38 Loceng Ulangan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pavillion Hongtian berada dalam keadaan huru-hara.

"Apa jadi? Saya baru pergi untuk seketika, bila saya balik ini pula terjadi?"

Dalam bilik tersebut, seorang tetua menjeling pengurus Wu yang melutut di depannya.

Tetua ini dalang di sebalik pembangunan Pavilion Hongtian, tetua Hong Hao.

"Tetua, ia sebenarnya begini. Cucu tetua Shang Chen, Shang Bin datang…" Pengurus Wu tidak berani menyembunyikan apa-apa pun daripada tetua Hong Hao.

Termasuklah tentang perkara pertukaran Kemabukan Abadi dengan Bancuhan Tongkat Hijau.

"Wu Chou, berani kamu!"

Selepas mendengar penjelasan Wu Chou, tetua Hong Hao menjadi marah dan menendang pengurus Wu.

Peng!

Pengurus Wu dengan segera melayang ke belakang. Mukanya pucat sambil dia muntah darah. "Tetua, kasihanlah saya! Saya tidak meminta untuk dimaafkan tetapi orang ini lebih teruk berbanding saya. Untuk berani membongkarkan semua ini di depan khayalak ramai dan menyebabkan reputasi Pavillion Hongtian untuk hancur begitu sahaja. Tentunya dia tidak hormat langsung pada tetua…"

"Hmph! Selepas kamu berbuat demikian, kamu masih berani ingat orang tidak akan bercakap tentangnya?" tetua Hong melihatnya dengan marah dan suaranya sekan ribut petir.

"Saya…."

Pengurus Wu menggeletar dengan takut.

Menukar kandungan makanan untuk mendapat keuntungan merupakan keputusannya. Dia ingat dia telah menyembunyikan kelakuan tersebut dengan sempurna. Namun, perbuatan dia telah didedahkan oleh orang ini di khayalak ramai dan disebabkan itu dia menyimpan dendam terhadapnya.

"Saya akan memberikan kamu lima hari untuk menguruskan masalah ini. Saya mahu reputasi Pavillion Hongtian untuk dikekalkan dan khabar angin tentangnya dikurangkan dengan sebanyak mungkin! Kalau kamu berjaya, saya tidak akan mengambil tindakan terhadap kes rasuah kamu. Kalau tidak, jangan bermimpi untuk hidup!" Mata tetua Hong sangat dingin. Sambil berdiri, dia bertanya, "Satu lagi, apakah nama orang ini? Adakah dia seorang guru di akademi? Kalau dia mendedahkan ini semua kepada saya dengan senyap, saya mungkin boleh memberinya kekayaan, namun dia memilih untuk membuat hal ini dan merosakkan reputasi Pavilliong Hongtian. Saya cari lelaki ini esok"

Sambil memekik, suasana menjadi sangat menakutkan. Ia berasa seakan dihentam seseorang masih menggigil seakan-akan dipukul ombas ais walaupun dalam keadaan cuaca panas.

Peninju 7-Dan alam Tongxuan!

Tetua Hong Hao merupakan pakar alam Tongxuan! Tidak hairan dia mampu bertanding untuk pangkat pengetua. Cuma tahap pertapaannya sudah cukup menakjubkan!

"Itu…namanya Cikgu Zhang Xuan!"

Pengurus Wu cakap dengan cepat.

"Zhang Xuan? Orang yang mendapat tempat terakhir dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?" Tetua Hong Hao terkejut.

Akademi Hongtian tidak pernah ada seorang guru mendapat tempat terakhir sekali dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dalam sejarah. Oleh itu, orang berpengaruh seperti tetua Hong Hao juga mengenali nama Zhang Xuan.

"Ya, itu dia…." Pengurus Wu mengangguk kepala dia.

"Sampah seperti itu berani merosakkan reputasi Pavillion Hongtian? Hebat!" Sambil menggenggam tangannya, matanya bertukar menjadi merah. Tetua Hong Hao mendengus sambil mengeluarkan aura seperti dia hendak membunuh seseorang.

Jika orang yang membuat hal merupakan guru terkenal akademi, mungkin dia akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Namun, memandang dia sampah akademi ini…. Maka, jangan salahkannya untuk bertindak dengan kejam!

......…..

"Haih, banyaknya masalah!"

Apabila pulang sahaja ke bilik dia, Zhang Xuan mengurut dahinya.

Dia tidak sangka banyak masalah akan timbul hanya dari satu makan malam dengan Shen Bi Ru.

"Lupakan sahaja, tidak ada faedah daripada memikirkan perkara ini. Lebih baik saya berfikir cara untuk maju dalam pertapaan saya melepasi alam Pixue!"

Dengan cepat, dia membuang pemikiran keruhnya dan mulai memikiri tentang pertapaannya.

Walaupun dia seorang yang dilahirkan semula, dia tahu di dunia ini, kekuatan itu segala-galanya. Hanya dengan kuasa yang cukup dia akan mampu menyelesaikan semua masalahnya.

Dia sekarang berada di tahap alam Dingli puncak dan sedikit lagi sebelum melepasi alam tersebut, dia cuma memerlukan kitab teknik pertapaan untuk seorang Peninju 6-Dan.

Namun, guru biasa tidak akan mempunyai kelayakan untuk melihat melalui kitab teknik pertapaan 6-Dan. Mereka cuma boleh melihatnya dengan izin seorang tetua.

Dalam peperiksaan lepas, dia hanya mempunyai kekuatan Peninju 3-Dan. Jika dia terus meminta melihat teknik 6-Dan sekarang, dia mungkin akan dikaji seperti tikus makmal. Banyak masalah akan timbul nanti.

Lebih-lebih lagi, jika dia dapat kebenaran seseorang tetua pun, ia cuma satu kitab… tak cukup untuk bertapa!

Berdasarkan teknik pertapaan 5-Dan pertama daripada teknik Formula 9-Dan Hongtian, terdapat banyak kesalahan dan kelemahan di dalamnya. Tanpa rujukan beberapa lagi teknik pertapaan lain, dia tidak dapat merumuskan cara paling sempurna untuknya ikut. Jikalau begitu, pertapaannya tidak akan berjaya walaupun berlatih tanpa henti untuk beberapa tahun.

Untuk dia, perkara paling penting ialah untuk mencari sebanyak kitab teknik pertapaan Peninju 6-Dan yang mungkin dan merumuskan mereka untuk mendapatkan teknik pertapaan sempurna.

"Un, saya dengar terdapat banyak perdagangan yang berlaku di Bandar Diraja Tianxuan dan kitab teknik pertapaan merupakan antara barangan yang didagangkan. Ia akan menyelesaikan banyak masalahnya jika saya dapat beli beberapa kitab teknik pertapaan 6-Dan!"

Tiba-tiba, setelah mengingati perkara tersebut, mata Zhang Xuan berkelip.

Akademi Hongtian terletak di pusat bandar Empayar Tianxuan, Bandar Diraja Tianxuan. Bandar Diraja Tianxuan merupakan bandar yang amat makmur dengan beberapa pasar dan kawasan perdagangan. Pelbagai barang boleh didapati di sini dan walaupun kitab teknik pertapaan 6-Dan jarang ditemui, tetap ada beberapa kedai menjualnya di sini

Lagipun, Zhang Xuan tidak perlu membelinya. Dengan mengimbasnya sudah cukup.

Dengan Perpustakaan Jalan Syurga, kualiti dan harga kitab pertapaan tidak penting untuknya. Selagi kuantitinya cukup, dia akan dapat merumuskan jalan paling sempurna daripada semua kesalahan mereka dan daripada itu akan terhasil Seni Suci Jalan Syurga yang akan membenarkan dia untuk maju dengan cepat.

"Masih awal lagi, mari kita melihat kalau saya dapat memperoleh beberapa buku!"

Pada saat ini, Zhang Xuan berhenti berfikir dan berdiri dengan segera.

Matahari baru sahaja terbenam dan malam baru bermula. Memandangkan dia tidak sibuk, ia masa yang sesuai untuk berjalan kw pasar dan kawasan perdagangan. Mungkin dia akan terjumpa sesuatu yang berguna.

Bandar Perdagangan Tianyu merupakan pasar perdagangan terbesar di Bandar Tianxuan. Khabar angin tentang tempat tersebut, jika seseorang mempunyai duit secukupnya, dia boleh membeli apa sahaja.

Melangkah masuk pasar tersebut, Zhang Xuan berasa seakan ingin pitam daripada jumlah barang jualan yang tidak terhingga.

Dalam hidup lepasnya, selaku seorang guru biasa. Gajinya rendah dan dia dilayan dengan buruk. Akibat daripada itu, dia tidak pernah melihat tempat seagung ini. Oleh itu, Zhang Xuan mendapati ia sukar untukmengenal pasti semua barang yang dijual.

Terdapat banyak gerai-gerai di kawasan perdagangan ini. Peniaga-peniaga berdiri di hadapan kedai sambil menjual barang-barang masing-masing.

Senjata, pill, herba, perisai, kulit binatang, pill binatang…

Hampir segala yang diperlukan untuk pertapaan boleh didapati di sini.

Cuma, terlalu banyak. Sukar untuk dia mengenal pasti barang mana berkualiti dan barang mana kurang berkualiti.

"Saya mungkin tidak mampu mengenal pasti yang mana hebat dan yang mana serba kekurangan, namun, Perpustakaan Jalan Syurga mesti mampu melakukannya!"

Zhang Xuan mendapat satu idea. Dengan segera Zhang Xuan berjalan ke kedai berdekatan.

"Tuan muda, apa yang kamu cari? Saya ada segalanya di sini dan saya jamin kamu akan puas dengan barangan saya!" Penjual kedai menjemput Zhang Xuan yang mendekati kedainya.

"Saya hanya melihat!" Zhang Xuan senyum. Dengan tenang dia mengambil sesebuah barang dari kedai tersebut.

Barangan tersebut sesebuah loceng bersaiz sederhana.

"Loceng ini khas ditempa oleh seorang tukang besi dan mempunyai kebolehan yang menakjubkan. Saya menjualnya dengan harga 50 syilling emas sahaja. Saya boleh jamin ia harga jualannya berpatutan. Harga ini ditawarkan kepada setiap pengunjung yang datang ke kedai ini! Kalau berminat, saya boleh memberi potongan harga….untuk kamu hanya 20 syilling emas sahaja!"

Penjual tersebut cuba memujuk Zhang Xuan.

Zhang Xuan tidak mengendahkan perkataannya. Dia sekadar membelek loceng tersebut.

Weng!

Perpustakaan di mindanya menjelmakan sebuah buku.

"Loceng ulangan. Ia mampu keluarkan nada yang sama berulang kali dan menyebabkan seseorang untuk pening kepala. Ia berkesan terhadap Peninju 1-Dan. Ia dicipta oleh seniman 1-mo di Bengkel Langit Biru. Ia diperbuat daripada besi Wujin…"

"Kelemahan: No.1, jangka masa untuk bunyi ulangan berkesan sangat lambat, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit, tidak berkesan dalam pertempuran bersenjata. No.2, ia tidak membezakan antara pengguna ataupun musuh menyebabkan pengguna pun terkena serangan daripadanya…"

"Nampaknya boleh juga!" Zhang Xuan senyum.

Tiada ada masalah jika dia tidak mengenali semua barangan ini. Selagi dia menyentuh ia dengan tangannya ataupun mengambil mereka, Perpustakaan Jalan Syurga akan merumuskannya menjadi sesebuah buku!

Tambahan pula, buku ini mempunyai sejarah mereka, komposisi mereka dan segala kelemahan barang tersebut dengan teliti. Hanya dengan sekilas pandang, ia akan memberitahu sesuatu barang itu berharga ataupun tidak.

Untuk mereka yang tidak tahu kebenarannya, mereka mungkin akan terus membelinya dengan tawaran 20 syilling emas tadi. Selepas melihat kandungan buku yang dirumuskan dalam Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan menyedari mainan ini tidak berharga 2 syilling emas pun!

Pembuatan khas seorang tukang besi konon….Bengkel Langit Biru merupakan pertubuhan yang khas menghasilkan barangan tiruan.

Lebih-lebih lagi, seniman 1-mo merupakan seniman yang paling teruk antara semua seniman.

Semua pakar penghasilan barangan dipanggil seniman. Mereka diberi pangkat sehingga 9-mo, 1-mo tersebut pangkat terbawah dan 9-mo pangkat tertinggi.

Nilai barangan hasilan seniman 1-mo tidak akan mahal sebanyak ini pun.

"Dengan perpustakaan saya, saya tidak perlu takut terbeli barangan tiruan…"

Zhang Xuan ketawa.

Dunia ini sama dengan dunianya terdahulu. Setiap barangan tulen akan ada tiruannya. Dengan kebolehan menganalisanya terdahulu, tidak perlu bercakap tentang barangan tulen, yang tiruan pun susah untuknya mengenal pasti kekuatan dan kelemahannya. Namun, dengan Perpustakaan Jalan Syurga, dia tidak perlu risau tentangnnya lagi.

Cuma, dia perlu sentuh objek tersebut untuknya dirumuskan dalam perpustakaannya. Jumlah barangan di pasar ini boleh sampai beberapa jutaan. Jika dia perlu menyentuh setiap satu benda di sini, dia mungkin akan mati kepenatan.

Lagipun, jika dia sekadar melihat barangan, dia tidak akan menarik perhatian ramai. Namun, jika dia menyentuh segala benda yang dia pandang, ia tentu tidak lama untuk pengawal keselamatan menganggap dia sebagai orang gila dan menghalau dia daripada bandar dagangan tersebut.

avataravatar
Next chapter