68 Sangat Marah, Tetapi Tetap Senyum

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi tidur sampai keesokan paginya, dan terjaga.

Dia tidur dengan begitu nyenyak semalam, tetapi ada sesuatu yang tidak betul. Kenapa satu bahagian lidahnya terasa kebas? Adakah dia tergigit lidah sendiri ketika lena dalam mimpi…?

Menggigit diri sendiri memang terlalu ganas…

Semuanya berjalan seperti biasa semasa sarapan pagi.

Nampaknya Lu Tingxiao akan bekerja hari ini. Dia kelihatan segak dalam pakaian sutnya apabila dia sedang duduk minum kopi sambil membaca akhbar. Wajahnya seperti biasa dingin, seperti tiada apa yang berlaku semalam.

Ning Xi menghembus nafas lega. Mungkin dia terlalu sensitif?

Lu Tingxiao mungkin menaruh sedikit perasaan terhadapnya, tetapi tidak sampai ke tahap cemburu? Malah cemburu terhadap anak saudaranya sendiri…

Riak wajah Lu Tingxiao kelihatan biasa, tetapi Ban Kecil kelihatan agak pelik.

Ban Kecil kelihatan muram sepanjang pagi, seperti dirompak sesuatu.

Ning Xi memberinya satu dumpling sup dan bertanya bimbang, "Sayang, apa masalahnya? Kamu tak gembira?"

Ban Kecil memandang ayahnya yang kelihatan tenang, dan wajahnya bertambah marah. Namun, apabila dia teringat Mak Cik Xiao Xi paling suka pada senyumannya, dia berusaha keras tersenyum untuk menunjukkan dia tiada masalah.

'Saya sangat marah, tetapi saya mesti terus senyum!'

Hanya selepas itu, Ning Xi berasa lega dan menghabiskan sarapan paginya dengan cepat. "Saya pergi kerja dulu. Nikmati sarapan pagi kamu!"

Pelakon bagi watak hero kedua akan datang ke set penggambaran hari ini, jadi lebih baik tiba di set lebih awal.

Baru sahaja dia bersiap sedia untuk beredar, tiba-tiba Ban Kecil pergi ke sisinya. Tangan kecilnya menarik pakaiannya dengan lembut.

Ning Xi keliru. "Apa dia?"

Apabila Ban Kecil nampak Mak Ciknya tidak memahami perbuatannya, dia kelihatan terkilan sehingga hampir menangis, seperti tidak disayangi lagi oleh Mak Ciknya.

Ning Xi menggaru kepala dan berfikir panjang, tetapi masih tidak faham salahnya di mana. Akhirnya, dia terpaksa memandang Lu Tingxiao untuk mendapatkan bantuan.

Lu Tingxiao memandang Ning Xi dan mengingatinya dengan ringkas, "Kamu lupa untuk beri ciuman selamat tinggal."

"Ohhh, maaf!" Ning Xi menampar dahinya apabila akhirnya teringat.

Dia tidak sedar bila ia bermula, tetapi mereka ada rutin kecil di mana dia akan mencium muka Si Cilik setiap hari sebelum beredar dari rumah, dan Ban Kecil sangat menyukainya. Hari ini, dia begitu tergesa-gesa sehingga terlupa.

Ning Xi memeluk dan mencium Si Cilik sebelum beredar dari rumah.

Budak itu melambai-lambai tangannya kepada Mak Cik Xiao Xi. Kemudian, dia berpaling menghadap ayahnya. Wajahnya menunjukkan kemarahan yang ketara, seperti berkata, "Jangan ingat saya akan maafkan kamu hanya kerana kamu bantu saya tadi."

Lu Tingxiao tidak terjejas oleh renungan garang anaknya. Dia menghirup kopinya dengan santai. "Maaf, saya tidak faham riak wajah kamu. Kalau kamu ada sesuatu yang kamu ingin beritahu kepada Ayah, buka mulut kamu atau tulis."

Si Cilik bertambah geram selepas mendengar kata-kata itu.

Walaupun dengan bantuan Ning Xi, pada masa ini, dia hanya boleh menulis sedikit perkataan atau kadang kala melukis ungkapan atas simbol. Dia tidak pernah menulis ayat yang terlalu panjang atau mengatakan apa-apa.

Akhirnya, dia menulis satu perkataan di atas tabletnya dengan geram: "pencuri".

Lu Tingxiao melihat perkataan itu dan berpura-pura terkejut. "Apa? Rumah kita ada pencuri?

Si Cilik mengembang pipinya dengan geram dan menunduk kepalanya. Dengan cepat, dia menulis beberapa perkataan Cina, "Kamu curi Mak Cik Xiao Xi semalam!!!"

Apabila dia terlihat rentetan perkataan yang ditulis dengan tatabahasa lengkap, Lu Tingxiao berpuas hati. Dia menurunkan surat khabar dalam tangannya untuk melihat anaknya. Kemudian, dia bertanya penuh makna, "Kamu tak mahu Mak Cik Xiao Xi menjadi isteri Ayah?"

"Saya punya!" Si Cilik menulis pada tablet.

Lu Tingxiao mengangkat keningnya lalu berkata, "Saya terkilan beritahu kamu bahawa kamu berdua tidak sepadan. Kamu sembilan belas tahun lebih muda daripadanya. Adakah kamu mahu seorang gadis menunggu bertahun-tahun sehingga kamu cukup dewasa?"

Si Cilik menumpukan perhatiannya untuk melukis sebiji telur busuk.

Apabila dia ternampak telur busuk yang nampak betul, senyuman kecil muncul pada wajah Lu Tingxiao. "Tetapi saya bercakap benar, bukan?"

Selepas mengatakan kata-kata itu, dia diam sejenak, dan kemudian berkata dalam nada yang mempersonakan, "Tetapi kalau dia isteri saya, semuanya menjadi berbeza, kerana dia akan menjadi ibu kamu."

Ibu…

Mendengar ini, Ban Kecil terkejut. Dia menurunkan kepalanya dengan senyap. Mukanya kelihatan sedikit pergelutan dan keraguan…

avataravatar
Next chapter