60 Orang Terhebat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selaku seorang yang dilahirkan semula, memandangkan baru beberapa hari sahaja semenjak dia dilahirkan di sini, bagaimana mungkin dia akan mengetahui penciptaan teknik pertapaan baru sesuatu yang menakjubkan. Oleh itu, dia tidak dapat faham sebab kenapa muridnya begitu terharu. Dengan muka tenang, dia mengambil keluar satu lagi buku, "Liu Yang, kitab ini khas saya tulis untuk kamu berasaskan badan dan situasi kamu. Bertapalah mengikut ini dan tangan kamu akan sembuh sepenuhnya dalam masa agak-agak setengah bulan!"

Sebelum sempat mereka dapat mentafsirkan situasi tersebut, dia telah mengambil beberapa lagi buku keluar dan memberi kepada mereka.

"Yuan Tao, kamu mempunyai pertahanan yang kukuh, buku yang saya berikan sebelum ini merupakan asas kepada teknik pertapaan manakala ini pula bertujuan untuk memperkukuhkan pertahanan kamu lagi. Wang Ying dan Zheng Yang, saya juga telah merumuskan kebolehan kamu dan mengarang buku untuk kamu berdua. Kalau kamu berlatih mengikutinya, pertapaan kamu akan meningkat dengan mendadak!"

Memandangkan mereka semuanya anak muridnya, dia tidak boleh berpilih kasih antara mereka. Oleh itu, dia memberi sesebuah buku kepada setiap satu daripada mereka.

Teknik pertapaan ini dibuat daripada merumus beberapa teknik rahsia dari Pavillion Kompendium Guru menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga. Mereka dibuat khas untuk Wang Ying, Liu Yang dan yang lain berasaskan keperibadian, kebolehan dan badan mereka. Walaupun masih terdapat kelemahan dalam teknik tersebut, jumlah kesalahan di dalam mereka jauh berkurangan berbanding teknik kitab rahsia lain.

"Kitab rahsia ini…"

"Teknik ini menakjubkan…"

Tidak kira Wang Ying, Liu Yang ataupun Zheng Yang, mereka semua mampu menilai kebolehan sesebuah kitab. Dengan hanya sekilas pandang buku-buku tidak bernama itu, mereka semua teruja untuk membacanya.

Kitab ini khas dicipta untuk mereka, tambahan pula kesemuanya bertaraf tinggi. Membandingkan kitab yang baru diterima mereka dengan teknik pertapaan mereka terdahulu, teknik mereka sebelum ini boleh dikatakan seperti sampah di antara sampah, langsung tidak adil untuk membandingkan mereka!

"Cikgu, buku ini… kami dibenarkan memberikannya nama?"

Tidak lagi dapat menahan kesabarannya, Wang Ying bertanya.

"Un, sesuka hati kamu!"

Zhang Xuan melambaikan tangannya.

"Ah…"

Anak muridnya menjeling antara satu sama lain dan dengan sepakat mereka bersorak dalam minda mereka.

Mencipta satu teknik pertapaan sendiri sudah sesuatu yang cukup menakjubkan. Untuk mampu menulis lima dan kelima-limanya khas untuk setiap daripada mereka, malah membenarkan mereka menamakan teknik mereka tersendiri…

Begitu murah hati dan hebat kemampuannya!

Ini tidak pernah didengari dalam seluruh sejarah Akademi Hongtian!

Paling menakjubkan sekali, teknik ini khas dicipta mengikut keperluan mereka…

Tidak kira betapa pandainya seseorang berkait dengan jalan pertapaan, mereka tetap perlu meluangkan banyak masa dan membakar minyak malam untuk menciptanya. Kemungkinan besar, guru mereka tidak tidur langsung semalam untuk mencipta teknik ini untuk mereka!

Guru mereka sanggup membakar minyak malam untuk mencipta teknik pertapaan khas untuk mereka tetapi mereka pula asalnya meragui kemampuan guru mereka…

Ini terlalu…

Mata kelima-lima pelajar dengan serentak menjadi merah sekali lagi.

Peristiwa ini akan termaktub dalam minda mereka!

"Terima kasih cikgu!"

Kelima-lima mereka dengan serentak melutut dan melihat Zhang Xuan yang berdiri di depan mereka. Dengan mata yang menunjukkan kesungguhan mereka, mereka berkata, "Cikgu Zhang, jangan risau. Kami berjanji untuk tidak mendedahkan teknik ini kepada orang lain. Sesiapa yang membocorkan teknik ini akan menerima apa sahaja hukuman yang diberikan oleh cikgu!"

"Tidak mendedahkan mereka? Baiklah!"

Teknik pertapaan ini dicipta oleh Perpustakaan Jalan Syurga tetap jauh berkurangan berbanding Seni Suci Jalan Syurga, Oleh itu, Zhang Xuan tidak begitu kisah tentangnya. Pada saat intu, apabila mendengar cadangan pelajarnya, dia hanya mengangguk kepalanya tanpa berfikir banyak tentangnya.

"Inilah rupa seorang sarjana yang benar!"

Melihat Zhang Xuan tidak kisah tentang isu tersebut, kesemua pelajarnya hanya mampu berasa lebih kagum terhadapnya.

[Apa itu sarjana?

Inilah baru seorang sarjana!

Siapa orang terhebat di dunia?

Dialah orang terhebat!

Untuk begitu berkemampuan tetapi merendahkan diri, dipersalahkan tetapi tidak mengendah, dihina tetapi ditangani dengan tenang…

Untuk mendapat seorang guru sebegini merupakan berkat daripada Tuhan!]

Zhang Xuan tidak tahu yang pada masa ini, pangkatnya dalam hati pelajarnya telah bertukar dari seorang manusia kepada dewan. Selepas memberi arahan dan pengajaran kepada kelima-lima mereka, Zhang Xuan sekali lagi mempunyai masa terluang.

Seorang guru tidak patut sentiasa mengekang pelajar mereka, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk berlatih dan belajar sendiri. Tugas seorang guru hanya untuk menunjukkan kesalahan dan memandu mereka ke jalan betul.

Sekarang, memandangkan mereka semua sudah mempunyai teknik khas untuk mereka, selagi mereka berlatih dengan gigih, mereka akan mampu mencapai kemajuan yang mendadak.

........

Keraguan muncul pada muka cantik Shen Bi Ru. Namun, apabila berfikir tentang kehebatan orang muda itu malam tadi, kecurigaannya membara sekali lagi dan dia bertekad untuk berjalan ke arahnya.

Dia bidadari akademi ini, seorang idola kepada semua guru lelaki dan pelajar sekalian. Setiap hari, jumlah bunga yang bertimbun di atas mejanya tidak terhingga. Walaupun begitu, dia dengan sendiri tidak pernah berkeinginan untuk bercakap dengan seorang yang berlainan jantina dengan sendiri. Namun... orang semalam menariknya seakan sesebuah magnet, membuatkannya melayang ke arahnya tanpa sebarang fikiran. Lebih-lebih lagi, kerana itu, dia tidak dapat memberi perhatian dalam mengajar anak muridnya pagi tadi.

"Saya hanya ingin berjumpa dengannya untuk mendedahkan rahsiaya.. tidak ada niat lain selain itu!"

Selepas mencari alasan untuknya, dia menghembus nafas lega dan berjalan ke arah kelas Zhang Xuan dengan cepat.

Cikgu Zhang Xuan ini, dia sudah kenal semenjak lama lagi. Namun, dia tidak pernah bercakap dengannya, oleh itu dia tidak tahu sangat tentang keperibadiaannya. Tetapi, daripada khabar angin, hanya ada tiga perkataan untuknya. Teruk! Teruk! dan akhirnya, teruk sekali!

Dia mempunyai reputasi sebagai guru tersampah di akademi.

Selama ini, dia juga berpendapat sedemikian. Namun, semalam, pandangannya telah diterbalikkan.

Dia boleh mengingati ke semua kandungan sesebuah buku dengan hanya mengimbas melaluinya. Walaupun mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, dia mampu berfikir beberapa jawapan untuk soalan peperiksaan tersebut. Hanya dengan makan malam dengan dia, dia perasan dia juga seorang gourmet. Selain itu, dia mampu memujuk Singa Pencakar Langit untuk patuh pada arahannya dengan begitu senang…

Apa yang dahulu menjadi guru tersampah di akademi sekarang menjadi enigma di kaca matanya. Kabus kekeliruan menyelebunginya setiap kali dia cuba berfikir tentang dia.

"Lupakan sahaja, saya akan berhenti berfikir tentang dia hari ini. Hari ini, saya mesti mendapat jawapan daripadanya…"

Sambil merungut dengan kuat, dia mengangkat mukanya yang cantik. Hanya selapas itu, dia perasan dia sudah sampai ke hadapan kelas Zhang Xuan. Sebelum sempat dia membuka pintu kelas, dia perasan seorang yang seakan mumia sedang berdiri di luar pintu.

Yao Han bermuka cemas.

Semalam, dia telah membuat hal untuk Zhang Xuan dan menjerit padanya di dalam kelasnya. Kelakuannya dikecam dan dia dimarahi oleh puan mudanya apabila mereka sampai ke rumah.

Selepas itu, apabila dia sampai ke biliknya pada malam tersebut, dia semakin marah apabila menatap kejadian hari tersebut.

Penyebab kepada kesemua masalah ini merupakan guru sampah itu, Zhang Xuan.

Jika bukan kerana dia, bagaimana mungkin muka puan mudanya menjadi merah malu serta bertekad untuk menjadi anak muridnya? Jika bukan kerana dia, dia tidak akan dibelasah sehingga begini apabila ingin menyerang hendapnya pada malam tersebut.

Kerana tidak berjaya memujuk puan mudanya, niat asalnya untuk memaklumkan datuk bandar tentang hal tersebut supaya dia sendiri boleh mencelah dan menyelesaikan masalah ini. Namun, Bandar Baiyu jauh dari sini dan kuda terhebat mereka pun akan mengambil sekurang-kurangnya setengah bulan untuk pergi dan balik. Jika dia betul-betul beredar… Jika guru sampah itu mengambil kesempatan terhadap puan muda dia bagaimana pula? Jika demikian, kalau dia mati pun, susah untuk dia menerima hakikat dosanya!

"Apa patut saya lakukan? Puan muda mesti tidak gembira dengan saya jika saya sekali lagi mencelah masuk ke kelas sekarang. Tetapi, jika saya tidak, dia mungkin dibuli dan cedera pula…"

Oleh itu, Yao Han hanya mampu terpaku di depan kelas untuk jangka masa panjang.

"Siapakah kamu?"

Sambil dia sibuk berfikir tentang masalah dia, tiba-tiba dia terdengar suara yang seakan seruling merdu. Menangkat kepalanya, dia melihat seorang jelitawan berdiri tidak jauh darinya dan melihatnya dengan muka curiga.

Jelitawan ini jelas dalam lingkungan dua puluh tahun. Dia memakai baju berwarna ungu muda yang mempamerkan badan langsingnya dengan menakjubkan sekali. Kulitnya licin seperti krim dan walaupun tidak bergerak dengan banyak, dia tetap teramat menawan kepada sesiapa yang menatapnya/

"Rasanya tidak perlu kamu tahu siapa saya!"

Tidak kira apapun, Yao Han ini tetap seorang berpengalaman dalam dunia yang lasak ini. Oleh itu, dia pulih daripada pukauannya dengan cepat dan berkata.

[Kamu hanya seorang budak hingusan manakala saya ini tukang rumah Datuk Bandar Baiyu. Adakah kamu layak untuk tahu identiti saya?

Lagipun… lebih penting sekali, bagaimana saya nak dedahkan identiti saya dalam keadaan macam ini…]

"Tidak ingin mendedahkan identiti kamu? Apa matlamat kamu untuk datang ke sini dengan menutup muka kamu sebegini pula?" jelitawan itu membalas jelas tersinggung dengan jawapannya. Gedang, hatinya tiba-tiba berdegup dan dia terfikir sesuatu."Orang ini, mungkin… mungkin dia dibayar oleh Shang Bin untuk memberi pengajaran kepada Zhang Xuan!"

avataravatar
Next chapter