59 Pelajar Naik Gila

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya sudah ada alasan sesuai untuk atuk mengambil tindakan. Cikgu Cao Xiong mempunyai seorang pelajar bernama Liu Yang, dan si Liu Yang ini dipaksa oleh Zhang Xuan untuk menjadi anak muridnya. Cikgu Cao Xiong telah mendaftar untuk Ujian Pencerahan Niat dan ia akan dijalankan esok. Pada masa itu, selagi atuk sendiri mengambil tindakan, mesti senang untuk melucutkan lesen perguruannya!"

Shang Bin memaksa perkataan tersebut keluar dari mulutnya.

Perkataan dipujuk yang dikatakan oleh Cao Xiong bertukar menjadi dipaksa melalui penjelasannya kepada atuknya. Perbezaan kepada makna kedua-dua perkataan itu sangat jauh.

Memujuk berkaitan dengan etika seseorang selaku seorang guru. Memaksa pula berkaitan dengan isu moral.

"Memaksa? Kamu pasti tak?" tetua Shang Chen terkejut mendengar.

"Saya pasti!" Shang Bin mengangguk kepalanya.

"Jika begitu… Bagaimana kalau esok saya menjemput Tetua Mo ke situ untuk melihat sendiri ujian tersebut. Kalau keputusan menunjukkan Liu Yang tidak rela menjadi anak muridnya, ada kemungkinan untuk dia dilucutkan lesennya!" Selepas meragu untuk seketika, tetua Shang Chen berkata.

"Terima kasih atuk!" Mata Shang Bin mula berkelip.

Dengan kewujudan guru selaku seorang dihormati ramai, datang sesebuah persatuan yang merestui, mempertahankan dan lanjutan daripada mengawal perlakuan setiap guru. Persatuan itu merupakan Persatuan Guru.

Persatuan guru mempunyai kebolehan untuk menyelidik setiap kelakuan guru mereka dan lanjutan daripada itu melucutkan lesen mereka jika didapati mereka tidak memadai. Terdapat persatuan sama dalam dunia Zhang Xuan sebelum ini iaitu Kementerian Pendidikan.

Guru menjadi contoh kepada pelajar. Untuk memberi panduan betul kepada pelajar, mereka perlu memperakui seseorang guru itu selaku guru mereka. Jika mereka dipaksa untuk memperakui mereka, akan menyebabkan pelajar tidak puas hati dan menjejaskan pelajaran mereka. Oleh itu, kemungkinan besar guru yang berbuat demikian akan dilucutkan lesennya.

Untuk mendapat tahu sama ada pelajar tersebut betul betul memperakui ataupun dipaksa, Ujian Pencerahan Niat merupakan ujian teradil yang wujud.

"Hey budak, kamu mungkin gembira sekarang, mari kita melihat berapa lama lagi kamu boleh berlagak sebegini apabila lesen kamu dilucutkan esok!"

Selepas mendapat kepastian yang dendamnya akan dibalas esok, Shang Bin menggengam penumbuknya dan berteriak dalam hatinya kerana terlalu lega.

.......

Zhang Xuan tidak menyedari terdapat komplot untuk melucutkan jawatannya. Selepas berehat semalam, dia berasa penuh bertenaga. Melihat cermin, dia perasan selepas menjadi fasih dalam teknik Badan Emas Jalan Syurga semalam, kulitnya menjadi lebih putih dan licin seakan bayi. Semua parut di badannya telah hilang dan secara keseluruhan, dia kelihatan lebih muda dari usianya. Jika seorang tidak kenal Zhang Xuan sebelum ini, mesti mereka akan ingat dia seorang pelajar.

"Hebat juga!" Dia berkata sebelum berjalan ke kelasnya dengan langkah besar. Selepas sampai ke kelas, dia menyedari kelas tersebut telah dibersihkan oleh kelima-lima pelajarnya. Malah, air minumannya pun telah dididih oleh mereka.

Wang Ying, Liu Yang, Zheng Yang, Zhao Ya dan Yuan Tao semuanya tidak sabar menunggu kedatangan guru mereka. Mereka memandang Zhang Xuan dengan penuh teruja dan perasaan hormat.

Asalnya, kelima-lima mereka ingat mereka ditipu untuk berguru di bawah seorang yang mendapat tempat terakhir di Peperiksaan Kelayakan Guru. Namun, selepas menghadiri kelas semalam, mereka perasan walaupun reputasinya teruk, dia ini sebenarnya menakjubkan!

Perasaan ini dirasai lebih-lebih lagi oleh Wang Ying. Selepas melafazkan teori gurunya kepada ayah dan tetua keluarganya, mereka semua telah memujinya. Lebih-lebih lagi, mereka bertegas ingin Wang Tao bertukar perguruan daripada seorang tetua kepadanya pula! Ini sudah memadai untuk mengenal pasti kualiti Zhang Xuan selaku seorang guru!

"Un, nampaknya semua sudah teratur. Zhao Ya, ambil herba ini, hancurkannya sehingga menjadi serbuk dan menelannya dengan air. Ah, satu lagi, ini teknik pertapaan khas saya telah menulis untuk kamu. Jika kamu mengikuti teknik pertapaan ini, kamu patut boleh sembuh sepenuhnya dalam jangka masa dua ataupun tiga hari!"

Melihat ekspresi kesemua anak muridnya, mustahil Zhang Xuan tidak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Sambil mengangguk kepalanya, dia memberi Rumput Kesejukan Ibu matahari yang dibelinya semalam dan sesebuah buku kepada Zhao Ya.

Kesakitan Zhao Ya disebabkan dia bertapa mengikut teknik pertapaan yin tulen. Selepas mengimbas melalui ke semua buku di Pavillion Kompendium Guru semalam, Zhang Xuan telah menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga untuk menyelesaikan masalahnya. Walaupun teknik pertapaan tersebut jauh berbeza berbanding teknik Seni Suci Jalan Syurganya, ia tetap teknik yang dihasilkan oleh Perpustakaan Jalan Syurga dan oleh itu ia tidak ternilai harganya.

Walaupun masih terdapat kelemahan dan kesalahan dalam teknik tersebut, ia tidak menjejaskan kualiti teknik tersebut langsung.

"Baiklah!" Zhao Ya mengambil herba tersebut dan menyimpannya lalu membelek beberapa muka surat buku tersebut. Dia perasan dakwatnya masih belum habis kering dan ini membuatkannya sedar buku ini baru ditulis. Selepas melihatnya untuk seketika, matanya menyepet dengan penuh curiga. "Cikgu Zhang, walaupun saya masih baru di sini, saya tahu nama kesemua kitab terkenal di akademi ini. Kitab ini… jauh lebih hebat daripada teknik Jed Putih Dara saya. Kenapa… Saya tidak pernah mendengar tentangnya? Tambahan pula…. kenapa tidak ada nama tercatat di atas buku ini!"

Selaku anak perempuan kepada Datuk Bandar, Zhao Ya mempunyai koleksi buku yang banyak di rumahnya. Dia telah mengimbas melalui pelbagai kitab rahsia dan ini telah membina mata menganalisanya. Buku di tangannya ini jelas jauh hebat daripada teknik Jed Putih Dara yang diikuti pertapaannya sebelum ini. Namun… kenapa dia tidak pernah mendengar tentangnya?

Apabila seseorang menyalin sesebuah teknik pertapaan, dia akan menulis nama pengasasnya ke atas muka surat pertama buku tersebut. Namun, tidak ada satu pun maklumat tentang pengasas yang ada pada buku tersebut dan ini membuat Zhao Ya tertanya tanya.

"Oh, buku ini sesuatu dirumus oleh saya khas untuk kamu berasaskan keadaan badan kamu. Oleh itu, tidak ada nama tercatat padanya. Jika kamu mendapatinya susah untuk merujuk kepada buku tersebut tanpa sesebuah nama, kamu boleh menamakannya sesuka hati kamu!" Zhang Xuan berkata.

Perpustakaan Jalan Syurga dapat mengenal pasti jalan yang betul daripada beberapa kitab rahsia dan kemudian merumuskannya menjadi sesebuah buku. Buku yang telah dirumuskan tidak akan mempunyai nama dan dia sendiri tidak peduli untuk menamakannya. Oleh itu, dia memberi kepada Zhao Ya sejurus sahaja selepas dia habis menyalinnya. Dia tidak menjangkakan Zhao ya untuk bertanyakan tentangnya.

"Apa? Cikgu sendiri… mengarang buku ini? Ini bermaksud… ini teknik pertapaan ciptaan cikgu?" Bukan sahaja Zhao Ya terkejut, keempat-empat pelajar lain turut menjeling sesama sendiri dan hampir pengsan apabila terdengar.

Setiap orang yang berjaya menghasilkan teknik pertapaan sendiri merupakan tok guru dan pakar yang telah menjadi lagenda dan mitos! Untuk guru mereka yang tidak dikenali ramai berkemampuan untuk mencipta teknik pertapaannya sendiri… lebih-lebih lagi sesuatu teknik yang jauh hebat daripada yang wujud sekarang, kamu ini benar tak?

"Kamu boleh berkata demikian!"

Perpustakaan Jalan Syurga sesuatu misteri walaupun untuk Zhang Xuan sendiri. Buku-buku ini terjelma entah dari mana. Oleh itu, ia tidak menjadi masalah untuk Zhang Xuan berkata dia yang menciptanya ataupun tidak. Tanpa menghiraukan persoalan tersebut, Zhang Xuan hanya mengangguk kepalanya.

"Hebat…"

"Teknik Jed Putih Dara, teknik ini dicipta oleh seorang Peninju 8-Dan alam Zhongshi tahap pakar dalam keluarga saya. Untuk cikgu mampu mencipta teknik yang lebih hebat berbanding Teknik Jed Putih Dara ini, betapa kuatnya cikgu saya ini sebenarnya?"

Melihat guru mereka sendiri mengaku, kelima-lima pelajarnya ingin naik gila.

Semenjak pertubuhan Akademi Hongtian, hanya beberapa orang sahaja telah berjaya mencipta teknik pertapaan baru. Setiap satu daripada mereka seorang yang terkenal dan amat berpengaruh. Namun, guru mereka ini mampu juga berbuat demikian. Mereka semua berasa seakan telah diberkati tuhan dengan nasib baik kerana dapat berguru di bawahnya dan kerana itu tidak dapat menahan senyuman mereka.

[Tambahan pula… Paling penting sekali, apa Cikgu Zhang cakap tadi?

Dia berkata, "Kalau susah untuk kamu merujuk kepadanya begini, kamu boleh menamakannya sesuka hati kamu…"

Haram jadah!]

Setiap sarjana mesti melalui banyak perkara hanya untuk mencipta teknik pertapaan mereka tersendiri. Oleh itu, mereka akan melihat ciptaan mereka sebagai harta karun dan hanya akan diwarisi kepada pelajar utama mereka!

Namun, selepas mencipta teknik pertapaan ini, bukan sahaja Cikgu Zhang ini dengan senang hati memberikannya kepada mereka, malah terlalu malas untuk memberinya nama, memberikan peluang kepada pelajar sendiri untuk menamakannya…

Seseorang mesti ingat yang generasi akan datang hanya akan ingat nama kepada teknik daripada pengasas itu sendiri.

[Dengan peluang emas untuknya meninggalkan namanya dalam buku sejarah pun, dia tidak membuang masa untuk mengendahkannya pun…

Dia ini terlalu tidak kisah tentang kekayaan duniawi kan? Mesti tidak ada orang pada usianya yang dapat menandingi kemuliaannya ini!

Tidak hairan Cikgu Zhang masih tidak dikenali walaupun begitu berkemampuan, malah mempunyai reputasi sebagai guru tersampah di akademi. Untuk berfikir orang ini akan begitu mulia, seorang yang tidak melihat populariti…]

"Cikgu Zhang…"

Selepas berfikir tentang perkara tersebut, mata kelima-lima anak muridnya mula merah. Hati mereka begitu tersentuh sehingga mereka berasa seakan ingin menangis di situ juga.

"Kamu semua ini dalam keadaan baik?

Melihat anak muridnya yang seketika tadi baik sahaja tiba-tiba melihatnya dengan mata merah, Zhang Xuan bingung.

[Adakah mungkin, mereka semua… telah naik gila pada masa sama?]

avataravatar
Next chapter