webnovel

Selepas berbual-bual kosong dengan Xiao Zhan dan yang lain, Ya Fei mengambil keputusan untuk beredar. Di sebelahnya, Xiao Yan yang tidak berkata apa-apa sejak tadi, menunjukkan tugasnya sebagai tuan rumah dan mengiringi Ya Fei keluar dari dewan tersebut setelah melihat renungan kata setuju daripada Xiao Zhan.

Selepas meninggalkan pintu utama, Xiao Yan tidak menunjukkan niat untuk kembali ke rumah. Dengan kedua-dua tangannya di belakang kepala dan matanya yang sudah mengecil itu, dia mengikut Ya Fei dengan rapat. Tiada orang mampu meneka apa yang difikirkannya.

Berjalan di sebelah Xiao Yan, Ya Fei mula menjadi gelisah. Dia menggenggam penumbuknya yang sudah penuh dengan peluh. Sejak muda lagi, dia mempunyai memori yang bagus dan secara kebetulan, dia ternampak tangan ahli kimia berjubah hitam itu pada kali terakhir mereka berjumpa iaitu di rumah lelongan. Wajahnya yang cerah dan gaya hidupnya kelihatan seperti seorang pemuda dan tambahan pula, tangan cerah itu mempunyai satu cincin hitam seperti yang dipakai oleh Xiao Yan. Melihatkan kebetulan ini dan berfikir semula akan kenapa Puak Xiao mempunyai kurniaan kepakaran ahli kimia itu, kunci kepada teka-teki ini nampaknya bakal terungkai tidak lama lagi.

Menggigit bibirnya, Ya Fei dalam diam meneliti pemuda di sebelahnya. Sudut matanya mula memandang Xiao Yan. Pemuda yang berpakaian pakaian hitam yang tidak mahal itu mempunyai badan yang tegap dan tinggi. Tangannya menengkup kepalanya menunjukkan kemalasan. Walaupun mukanya mempunyai keayuan seorang pemuda, sudut yang muncul dan hilang dari tepi mulutnya tidak nampak seperti dimiliki oleh seorang pemuda yang bodoh dan tidak berpengalaman. Walaupun dia meneliti Xiao Yan dengan lama, Ya Fei masih mempunyai kesukaran untuk percaya orang yang memaksa dia dan Gu Ni untuk menurut arahan di rumah lelongan ialah seorang pemuda berusia 17 tahun.

"Sudah habis?" Apabila Ya Fei tersenyum sinis, pemuda di sebelahnya akhirnya berkata dengan suara tidak acuh.

Memperlahankan langkahnya, Ya Fei mengeluh. "Kau...Adakah aku perlu memanggil kau Tokoh Tersanjung atau Adik Xiao Yan?"

Xiao Yan menaikkan bulu keningnya sebelum dia mengangkat dagunya ke arah sudut. "Masuk."

Ya Fei mengikut renungan dia dan berjalan ke arah itu. Pipinya mula menjadi merah. Tempat yang Xiao Yan tunjukkan merupakan tempat terkenal untuk pasangan bercinta di Bandar Wu Tan.

Teragak-agak seketika, Ya Fei awalnya teringin untuk mencadangkan tempat yang lain. Walau bagaimanapun, Xiao Yan sudah berjalan dan duduk di atas kerusi batu di bawah pokok willow yang berwarna hijau tua.

Berdepan dengan kelakuan Xiao Yan yang bertentangan dengan kelakuan sopan dia di Puak Xiao, Ya Fei hanya boleh menggeleng kepalanya. 'Bukankah pertukaran personaliti ini terlalu cepat?'

Melangkah ke depan dengan perlahan, Ya Fei duduk berdepan dengan Xiao Yan. Satu pasang mata yang cantik mula bersinar dan memandang pemuda di depannya.

"Kau kenal aku?" Xiao Yan bertanya dengan tidak jelas sambil dia menghulurkan tangan untuk memetik satu daun willow dan mengunyahnya.

Ya Fei menolak rambutnya yang hitam ke belakang dan air mukanya membuat seorang lelaki tidak jauh dari situ membuka matanya dengan besar. Menjilat bibirnya, dia ketawa kecil. "Aku berharap tekaan aku tidak betul."

Mendengar kata-kata itu, Xiao Yan mengecilkan matanya dan giginya mula mengigit daun willow dengan kuat.

"Kau tidak berniat untuk bunuh aku, kan?" Melihat perangai Xiao Yan, Ya Fei bertanya dengan suara yang lembut dan tersenyum.

"Aku berniat untuk berbuat lebih daripada itu dan kemudian membuang mayat kau." Kata Xiao Yan secara kejam.

Mendengar kata-kata kejam itu, muka Ya Fei menjadi merah. Matanya merenung dia balik dan memarahinya. "Di mana budak seperti kau belajar benda-benda tidak elok ini?"

Xiao Yan meregang badannya dengan malas. Memandangkan identitinya sudah dikesan, dia tidak perlu lagi berdalih. "Lelaki berjubah hitam yang telah menjalankan perniagaan dengan kau ialah aku."

"Tetapi orang yang menapis ubat itu orang lain, kan?" Ya Fei ketawa dan renungannya mula meliar. Dia tidak bodoh. Kebolehan Xiao Yan sesuatu yang Ya Fei amat kenal. Walaupun dia seorang ahli kimia, dengan kekuatannya sekarang, mustahil untuknya menapis satu ubat berkualiti tinggi seperti Serbuk Pengumpul Qi.

"Jika seorang wanita terlalu bijak, tiada lelaki yang akan suka." Xiao Yan mengetap bibirnya dan berkata sambil memandang Ya Fei yang sudah meneka dengan betul semua soalannya.

"Ini hanya satu pemikiran seorang lelaki yang tidak beradab." Ya Fei menaikkan keningnya dan berkata dengan hina.

Xiao Yan menunjukkan satu renungan menyampah. Dia tidak mempunyai masa untuk berbincang tentang perkara yang tidak penting. Mengunyah daun yang pahit itu, Xiao Yan berkata dengan tidak acuh, "Kau sudah tahu sebab aku datang cari kau. Tolong simpan rahsia ini. Ini untuk manfaat semua orang."

Menjilat bibirnya, Xiao Yan memberi satu renungan tajam kepada si cantik di depannya. "Mudah sahaja, jangan menganggap benda ini seperti benda yang boleh kau guna untuk mengugut aku. Kalau tidak, kau akan hilang lebih daripada mendapat faedah."

"Adakah aku nampak seperti seorang perempuan dewasa yang tidak berotak?" Ya Fei berkata sambil membuka kedua-dua tangannya.

Xiao Yan melihat dadanya yang besar itu secara serius untuk seketika sebelum mengangguk kepalanya. "Ia memang besar. Tapi untuk otak kau, ia bergantung kepada perangai kau mula dari sekarang."

"....."

Diambil kesempatan oleh seorang pemuda yang lebih muda daripadanya, Ya Fei menggeleng kepala. Dia tidak tahu jika dia ingin menangis atau ketawa. Walaupun kedua-dua identitinya diletak tepi, dengan wajahnya yang kacak itu, ia sukar untuk merangsang niat jahat seseorang.

"Bagaimana dengan kerjasama kita?" Ya Fei merenung Xiao Yan dengan gelisah. Ini soalan yang benar-benar ingin ditanyanya.

"Tiada benda akan berubah. Kau teruskan untuk memutuskan bekalan bahan-bahan ubat kepada Puak Jia Lie dan aku akan membayar kau 5 Serbuk Pengumpul Qi." Xiao Yan menggerakkan bahunya. Suaranya yang tidak acuh itu memberi satu perasaan lega kepada Ya Fei.

"Haha, kalau macam itu, saya sangat berharap untuk bekerjasama dengan awak." Ya Fei berkata dengan senyuman manis dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

Mengangguk kepala dengan malas, Xiao Yan menjebat tangan tersebut. Bertentangan dengan sangkaan Ya Fei, satu sentuhan pantas dibuat.

Melihat tindakan pemuda yang tidak boleh diteka itu, Ya Fei mengeluh panjang. "Ia betul-betul membuat seseorang ragu-ragu jika awak ini benar hanya 17 tahun. Saya baru sedar yang saya telah diiringi oleh awak seperti seekor lembu."

Tidak mempedulikan topik sebegitu, Xiao Yan melambai tangan. Dia berdiri dan mula beredar. Semasa dia berjalan, dia berkata, "Apabila kita bertemu nanti, awak perlu berlakon sama seperti dulu jika awak tak nak orang syaki benda yang tidak elok."

Mengangguk dengan satu senyuman, Ya Fei berkata dengan lembut, "Jika awak ada masa, bolehkah awak menjemput ahli kimia di belakang awak ke Rumah Lelongan Premier? Dia sangat dialu-alukan."

Memerlahankan langkahnya, Xiao Yan menggosok hidungnya dan membalas dengan tidak jelas. "Kami akan fikirkan apabila kami ada masa." Selepas berpusing dan melambai sekali lagi, Xiao Yan beredar dari situ.

Melihat tubuh badan pemuda yang hilang itu, Ya Fei ketawa sinis dan menggeleng kepalanya. Dengan suara perlahan, dia berkata, "Syaitan kecil. Saya tidak faham kenapa perempuan dari Puak Na Lan itu ingin membatalkan perkahwinan dengan dia. Saya takut nanti Na Lan Su akan muntah darah kerana menyesal."

Next chapter