Di dalam hutan kecil, ulir Dou Qi berwarna putih sedang mengalir melalui udara, dan terus diserap ke tubuh Xiao Yan yang sedang tidur itu.

Melihat Xiao Yan, yang telah menjadi sebuah mesin penyerapan tenaga, Xun Er berasa terkejut namun berasa senang. Menjauhi Xiao Yan dengan senyap, dia berdiri dan mengawal kawasan persekitaran rimba tersebut. Jika Xiao Yan terbangun daripada keadaan pengantaraan latihan ini, dia akan hilang peluang untuk mencapai tahap yang seterusnya.

Peluang untuk Xiao Yan berjaya adalah hampir pasti.

Dou Qi itu sedang diserap dan kesan-kesan keletihan Xiao Yan mula menghilang. Seperti sebiji jed yang hangat, mukanya yang menawan dan ayu itu menyilau dengan cahaya pudar.

Untuk beberapa jam yang seterusnya, penyerapan itu berterusan di dalam rimba yang padat itu, sehingga tamat.

Akhirnya, apabila aliran Dou Qi yang terakhir memasuki ke dalam tubuh Xiao Yan, rimba kecil itu kembali tenang. Cahaya matahari terus menyinari rimba itu.

Sungguhpun mata Xiao Yan masih tertutup rapat, dada dia naik dan turun dengan lembut dan stabil. Xun Er, melihat keadaan ini, menghembus nafas lega, relaks dan ketawa dengan lembut. "Dia akhirnya mencapai 9 Duan Qi. Mungkin dalam setengah tahun lagi, Abang Xiao Yan mungkin dapat memampatkan Puting Beliung Qi dan menjadi seorang Dou Zhe yang benar."

Satu senyuman ringan terukir pada bibirnya, Xun Er melompat ke atas batu kapur berdekatan dan duduk bersilang. Siku di atas lutut, tapak tangannya menyokong dagunya sambil meletak jari pada pipinya, dia menunggu Si Xiao Yan untuk bangun.

…..

Senja menjelma dan akhirnya Xiao Yan mula bangun dari tidurnya. Mengelip mata dengan keliru, Xiao Yan merenung kosong persekitarannya sebelum mendapat kembali kewarasannya. Mengangkat kepalanya, pandangannya mendarat pada seorang yang sedang diselubungi oleh pancaran matahari yang berwarna keemasan itu. Terang dan jelas seperti air, sepasang mata menemui Xiao Yan. Xiao Yan tersenyum.

"Abang Xiao Yan akhirnya sudah bangun?" Xun Er ketawa dan bertanya pada Xiao Yan yang baru bangun.

Mengangguk dengan senyuman kecil, Xiao Yan bingkas bangun. Memintal lehernya yang kebas itu, dia meregangkan badannya. "Pi Li Pa La" Bunyi kepuasan retakan tulang boleh kedengaran daripada badan yang baru meningkatkan Duan Qi-nya.

Bingung dengan perasaan mencapai satu kemajuan, Xiao Yan menggulung tangannya menjadi penumbuk sebelum melepaskannya sekali lagi, rahang Xiao Yan menjadi longgar dan dia menyengetkan kepalanya. Muka dia penuh dengan keraguan dan ketidakpastian sebelum dia berkata, "Apa…...Nampaknya saya telah mencapai 9 Duan Qi?"

Memandang riak wajah Xiao Yan yang keliru itu, Xun Er mula ketawa.

Melihat Xun Er mengangguk, Xiao Yan tersenyum dengan lebar. Hatinya sangat riang, walaupun dia tidak tahu sama ada ingin menangis atau ketawa. Kali terakhir dia mencapai satu kemajuan, adalah semasa dia sedang tidur. Kali ini, dia mencapai lagi kemajuan besar sambil tidur. Cara untuk mencapai Duan Qi yang seterusnya amat lucu.

Menumbuk ke udara untuk beberapa kali dan perasaan Dou Qi-nya yang sudah lebih hebat berbanding beberapa jam yang lalu, Xiao Yan tidak dapat menahan diri daripada ketawa.

Selepas mengeluarkan kejutan istimewa dari fikirannya, Xiao Yan akhirnya menyedari warna langit yang sudah menjadi gelap itu. Memberikan satu senyuman tanda maaf kepada Xun Er, dia tahu Xun Er sedang menunggunya selama ini.

Memakai bajunya dengan cepat, dia mula bergurau dengan Xun Er. "Tak nak balik? Hari ini adalah hari yang baik jadi saya belanja awak makan di Bandar Wu Tan."

"Terima kasih. Kalau macam itu, saya mahu makanan paling mahal sekali…" Dia membalas dengan satu tawa kecil. Berjengket di atas batu kapur untuk seketika, dia melompat dan mendarat di sebelah Xiao Yan, mengeluarkan satu tawa kecil yang bergema di dalam rimba hijau itu.

…..

Untuk berterima kasih kepada Xun Er yang telah menunggunya sepanjang hari, Xiao Yan membawa Xun Er bersiar-siar di Bandar Wu Tan sebelum berpisah.

Mengheret kakinya yang masih penuh dengan keseronokan itu ke dalam bilik, Xiao Yan menjatuhkan badannya ke atas katil dan memeluk kain selimutnya. Berbisik pada diri sendiri, dia berkata, "Akhirnya, saya akan menjadi seorang Dou Zhe sekali lagi…"

"Hei, kemajuan awak ini...adalah disebabkan oleh gadis itu." Di dalam bilik, tawa seorang tua kedengaran.

Membuka salah satu kelopak mata, Xiao Yan memandang Yao Lao dengan tidak bermaya dan mengerut keningnya. "Apa kena-mengena dengan Xun Er?"

"Eh, dia ada bahagian dalamnya, kalau tidak awak akan mengambil masa seminggu untuk mencapai kemajuan yang besar ini." Badan lut sinar Yao Lao sedang terduduk atas kerusi, nadanya yang bersahaja itu berdering di dalam bilik tersebut.

Menggerak bahunya dengan dengki, Xiao Yan memasukkan semula kepala ke dalam kain selimutnya. "Sekarang saya sudah sampai 9 Duan, kalau saya ingin menjadi seorang Dou Zhe, saya takut ia akan mengambil masa selama setengah tahun atau lebih…" Selepas berkata demikian, dia terhenti seketika dan membuang selimutnya. Mukanya yang berfokus itu sudah menjadi muram, suaranya mendedahkan satu nada yang dingin. "Satu tahun sudah berlalu dan saya masih belum menjadi 1 Bintang Dou Zhe. Jika masih berjalan dengan kadar sebegini...saya takut saya tidak akan dapat mengejar Nalan Yanran dalam tiga tahun."

Mendengar kata-kata Xiao Yan, Yao Lao menaikkan satu mata dan melihat Xiao Yan tetapi tidak berkata apa-apa.

'Nalan Yanran sedang dilatih untuk menjadi Ketua Kaum Awan Berkabus yang seterusnya. Bakat dia tidaklah rendah sangat dan Kaum Awan Berkabus bukan calang-calang kaumnya. Mereka juga mempunyai Raja Pil Gu He sebagai ahli alkimia mereka... jika dia juga membantu Nalan Yanran, kelajuannya akan menjadi menakutkan. Ia tidak akan lebih perlahan daripada kadar kelajuan latihan saya.' Xiao Yan memikirkan senario itu dengan sendirian.

Yao Lao menyengetkan kepalanya pada Xiao Yan dan ternampak mata Xiao Yan yang berkristal terang itu hanya tertumpu pada diri sendiri. Yao Lao mula ketawa dengan segera tetapi tidak membuat sebarang komen.

Melihat muka Yao Lao, Xiao Yan hanya mampu memandang dengan perasaan menyampah. Kata-kata Xiao Yan tidak berguna…

"Heh…" Selepas berdiam seketika, Yao Lao mula mengeluh. Berdiri dan berjalan ke arah Xiao yan, bibirnya terbentuk satu senyuman. "Si Gu He itu tidaklah lebih daripada Alkimia Peringkat 6. Adakah dia layak dipanggil sebagai Raja Pil? Selain daripada penapisan pil, apa lagi yang dia boleh buat?"

Mendengar Yao Lao berkata dengan cara sebegini, muka Xiao Yan tiba-tiba terenyum. Pada ketika ini, dia tahu guru misterinya akan menunjukkan sesuatu yang menarik…

"Besok, awak pergi beli bahan-bahan. Serbuk Pengumpul Qi, awak akan memakannya seperti gula-gula… Saya tidak percaya Si Nalan itu akan mempunyai layanan sebegini!" Dengan kedua-dua tangan di belakang, Yao Lao mengejek dengan bangga.

avataravatar
Next chapter