87 Cuba Membunuh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kakak, situasi Xiao Yan tidak kelihatan bagus." Melihat Xiao Yan di padang yang tidak bersenjata, Xiao Ning berkata dengan bimbang.

Xiao Yu dengan satu muka tenang berbisik, "Kenapa aku perlu kisah jika dia mati atau tidak. Dia nak jadi wira. Sekarang lebih baik. Dia gagal menjadi wira dan sedang dibuli oleh orang lain sambil kehilangan mukanya." Selepas diam untuk seketika, Xiao Yu mengeluh. "Sedia untuk membantunya. Jia Lie Ao, bangsat itu seperti ingin mencari darah."

Xiao Ning mengangguk kepalanya dengan tidak rela kerana tidak berani mengingkari arahan kakaknya.

Sementara Xiao Yu sedang gelisah, Xun Er kelihatan amat tenang. Anak matanya melihat ke seluruh padang dan memandang Xiao Yan itu dan bibirnya mengeluarkan satu senyuman kecil.

Melangkah ke tepi dengan sedikit kesusahan, Xiao Yan mengelak serangan Jia Lie Ao. Semasa Xiao Yan berundur, Jia Lie Ao merapatkan diri kerana atribut anginnya menguatkan lagi kelajuannya. Menggenggam penumbuknya dengan ketat, Jia Lie Ao menyerang kepala Xiao Yan dengan padu.

Dengan tubuh belakangnya berhadapan pada dinding, tidak mampu mengelak, muka Xiao Yan yang tenang seperti tasik itu menghembus satu nafas dengan perlahan. Satu Dou Qi kuning pudar mengalir ke penumbuknya. Dengan bersikap kejam, dia akhirnya bertempur dengan Jia Lie Ao.

Melihat Xiao Yan yang memilih untuk bertempur dengan Jia Lie Ao, orang ramai di sekeliling tidak dapat menahan diri daripada membuat keriuhan. Perbezaan kuasa mereka sangat jelas. Jika Xiao Yan terus mengelak, dia masih boleh menangguhkan pertarungan itu. Tetapi dia memilih untuk menyerang, jadi dia pasti akan ditewaskan.

Apabila hampir semua orang berasa kasihan untuk Xiao Yan, genggaman penumbuk Xiao Yan tadi tiba-tiba dibuka dan satu daya tolakan kuat muncul dan meluru ke perut Jia Lie Ao.

Perut Jia Lie Ao terasa satu serangan kuat yang tidak dapat dijelaskan dan serangannya tadi disimpan dan ditolak ke belakang. Mukanya menjadi pucat dan matanya penuh dengan kekejaman, satu fikiran mengimbas dalam kepalanya. "Apa Teknik Dou itu? Kenapa peliknya?"

Muka orang ramai yang sedang melihat perlawanan itu terkejut selepas melihat Jia Lie Ao ditolak ke belakang dengan tidak dijangkakan.

"Tangan Vakum!"

Membuka tapak tangannya dan menyasar Jia Lie Ao yang sedang terbang ke belakang itu, Xiao Yan, dengan satu renungan jahat dia menantikan satu peluang yang baik. Dengan segera, satu daya tarikan liar, dia menarik Jia Lie Ao.

Di pertengahan udara, ditarik balik seperti bola kulit binatang, Jia Lie Ao menjadi amat marah dan menggertak giginya ke arah Xiao Yan yang sedang menghampirinya sambil mempunyai muka yang kejam pada mukanya. Dou Qi biru kehijauan mula dimampatkan pada permukaan penumbuknya lalu membentuk satu pusaran air yang kecil. "Teknik Dou Xuan Rendah: Penumbuk Berpusar Angin Hijau!"

Penumbuk di pertengahan udara itu membawa satu bunyi angin yang nyaring sambil tekanan angin yang kuat daripada teknik itu meniup benda-benda atas tanah di sebelah Xiao Yan.

Mengecilkan matanya dan berasa tekanan angin yang kuat itu, air muka Xiao Yan bertukar pucat. Badannya, selepas seketika, tiba-tiba berpusing ke belakang. Kaki kanannya memijak dinding itu dengan kukuh dan meninggalkan satu cap kaki yang dalam. Menggunakan dinding sebagai daya serangan balas, badan Xiao Yan berpusar di pertengahan udara dan kaki kanannya melengkung menjadi lengkungan pelik. Dalam seketika, kakinya yang fleksibel itu kelihatan keras seperti keluli.

"Letupan Oktana!"

Mengerut bibirnya, muka Xiao Yan menjadi dingin. Kaki kanannya di udara akhirnya menyimpan tenaga yang mencukupi dan bersaksikan semua orang, ia bertemu dengan penumbuk Jia Lie Ao dan membuat satu letupan semasa ia bersentuhan.

"Jadi kau sombong kerana kau seorang 3 bintang Dou Zhe!"

Semasa kaki dan penumbuk itu bertemu, Dou Qi kuning meluru ke depan daripada kaki kanan Xiao Yan dan dengan satu bunyi ringan, membuatkan muka Jia Lie Ao bertukar.

"Bang!" Penumbuk dan kaki bertemu mengeluarkan satu bunyi petir semasa ia bersentuhan.

"Kacha!" Pada waktu ia bertemu, bunyi tulang dipatahkan menembusi udara. Mengikut bunyi itu, badan Xiao Yan dan Jia Lie Ao tertolak ke belakang pada masa yang sama.

Badan mereka terhempas pada dinding di belakangnya, Xiao Yan merasa satu benda manis di kerongkongnya sebelum dia meludah darah yang terpercik atas tanah.

Melihat Xiao Yan yang memuntah darah itu, askar-askar upahan di tepi semua mengeluh dengan kecewa. Mereka sangka Xiao sudah ditewaskan tetapi tiba-tiba Jia Lie Ao, yang menghempas atas tanah, tiba-tiba memegang tangan kanannya. Dia bergolek di atas tanah dan meraung kesakitan.

Apabila orang ramai melihat bentuk lengan Jia Lie Ao yang hodoh dan sudah dipintal itu, mereka tidak dapat menahan diri daripada menghembus nafas. Mereka semua terkejut melihatnya.

Keriuhan dalam kalangan orang ramai menjadi sunyi untuk seketika. Renungan yang terperanjat sedang tertumpu pada remaja yang sedang tercungap-cungap berdekatan dinding tersebut. Selepas seketika waktu yang panjang, sorakan tiba-tiba tercetus di udara.

Bibir merah Xiao Yu terbuka sedikit. Dia merenung dengan tidak percaya pada Jia Lie Ao yang sedang bergolek dan menjerit lalu berkata dengan gembira, "Si Anak Gampang itu, dia menang?!"

"Nampak sebegitu. Lengan lelaki itu dipatahkan oleh Xiao Yan….." Xiao Ning menelan air liur. Serangan hebat Xiao Yan menyebabkan dia teringat keadaan yang telah dilaluinya sebelum ini. Walau bagaimanapun, keadaan Jia Lie Ao kelihatan lebih teruk sebanyak 10 kali ganda. Merenung Jia Lie Ao yang mempunyai tulangnya yang sudah terkeluar itu, Xiao Ning tahu bahawa lengan lelaki itu pasti akan cacat seumur hidup.

Mendengar kepastian Xiao Ning, Xiao Yu tidak berkata untuk seketika. Pandangannya tertumpu pada Xiao Yan yang sedang tercungap-cungap. "Nampaknya anak gampang ini sudah mencapai alam Dou Zhe. Patutlah dia tidak takut."

…..

Selepas duduk di atas tanah untuk 10 minit, Xiao Yan berdiri dan merenung dingin Liu Xi berhampiran yang sedang ternganga. Mengheret kakinya yang kaku, dia mengambil batang keluli di sebelahnya. Dia merenung Jia Lie Ao di atas tanah yang sedang mengerang kesakitan. Serangan Jia Lie Ao tadi sudah mendedahkan niat bunuh terhadap Xiao Yan. Untuk orang yang mengingini nyawanya, Xiao Yan tidak akan belas kasihan.

Berbaring atas lantai dan memandang Xiao Yan yang sedang berhampiran itu, muka Jia Lie Ao bukan lagi mempunyai niat jahat tetapi dia kelihatan panik sambil menelan air liurnya. Dia terlihat jelas mata Xiao Yan yang mempunyai niat untuk membunuh, dan Jia Lie Ao pun berkata dengan pantas, "Aku menyerah!"

Muka Xiao Yan langsung tidak mempunyai emosi dan nampaknya dia tidak mendengar kata-kata Jia Lie Ao. Dia memegang batang keluli itu dengan lebih ketat.

Melihat air muka remaja yang tidak beremosi itu, walaupun ia adalah askar-askar upahan yang ketagihan darah itu juga terasa ketakutan. Xiao Yan sekarang membuat semua orang susah untuk percaya bahawa dia adalah remaja yang sering tersenyum itu.

Menghentikan langkahnya, Xiao Yan bergerak ke atas Jia Lia Ao dan merenungnya. Dia tiba-tiba tersenyum tetapi senyuman itu menunjukkan gigi putih menyebabkan jantung Jia Lia Ao menjadi beku. Hanya sekarang dia menyedari bahawa remaja yang sering kelihatan tenang seperti kambing biri-biri, sebenarnya mempunyai hati yang lebih kejam daripadanya.

"Matilah, kau sampah masyarakat….."

Ketawa dengan ringan, anak mata Xiao Yan yang hitam itu tiba-tiba mengeluarkan satu niat membunuh dan batang keluli hitam pada tangannya bersiul dengan kuat melalui udara semasa memukul kepala Jia Lie Ao.

avataravatar
Next chapter