10 Mungkir Janji

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Baiklah, memandangkan kamu cakap kamu mempunyai anak murid, bawaklah mereka ke sini untuk kita mengesahkan kewujudan mereka. Ataupun, kamu hendak menampilkan muka kamu kedepan untuk ditampar sekarang?"

Melihat guru yang tercorot dengan angkuhnya bertaruh dengan mereka, Qian Biao tersenyum dengan sinis.

"Bawa anak murid saya ke sini?" Zhang Xuan mengeleng kepalanya. "Bukankah kamu semua guru daripada Biro Logistik? Takkanlah benda senang sebegini pun tidak tahu!" Senang sahaja untuk mengesahkan jikalau saya mempunyai 4 orang anak murid. Selagi pelajar-pelajar itu sudahpun membuat tuntutan pemilikan token saya, maklumat peribadi mereka akan muncul di Biro Pendidikan. Selagi kita boleh mengesahkannya dengan Biro Pendidikan, kebenaran akan jelas di mata kita. Lagipun, takkanlah seluruh Biro Pendidikan akan berkomplot dengan saya sekadar untuk menipu kamu semua!"

Selagi pelajar tersebut telahpun mengesahkan hubungannya dengan gurunya, maklumat tersebut akan segera dihantar ke Biro Pendidikan untuk disimpan. Tidak ada sesiapapun yang mampu mengubah keputusan tersebut!

"Li Yuan, kamu pergi tengok! Saya mahu tengok macam mana dia masih boleh berlagak selepas tu!"

Setelah melihat air muka Zhang Xuan yang penuh keyakinan dan mendengar kata-katanya, Qian Biao telah teragak-agak sebentar sebelum berpaling ke belakang untuk mengarah Li Yuan.

Li Yuan merupakan salah seorang guru yang mengejek Zhang Xuan dulu. Mendengar arahan tersebut, dia berpaling dan menuju keluar dari Biro Logistik.

Biro Pelajaran dan Biro Logistik berada dibawah Cawangan Pentadbiran. Tidak lama kemudian, Li Yuan pulang dengan muka yang resah.

"Bagaimana?"

Melihat air muka Li Yuan, hati Qian Biao mula berdebar, "gedup!", mukanya seakan menonjolkan malapetaka yang bakal berlaku .

"Terdapat....empat pelajar telah memperakui dia sebagai guru mereka! Inilah nama mereka dan maklumat peribadi mereka…."

Muka Li Yuan bertukar menjadi pucat.

Walaupun sekarang, Li Yuan mendapati bahawa ia sukar untuk dipercayai.

Adakah keempat-empat pelajar itu buta? Dalam banyak-banyak guru di Akademi Hongtian, kenapa mereka memilih guru yang medapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, seorang yang tidak tahu apa apa!

"Biar saya tengok! Biar kami pastikan bahawa dia tidak sekadar mencari orang yang cacat dan buta yang boleh dibuang pada bila-bila masa sahaja untuk menjadi anak muridnya!"

Qian Bian merampas senarai nama tersebut dari Li Yuan.

Guru-guru yang lain dengan segera mengelilinginya.

Terdapat beberapa orang guru yang akan megambil pelajar yang kurang berkelayakan hanya untuk meningkatkan jumlah pelajar yang mereka ada. Orang sebegini boleh dibuang pada bila-bila masa sahaja. Walaupun mereka masih berada didalam akademi ketika ini, kerjaya mereka tidak akan tahan lebih daripada beberapa bulan!

Di dalam pemikiran Quan Biao, untuk seorang seperti Zhang Xuan yang berkedudukan paling rendah, walaupun dia berjaya mendapatkan anak murid, tentunya dia hanya mendapat mereka daripada yang terburuk, pelajar yang tidak dikehendaki oleh guru lain.

Penerimaan pelajar yang sekadar untuk mengisi tempat kosong tidak akan membawa kebanggaan kepada seorang guru malah boleh membawa malu!

"Wang Ying….seorang perempuan? Kalau ikut nama, tiada ada apa-apa yang bagus tentangnya. Kebarangkalian dia salah seorang pelajar yang mendapat markah terendah didalam ujian kemasukkan…" Melihat nama yang pertama dalam senarai, Qian Biao mengejek.

Akademi Hongtian bukan sesuatu tempat yang orang boleh sewenang-wenangnya masuk. Untuk belajar di sini, seseorang perlu mengambil ujian kemasukan. Selepas itu, pelajar akan diberi pangkat berdasarkan keputusan mereka dan sesiapa yang memenuhi syarat akan diterima.

Mereka yang mendapat tempat teratas di dalam ujian kemasukan kebiasaanya menjadi rebutan untuk guru-guru yang terbaik di akademi. Setiap daripada pelajar ini sememangnya terkenal di dalam akademi dan antara mereka, tiada sesiapa yang dikenali sebagai Wang Ying.

"Cikgu Qian, tolong baca sampai habis..." Sebelum Qian Biao sempat menghabiskan perkataannya, dia terdengar bunyi seorang guru di sebelahnya yang sedang menggeletar.

"Kenapa? Adakah dia lebih teruk daripada deskripsi saya?

Dengan gelak yang sinis, Qian Biao sambung membaca senarai tersebut. Sambil menjeling matanya, dia membaca maklumat yang terperinci di bawah nama Wang Ying. "Pangkat 67 dalam ujian kemasukan, adik kepada Wang Tao, Anak murid Ketua puak, anak perempuan kepada satu daripada empat keluarga agung di Bandar Tianxuan!"

"Puan muda daripada keluarga Wang? Adik Wang Tao?" Qian Biao tercengang.

Terdapat empat keluarga agung di Bandar Tianxuan dan keluarga Wang merupakan satu daripada mereka. Anak perempuan kepada keluarga yang hebat begini memperakui seorang guru yang mendapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru sebagai gurunya? Serius?

Bukankah seorang yang sebegini biasanya akan pergi kepada Lu Xun ataupun Wang Chao?

Sungguhpun nama keluarganya telah membuatkan Qian Biao untuk takut, namun perkara yang membuat Qian Biao lebih putus asa adalah abang Wang Ying, Wang Tao!

Wang Tao mendaftar masuk 2 semester yang lepas, selepas pendaftaran, dia selalu mendapat tempat sepuluh teratas dalam penilian komprehensif tahunan. Tahun ini, seorang tetua didalam akademi telahpun berhasrat untuk mengambilnya sebagai anak muridnya!

Kalau abang mempunyai bakat yang sebegini, adiknya mesti tidak jauh ketinggalan.

Dengan mempunyai latar belakang yang begitu berpengaruh, bakat dan abang yang baik, bagaimanakah dia masih boleh memperakui orang sebegini untuk menjadi gurunya?

Mata saya mesti sudah buta sehingga tersilap lihat!

Qian Biao seolah-olah mendengar petir bergema di sekelilingnya dan dia seakan ingin pengsan.

"Cuba lihat nama yang seterusnya.."

Baru sahaja dia berasa terkejut dengan apa yang berlaku, seorang lagi guru bercakap dengan nada yang menggeletar.

"Mungkin dia telahpun menggunakan segala nasib baiknya untuk mendapatkan Wang Ying. Saya tidak percaya dia mampu mendapat sesiapa lagi yang lebih hebat…." Sambil mencengkam giginya, Qian Biao sambung mengimbas senarai tersebut. Apabila matanya terpandang nama tersebut, badannya berasa sawan dan sekali lagi penglihatannya mula kabur.

"Zhao Ya? Zhao Ya itu yang mendapat tempat ketujuh dalam ujian kemasukan? Anak perempuan Datuk Bandar, Bandar Baiyu?"

Qian Biao berasa seakan air mata ingin mengalir daripada matanya pada saat ini.

Dia baru sahaja cakap bahawa tidak mungkin Zhang Xuan akan mampu mendapat anak murid yang lebih hebat dan tidak pernah terlintas di benak pikirannya Zhang Xuan mampu…. bukan sekadar itu sahaja, pelajar tersebut merupakan seorang yang terkenal dan ramai di kalangan guru beria-ria untuk mengajarnya!

Dia telah mendengar tentang Zhao Ya sebelum mendaftar dengan akademi lagi. Dia merupakan anak perempuan kepada Datuk Bandar, Bandar Baiyu yang bukan sahaja cantik tetapi juga diberkati dengan bakat yang menakjubkan.

Bakat sebegini yang menjadi rebutan guru-guru berpangkat tinggi. Kenapa dia boleh memperakui sampah yang sebegini?

Mustahil, ini mustahil!

Dia cuba untuk mengawal emosinya. Sambung mengimbas senarai nama, dia ternampak nama Liu Yang dan Zheng Yang yang walaupun tidak begitu terkenal, pangkat mereka tidaklah rendah didalam ujian kemasukkan dengan tempat seratus keatas!

Terutamanya Zheng Yang, yang merupakan pakar menggunakan senjata jenis lembing. Kerana limitasi ujian tersebut, dia tidak dapat mengeluarkan kuasa sepenuhnya dan ini menyebabkan pangkatnya untuk jatuh ke belakang. Kalau dia dibenarkan untuk mengunakan lembing, semestinya dia mendapat tempat yang keduapuluh teratas!

Melihat keempat-empat nama dalam senarai tersebut berulang – ulang kali, Qion Biao dan guru lain berasa seakan mereka sedang naik gila.

Ini tak rasional!

"Kamu mesti menggunakan sesuatu helah untuk mendapatkan mereka untuk memperakui kamu. Walaupun mereka memperakui kamu sebagai guru mereka, mereka tidak tahu siapakah kamu! Kalau mereka mendapat tahu, mesti mereka menarik diri daripada perguruan kamu…"

Tiba-tiba, Qian Biao berteriak dengan air muka yang angkuh.

Apakah hak guru yang mendapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru untuk mendapat anak murid yang hebat sebegini! Mesti dia telah mengunakan kaedah yang keji yang masih tidak diketahui siapa. Sekali kaedah ini didedahkan, pelajar ini akan meninggalkannya dengan marah!

Kalaulah ia benar, walaupun benar dia mempunyai empat orang anak murid, semestinya mereka tidak akan berguru di bawahnya dengan lama. Cuma menunggu masa sahaja untuk mereka menarik diri daripada perguruannya.

"Ia tidak ada kaitan kalau mereka menarik diri ataupun tidak daripada perguruan saya. Pertaruhan kita adalah kalau saya ada pelajar ke tidak dan sekarang, kamu telahpun mengesahkan bahawa saya ada empat orang pelajar. Bolehkan kamu memenuhi perjanjian kamu dalam pertaruhan ini?"

Tanpa menghiraukan muka-muka angkuh yang diberikan daripada keempat empat guru logistik tersebut, Zhang Xuan bercakap dengan tenang.

Qian Biao, Li Yuan dan dua guru yang lain mempunyai air muka yang seakan sedang berada di upacara pengembumian.

Betul apa yang diperkatakan oleh Zhang Xuan, pertaruhan mereka adalah atas adakah dia mempunyai anak murid sekarang dan bukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Kalau ikut pertaruhan asal, mereka telah kalah!

Namun, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dan akan ditampar oleh guru yang terburuk didalam akademi tersebut!

"Pertaruhan? Kalau kami enggan macam mana?"

Selepas sedikit keraguan, Qian Biao senyum dengan sinis dan air mukanya bertukar menjadi muka yang ganas.

"Kalau kami mengingkari perjanjian kita dalam pertaruhan ini pun, apa yang kamu boleh buat? Kamu hendak pukul kami? Haha! Hakikatnya, adakah kamu berkemampuan untuk melakukannya?"

"Selaku guru yang terburuk di akademi ini dengan pertapaan yang terburuk. Menjadi begitu angkuh didepan kami, kamu percaya tak kalau kami di sini bantai kamu sehingga muka kamu lebam seakan muka babi, tidak akan ada seorang pun yang akan datang menolong kamu?"

"Hentikan lakonan kamu itu, mungkin kamu dapat berada didalam akademi ini dengan lebih lama kalau berbuat demikian. Kalau tidak, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kamu dibuang dan dimalukan!"

Li Yuan dan yang lain dengan segera memahami niat Qian Biao dan mula mengejek.

Bukan sahaja Zhang Xuan mendapat tempat terakhir didalam Peperiksaan Kelayakan Guru, malah pentapaannya juga antara terburuk di kalangan guru. Walaupun dia bukannya yang terburuk, namun kebolehan dia tidak jauh mencerminkan bakatnya yang tercorot!

Secara jujurnya, inilah sebabnya dia tidak mempunyai mata untuk menganalisa dalam latihan pelajarnya.

Sememangnya, Qian Biao dan yang lain tidak akan sanggup untuk ditampar. Tetapi disebabkan pihak lawannya tidak mempunyai kekuatan untuk menguatkuasakan benda yang dipertaruhkan, mereka berniat untuk mengingkari peraturan yang telahpun dipersetujui didalam pertaruhan tersebut.

"Oh? Jadi, kamu semua tidak ingin mengikuti peraturan pertaruhan tersebut?"

Zhang Xuan tidak marah. Tetapi, dia senyum pada mereka.

"Ye! Sampah, kau ingat kau siapa? Untuk terlintas difikiran untuk menampar saya, percaya tak kalau saya boleh tampar kamu sampai mati sekarang juga?"

Melihat sebagaimana rakannya itu tidak mengundur diri malah berdiri di situ dengan angkuh, Li Yuan terprovokasi dan dengan segera menuju kehadapan untuk menampar Zhang Xuan.

Namun, sebelum penampar untuk berjaya sampai ke muka Zhang Xuan, tekanan daripada udara membuatkannya berasa loya.

Walaupun Li Yuan ini hanya merupakan seorang guru daripada Biro Logistik, namun tahap pertapaannya tidak rendah. Dia telahpun mencapai tahap Peninju 4-dan tahap maju.

Terdapat 9-dan untuk seorang peninju, 1-dan alam Juxi, 2-dan alam Dantian, 3-dan alam Zenqi, 4-dan alam Pigu, 5-dan alam Dingli, 6-dan alam Pixue, 7-dan alam Tongxuan, 8-dan alam Zongshi dan 9-dan alam Zhizun.

Setiap kemajuan seseorang peninju itu akan membuka dunia yang baru kepadanya. Lebih tinggi seseorang itu maju, lebih susah untuknya maju lagi.

Di setiap peringkat pula terdapat 4 tahap iaitu, asas, sederhana, maju dan puncak.

Zhang Xuan yang merupakan guru yang termuda di seluruh akademi ini dengan usianya yang hanya 19 tahun. Pertapaannya hanya pada peringkat 3-dan alam Zhengqi tahap Pucak!

Li Yuan ini satu peringkat lebih tinggi daripadanya!

Perbezaan kekuatan antara setiap peringkat adalah teramat besar dan hampir tidak akan mungkin dapat diatasi.

Pah!

Bila sahaja semua orang berasa seakan Li Yun akan menampar muka Zhang Xuan dan meninggalkannya jatuh ke lantai, kedengaran pula bunyi sesuatu. Semua orang dengan segera nampak kesan merah di muka Li Yuan yang diikuti dengan darah yang terpancut keluar dari mulutnya diiringi oleh beberapa batang giginya jatuh ke lantai.

"Bagaimana….bagaimanakah ini boleh terjadi?"

Semua orang terpaku di tempat mereka berdiri , tidak dapat percaya apa yang mereka sedang lihat.

avataravatar
Next chapter