webnovel

Kamu Nak Jadikan Saya Perempuan Simpanan Kamu Ke?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu beberapa minit selepas Cheng Feng beredar. 

Rupanya Hu Hongda terlebih dahulu sampai ke situ. 

Ning Xi memakai sehelai baju sejuk berkolar tinggi berwarna merah jambu yang sangat sesuai dengan tona kulitnya yang putih mulus. Wajahnya yang kecil molek kelihatan sangat cantik hari ini. Kedua-dua tapak tangannya ditekapkan ke cawan sebelum dia menghirup teh panas itu. 

Hu Hongda terpegun melihat wanita yang sedang berada di hadapannya ini. 

Sebelum ini, dia pernah melihat gambar perempuan itu. Dia menyangkakan yang gambar-gambar itu sudah diedit dan tidak dapat dipercayai. Tetapi, langsung tidak terlintas di dalam fikirannya yang Ning Xi adalah seorang yang wanita yang sememangnya jelita di luar kaca TV. Malah, gadis itu lebih cantik dari isterinya sewaktu dia masih muda. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter