia cuba untuk memikirkan kata-kata pelik dan sombong Si Yao Lao itu, Xiao Yan hanya boleh menggeleng kepalanya dengan ketawa kelat. Dia sudah mendapat satu Kaedah Qi yang bagus di dalam hidupnya iaitu Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi Xun Er : Bara Manipulasi. Secara jujurnya, dia bergelut dengan perasaan untuk menolak tawaran Xun Er. Lagipun, Kaedah Qi berkaliber itu bukan sahaja mahal tetapi sangat jarang.

Mengurut dahinya dengan tapak tangan terbuka, dia mula menyesal menolak tawaran murah hati Xun Er tetapi ia telah berlaku, dah terlambat. Xiao Yan malu untuk meminta dari Xun Er sekali lagi, jadi dia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk berdoa yang Yao Lao tidak bermain-main dengannya. Kalau tidak, dia akan menjadi si bodoh untuk seumur hidup.

"Hmph, ia hanya Xuan Tinggi, tiada apa-apa yang istimewa sangat. Sungguhpun dia bukan biasa, Kaedah Qi yang dikumpulnya tidak boleh dibandingkan dengan saya." Sebelum Xiao Yan mampu berdoa, Yao Lao memberikan satu humph dan mula bercakap.

"Akhirnya awak berkata sesuatu…" Mendengar suara Yao Lao di kepalanya, Xiao Yan menggaru hidungnya. Mulut dia melengkung ke atas menjadi satu senyuman yang mesra lalu berkata. Tujuan Xiao Yan berkata begitu banyak ialah supaya dia dapat memaksa si tua itu berkata sesuatu yang menenangkan.

"Ai…budak ini, kau cuba tipu aku…" Satu gema terkeluar daripada minda Xiao Yan. Yao Lao tidak tahu jika dia ingin ketawa atau menangis dan sebaliknya berkata, "Budak, kau melatih saja Dou Qi kau. Kaedah Qi bukan satu benda yang kau patut risaukan. Kaedah aku bukan teruk, Masa depan, pencapaian kau tidak akan lebih rendah daripada gadis itu. Puaknya hanya….Ahem."

Sungguhpun Xiao Yan sangat kecewa apabila dia tidak memahami ayat yang terakhir, dia masih mengangguk dengan satu senyuman. Dia telah diberikan jawapan untuk soalannya jadi dia akan berusaha dan menumpukan perhatian untuk melatih Dou Qi-nya sehingga menjadi seorang Dou Zhe. Ini langkah pertama untuk menjadi kuat dan...untuk mencari Nalan Yanran, satu misi yang berada di fikirannya untuk masa yang agak lama...

avataravatar
Next chapter