webnovel

Selepas menyatakan syarat tersebut, lelaki muda di depannya mula menggeletar. Ini adalah di luar jangkaan Nalan Yanran. Pemuda itu mengangkat kepalanya dan wajahnya yang muda dan halus itu bertukar menjadi wajah yang amat marah.

Walaupun Xiao Yan sudah menahan penghinaan yang banyak selama tiga tahun ini, kesabarannya ada hadnya. Perbuatan Nalan Yanran pada hari ini telah memijak maruahnya yang terakhir di dalam hati Xiao Yan.

"Ahhh…" Melihat rupa geram pemuda itu, Yanran melompat ke belakang. Lelaki yang berdiri di sisi Yanran mengambil peluang ini untuk menarik keluar pedangnya dan memberikan satu pandangan sejuk pada Xiao Yan.

"Aku…Aku nak bunuh kau!" Walaupun giginya sedang berkeletakan, kata-kata Xiao Yan mempunyai niat bunuh! Dia memintal tangan dia menjadi buku lima dan di dalam matanya, kelihatan api kemurkaan.

"Yan Er, Jangan biadab!" Di dalam dewan tersebut, Xiao Zhan terkejut dengan reaksi Xiao Yan dan dengan pantasnya menenangkan Xiao Yan. Puak Xiao pada masa ini tidak berani untuk memijak ekor Kaum Awan Berkabus.

Walaupun genggaman tangan masih erat, Xiao Yan menundukkan kepalanya. Beberapa seketika kemudian, dia menaikkan kepalanya. Perbezaan muka yang garang yang ditunjukkan oleh Xiao Yan telah bertukar menjadi tenang dan tidak beremosi… Dalam tiga tahun ini, Xiao Yan telah menahan semua diskriminasi dan penghinaan terhadapnya. Disebabkan ini, Xiao Yan menjadi lebih matang dibandingkan dahulu. Kematangan inilah mungkin menjadi laba dia di dalam tiga tahun ini.

Melihat pemuda yang berlainan sekarang, Ge Ye dan Nalan Yanran tiba-tiba merasai sensasi dingin.

Kalau budak ini tidak berguna bukan masalah yang besar. Tetapi kalau budak ini pada suatu hari tiba-tiba mendapat tenaga dan kuasa yang banyak, dia tentu akan menjadi seseorang yang berbahaya untuk dihadapi… fikir Ge Ye seorangan.

"Xiao Yan!" Walaupun aku tidak tahu kenapa perbuatan aku telah mebuatkan kau marah, tapi, kau… kau patut membatalkan perjanjian kahwin ini!" Melepaskan nafas dengan perlahan, Nalan Yanran menolak ketakutannya dan menegangkan mukanya.

"Jangan lupa, lawatan aku hari ini ke Puak Xiao diizinkan oleh guru aku dan Ketua Kaum Awan Berkabus!" Nalan Yanran terus berkata dengan kiasan dia tidak beruapay mengubahnya: "Kau patut faham bahawa lawatan aku hari ini adalah paksaan. Tetapi kau patut faham juga bahawa realiti hidup ini adalah kejam dan tiada benda yang adil. Walaupun ia tidak bermakna, kau patut faham perbezaan di antara kita… kita… kita tidak mempunyai peluang untuk bersama…"

Pernyataan Nalan Yanran menyebabkan Xiao Yan menjawab dengan sindiran: "Cik Nalan… kau patut faham, di Tanah Besar Dou Qi ini, seorang wanita yang membatalkan perkahwinannya akan memalukan pihak lelaki di depan semua orang. Hehe, aku tidak kisah dimalukan, tetapi ayah aku! Dia Ketua Puak Xiao, dan kalau hari ini kita menerima permintaan kau, macam mana dia boleh diharapkan untuk memerintah puaknya?" Bagaimana dia nak memastikan Puak Xiao masih berpijak di tanah Bandar Wu Tan ini lagi?"

Melihat kemurkaan pemuda ini, kening Nalan Yanran mengerut. Dia mengintai Xiao Zhan yang sedang berdiri di hujung dewan tersebut; dia kelihatan sudah berumur hasil kejadian ini. Melihat keadaan ini, dia tiba-tiba merasa kesal dengan perbuatannya. Selepas seketika, mata dia menyala lalu berbisik: "Permintaan aku hari ini adalahhasil kecuaian aku. Jadi, hari ini, aku akan menarik balik permintaan aku untuk membatalkan perkahwinan kita. Tapi, kau mesti berjanji dengan aku!"

"Janji apa?"

"Aku boleh menundakan permintaan aku untuk tiga tahun. Tiga tahun kemudian, kau mesti datang ke Kaum Awan Berkabus dan mencabar saya. Kalau aku menang, aku akan membatalkan perkahwinan kita di depan semua orang dan pada masa itu, kau telah melaksanakan upacara kedewasaan kau. Walaupun kalah, kau tidak akan menjejaskan reputasi ayah kau dan puak kau. Kau terima ke tak?"

'Hmmmm, kalau aku kalah, ia tidak akan menjejaskan nama ayah aku. Tapi mungkin untuk hidup aku pula, aku kena menanggung malu seumur hidup. Perempuan ini…. terlalu kejam!' Xiao Yan marah tetapi dia tidak mempunyai alasan untuk menolak permintaan tersebut.

"Cik Nalan, awakkan tahu keadaan Yan Er. Bagaimanakah dia nak mencabar awak? Mencaci dia sebegini, seronok ke?" Xiao Zhan berdiri dan memukul mejanya.

"Pak Cik Xiao Zhan, apabila ingin membatalkan perkahwinan, seseorang mesti bertanggungjawab. Kalau bukan untuk awak, saya sudah membatalkan perjanjian ini hari ini juga! Lepas ini, saya pula akan mengumumkan kepada orang ramai!" Selepas dihalang beberapa kali, Nalan Yanran mula naik marah dan menjerit dekat Xiao Yan: "Jika kau tak nak melukai nama baik Pak Cik Xiao Zhan, terima cabaran ini! Tiga tahun atau sekarang, pilih antara satu."

"Nalan Yanran, kau jangan ingat kau ini gagah dan perkasa. Tujuan kau nak membatalkan perjanjian ini disebabkan kau ingat aku, Xiao Yan, seorang si lumpuh, tidak sepadan dengan kau, seorang genius. Maafkanlah aku kalau aku terlalu berterus-terang. Selain daripada kecantikan kau, tiada benda lain yang aku kagumkan! Kaum Awan Berkabus sangat hebat, aku setuju. Tatapi aku masih muda! Aku ada masa. Pada umur dua belas, berapa Duan Qi yang kau ada? Kau betul, aku sekarang si lumpuh, tetapi aku pernah mencipta keajaiban tiga tahun yang lalu, kau rasa aku tak boleh mencipta keajaiban ini sekali lagi ke? Kenapa kau ingat aku tidak dapat menjadi seorang genius seperti sebelum ini? Berdepan dengan Nalan Yanran yang agresif, Xiao Yan telah meletup. Muka dia bertukar serius dan kata-kata dia mengejutkan semua orang di dalam dewan utama. Sesiapa yang sangka budak yang diam selama ini mempunyai lidah yang tajam!

Mulut Nalan seolah-olah tersengih menahan marah. Sungguhpun dia teramat marah pada Xiao Yan, dia tidak dapat mencari perkataan untuk membantah pernyataannya. Kata-kata Xiao Yan adalah benar; sungguhpun dia seorang tidak berguna sekarang, dia merupakan Dou Zhe pada usia dua belas tahun. Tapi Nalan Yanran hanya 8 Duan Qi pada masa itu…

"Cik Nalan, kerana Atuk Nalan, aku akan berikan kau sedikit nasihat. Tiga puluh tahun timur, tiga puluh tahun barat.1 Tiada benda yang kekal selamanya. Kau jangan buli aku kerana aku tidak berupaya sekarang." Kata-kata Xiao Yan membuat Nalan tidak selesa.

"Ya! Bagus kata-kata ini, jangan awak berani membuli saya kerana saya tidak berupaya sekarang! Anak saya mustahil seorang yang biasa-biasa!" Di hujung dewan tersebut, mata Xiao Zhan menjadi terang dengan tenaga dan tangannya yang berat menghentak mejanya menyebabkan teh tertumpah di merata tempat.

Nalan menjadi marah sehingga pening melihat lelaki yang sedang berdiri di depannya. Sindiran pemuda itu menyebabkan Nalan mengetap giginya. Nalan Yanran tidak pernah dimalukan oleh seseorang yang sebaya dengannya sejak lahir. Suara keanak-anakan kedengaran: "Apakah asas kau untuk memalukan aku? Walaupun bakat kau tidak pernah diatasi oleh sesiapa, kau sekarang…. seorang si lumpuh! Batalkan perjanjian hari ini dan aku tidak akan sebut lagi. Kalau tiga tahun dari sekarang, aku akan tunggu kau di tempat Kaum Awan Berkabus. Kalau kau berani, tunjukkan kepada aku bahawa kau mampu menukar situasi kau! Kalau kau menewaskan aku… aku, Nalan Yanran, akan menjadi hamba kau untuk seumur hidup aku!"

"Sudah tentu, kalau kau masih tidak berupaya selepas tiga tahun, maka kau kena membatalkan perjanjian perkahwinan kami!"

Melihat riak wajah perempuan itu, Xiao Yan menyindir: "Tak payah tiga tahun! Aku tak nak pun walaupun kau merayu untuk menjadi isteri aku!" Selepas berkata demikian, Xiao Yan tidak menghiraukan Yanran dan berpusing ke belakang. Berjalan dengan pantas ke depan meja, dia mengambil kertas dan mula menulis!

Dakwat terserap ke dalam kertas dan akhirnya, dia berhenti menulis.

Tiba-tiba, tangan kanan Xiao Yan mencapai satu pedang kecil di atas meja dan menuju mata pedang yang tajam ke tangan kirinya. Dia mengambil darah daripada tangan kirinya.

Tangan dia yang berdarah menekan di atas kertas putih itu meninggalkan kesan silauan berwarna merah.

Memegang kontrak tersebut, Xiao Yan ketawa kemenangan. Apabila dia berjalan ke arah Yanran, dia menghentakkan kontrak itu di atas meja.

"Jangan kau ingat aku, Xiao Yan, kisah tentang seorang isteri yang genius. Kontrak ini bukan untuk membatalkan perjanjian tetapi aku ingin menceraikan kau dari Puak Xiao! Dari sekarang, kau, Nalan Yanran, tiada sebarang hubungan dengan Puak Xiao!"

"Kau… Kau berani ceraikan aku?" Melihat kontrak berdarah di atas meja, mata Nalan Yanran terbeliak.. Dengan kecantikan dia, bakat dia, dan latar belakang dia, dia diceraikan oleh si lumpuh puak yang kecil? Pertukaran peristiwa ini seperti dia sedang bermimpi!

Melihat riak wajah Nalan Yanran yang terperanjat, Xiao Yan pusing ke belakang dan melutut di depan Xiao Zhan. Dia memberikan satu "Kowtow2", menggigit bibirnya dan tidak berkata.

Sunggupun Xiao Yan menceraikan Nalan Yanran, apabila peristiwa ini merebak, orang lain tidak akan percaya dengan kebenaran ini. Mereka, yang tidak tahu apa yang terjadi akan ingat Nalan Yanran menggunakan latar belakangnya yang zalim untuk memaksa Puak Xiao membatalkan perkahwinan itu. Lagipun, kecantikan, bakat dan latar belakang Nalan Yanran, seorang si lumpuh di Puak Xiao tidak sepadan dengannya. Tiada sesiapa yang akan fikir bahawa Xiao Yan mempunyai keberanian untuk menceraikan seorang ketua kaum yang akan datang. Disebabkan itu, ayah Xiao Yan kena menghadapi sindiran dan ejekan tanpa kesudahan.

Xiao Zhan tersenyum melihat anaknya yang sedang melutut di depannya. Dia tahu anaknya mesti rasa bersalah: "Saya percaya anak saya tidak akan berada di tahap ini selama-lamanya. Khabar angin tidak akan mempunyai peluang untuk merebak lama apabila fakta dikeluarkan pada masa depan!"

"Ayah, tiga tahun dari sekarang, saya akan pergi ke tempat Kaum Awan Berkabus dan menebus malu hari ini!" Xiao Yan melakukan satu lagi "kowtow" dan berdiri. Matanya kelihatan berair. Tanpa ragu-ragu, Xiao Yan berjalan ke arah pintu dewan utama.

Apabila dia melintasi Nalan Yanran, Xiao Yan berhenti seketika dan berkata dengan dinginnya.

"Tiga tahun kemudian, aku akan cari kau!"

Bayang-bayang lelaki muda itu di bawah sinaran cahaya, hilang sebegitu sahaja. Kalau dilihat demikian, ia adalah perkara yang sangat sedih.

Mulut kecil Nalan Yanran ternganga tetapi tiada suara yang keluar. Dia memerhatikan Xiao Yan berjalan keluar dan kontrak di tangan dia menjadi berat seperti gunung…

"Ehem, kalau awak sudah mencapai matlamat awak, silakan keluar." Xiao Zhan berkata dengan muka yang tiada emosi sambil menggenggam ketat buku limanya sehingga jari-jarinya menjadi putih.

"Pak Cik Xiao, saya memohon maaf di atas apa yang berlaku hari ini. Kalau awak ada masa, datang melawat Puak Nalan!" Memberi hormat yang terakhir kepada Xiao Zhan, Nalan tidak ragu-ragu untuk meninggalkan tempat tersebut. Di belakang dia, Ge Ye dan pemuda kacak itu mengikut di belakang.

"Ambil Serbuk Pengumpul Qi ini!" Melambaikan tangannya, Xiao Zhan melontar kotak jed di atas meja pada mereka.

Ge Ye menyambut lontaran tersebut dan tersenyum kelat sambil meletakkan kotak itu di dalam cincinnya.

"Cik Nalan, saya betul-betul harap awak tidak akan menyesal dengan perbuatan awak hari ini. Dan awak jangan ingat bahawa awak ada Kaum Awan Berkabus untuk menyokong awak, awak boleh buat apa-apa sahaja yang awak hendak. Banyak lagi orang yang lebih kuat daripada Yun Yun…" Apabila Nalan Yanran ingin meninggalkan pintu dewan tersebut, satu suara gadis kedengaran di dalam dewan tersebut.

Langkah ketiga-tiga individu tersebut terhenti seketika dan mata mereka beralih ke sudut dewan dari mana suara itu datang. Seorang gadis muda sedang melihat sambil memetik bukunya secara perlahan.

Sinaran cahaya matahari melalui tingkap di sebelahnya melingkupi gadis itu dengan sempurna. Dari jauh, dia kelihatan seperti sekuntum bunga teratai ungu yang sedang berkembang, bersih dan jelita seperti bidadari yang dihantar oleh syurga.

Gadis itu mengangkat kepalanya dan di dalam matanya yang ayu, satu garisan halus api berwarna emas dikelihatan.

Melihat api kecil di dalam mata gadis itu, wajah Ge Ye bertukar segera dan air mukanya penuh dengan ketakutan. Tangannya yang sedang menggigil segera mencapai tangan Nalan Yanran yang keliru lalu berjalan keluar daripada dewan utama tersebut.

Melihat reaksi Ge Ye, selain beberapa orang, yang lain mempunyai air muka yang keliru.

Next chapter