6 Ahli-Ahli Alkimia

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam kotak jed itu terdapat sebiji pil hijau yang saiznya menyerupai sebiji mata Naga. Bau wangi yang segar daripada pil tersebut sedang merebak ke seluruh dewan.

Di Tanah Besar Dou Qi, seseorang itu perlu memampatkan Qi di dalam badannya untuk menjadi Pusaran Qi jika hendak menjadi seseorang Dou Zhe. Tetapi proses pemampatan Qi ini adalah sukar dan mempunyai kadar kegagalan yang tinggi. Kalau gagal, 9 Duan Qi seseorang akan menurun balik ke 8 Duan. Seseorang yang tidak bernasib baik kena memampatkan Qi mereka semula sebanyak 10 kali atau lebih untuk berjaya melakukannya. Tetapi masa yang dibazir untuk memampatkan Qi tersebut boleh merugikan masa seseorang itu untuk belajar Qi semula dan ini akan menghancurkan masa depan mereka.

Serbuk Pengumpul Qi ini dapat memastikan seseorang yang mempunyai 9 Duan Qi boleh mendapat kadar berjaya sebanyak 100% apabila pemampatan ini berlaku!

Ini menjadikan kebanyakan orang tamak. Lagipun, sesiapa yang bukan seorang Dou Zhe tidak akan dilayan dengan baik.

Serbuk Pengumpul Qi ini bukan terjadi secara semulajadi tetapi ia dibuat oleh seseorang: Ahli Alkimia!

Di Tanah Besar Dou Qi, pekerjaan yang diidamkan oleh orang ramai selain Dou Zhe ialah Ahli Alkimia.

Seperti namanya, ahli alkimia boleh mencipta pil-pil yang istimewa untuk meningkatkan kekuatan seseorang. Setiap ejen alkimia yang bebas sering dicari oleh kuasa-kuasa tertentu.

Ahli alkimia mempunyai kedudukan yang tinggi disebabkan oleh bukan mudah untuk menjadi seorang ahli alkimia.

Pertama sekali, seseorang itu mesti mempunyai atribut api. Di dalam atribut api pula, seseorang itu mesti mempunyai sehiris kecil atribut kayu yang bertindak sebagai pemangkin penapisan pil.

Di Tanah Besar Dou Qi, atribut seseorang ditentukan oleh roh mereka. Apabila dilahirkan, roh seseorang mempunyai satu atribut dominan dan akan menolak atribut-atribut yang lain. Jadi ia adalah mustahil untuk seseorang mempunyai dua atribut.

Sudah tentu bukan semua benda adalah mustahil. Di kalangan sejuta orang, seorang individu akan mempunyai roh yang bermutasi. Di kalangan orang ini, ada yang mempunyai potensi menjadi seorang Alkimia!

Bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai atribut api dan kayu tidak mencukupi untuk menjadi seorang Alkimia. Ini kerana seseorang itu mesti mempunyai Pengertian Roh dan Pengacuan Roh yang kuat.

Dalam penapisan pil, tiga keperluan yang penting ialah: bahan, api dan pengertian roh seseorang.

Bahan. Bahan tersebut mesti berasal daripada harta karun semulajadi. Lagipun, ahli alkimia yang terbaik pun tidak akan dapat mencipta pil peringkat dewa jika menggunakan bahan sampah. Jadi, bahan-bahan yang bagus adalah asas untuk menghasilkan pil-pil yang bagus.

Api. Atau api yang diperlukan masa penapisan pil. Api yang digunakan tidak boleh dilakukan melalui api biasa tetapi ia mesti diperbuat daripada Dou Qi yang mempunyai atribut api. Sudah tentu, alam semulajadi mempunyai api bermutasi yang kuat. Ahli alkimia yang kuat akan mengambil api ini dan menggunakannya untuk menapis pil dan bukan api Dou Qi mereka sendiri. Bukan sahaja api bermutasi itu akan meningkatkan kadar berjaya penapisan, ia juga akan meningkatkan keberkesanan pil-pil tersebut!

Disebabkan penapisan pil-pil adalah tugas yang dahsyat, masa penapisan yang panjang akan menggunakan Dou Qi yang banyak, oleh itu, semua ahli alkimia yang pintar adalah Dou Zhe yang mempunyai atribut jenis api yang kuat.

Keperluan yang terakhir ialah Pengertian Roh.

Apabila sedang menapis pil, kemarakan api perlu dikawal dengan teliti. Jika api itu terlalu panas, pil di dalam relau bagas akan terbakar sehingga menjadi habuk. Ini akan membazirkan masa dan usaha ahli alkimia tersebut. Justeru, pengawalan kemarakan api ialah syarat untuk menjadi seorang ahli alkimia. Untuk mengawal api, seseorang mesti mempunyai Pengertian Roh yang bagus; tanpa Pengertian Roh, sesiapa yang mempunyai kedua-dua syarat sebelum ini tidak mempunyai sebarang makna.

Dengan syarat-syarat ini, tidak ramai mempunyai kelayakan untuk menjadi ahli alkimia. Pil-pil yang ada di pasaran sekarang adalah sedikit dan jarang ditemui disebabkan kekurangan ahli alkimia. Barang yang jarang ditemui adalah berharga dan pil-pil boleh dikira sebagai barang yang jarang dijumpai. Oleh itu, semua ahli alkimia mempunyai kedudukan yang mulia.

…..

Di dalam dewan utama, semua yang hadir termasuk tokoh kanan tertinggi, generasi muda sedang menatap dengan tajam kotak Jed yang berada di tangan Ge Ye.

Di sebelah ayahnya, Xiao Mei sedang menjilat bibirnya yang merah dengan lidahnya yang lembut sambil memandang tajam kotak tersebut...

"Hehe, pil ini ditapis oleh tokoh terhormat Gu He. Saya rasa semua orang pernah dengar nama dia, kan?" Melihat riak wajah kelakar ketiga-tiga tokoh tersebut, Ge Ye menjadi angkuh.

"Pil ini ditapis oleh Raja Pil Gu He?" Mendengar kata-kata Ge Ye, ketiga-tiga tokoh tersebut sekali lagi memalukan diri sendiri.

Raja Pil Gu He adalah seorang ahli alkimia yang berpengaruh di kalangan Empayar Jia Ma. Alkimianya yang penuh misteri dan tidak boleh diramal telah menyebabkan beberapa kuasa cuba mengampunya.

Gu He bukan sahaja mempunyai bakat luar biasa di bidang alkimia, tetapi kekuatannya adalah di tahap seorang Dou Wang dan dia merupakan Dou Zhe kesepuluh keatas Empayar Jia Ma.

Ditapis oleh tangannya sendiri, nilai Serbuk Pengumpul Qi ini mempunyai nilai lebih tinggi daripada Serbuk Pengumpul Qi yang biasa.

Ketiga-tiga tokoh kanan tertinggi itu tersenyum melihat Serbuk Pengumpul Qi di dalam kotak tersebut. Kalau Puak Xiao dapat serbuk tersebut, maka Puak Xiao dapat melahirkan seorang lagi Dou Zhe yang muda.

Sebelum tiga tokoh kanan tersebut memikirkan cara untuk mengambil pil itu untuk anak cucu mereka sendiri, satu suara yang penuh dengan emosi kedengaran di dalam dewan utama tersebut.

"Encik Ge Ye, lebih baik awak simpan semula pil itu. Permintaan awak, kami mungkin tidak akan terima!"

Seluruh dewan diam dan semua renungan beralih ke arah Xiao Yan yang berada di sudut dewan.

"Xiao Yan, awak tidak mempunyai hak untuk berkata. Diam!" Salah seorang tokoh menjerit dekat Xiao Yan.

"Xiao Yan, awak diam. Saya tahu awak tidak gembira dengan ini tetapi kami akan membuat keputusan di sini!" Seorang lagi tokoh menjerit dekat Xiao Yan.

"Tiga Tokoh Kananku yang disayangi, kalau perkahwinan anak awak atau cucu awak dibatalkan, adakah awak akan berkata demikian?" Xiao Yan berdiri dengan perlahan. Sudut mulutnya menunjukkan lingkungan sindiran. Kenapa dia hendak menghormati tiga tokoh kanan tersebut kalau dia tidak pernah dihormati oleh mereka?

"Kau…" Ketiga-tiga tokoh kanan tersebut tidak dapat mencari bantahan dalam kata-kata Xiao Yan. Tokoh kanan ketiga yang perengus itu mula mewujudkan Dou Qi dalam kemarahan.

"Tiga tokoh kanan yang disayangi, Abang Xiao Yan tidak bersalah. Dia adalah mangsa dalam perkara ini. Jadi, kamu semua tidak boleh membuat keputusan bagi pihak dia," suara seorang gadis kedengaran.

Mendengar suara gadis tersebut, ketiga-tiga tokoh kanan tersebut mengangguk dan duduk balik selepas menukar pandangan sesama mereka.

Xiao Yan memusingkan kepala dan merenung dalam senyuman Xiao Xun Er selepas melihat tiga tokoh tersebut berundur. Siapakah awak? Sampai tiga tokoh kanan tersebut takut dengan awak…

Membiarkan rasa ingin tahunya begitu sahaja, Xiao Yan berjalan ke arah ayahnya, Xiao Zhan dan menunduk sebagai tanda rasa hormat. Selepas itu, dia berpusing menghadap Nalan Yanran. Melepaskan nafas dengan perlahan, dia bertanya: "Cik Nalan, aku ingin tanya satu soalan. Lawatan kau hari ini untuk membatalkan perkahwinan ini, adakah Atuk Nalan memberi keizinan?"

Sebelum Xiao Yan keluar daripada sudutnya, Nalan Yanran sudah tidak selesa dengannya. Sekarang dengan soalan dia, dahi dia berkerut. Lelaki ini, padahal nampak baik tetapi dia tidak mempunyai rasa malu langsung. Adakah dia tahu perbezaan antara kita berdua?

Kritik Xiao Yan dalam mindanya, Nalan Yanran tidak pernah terfikir bahawa pembatalan perkahwinan ini akan membuat Xiao Yan dan ayahnya berada di situasi kekok dan marah.

Berdiri dan menghadap "suaminya", Nalan Yanran berkata: "Atuk tidak memberi keizinannya. Tetapi! Ini ialah masalah aku dan ia tidak berkaitan dengan atuk."

"Kalau macam itu, aku harap kau akan memaafkan ayah aku juga sebab tidak menerima permintaan kau. Perkahwinan ini adalah ditentukan oleh kedua-dua atuk kita dan mereka tidak kata bahawa mereka ingin membatalkan perjanjian, jadi perjanjian ini akan diteruskan. Kalau tidak, orang yang ingin membatalkan perjanjian ini akan dikatakan tiada rasa hormat terhadap nenek moyang mereka! Aku fikir, dalam puak kami, tiada seseorang yang ingin membuat perkara yang tidak bermaruah ini." kata Xiao Yan sambil menjeling tiga tokoh kanan tersebut.

Dengan sikap ketiadaan hormat tersebut, Xiao Yan memaksa tiga tokoh kanan tersebut untuk berdiam. Di dalam puak yang tegas ini, perkara sebegini adalah tidak patut dan boleh menyebabkan seseorang itu hilang posisi mereka sebagai tokoh kanan puak.

"Kau…" Selepas ditolak oleh Xiao Yan, Nalan Yanran tidak mempunyai bantahan untuk menjawab kata-kata Xiao Yan. Muka dia bertukar pucat sambil menghentakkan kakinya, sikap puteri dia jelas kelihatan. Melihat pemuda itu dengan jijik, dia tanya: "Apakah syarat yang kau nak supaya kau sudi membatalkan perjanjian kahwin ini? Adakah ganti rugi ini terlalu sikit? Kalau macam itu, aku boleh tanya tok guru aku untuk memberikan kau tiga lagi Serbuk Pengumpul Qi. Tambahan pula, kalau kau nak, aku boleh memohon kau menjadi ahli Kaum Awan Berkabus dan belajar Kaedah Latihan Dou Qi yang mendalam, cukup ke?"

Mendengar syarat menarik daripada Nalan Yanran, nafas ketiga-tiga tokoh kanan tersebut menjadi berat. Di dalam dewan utama itu, semua generasi muda menelan air liur. Menjadi ahli Kaum Awan Berkabus? Oh Tuhan, ini adalah impian untuk banyak orang…

Selepas mengatakan syarat-syarat itu, Nalan Yanran mengangkat dagunya, seperti seorang puteri yang sedang mengarahkan orang gajinya. Dia tunggu jawapan Xiao Yan dan tahu bahawa syarat ini adalah mencukupi untuk membuat semua lelaki muda menjadi gila.

avataravatar
Next chapter