webnovel

Kaum Awan Berkabus

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dewan utama, Xiao Zhan dan tiga tokoh kanan tertinggi sedang bercakap dengan seorang tokoh yang tidak dikenali Xiao Yan. Tetamu itu seperti mempunyai sesuatu yang ingin dikatakan, tetapi setiap kali dia cuba mengemukakan subjek tersebut, dia akan menelan semula kata-katanya dan menukar topik. Setiap kali ini berlaku, gadis di sisinya akan memandang tokoh itu dengan tajam.

Selepas mendengar perbualan mereka untuk seketika, Xiao Yan berasa bosan dan kepalanya mula terlentok.

"Abang Xiao Yan, awak kenal tak mereka itu siapa?" Bila Xiao Yan hampir tertidur disebabkan oleh kebosanan, Xun Er yang sedang duduk di sebelahnya bertanya Xiao Yan sambil membuka buku lamanya.

"Awak tahu tak?" Xiao Yan melihat Xun Er.

"Awak tak nampak simbol pedang perak dan awan di pergelangan tangan jubah mereka?" Xun Er kata dengan senyuman senang.

"Oh?" Xiao Yan melihat ke arah pergelangan tangan ketiga-tiga tetamu tersebut dan di situ tertera simbol pedang yang sedang bersinar di dalam awan!

"Mereka adalah daripada Kaum Awan Berkabus?" tanya Xiao Yan kebingungan.

Walaupun Xiao Yan tidak pernah mengembara keluar dari bandarnya, dia pernah terbaca tentang kaum ini. Puak Xiao Yan tinggal di dalam bandar bernama Bandar Wu Tan yang merupakan sebahagian daripada Empayar Jia Ma. Walaupun Bandar Wu Tan digelar sebagai sebuah bandar besar di dalam Empayar Jia Ma, ia masih dikira kecil kalau dibandingkan dengan empayar tersebut, meskipun ia mempunyai Banjaran Gunung Raksasa Magik di belakangnya.

Di dalam bandar tersebut, puak Xiao Yan adalah yang terbesar. Selain dari Puak Xiao, terdapat dua lagi puak yang pernah bersaing dengan Puak Xiao tetapi selepas 24 tahun yang berlalu, tiada puak yang dapat menandingi Puak Xiao.

Jika Puak Xiao ialah kuasa paling kuat di Bandar Wu Tan, maka Kaum Awan Berkabus ialah kuasa paling kuat di seluruh Empayar Jia Ma! Perbezaan Puak Xiao dan Kaum Awan Berkabus adalah sangat besar, sampai ayah Xiao Yan, Xiao Zhan yang selalu berwajah tegas dan serius, sedang menunjukkan rasa hormat di depan tetamu tersebut.

"Kenapa mereka ada di sini?" bisik Xiao Yan.

Jari Xun Er berhenti seketika, "Mungkin ada kaitan dengan awak, Abang Xiao Yan…"

Mendengar respons Xun Er, Xiao Yan berhenti seketika sambil menggeleng kepalanya lalu berbisik, "Aku? Tapi aku tak ada sebarang pertalian dengan mereka!?"

"Awak kenal tak perempuan di atas sana?" Xun Er memandang ke arah perempuan itu.

"Tidak, awak kenal?" Xian Yan mengerut sambil memerhatikan wajah perempuan yang Xun Er tunjukkan. Dia tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini.

"Dia adalah Nalan Yanran!" Xun Er menunjukkan air muka ingin tahu.

Xiao Yan kaku, "Nalan Yanran? Cucu kepada Nalan Jie, Komander Lionheart untuk Empayar Jia Ma? Dia… Dia adalah tunang aku yang ditetapkan oleh keluarga kita sebelum aku dilahirkan?"

"Hehe, Nalan Jie dan datuk adalah seperti adik-beradik kandung dan pada masa yang sama, awak dan Nalan Yanran dilahirkan. Jadi mereka berdua memutuskan untuk mengahwinkan kamu berdua. Tetapi, malangnya datuk mati semasa berlawan dengan musuh puak kita dan masa itulah hubungan di antara Puak Xiao dan keluarga Nalan menjadi lemah…" Xun Er berhenti seketika dan melihat riak wajah Xiao Yan yang sedang menumpu perhatian dengan cerita Xun Er, "Nalan Jie bukan saja angkuh, dia seorang yang amanah. Perkahwinan itu telah ditetapkan oleh dia dan sungguhpun nama awak sudah tidak baik beberapa tahun ini, dia tidak pernah terfikir untuk membatalkan perkahwinan tersebut…"

'Orang tua ini agak keras kepala juga…' senyum Xiao Yan.

"Nalan Jie mempunyai keputusan terakhir di dalam keluarganya dan walaupun dia sayang akan cucunya, tiada sesiapa yang berani melawan perjanjian ini…" Mata Xun Er yang ayu merenung Xiao Yan sebelum diteruskan, "Tapi lima tahun lalu, Nalan Yanran menjadi seorang anak murid di bawah Ketua Kaum Awan Berkabus. Di dalam lima tahun ini, Nalan Yanran menunjukkan bakat yang luar biasa. Apabila seseorang menunjukkan dia mempunyai kuasa untuk menukar laluan hidup mereka, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menukar benda yang tidak disukainya dan malangnya, dia tidak suka perjanjian perkahwinan dengan Abang Xiao Yan!"

"Maksud awak… dia datang untuk BATALkan perkahwinan ini?"

Muka Xiao Yan menjadi gelap. Pada waktu ini, Xiao Yan sangat geram. Dia geram bukan sebab Nalan Yanran ingin membatalkan perjanjian itu tetapi disebabkan oleh perbuatan Nalan Yanran yang ingin membatalkan perjanjian itu di depan semua orang yang hadir pada hari ini! Kalau ini terjadi, ayah dia akan hilang maruah!

Xiao Yan bernafas dengan perlahan untuk menenangkan fiikirannya. Xiao Yan menggenggam tangan di dalam lengan bajunya denga kuat sambil berfikir, kalau saya seorang Dou Shi, siapa yang berani memijak maruah saya?

Kalau perkara ini benar, Nalan Yanran yang mempunyai pengaruh Kaum Awan Berkabus pun tidak berani memijaknya. Hanya beberapa insan yang berjaya menjadi seorang Dou Shi pada usia lima belas di seluruh sejarah Tanah Besar Dou Qi.

Xun Er menarik lengan baju Xiao Yan dan memegang tangan Xiao Yan dengan tangannya yang amat kecil lalu berkata, "Abang Xiao Yan, kalau dia membatalkan perkahwinan ini, dia yang rugi. Saya percaya beberapa tahun ini, dia akan menyesal dengan keputusan dia hari ini!"

"Kesal?" ejek Xiao Yan. "Dengan kebolehan aku sekarang, aku tiada kemewahan sebegitu."

Xiao Yan berhenti seketika sebelum menyambung, "Xun Er, tunggu! Kenapa awak begitu jelas dengan semua perkara ini? Benda yang awak sebut ini, ayah saya pun tidak beberapa tahu tentang perkara ini. Macam mana awak tahu semua ini?"

Xun Er kaku dan tidak berkata apa-apa.

Melihat Xue Er tidak berkata apa-apa, Xiao Yan senyum dan tidak meneruskan topik tersebut. Walaupun Xun Er adalah sebahagian daripada keluarga Xiao, dia dan Xun Er tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Tambahan pula, setiap kali Xiao Yan menanya ayahnya tentang ibu bapa Xun Er, Xiao Zhan akan menggeleng kepalanya dan tidak berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, topik ibu bapa Xun Er menjadi topik larangan seperti mereka takut untuk menceritakan tentangnya.

Pada Xiao Yan, identiti Xun Er memang sebuah misteri. Tidak kira berapa susah dia mencuba, Xun Er selalunya diam.

"Ugh, tak kisahlah, kalau awak tak nak cakap, sudahlah." Menggelengkan kepalanya, wajah Xiao Yan bertukar gelap sekali lagi. Tokoh itu berdiri selepas beberapa kali Nalan Yanran menunjukkan tanda isyarat.

'Heh, nak guna pengaruh Kaum Awan Berkabus untuk menekan ayah aku? Nalan Yanran ini tidak malu langsung menggunakan taktik sebegini…' Kemarahan Xiao Yan semakin marak di dalam hatinya.

Next chapter