15 Tertanya-tanya 2

Sementara menanti pintu pagar dibuka untuknya, matanya bersiar menikmati permandangan di kawasan taman perumahan itu. Taman yang selayaknya didiami oleh mereka yang berharta itu diperhatikan dengan penuh rasa kagum. Lihat sahaja struktur binaan setiap rumah di situ; banglo semuanya. Ada yang dua dan ada juga tiga tingkat. Terdetik di hatinya untuk punya rumah seperti ini suatu hari nanti. Entah tercapai entahkan tidak, bertahun-tahun tentunya mahu merealisasikan angan kosongnya itu.

Lebih buatkan hati Nur Husna memasang angan untuk berumah di situ melihatkan persekitaran yang dikelilingi dengan flora yang menghijau, ditambah lagi membayangkan dirinya akan diulit bayu dingin dan segar setiap hari kerana kawasan perumahan ini dibina di kawasan bukit bukau. Disajikan dengan lukisan alam pula. Ah, sangat segar dan nyaman. Terhindar dari hiruk-piruk kota lagi. Pasti penghuninya sangat tenang dan tenteram.

"Sejukkkk.."

Berdesir suara halus Nur Husna memecah hening pagi yang masih biru gelap langitnya. Tangannya disilang di dada, menggosok-gosok tubuhnya yang kesejukan. Manakan tidak, matahari pun belum menunjukkan sinarnya. Baju yang tersarung di tubuh hanya baju kurung nipis, berbawal bidang 45 dan berselempang beg silang. Manalah tahan tubuhnya yang kurus itu dengan kesejukan hening pagi begini. Segar tapi sejuk!

"Haaashuuu.."

Ha, kan dah bersin. Itulah kau, tegar sangat nak datang lepas Subuh. Macam kau yakin sangat dia ada. Sapu tangan dibawa ke hidung lalu dihembus hidungnya yang mula berair.

"Seriously Nur Husna, pagi-pagi you dah terpacak depan rumah I. Dengan pakai macam ni? Nak mati beku ke apa?"

Kalau tak kerana Nur Husna ini kuat semangat orangnya, sudah lama dia terjun masuk gaung saat disergah suara itu dari arah belakangnya. Memang salam Nabi ajar waktu nak jumpa mak mentua saja kot. Haish, tak reti-reti nak bagi salam tu dah kenapa? Sudahlah gelap-gelita, tak ada orang lagi. Eee, geram pula aku. Jelingan tajam diberikan melihatkan Azam masih rancak mentertawakannya. Sukalah tengok muka terkejut beruk aku tadi.

Ketika jemari runcingnya sedang asyik mengurut dadanya; tindakan refleks kalau jantungnya berdegup laju, terasa bahunya memberat membuatkan Nur Husna berpaling ke sisi memandang wajah terhibur Azam sekali lagi. Berkerut dahinya melihatkan kot hitam yang tadinya tersarung di tubuh Azam sudah dipakaikan ke bahu Nur Husna.

"Encik buat apa ni?"

"I tak nak you pula yang sakit. I nak pergi jauh ni. Janganlah buat I bertambah risau. Umi sakit ni pun dah buatkan I berat hati nak pergi. Kalau tak disebabkan umi yang paksa I pergi, jangan haraplah I nak tinggalkan umi. Sekarang you pula selamba je datang pagi-pagi pakai nipis macam ni. Demam siapa nak jaga? Bertambah serba salah I minta tolong you. Sorry Nur Husna, I susahkan you ke?"

Azam yang sedang bercekak pinggang membebel yang entah apa-apa itu langsung tidak masuk ke telinganya. Gara-gara terlalu terharu dengan keperihatinan Azam, dadanya kembali dipegang. Jantung yang tadinya sudah berentak biasa kembali berpalu dengan rentak irama rancak. Dia risaukan aku? Tapi kenapa? Kita bukan siapa-siapa bukan? Oh hati, jangan kau nak buat perangai.

"Nur Husna?"

"Ar.. Ar.. –Hah! ~Ooo, tolong menolong. Tolong menolong. Sesama kita amalan yang mulia. Ooo, bantu membantu. Sesama kita. Berat jadi ringan, yang susah jadi senang.~ Erk..? Tak begitu Encik Azam –Huarr, apa aku merepek ni!"

Kerana selalu sangat dendangkan lagu kanak-kanak berjudul Tolong Menolong; Muskhlis buat anak asuhannya. Tak sempat menahan mulutnya, spontan itulah yang meluncur laju. Jangan ditanya mengapa. Nur Husna juga tidak tahu. Tabiat barunya itu semakin menjadi-jadi apabila gelabah berdepan dengan Azam. Dek malu yang teramat, segera beg sandangnya diangkat menjadi penghadang wajahnya yang membahang. Oh Tuhan, jangan bagi aku malukan diri sendiri!

"You ni kelam kabut la Nur Husna. Tapi I suka. The way you are, always makes my heart flutter even more and more. Tunggu tercabut je dari soket. What have you done to me Nur Husna?"

"Err.. err.. apa pula saya Encik Azam. Jangan dibiarkan encik. Nanti terlebih had laju km/jam rosak jantung tu saya tak tanggung. Tak cukup duit tabung saya dalam bank nak ganti. Susah saya encik." Mata Nur Husna semakin membulat. Mulutnya derhaka!

"Apa susah. Kasilah jantung you."

"Eh tak boleh! Matilah saya kalau encik ambil jantung saya."

Arrrrrr.. I hate you Nur Husna. Mulutnya ditekup kuat-kuat mengelak daripada ianya derhaka lagi dengan repekan yang bukan-bukan. Aduh Nur Husna! Kau dah kenapa bengong sangat ni! Kasi cerdik sikit jawaban tu tak boleh ke!? Yang kau pun satu, pergi layan sangat mamat sengal tu dah kenapa!? Ha tengok, ada dia kesiankan kau yang dah separuh nyawa hilang kulit muka? Dia gelakkan kau lagi ada lah! Dah la gelak macam aku ada buat lawak sarkas! Argghhh, stresss!

Dalam hatinya berdongkol geram dengan diri sendiri, bagai pak turut Nur Husna melangkah juga masuk ke dalam rumah apabila disuruh Azam yang masih bersisa ketawanya. Terhibur sungguh lelaki itu. He must've enjoyed seeing the worse side of me. Huh! What a jerk!

avataravatar
Next chapter