2 Cari Jodoh 2

"Baiklah mak. Ateh pun bukan beria nak menentang sangat pun keputusan mak dengan Along nak cari calon untuk Ateh. Ateh pun sedar diri yang Ateh ni kena menikah juga mak. Carilah mana yang baik untuk Ateh. Ateh terima saja. Selagi mana mak restu, insyaAllah Ateh redha mak. Ha Along, aku dah bagi kebenaran 100% ni kau jangan cari yang hawaq pula dekat aku. Merana masa depan aku nanti dengan calon kau yang tak pernahnya nak habis tu. Aku bakar rumah kau Along dengan sekali rumah calon-calon kau aku bakar."

Nur Husna segera melompat saat jemari ketam batu Rozaimah mahu mendarat di bahunya. Dia menjelirkan lidahnya mengejek kakak sulungnya sebelum pecut ke dapur melarikan diri daripada ditangkap Rozaimah. Bercekak pinggang wanita beranak tiga itu melihat kenalakan adiknya yang tidak sesuai dengan umur. Fawwaz dan Puan Senah hanya ketawa melihatkan keletah Nur Husna dan Rozaimah.

"Susah-susah mak, ambik sajalah salah seorang anak angkat mak yang ramai tu. Jodohkan dengan Ateh, habis cerita. Tak gaduh risaukan latar belakang ke, sikap ke apa ke. Anak-anak angkat mak semuanya bagus-bagus belaka. Ateh yang tak pandai masak tu pun bahagia hidup. Anak teruna mak semuapandai masak, apatah lagi uruskan hal-hal lain. Tak ke macam tu mak?"

Angah Maisarah yang baru pulang dari mengambil duit upah kuih Puan Senah di warung Wak Man di persimpangan masuk kampung, mencelah dengan perbincangan Rozaimah, Fawwaz dan Puan Senah.

"Aw, sakitlah mak..." Maisarah menggosok bahunya yang ditampar Puan Senah.

"Kamu jangan nak menggatal nak jodohkan Ateh dengan anak-anak mak ye. Tak kiralah apapun. Sampai bila-bila mak tak izinkan. Mak dah anggap diorang tu macam anak kandung mak. Mak rasa berdosa kalau mak nikahkan dengan Ateh. Sumbang mahram!"

"Sumbang mahram apanya mak. Tak ada pertalian darah pun. Sah disisi syarak kalau bagi kahwin mak – Aw, aw, aw, sakit mak.. sakit.." Menggeliat Maisarah saat telinganya dipulas Puan Senah. Pantang benar kalau diusik anak angkatnya. Sayang mengalahkah anak sendiri.

"Tak kiralah apapun. Mak tak setuju. Diorang tu anak kandung mak. Jangan nak membantah arahan mak –Along, kamu carilah siapa pun. Mak tak kisah. Selagi elok orangnya, mak terima. Bawa jumpa mak kalau dah setuju semua. –Kamu Angah, biar Along yang selesaikan calon Ateh. Kamu mak amanahkan siapkan Ateh tu. Biar serba boleh nak jadi isteri orang. Ateh tu kalau dengan mak bukan main payah nak melekat. Dengan kamu dia dengar cakap sikit. Memilih betul budak tu. Dengan orang berpangkat juga baru boleh patuh sikit. Mentang-mentang Angah ni dah bergelar doktor falsafah, taatnya mengalahkan taat ke mak ni. Suami pun kena berpangkat juga kot baru senang nak mengikut. Sudahlah kerja nak bergaduh sahaja kalau bertemu mata dengan lelaki. Sebab tu sampai ke sudah tak menikah. Dengar Angah?"

"Iye, Angah dengar mak. Angah cakap je dah susah sangat--"

"Dah, mak tak nak dengar. Jom tolong mak siapkan makan malam. –Ateh! Dah ke belum cari pucuk ubinya?" Menjerit Mak Senah mencari-cari kelibat Nur Husna.

"Ateh kat sini mak. Ni ha pucuk ubinya, Long Munah bagi mak. Terserempak dengan dia tadi waktu keluar. Tak sempat nak cari lagi pun dia dah panggil ke rumah. Long Munah nak pulangkan bekas mak, dia bagi sekali dengan pulut durian. Katanya Long Fuad bawak balik semalam dari kebun."

Nur Husna yang muncul dari pintu depan meletakkan bekas makanan yang berisi pulut durian di meja makan yang tidak jauh dari ruang tamu. Jiran mereka itu memang rajin sedekahkan makanan yang sememangnya sengaja dimasak lebih. Kadang-kadang bertandang ke rumah mereka menghilangkan kesunyian. Maklumlah suami isteri itu tidak direzekikan untuk punya cahaya mata sendiri. Kepada Nur Husna dan adik-beradiklah dianggap seperti anak sendiri.

"Pergi basuh pucuk ubi tu, lepas tu ke dapur. Jangan nak berkurung dalam bilik. Belajar masak dengan Angah. Kamu tu dah nak berkahwin. Belajar la sikit nak jadi isteri otang."

"Lambat lagi mak. Calon pun tak jumpa lagi."

"Ha menjawab! Pergi masuk dapur sekarang!"

"Baik mak."

Plastik yang berisi pucuk ubi kembali diambil lalu mengaturkan langkahnya menuju ke dapur sebelum terhenti ketika dipanggil abang iparnya. Wajah Fawwaz dipandang menanti jawapan.

"Abang ada kawan pandai masak, bujang lagi. Umi dia pun tengah cari calon isteri untuk dia. Kalau Ateh jadi isteri dia, senanglah nanti. Tak gaduh masuk dapur masak. Apapun tak payah buat. Dia tu serba boleh semua. Apa je kerja perempuan yang dia tak tahu, semua dia boleh buat. Nak?"

Keningnya diangkat dua kali bertanyakan persetujuan.

"Betul ke Abang Long? Kalau betul kawan abang tu wujud. Jangan tanya persetujuan Ateh, dengan senang hatinya Ateh setuju. Serius Abang Long? – Ahh, bahagianya hidup kalau memang wujud suami macam tu. Tak perlu masuk dapur, kemas rumah--"

"Kamu tak payah nak bodek dia Fawwaz. Nur Husna! Ke dapur. Mak tak kiralah suami kamu tu nanti serba boleh semua ke tak. Yang mak tahu, anak mak layak untuk bergelar isteri orang. Ha, tercegat dekat situ kenapa lagi? Nak mak hambat dengan penyapu baru nak gerak ke."

"Ye mak, Ateh datang ni. – Pstt, Abang Long janji erk? Tak tipu Ateh kan?" Husna berbisik sambil matanya mengawasi Puan Senah yang mula sibuk di dapur. Fawwaz menunjukkan isyarat okey sebagai balasan.

"Nur Husna!"

"Coming!"

avataravatar
Next chapter