58 Bagaimana Dia Melakukannya?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila wang kertas yang disembunyikannya tadi didedahkan oleh Zhang Xuan, dia mula cemas, tapi tetap berpura-pura terkejut. Namun, ketakutan yang terpapar pada wajahnya sangat ketara. Dia berasa sejuk menyelebungi dirinya seakan akan mahu membeku.

Ia tidak pelik jika Zhang Xuan dapat mengenal pasti identitinya. Lagipun, dia boleh dikira sebagai seorang penjenayah terkenal, sememangnya terdapat kemungkinan untuk seseorang mengecamnya.

Namun…. Hakikat yang dia berlatih seni Suara Penggodaan merupakan sesuatu yang orang lain tidak akan tahu. Lebih-lebih lagi, dia sendiri tidak berani mendedahkan kepada sesiapa tentangnya. Oleh itu, bagaimana mungkin orang ini mengetahui tentangnya?

Ini merupakan kitab rahsia yang diperolehnya secara kebetulan sahaja. Dia telah lama menyembunyikan hakikat ini dan dia berani untuk mengisytiharkan tidak ada seorang pun dalam dunia ini menyedari tentangnya. Perasaan terkejut yang dirasainya sangat menakutkan seakan akan dia boleh mati di situ juga.

Terdapat banyak kitab rahsia di dunia ini. Ada yang berkait dengan kekuatan fizikal, teknik tinju, teknik pertapaan…. Namun, ke semua itu mudah untuk dijumpai. Jika kita bercakap tentang kitab rahsia terhebat di seluruh empayar, barangkali ia akan berkenaan teknik yang mampu mempengaruhi jiwa seseorang.

Suara Penggodaan merupakan teknik bertaraf rendah yang mampu mempengaruhi kelakuan seseorang. Sejurus sahaja dia melaksanakannya, tidak kira betapa hebat orang tersebut, jika dia tidak bersedia, mereka tetap akan dipukau olehnya. Sebelum ini, dia pernah ditangkap oleh seorang Peninju 7-Dan pakar dan hanya melalui teknik ini dia mampu memujuk orang tersebut untuk melepaskannya.

Sebab dia merayu untuk dilepaskan ialah untuk melemahkan semangat Zhang Xuan melalui teknik Suara penggodaannya!

Tidak dia sangka teknik ini tidak akan berjaya mempengaruhi Zhang Xuan. Malah, dia ini seakan tahu yang tidak ada benda mampu melepasi penelitiannya. Di depan Zhang Xuan, semua lakonan dan helahnya gagal seakan dia berdiri bogel di depannya. Bagaimana mungkin dia tidak berasa cemas?

Jika sebelum ini dia berasa cemas, sekarang dia berasa seperti sedang tenggelam dalam ketakutan.

"Kamu tidak perlu tahu bagaimana saya mengetahui semua ini, kamu cuma perlu tahu saya mengetahui lebih banyak daripada apa yang kamu ingat saya tahu. Malah, saya juga tahu setiap titik kelemahan kamu! Saya boleh melepaskan kamu, tetapi sejak hari ini, jika saya terdengar kamu menipu atau membahayakan orang lagi, matilah kamu!"

Zhang Xuan menyepak badan Yang Mo sejurus selepas mengatakan kesemua itu.

Kacha!

Bunyi telur pecah bergema melintangi kesejukan malam. Si Penipu Yang Mo merasai satu tendangan kuat tepat pada dantiannya, dan lanjutan daripada itu, kekuatan yang diperoleh daripada semua pertapaannya mula meresap sekelilingnya.

Tanpa kekuatannya, dia tidak berani menipu orang lagi walaupun dia ingin berbuat demikian.

"Pertapaan saya…."

Menyedari kekuatannya yang semakin menghilang, Yang Mo dipenuhi kemarahan. Namun dia tidak berani untuk membalas dendam terhadap Zhang Xuan.

Zhang Xuan terlalu menakutkan. Dia bukannya manusia, dia ini syaitan.

Bagaimana mungkin dia berani untuk membalas dendam terhadapnya walaupun syaitan tersebut telah menghancurkan dantiannya.

"Berambus!"

Selepas mendapat manfaat daripada si penipu ini, Zhang Xuan berjalan balik ke akademi dengan muka gembira.

Orang tadi hanya seorang penipu, tidak berbaloi untuknya mengotorkan tangannya.

Apabila dia sampai ke biliknya, jam sudah hampir pukul satu pagi.

Namun, Zhang Xuan tidak berasa letih langsung.

Terlalu banyak telah berlaku pada malam ini, satu demi satu. Jika bukan kerana Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan mungkin tidak akan dapat menangani semua masalah yang datang. "Mari kita lihat sama ada saya boleh menyusun teknik pertapaan Peninju 6-Dan yang telah saya dapat daripada Sarjana Lu Chen!"

Sebelum ini, dia terlalu sibuk bertapa dengan teknik Badan Emas Jalan Syurga, oleh itu dia belum lagi sempat melihat teknik pertapaan Peninju Teknik 6-Dan. Namun memandangkan dia mempunyai masa lapang sekarang, ini peluang baik untuk dia membacanya.

Tidak lama kemudian, cara pertapaan yang betul daripada kesemua buku tersebut dirumus. Namun, selepas melihatnya, Zhang Xuan berasa kepalanya mula sakit.

"Tidak ada kaitan langsung antara kesemua rumusan ini… Jika dia mengikuti rumusan tersebut dan bertapa, semestinya dia akan hilang kawalan dan mati!"

Zhang Xuan menggeleng kepalanya.

Dia mungkin mempunyai dua belas kitab rahsia dalam Perpustakaannya, namun masih terdapat terlalu banyak kelemahan didalamnya. Jika dia merumuskan segala teknik yang betul pun, dia masih tidak dapat melengkapkan Seni Suci Jalan Syurganya. Tambahan pula, teknik yang dirumuskan sekarang akan mempunyai begitu banyak persoalan sehingga ia mustahil untuk mengikuti pertapaan tersebut.

"Lupakan sahaja. Lebih baik saya memikirkan jalan untuk mencari lebih banyak manual!"

Meskipun mengetahui teknik yang telah dirumuskan sekarang tidak boleh diikuti lagi, dia tetap tidak cemas. Sebaliknya, dia bertapa semula menggunakan ketiga-tiga teknik yang telah dirumuskan oleh perpustakaan. Hanya selepas dia memastikan pertapaannya telah dibiasakan dengan badannya, baru dia pergi tidur.

......…

Zhang Xuan tidak tahu semasa dia berada pasar untuk membeli belah tadi, di akademi, ruang halaman tua Shang Chen hampir meletup!

"Datuk, kamu mesti membalas dendam untuk saya!".

Dengan air mata mengalir dari matanya, suara Shang Bin menangis boleh kedengaran dari kayangan.

Sebagai cucu tertua, dia dilahirkan dengan segala kemudahan yang mungkin diperoleh oleh seseorang. Dia juga selalu dihormati oleh semua kerana bakatnya. Namun, dia telah mengalami sesuatu yang tidak pernah dirasai sepanjang hayatnya sehingga ke hari ini. Nasib baik dia belum naik gila lagi.

Semasa dia sedang membuat sesuatu, seorang lelaki gila telah meluru ke arahnya dan membelasah dia dengan teruk. Apabila dia keluar makan, dia nampak bidadarinya makan malam dengan si bedebah itu…. Dia mungkin boleh terima jika komplotnya gagal dan memalukan diri sendiri, namun….

"Atuk, bukan kamu kata Singa Pencakar Langit ini akan taat? Tadi apabila saya suruh dia belasah si Zhang Xuan yang tak guna itu, bukan sahaja dia tidak mengendahkan arahan saya, malah dia belasah saya pula…"

Lebih banyak dia berfikir tentangnya, lebih bertambah marahnya . Pada saat itu, Shang Bin meminta belas kasihan.

Singa Pencakar Langit di depannya itu telah dibela oleh keluarga mereka semenjak dulu lagi. Namun, pada saat genting, bukan sahaja dia tidak mengendahkan arahan, dia menolong pula orang luar untuk menyerangnya… Dia berasa seakan ingin mencabut keluar rambutnya setiap kali dia berfikir tentangnya.

"Biasanya dia patuh sahaja arahan…." Shang Chen berasa sedikit kekok. Dia melihat Singa Pencakar langit di depannya dengan penuh kebingungan.

Dia cuma penjinak binatang biasa, malah kepakarannya dalam bidang ini tidak begitu mendalam. Walaupun dia mampu menjinakkan binatang buas, dia hanya mampu bercakap dengan mereka sebagai makhluk setaraf, dan bukannnya seperti tuan dan hamba. Inilah sebab utama kenapa Singa Pencakar langit tidak peduli tentang perasaannya dan meragui perbuatannya.

Namun… tidak kira apa pun, mereka tetap mempunyai hubungan antara satu sama lain. Selepas menyuruhnya melindungi cucunya, kenapa… bukan sahaja dia tidak mempeduli arahannya, malah mendengar arahan orang luar untuk menyerang Shang Bin pula?

"Roar!"

Selepas perasan kehadiran Shang Bin, Singa Pencakar Langit meninggikan kepalanya dengan bangga, seakan dia telah berjasa.

Melihat ekspresi Singa Pencakar Langit, Shang Bin terasa 10000 lagi kecederaan dalaman.

Apabila ia dengan Zhang Xuan, ia menjilat tangannya dengan penuh kasih sayang dan melayannya dengan penuh hormat, seakan seekor anak anjing. Namun sekarang, ia berlagak angkuh seperti seorang raja…. Apa hal singa ini, Atuk saya ini tuan kamu ke Zhang Xuan?

"Batuk batuk, saya akan memujuk Singa Pencakar Langit apabila saya pulang nanti." Melihat bagaimana binatang peliharaannya berkelakuan sedemikian, jelas tidak mahu bekerjasama dengan cucunya, muka tua Shang Chen bertukar menjadi merah sambil dia menunda perkara tersebut.

"Atuk, kali ini, kamu sendiri mesti memberi pengajaran kepada si Zhang Xuan itu. Paling bagus kalau lesen perguruannya dilucutkan dan dia dibuang daripada akademi!"

Mengetahui hubungan atuknya dengan Singa Pencakar Langit yang seperti rakan sebaya tetapi masih tidak berkemampuan untuk memberi pengajaran kepada binatang tersebut, dia tidak membuang masa dan mengubah topik tersebut ke arah Zhang Xuan.

Seorang sampah yang mendapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru telah memalukan dan meninggalkan banyak kecederaan di seluruh badannya, malah hampir membunuhnya. Dendam sebegini tidak boleh dimaafkan sehingga mati!

"Jangan risau, saya akan uruskan hal ini! Namun, Zhang Xuan ini, siapa sangka dia begitu bernasib baik. Dia berjaya merekrut lima orang pelajar dibawahnya. Tanpa alasan munasabah, susah untuk membuang seorang guru berdaftar.

Tetua Shang Cheng berkata.

Memandangkan dia telah mendaftar dengan Persatuan Guru, secara rasmi Zhang Xuan boleh dikira sebagai seorang guru. Oleh itu, walau seorang senior di akademi dan ketua biro pelajaran, selagi seorang tidak berdosa dengan teruk, dia tidak mempunyai hak untuk melucutkannya.

Sambil menggeleng kepalanya, dia tiba tiba meragui sesuatu.

Selaku seorang yang mendapat markah kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, mustahil untuk sesiapa untuk memperakuinya. Namun, bukan sahaja dia mendapat seorang pelajar, malah dia mendapat 5 pelajar yang memperakuinya. Tambahan pula, beberapa daripada mereka berada di tempat seratus keatas.

Tidak ada orang yang akan mempercayainya jika mereka tidak melihat dengan mata mereka sendiri.

Namun… walaupun setelah melihat keputusan yang dirumuskan oleh Biro Pelajaran itu dengan matanya sendiri, dia tetap sukar untuk mempercayainya.

[Orang ini…. Bagaimana dia melakukannya?]

Ia langsung tidak masuk akal, bukan?

avataravatar
Next chapter