46 Mendedahkan Penipuan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tip?"

Mendengar ejekan Zhang Xuan, 'Sarjana Mo Yang' hampir muntah darah.

Kepala otak kamu tip!

Saya ini pakar penilai barangan, saya tidak kesempitan wang. Saya tidak ingin menerima duit kamu..

Dengan muka marah, 'Sarjana Mo Yang' seakan ingin meletup dengan kemarahan. Pada saat ini, dia terletak dalam situasi kekok tidak kira dia menerima ataupun tidak.

Jika dia menerima tip tersebut, ia seakan dia seorang pelayan ataupun hamba. Jika dia menolak….. aksi Zhang Xuan membuatkannya berasa malu!

Tiba-tiba, dia terfikir sesuatu.. Adakah mungkin dia telah menjangkakan keputusan ini? Oleh itu dia menerima duitnya dengan sengaja untuk memalukannya?

"Kamu tidak mahu? Baguslah, saya boleh jimat seribu syilling emas. Kamu mesti tahukan dengan seribu syilling emas kamu boleh beli banyak benda!"

Menyedari keraguan 'Sarjana Mo Yang', Zhang Xuan mengambil balik wang kertasnya sambil merungut kepada diri sendiri.

"….." Mendengar sindirian Zhang Xuan, 'Sarjana Mo Yang' seakan mahu pengsan.

"Nasib kamu hebat sekali untuk memilih harta karun tersebut. Namun, ini tidak bermaksud kamu telah menang! Baiklah, saya masih ada urusan sendiri, baik saya pergi dahulu!"'Sarjana Mo Yang' berkata sambil berdiri lalu meletakkan tangannya ke belakang seakan ingin beredar dari situ.

Gayanya yang spontan mengagumkan Zhang Xuan.

Seperti apa yang dijangkakan oleh seorang pakar penipu. Apabila sesuatu tidak dirancang berlaku, dia cuba melepaskan diri. Kepantasan dia menganalisa dan menbuat keputusan betul-betul mengagumkan.

Tidak kira Zhang Xuan bernasib baik ataupun sangat mahir dalam memilih harta karun, dia tidak lagi akan dianggap sebagai orang gila selepas mengaut keuntungan sebegitu. Daripada terus bertengkar dengannya, lebih baik dia mengundur diri sekarang.

Lagipun, dia telah mengaut keuntungan daripada menilai untuk yang lain.

Lebih lama dia sambung bertengkar dengan Zhang Xuan di situ, lebih tinggi kemungkinan ia hilang daripada kawalannya.

"Keputusan pertandingan kita belum lagi konklusif, kenapa kamu cepat sangat ingin beredar!", Dengan apa 'Sarjana Mo Yang' telah lakukan terhadapnya tadi, tidak mungkin dia melepaskannya begitu sahaja.

"Memang, tuan sarjana jangan beredar lagi! Kamu juga mengaut keuntungan daripada pilihan kamu, ini tidak boleh dikira sebagai kemenangan!"

"Tuan sarjana hanya memandang rendah lawannya, oleh itu dia tidak memilih harta karun paling bernilai di dewan ini. Kami percaya pada kamu tuan sarjana…"

Selepas usahanya untuk beberapa hari lalu, 'Sarjana Mo Yang' telah berjaya mendapatkan kepercayaan orang ramai.

"Saya telah cakap tadi, saya ada urusan sendiri. Selamat tinggal!"'Sarjana Mo Yang' melambaikan tangannya.

"Walaupun kamu ada urusan, saya tidak percaya beberapa minit akan mengubah apa-apa. Masih terdapat perkara saya mahu mendapatkan 'tunjuk ajar' daripada 'tuan sarjana'!" Zhang Xuan menghalang jalan 'Sarjana Mo Yang'.

"Perkara apa?"'Sarjana Mo Yang' berhenti dan menjawab dengan marah.

"kawan saya ini…"

Melihat 'Sarjana Mo Yang' berhenti cuba melepaskan diri, Zhang Xuan tersenyum sambil menjeling pada orang tua tadi yang telah membeli pasu ornamental atas nasihat 'Sarjana Mo Yang'.

"Apa?" orang tua tersebut berjalan ke hadapan.

Orang tua tersebut masih memeluk artifak tersebut seakan dia memeluk harta karun seakan takut akan dicuri orang ramai.

Daripada saiznya, dia tidak akan mampu bersihkannya dalam jangka masa pendek. Oleh itu dia memilih untuk tinggal di situ untuk melihat keputusan perlawanan mereka.

"Kalau tidak silap saya, artifak yang telah kamu membayar 80000 syilling emas itu cuma pasu hiasan. Bukan sahaja ia sekadar hiasan, ia rosak dan tidak berharga satu syilling emas pun!" Zhang Xuan menuding pada artifak tersebut dan berkata.

"Pasu hiasan? Tidak berharga satu syilling emas pun? Kamu sedang buat lawak bodoh ke? Artifak ini dipilih oleh tuan sarjana….." muka orang tua menjadi gelap sambil dia memarahi Zhang Xuan.

"Membersihkan artifak sebesar itu akan mengambil masa lama. Paling kurang pun sehari. Bagaimana kalau begini, kamu hempaskannya di lantai dan kalau saya salah, saya akan bayar balik 80000 syilling emas kamu! Namun, kalau saya betul, ia bermaksud kamu telah ditipu dan kamu boleh meminta duit kamu balik daripada orang yang menipu duit kamu!"

Zhang Xuan menawarkan dengan senyuman lebar.

"Menghempaskannya ke lantai?" Orang tua tersebut terkejut.

Apa yang dikatakan oleh orang tersebut masuk akal. Membersihkan artifak sebesar ini mengambil masa lama. Namun, jika dia menghancurkannya sekarang juga, dia akan tahu dengan serta merta.

Jika orang ini bercakap benar dan ia sekadar pasu hiasan, dia akan kerugian besar.

Untuk dia pun, kerugian 80000 syilling emas mampu membuatnya muflis.

Jika artifak tersebut dijumpai tiruan, sudah tentu dia akan membunuh diri.

Namun, orang ini telah membeli harta karun yang mengaut keuntungan sebanyak 765 kali ganda. Fakta ini membuatnya meragui kepercayaannya terhadap 'Sarjana Mo Yang'.

"Jangan risau, kalau ia harta karun sebenar, ia tidak akan hancur dengan begitu senang. Walaupun kamu menghempasnya ke lantai, ia tidak mungkin hancur dengan begitu sahaja. Kamu tidak akan rugi!" Merasai keraguan orang tua tersebut, Zhang Xuan cuba memujuknya.

"Baiklah!"

Selepas memikirkannya, orang tua tersebut menghempaskan artifak tersebut ke lantai.

Krangggg!

Dengan bunyi kaca hancur, artifak besar tersebut hancur di lantai untuk semua melihat. Di dalam lapisan kekotoran dan lumpur…. Ia betul-betul sebuah pasu hiasan.

"Ia betul-betul…pasu hiasan?"

Selepas melihatnya, semua orang di situ mengesahkannya sebagai pasu hiasan.

Walaupun artifak ini tingalan zaman kuno, ia masih tidak berharga. Apatah lagi 80000 syilling emas. Tidak ada orang akan membelinya walaupun untuk 10 syilling emas.

"Apa sedang berlaku ni…"

Melihat cebisan pasu yang hancur di depannya, orang tua tersebut terpaku di situ.

Asalnya, dia mengharapkan artifak ini akan mengaut keuntungan besar untuknya, namun ia berakhir sebegini. Bagaimana mungkin dia tidak marah?

"Apa sedang berlaku? Tanyalah 'Sarjana Mo Yang'! kalau tidak silap saya, dia telah berkomplot dengan Si Penjual untuk membina namanya selaku seorang penilai barangan untuk menarik perhatian kalian. Selepas itu, melalui penilaiannya, dia akan membuat kamu membeli sampah dengan harga tinggi lalu mengaut keuntungan daripada itu!"

Zhang Xuan menjeling 'Sarjana Mo Yang' dan Si Penjual tersebut dengan senyuman lebar. "Jadi bagaimana dia dapat memilih objek bernilai tinggi? Senang sahaja. Memandang pembersihan tersebut dibuat di belakang tirai, mereka boleh menukar objek tersebut dengan harta karun yang telah disediakan tadi dan mengatakan itulah objek yang dipilih tadi. Memandang semua orang tidak melihat dengan sendiri proses pembersihan tersebut, tidak ada orang boleh menyangkal dakwaannya."

"Ini…"

"adakah ini benar?"

…..

Mendengar tuduhan Zhang Xuan, ramai mula meragui kepercayaan mereka terhadap 'Sarjana Mo Yang'.

Selepas memilih harta karun di depan semua orang, Zhang Xuan berjaya mendedahkan 'harta karun' pilihan 'Sarjana Mo Yang'. Hadirin hadiran yang mempunyai kepercayaan penuh terhadap 'Sarjana Mo Yang' tadi mula meraguinya.

Kranggg!

Sambil mereka sibuk berfikir siapa yang betul dan siapa yang salah, kedengaran satu lagi artifak terhempas ke lantai. Seorang lagi yang telah menerima tilikan 'Sarjana Mo Yang' menghempaskan artifak dibelinya juga. Kali ini, ia bukan pasu hiasan tetapi tembikar kotor. Jelas kepadanya ia tidak berharga banyak pun.

"Tiruan, semuanya tiruan! Saya membayar 60000 syilling emas untuk ini…mereka ini penipu!"

Melihat cebisan pasu dan tembikar hancur di lantai, sesiapa yang telah beli barang tilikan 'Sarjana Mo Yang' tahu mereka telah ditipu lalu mulai marah.

Peng! Hong! Puhe!

Dengan dua kejadian tadi, mereka tidak lagi dapat menahan curiga mereka. Satu demi satu, mereka menghempaskan artifak yang baru dibeli mereka tadi ke lantai.

Melihat kandungannya, muka mereka semua pucat.

"Semuanya sampah!...tidak ada satu pun yang bernilai!"

"Kami telah ditipu! Sarjana Mo Yang ini penipu!"

Jika hanya satu daripada semua merupakan sampah, mereka masih boleh menerimanya. Lagipun, seorang penilai barangan pun tidak akan seratus peratus memilih harta karun setiap masa. Namun, semua yang telah dinilainya didapati sampah. Ini bermaksud dia seorang penipu!

"Kami ingat kamu ini seorang berwibawa dan baik hati…Pui! Kamu ini sekadar penipu!"

Semua orang mengelilingi 'Sarjana Mo Yang' dan Si Penjual sambil menengking dan menjeling mereka dengan marah. Pada saat ini, tidak hairan ada di antara mereka terfikir untuk membunuh kedua-dua orang tersebut.

Tidak hairanlah kerana duit semua orang tidak datang kepada mereka ataupun terjelma dengan sewenang wenangnya.

Jika tidak ada orang mendedahkan penipuan ini dan mereka hanya sedar selepas membersihkan artifak tersebut, siapa yang mungkin mereka cari untuk mendapatkan pampasan?

"Jangan dengar karut budak ini! Pakar penilai barangan pun akan ada masa dia buat salah. Saya tidak kenal Si Penjual ini…"

Melihat kemarahan khalayak ramai, 'Sarjana Mo Yang' tahu dia tidak akan mampu menipu mereka lagi dan menjerit dengan marah.

Terdapat sesuatu masa dahulu yang mereka masih akan percaya perkataannya. Namun sekarang… tidak ada seorang pun yang mempercayainya.

Peng peng peng peng!

Bunyi seorang dibelasah kedengaran daripada khalayak ramai disertai dengan raungan mereka. Si Penjual pun turut dibelasah.

Dalang insiden tersebut pula, Zhang Xuan, telah menyelinap keluar saat menjadi semakin huru-hara.

Dalam dunia sebesar dan seluas ini, setiap hari mesti ada orang yang menipu orang lain dan semestinya ada orang yang ditipu mereka. Dia bukannya tuhan, oleh itu mustahil untuknya mencelah dalam setiap penipuan yang berlaku. Jika bukan kerana 'Sarjana Mo Yang' melebih-lebih, dia tidak akan mencelah pun dalam urusannya. Sekarang, mereka yang telah tahu mereka ditipu, mereka sendiri akan ada cara tersendiri untuk menangani masalah tersebut…. Tidak perlunya Zhang Xuan untuk risau tentang mereka.

"Kedai Buku Huang Yu…"

Sambil berjalan dengan hati yang riang melalui pasar tersebut, sesebuah kedai buku besar muncul di depannya. Di dalam, pelbagai buku yang memenuhi setiap rak.

Kedai buku tersebut mempunyai herba perubatan, senjata, binatang buas dan terutamanya sekali buku. Inilah sebab utama Zhang Xuan memilih untuk masuk kedai tersebut.

"Baik, mari kita melihat!"

Zhang Xuan melangkah masuk kedai tersebut.

avataravatar
Next chapter