webnovel

Alkimia Peringkat Kedua Gu Ni

Lelong Premier : Rumah lelong terbesar di Bandar Wu Tan dan merupakan satu cabang keluarga Empayar Jia Ma yang kaya, Keluarga Premier.

Keluarga Premier sudah menduduki Empayar Jia Ma sekian lama dan merupakan kuasa yang berpengaruh selama beberapa abad. Rangkaian mereka hebat dan ada khabar angin yang mengatakan Keluarga Premier mempunyai hubungan rapat dengan ahli royalti Empayar Jia Ma.

Di dalam empayar, Keluarga Premier, Keluarga Nalan dan Keluarga Ritter merupakan tiga keluarga terbesar dan mempunyai pelbagai hubungan di arena komersial dan ketenteraan.

Oleh itu, dengan sokongan Keluarga Premier, tidak kira berapa banyak godaan keuntungan di lelongan itu, tiada sesiapa yang berani melawan mereka.

….

Melihat rumah lelong di hujung jalan, Xiao Yan berhenti di lorong dan memakai jubah hitamnya.

Jubah hitam itu bukan sahaja menutup muka Xiao Yan, malah mengubah bentuk mukanya yang kurus menjadi lebar. Walaupun Xun Er dapat melihat bentuk badan orang yang memakai jubah itu, dia tidak akan mengecam Xiao Yan…

Selepas dilitupi jubah hitam, Xiao Yan menghembus nafas kelegaan. Bukanlah Xiao Yan terlalu berwaspada tetapi Penawar Asas yang dimilikinya terlalu berharga. Untuk puak-puak, Penawar Asas merupakan satu benda yang menarik perhatian. Jika seseorang boleh menghasilkannya dalam jumlah yang banyak, ia akan membantu generasi muda puak untuk menjadi lebih kuat dengan kadar yang lebih pantas. Ini boleh membantu puak mereka mendapatkan lebih banyak kuasa dan memupuk persekitaran positif.

Untuk mengelak masalah yang tidak diingini, Xiao Yan memilih untuk merahsiakan identitinya…

Menyentuh botol Jed Putih yang dimilikinya, Xiao Yan berjalan keluar dari tepi lorong dengan perlahan dan menghala ke rumah lelong yang berada di hujung jalan.

Di bawah kawalan pengawal yang berperisai penuh, Xiao Yan terus berjalan masuk ke dalam rumah lelong.

Sebaik sahaja Xiao Yan memasuki rumah tersebut, kehangatan daripada matahari bertukar menjadi sejuk, seolah-olah memasuki ke alam baru.

Meneliti dewan yang meriah itu, Xiao Yan menjumpai satu bilik di tepi. Di pintunya tertera perkataan "Bilik Semakan".

Berjalan masuk, bilik itu agak kosong dan hanya seorang lelaki pertengahan umur sedang duduk dengan bosan. Apabila pintu terbuka, lelaki itu mengangkat kepalanya dan melihat Xiao Yan yang berjubah hitam, keningnya mengerut. Tetapi dengan segera, riak wajah dia menjadi satu senyuman profesional. "Encik, awak ada benda yang ingin disemak?"

"Ya." Di bawah jubah hitam itu, satu suara tua kedengaran. Ia suara Yao Lao!

Xiao Yan berjalan ke arahnya dan meletak Botol Jed Putih itu di atas meja lelaki itu.

"Ini ialah?" Kebingungan, lelaki itu mengangkat botol Jed Putih itu dan menghidunya. Air mukanya bertukar dan apabila dia melihat semula lelaki di dalam jubah hitam tersebut, renungannya bertukar menjadi kiasan hormat. "Encik, awak seorang ahli Alkimia?"

"Yes." Suara berusia itu kedengaran sekali lagi.

"Boleh saya tanya, pil… pil apa ada di dalam botol ini? Apa yang ia boleh buat?" Lelaki itu bertanya dengan rasa hormat.

"Penawar Asas : Ia boleh meningkatkan kelajuan latihan Dou Qi dan hanya berguna untuk orang yang berada di bawah tahap Dou Zhe."

"Oh? Ia boleh membantu meningkatkan kelajuan latihan Dou Qi?" Mendengar kata-kata Yao Lao, air muka lelaki itu bertukar sekali lagi. Semua orang tahu Dou Qi hanya boleh dilatih dengan satu formula dan jika Aliran Qi seseorang individu itu lemah, dan jika kesan ubat itu terlalu ganas, Aliran Qi akan meletup dan orang itu akan mati…

"Penawar saya tidak mempunyai kesan sampingan dan kuasa ubat ini sangat tenang jadi ia tidak akan menyebabkan sesuatu macam itu untuk berlaku. Awak tidak perlu risau." Suara berusia itu menjelaskan dengan tenang seperti dia boleh membaca fikiran lelaki itu.

Air muka dia bertukar sekali lagi, lelaki itu meletak botol Jed Putih itu di atas meja dengan berhati-hati lalu bertanya, "Encik, bolehkah awak tunggu sebentar? Saya perlu bertanya dengan Tuan Lelong Gu Ni untuk menyemak Penawar ini!"

"Boleh, cepat sikit." Melambai tangannya, Xiao Yan tidak berpura-pura untuk bersopan-santun dan duduk di kerusi di sebelahnya.

Lelaki itu mengangguk dan meninggalkan bilik tersebut.

Xiao Yan berdiam diri dan tidak bercakap dengan Yao Lao. Ini tempat orang lain dan sikap berwaspada itu lebih baik. Mana tahu kalau ada benda yang sedang mencuri dengar perbualan mereka.

Selepas menunggu di bilik tersebut untuk seketika waktu, lelaki itu kembali dengan seorang tokoh berjubah hijau berambut putih.

Di dada tokoh tersebut tidak mempunyai bintang emas tetapi mempunyai benda seperti relau bagas alkimia dan di relau bagas tersebut mempunyai dua garisan perak bersinar dengan anggun.

"Encik, ini ialah Tuan Lelong Gu Ni. Dia merupakan seorang Da Do Shi! Pada masa yang sama, dia merupakan seorang Alkimia Peringkat Dua!" Lelaki itu memperkenalkan tokoh di sebelahnya.

Mendengar identiti tokoh tersebut, kening Xiao Yan terangkat mengikut naluri. Ini kali pertama dia berjumpa dengan seorang ahli alkimia selain Yao Lao. Dia meneliti tokoh tersebut dengan berhati-hati.

Tokoh tersebut mempunyai muka merah dan sungguhpun jubah hijaunya nampak sederhana, ia mempunyai cahaya yang bersinar. Secara jelas, terdapat Teras Raksasa di dalam jubah itu. Di wajah tokoh itu terpancar perasaan angkuh, sesuatu yang semua ahli Alkimia ada.

Semasa Xiao Yan sedang memerhatikan Gu Ni, Gu Ni juga sedang meneliti lelaki yang sedang berdiri di depannya. Ahli Alkimia bukan seperti seorang Dou Zhe dan Ahli Alkimia seorang yang dicari-cari oleh pihak yang berkuasa. Oleh itu, apabila Gu Ni sedang meneliti Xiao Yan, dia juga sedang cuba meneka siapa Alkimia yang sedang berdiri di depannya.

Lelaki di pertengahan usia itu mengambil botol Jed di atas meja dan memberikan kepada Gu Ni…

Mengambil botol Jed Putih itu, Gu Ni menghidu bau wangi sambil menutup matanya dengan rapat. Menyengetkan botol itu sedikit, cecair hijau menitis dari botol tersebut ke tapak tangan Gu Ni.

Merenung cecair hijau itu, Gu Ni mengambil keluar satu jarum perak dan di hujung jarum tersebut mempunyai sedikit aliran Dou Qi. Ia mengacau cecair hijau itu…

Mengacau cecair itu dengan jarumnya, air muka Gu Ni menjadi serius. Beberapa waktu kemudian, dia meletak cecair hijau itu balik ke dalam botol Jed. Dia melihat Xiao Yan sekali lagi, keangkuhannya terserlah sedikit perasaan hormat. Beralih kepada lelaki pertengahan usia itu, dia berkata, "Penawar ini di peringkat kedua. Semua yang dikatakannya betul!"

Mendengar kata-katanya, lelaki itu menghembus nafas lega dan melemparkan senyuman ke arah Xiao Yan. "Encik, awak merancang untuk melelongkan Penawar ini?"

"Ya, boleh awak lelong secepat mungkin?"

"Hehe, tiada masalah. Encik, ambil ini dan bergerak ke bilik lelong yang pertama. Nasib baik, kita mempunyai satu sesi lelong sekarang dan ubat penawar awak akan dilelongkan serta-merta!" Lelaki itu tersenyum sambil memberikan Xiao Yan satu kad logam hitam.

"Okay" Mengambil kad tersebut, Xiao Yan tidak tunggu dan terus meninggalkan bilik tersebut.

"Tuan Gu Ni, adakah dia seorang ahli Alkimia?" Selepas Xiao Yan meninggalkan daripada pandangan mereka, lelaki itu berbisik.

"Ya, dia seorang Alkimia. Pengertian Rohnya yang tangkas, tidak mungkin salah…" Angguk Gu Ni tetapi keningnya mengerut lalu berkata, "Tetapi dari mana dia datang? Saya tidak pernah mendengar ahli Alkimia yang boleh menapis pil peringkat kedua di Bandar Wu Tan."

"Perlukah saya membuat kajian?"

Gu Ni berhenti seketika sebelum menggeleng kepalanya. "Bukan sekarang. Semua ahli Alkimia mempunyai sikap yang aneh dan jika dia tahu awak cuba menggali sejarahnya, dia mungkin akan mempunyai tanggapan buruk dengan sesi lelong ini. Untuk mendapat reaksi tidak baik dari seorang Alkimia misteri bukan satu langkah yang bijak."

Berpaling ke belakang, Gu Ni berkata dengan senang, "Untuk dia mempunyai pandangan baik lelong kita, awak tahu apa yang perlu dibuat, kan?"

"Hehe, saya faham."

"Ingat, jika kita tidak boleh berbaik dengannya, kita juga tidak boleh mengguris hatinya. Jika tidak…" Gu Ni meninggalkan bilik itu dengan kata-kata yang dingin.

Jubah hitam yang dipakai oleh Xiao Yan seperti jubah sekolah Harry Potter. Ataupun, pernah main game watak Assassin atau Mage? Yang ada jubah. Agak-agak macam itulah.

dracarys3064creators' thoughts
Next chapter