1036 Telinga Terasa Hangat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Renungan Ning Xi berubah dingin. "Kita pernah jadi rakan sekerja. Jangan paksa saya cederakan kamu!"

Perempuan itu tersengih. "Dulu mungkin saya tak boleh menang, tapi sekarang... Saya dengar kamu hanya boleh bertahan beberapa minit saja bila berlawan dengan Feng Xiaoxiao!"

Ning Xi terkedu. 

Macam mana dia tahu pasal ni?

"Bro Xi, ikut saya. Kalau boleh, saya pun tak nak cederakan kamu," ujar perempuan itu. 

Ning Xi mengerling ke arah pistol yang berada di pinggang perempuan itu. Dia tahu yang perempuan itu cuba untuk berkelakuan sopan dengannya. 

Ning Xi tidak mempunyai sebarang senjata di tangannya sekarang. Kalau ada sekali pun, dia tidak akan mampu mengalahkan seseorang yang telah dihantar oleh Feng Jin. 

Akhirnya, Ning Xi mengambil keputusan untuk masuk saja ke dalam kereta. 

Ada seorang lelaki di dalam kereta yang berperanan sebagai pemandu mereka. Perempuan tadi masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Ning Xi. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter